FOOD REVIEW : Restoran Steamboat di Shah Alam?


Assalamualaikum and hello :)

Kalau bab-bab cerita tentang makanan ni ok serahkan je pada yang pakar. Ehem! ok aku lah ;') Sampai suami sendiri gelarkan aku dengan perut naga @ perut dinosour. How dare u! T__T
Kalau aku sendiri, tak kisah sangat kalau tak dpt pegi shopping,  asalkan dalam weekend tu dapat cuba macam-macam jenis makanan. Jalan-jalan cari makan la citenye. Plus, aku dikurniakan suami yang kaki makan. Kalau aku x habis, dia akan licinkan dan macam tu jugak sebaliknya. ngeee! 

Macam aku ni memang apa-apa jenis makanan steamboat memang suka! Sampaikan masa hujung-hujung pregnant dulu aku pernah request nak makan Seoul Garden tapi tak sempat ditunaikan and last-last masa baby awal-awal lahir dulu asik terkeluar air liur. hahah nampak x tu? haha :'D

Post @ entry ni dilarang sama sekali dibaca oleh korang yang tengah betul2 lapar dan tak makan lagi. Kalau tengah kenyang mungkin bernasib baik sebab boleh menahan lapar makanan yang nak cerita kat post ni. haha

Last week, sempatlah jugak singgah makan dekat Restoran Steamboat D'kayangan. I'm sure, siapa yang duduk area Shah Alam mesti tau restoran steamboat ni. Tapi dah kenapa aku pulak tak tau, padahal 5-10 minit dari rumah? haha!! Sebelum ni pernah la nampak ada certain yang dok post gambar2 steamboat, tapi tak tau tu restoran mana. Last-last tu rupenye daripada Restoran Steamboat D'kayangan. huhu sabo je lah.

Untuk Restoran D'kayangan ni, for those yang rasa-rasa nak pegi dalam kuantiti family yang ramai call dulu untuk reserve sebab masa aku sampai-sampai pun around 9pm, memang meja penuh sangat tau!! Femesssss! Sebabkan last week, ibu ayah mertua datang rumah, so ajak diorang pegi sekali cuba makan steamboat ni. Kira 4 kepala laa :) 


Nak bagi korang mudah terhasut dengan cerita ni,(haha), meh bagitau siap-siap harga untuk steamboat ni :) Kalau tak silap, dulu masa awal-awal bukak diorang hanya buat service steamboat, takde yang bakar-bakar ni, but now diorang dah start buat service yang lagi mantap and dapat sambutan iaitu ada untuk steamboat, dan ada untuk bakar-bakar daging, ayam, and lain-lain. 

Sampai-sampai je, macam biasalah diorang akan tanya, nak sup tomyam or ayam? 
And yessss of course tomyam my fevreto de ammor!


Yang aku boleh perhatikan dari segi kebersihan memang boleh bagi A. sebab boleh tahan bersih dan selesa kalau nak bawak ahli family ramai-ramai datang sini ke, nak celebrate birthday dekat sini ke, and datang saje-saje lepak makan pon boleh! 


I love thisss!! rasa nak tercabut mata boleh tengok macam-macam jenis makanan ada untuk nak bakar. Rasa macam urghhh nikmatnye, kenapaaa laaa aku tak tau selama ni ada Restoran Steamboat yang best area Shah Alam ni :( huhu.!! 

Dekat sini ada macam-macam pilihan daging, ayam, sotong, ketam, ikan, udang, kerang,  kambing pun ada jugak! pheww~ 




Dan bahagian antara aku suka jugak dekat bahagian-bahagian untuk steamboat untuk sup tomyam. 
Macam-macam jenis fishball ada! daripada fishball pernah makan sampailah yang jenis tak pernah makan pun ada. Alhamdulillah memang banyak sangat pilihan dan semua jenis fresh-fresh and yesssss menyelerakan! lagi-lagi yang penggemar steamboat :) 

 

meatball pun ada jugak! haa macam-macam lah, korang tengok gambar pun dah tau betapa banyaknyaa pilihan. 


sayur-sayur fresh dari ladang. baru petik.kehkeh.


my fevret! 


untuk sos pulak, ada macam-macam jenis sos! memang sendiri makan rasa x puas sebab sedap sangat sos campuran ni.


Yang ni untuk bahagian jenis-jenis mee. Banyak jugak laa mee dia, tapi kalau aku, aku sangat suka makan steamboat dgn sup without mee! hehe. lagi suka makan fishball2 tu dgn sup :) sedapnyeee.huu. 


Maybe ada certain yang alah seafood or x suka steamboat, dekat Restoran D'kayangan ni pun diorang provide untuk nasi goreng and lain-lain menunye :) Best kan?



Aksi kemuncak!
Letak semua dalam satu bekas ni. So kot-kot yang ada bawak baby tu kan, korang kene make sure baby korang jauh sikit daripada asap ok? :) 


Semua ada!
3-4x round jugak lahhh kitorang habiskan semua makanan ni and repeat amik lagi dan lagi! haha. sedap kan! 
  





 Saje nak letak banyak-banyak gambar yang sama!! hahahah nak kasi terpengaruh!
korang wajib pegi ok !! Honestly, Alhamdulillah memang sedap. boleh bagi 5 bintang :) trust me.


Definitely akan datang lagi InshaAllah. 
tunggu perut betul2 tengah lapar, inshaAllah mukaku akan muncul depan pintu Restoran D'kayangan.hehe


So, untuk yang teringin nak cuba makan dekat Restoran D'kayangan Steamboat ni boleh laaa datang di seksyen 13 shah alam ok! Highly recommended untuk korang cuba. 

Kalau korang nak lagi details, boleh LIKE 
FACEBOOK PAGE : D'KAYANGAN STEAMBOAT 


ataupun, korang ada instagram kan, cuba search hashtag #dkayangansteamboat. 
dekat situ korang boleh tengok macam-macam gambar dan feedback drpd customer yang datang :)



Last but not least, tq so much Restoran D'kayangan for invite me :) 
sesungguhnya steamboat memanglah teramat sedap!

LOCATION : Sri Acapella Servis Apartment, 
GPS Coordinates N3.088301 E101.54794 Shah Alam, Malaysia.

Operation hours : Monday-Sunday
6pm-12pm

Korang dialu2kan untuk share entry ini untuk suggestkan dekat kawan2 tntg restoran ni :)


Salam sayang, 
Ibu Medina


22 comments:

Siti Hajar said...

Yummy! Sedapnye. Tak sabar nak cuba bila datang shah alam nanti :D

Nurul Liyana said...

sedapnye..ni yg buat xsabar2 nk blk malaysia tuk mkn sedap2 ni

Cikgu Norazimah said...

tempat ni mmg best dan sentiasa ramai orang ..terbaik ! ;)

HaFizaH aYu said...

Ok 3 4 kali telan jgk la air liuq tgk gmbr ni irine ;-)

Atikah Sismoon said...

wahhhh thanks for the info... pas ni bole try laaa....

awesome girls said...

huaaaa meleleh air lio jugakkk walaupon dah kenyangggggggg~

gamba2 sgt sedappp!

lame gile x g steambot, least pegi tahun lepas kot~ best kalo g ramai2 memg havoccc! hahaa

afifah adnan said...

Been there 😁😁

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

Bahagian dalam restoran berhawa dingin tak irine?

Tim Cik KupuKupu Ungu said...

Bahagian dalam restoran berhawa dingin tak irine?

Lea IsNawi said...

wah menarik

saya pun hantu steambot gakkk

fuh3

Pre-eminent said...

Thanks irine :)
Salam ziarah, cerpen - Pelangi Hati
encikzainulfahmi.blogspot.com

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

memang tengah lapor dan terpaksa telan air liur perghhh

dapnya

Hafiz Mohd said...

As salam.
Nampaknya...rase mcm dah terpengaruh dah ni....jeng!

Hafiz Mohd said...

As salam.
Nampaknya...rase mcm dah terpengaruh dah ni....jeng!

Irine Nadia MaRceLLo said...

Cik Kupu2 : yes berhawa dingin, ada air cond dlm ni :) tapi bile dah ramai2 dalam ni, dia akan jadi panas skit :)

sYuhaDa sIdeK said...

dah try weekend hari tu..memg best.. mkn sampai lebam..

sYuhaDa sIdeK said...

dah try steamboat D'kayangan ni..memang best..makan sampai lebam..layanan pun ok jer kan.. :)

MY@R said...

Wah sedapnya masakan nie..kena ke sana jugak nie..nanti bila-bila turun S.Alam boleh la ke sana..thanks for sharing...ikhlas dari www.tepakku.com

Sheila Salim said...

Assalamualaikum Irine. wahhh terliur akak tengok makanan2 ni.. lama tak bersteamboat. hehehe rasa nak kena pergi sebelum bersalin ni. hihiiiii ~~~

CPF said...

kat bawah office kite... ;)

Azuha idris said...

yummy sedap...i like steamboat...tq irine untuk tunjuka placetogo untuk makan-makan....mesti pergi ni...

restoran sembilanria said...

wow sedapnya, baru tengok gambar pun sudah teringin nak makan.
steamboat ini memang sedap dan meriah apabila makan berkumpulan.kepada sesiapa yang berkunjung ke kota kinabalu sabah, jangan lupa mencuba steamboat di restoran kami.

Thanks.

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in