Anak lelaki atau anak perempuan ?


Assalamualaikum. Nampak gaya macam ramai kawan-kawan terdekat and orang2 tersayang cuba meneka-neki baby gender apa yang Irine tengah kandungkan sekarang ni :P. Amboi, sape yang lagi excited ni! Cecite sikit! huhu >_<

Kalau ikut kata doctor, kalau position baby cantik, awal 4 bulan lebih pon ibu2 semua dah boleh nampak gender baby sama ada yang nampak tu "bebird atau bunga". haha. Tapi kadang-kadang ikut nasib masing-masing laaa..hehe. Ada certain cepat tau, ada certain lambat. Biasalah tu, baby nak buat suprise katanya.

Sepanjang time pregnant ni, Irine bet mesti ramai bakal-bakal ibu semua rajin baca and google2 dekat internet tentang baby. Samalaaaaa kita, tetibe jadi rajin pulak kan. Yang Irine paling suka baca, perkembangan baby and tanda-tanda anak lelaki atau anak perempuan. 

Ok, Irine listkan eh apa yang Irine alami untuk 1st pregnant ni :-
  • mengalami morning sickness yang teruk dan super tahap gaban punya teruk.haha. 
  • suka makan makanan2 masam. (walaupun ramai yg cuba nasihatkan jangan makan asam2 nanti anak dapat jaundice, tapi tetap degil jugak -,-' )
  • tak suka makan makanan manis2
  • alah dengan bau suami masa awal-awal 1st trimester dulu. haha.
  • tak boleh bau shower gel, perfume, sabun cuci baju. Sampaikan perfume suami nak pakai pergi masjid pon Irine sorokkan belakang almari (wakaka, mengada2)
  • Pemalas ya rabbi... (yang ni jgn cite lah, memang Irine malas pon. semua benda kalau boleh taknak buat)
  • Tak boleh masuk dapur, apetah lagi nak masak kan? haha (tapi bila pertengah 2nd trimester ni dah nampak dah aura2 rajin nak masak..hihi, puji diri sendiri)
  • Suka bangun lambat ( apesal semua macam sifat negative je ni.huhu)
  • Suka bersolek. haha, maksudnye kat sini, bukanlah solek mana pon. Cuma, time pregnant ni takdelah sampai malas nak berbedak. Yg tu semua masih normal macam tak mengandung dulu.

Hoho, jadi inilah rupa Irine untuk bulan ni. Hoyeyyh hoyeyyhh.
Agak-agak, dari segi tilikan korang, Irine ni tengah mengandungkan baby boboy or baby gegirl? :) 

 Sebenarnya, Irine taknak bagitau sape-sape dulu. hehe. Kita tunggu dan lihat je yang keluar ni nanti Irine's junior atau Amirul's junior. hihi.


owh ye, perkenalkan, yang kat lantai tu anak angkat terbaru Irine :p 
Bubbu namanya.ahax



Yang dekat bawah ni pulak macam teori dan pendapat orang yang Irine jumpa dekat internet. Tapi, tapi, kita bukan boleh percaya sangat. Sebab yang tentukan tu semua Allah kannn :) Just baca2 untuk suka2 boleh laa, kalau sama tu anggaplah kebetulan.

1) Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi, itu kemungkinan anak perempuan. (tengok cam bulat)

2) Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri..hah mungkin anak pompuan ( rasanya suka menghadap belah kiri..huehue)

3) Merasa arah berat perut. Kalau si ibu merasa bahawa anak dalam kandungan suka duduk kat sebelah kanan..mungkin anak lelaki. Sebaliknya..kalau baby tu suka dok sebelah kiri..mungkin pompuan ( rasa macam dua2 belah suka duduk.hoho, ke perut ni tebal sangat sampai tak boleh nak kenal pasti)

5) Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek, bergaya.. hah kemungkinan anak dalam kandungan tu pompuan. Sebaliknya kalau malas nak bersolek, bergaya ni..anak lelaki la tu. (hahh! hahhh! hahh! haha. ntahlah, yang ni kena tanya orang sekelilinglah.takut perasan pulak nanti :P

6) Melihat garisan pada perut ibu. Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus..kemungkinan pompuan (lepas baca ni terus pegi depan cermin belek perut.haha, yang terhasil buat masa sekarang nampak macam garisan tegak takde putus2. Ye2 je aku ni, sekali daki je lebih)

7) Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri-seri orang kata anak lelaki tapi sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak pompuan..sebab anak pompuan tu telah menarik seri wajah ibu dia..sebab tu muka ibunya tak berseri.. (kononnya berseri, selekeh je aku nengok diri sendiri.haha)



Ok tu jelah nak membebel untuk entry kali ni. hehe. Korang2 ada yang pengalaman bolehlah share dekat entry ni ok :D Ok bye!


Sakit belakang masa mengandung


Assalamualaikum semua..
Kali ni nak share sikit symptom-symptom sepanjang pregnant ni. Lepas diuji dengan alahan muntah-muntah  (morning sickness) masa awal-awal pregnant dulu, sekarang bila dah half way perjalanan mengandung, datang sakit-sakit dan lenguh-lenguh dekat bahagian tulang belakang kita tu. Emm, masa awal-awal dulu tak rasa sangat, yang sejak 2-3 minggu ni makin menjadi-jadi. 

Paling sakit bila lenguh dekat tulang belakang, bahagian pinggang, bahagian punggung, dan sekaligus serang sekali dekat bahagian betis dengan kaki. Kalau boleh nak jeee menghadap katil 24 jam. katil laa penyelamat untuk golek-golek.hehe. Memang sakit sangat, duduk pon dah tak rata. Jalan pun dah macam menyenget macam gergasi. huhu. Kalau duduk dekat rumah ok lagi, kalau pergi kelas tu yang betul-betul terasa. Tapi takpe, tu memang normal kann sebab kandungan nak membesar, jadi posture badan lama-lama makin ke melengkung ke belakang. 

Bila datang sakit-sakit macam ni biasanya takde ubat yang khusus melainkan dengan rehat je, kurangkan berdiri dan berjalan-jalan. Tapi, tapi, tapi... yang Irine boleh share, tiap-tiap malam, Irine akan mintak suami tolong gosok-gosok dan urutkan dekat bahagian kaki dan betis tu. Fuhhhhh, nyaman sangat bila dapat kurangkan sakit sendi dan otot.

Yang Irine amalkan sekarang just guna losyen mustajab pati halia. Takdelah panas sangat, dia macam panas-panas "sedap" . hihi. faham tak? :P Lagipun Irine suruh husband sapukan losyen ni dekat bahagian sendi dengan otot. Sebabkan suami Irine dia penah cakap tak suka guna losyen atau minyak  yang bauu kuat tu, so Irine pilih losyen mustajab pati halia yang haruman Ros tu. Bau dia jangan cakap lahhh, memang wangi sangattt, bau rosss! :) Jadi takyah nak gaduh-gaduh sebab losyen bau rose ni memang wangiii.hehe.Setahu Irine, bukan setakat wangi and banyak khasiat, tapi losyen ni ada vitamin A, B3, C, D, dan E. Owh ye, jangan salah anggap k, Irine tak sapu losyen ni dekat bahagian perut dan area pinggang, sebab doctor x kasi. Just bahagian betis dan kaki sajee :)



Kebaikan losyen mustajab patia halia haruman Ros :-
  • mengurangkan sakit sendi dan otot
  • mengurangkan keradangan dan kesakitkan sendi
  • Membakar lemak dan melangsingkan badan
  • mengurangkan selulit
  • membantu proses penghadaman, melancarkan kitaran haid dan masalah rahim
  • Bertindak sebagai antiseptic yang amat sesuai untuk masalah ruam dan eczema

 
So far, bila husband sapu dengan losyen mustajab ni dapat rasalahh legaaaaaa, sakit-sakit pon hilang. Sejuk jee bila pakai. Losyen ni wajib Irine bawak kalau nak pegi kelas.Kalau kelas yang lama sangat tu, memang Irine dengan selambanyaaa sapu jeee depan orang.hoho. So, sapa-sapa yang rasa macam terlalu lenguh sangat bahagian-bahagian macam Irine rasa ni, boleh cuba pakai losyen ni :) Sharing is caring..hehe. Lagipun harga pon ok, tak mahal RM 24 je untuk semenanjung, and RM 27 utk Sabah Sarawak  :)





nak tau lebih lanjut, boleh LIKE facebook DUNIA HERBS







Apa yang saya makan,minum dan guna semasa mengandung..


Assalamualaikum semua.
Baru ni berkesempatan pulak nak update dan coret-coret pasal mengandung. Yelaa, pengalaman sendiri tak salah kalau nak berkongsi dalam blog ni. Kali ni nak kongsi sikit apa yang saya makan, minum dan guna sepanjang mengandung ni. Lebih kepada suppliment lah.

Okehhhh, let's go. Nampak kan gambar dekat bawah ni. Bersusun-susun botol vitamin. Daripada sekecik-kecik size ubat sampailah segedebak size pon ada. Yang cuma dah tak makan ialah folid acid. Masa awal-awal mengandung dulu sampailah masuk 5 bulan aritu, memang tak skip-skip makan folid . Rasanya ramai dah kann yang tau apa fungsi folid acid tu. So, Irine takyah ceritakan lagi, kalau nak tau sila google :P Sebenarnya acid folid ni dah boleh ambil sebelum kita kawen lagi. Tapi sebab tak pernah terfikir pun nak makan awal :P hehe.




Jadi, yang sekarang saya still makan hari-hari ialah 
1- Vitamin C plus (Shaklee)- (Percayalah, banyak2 suppliment, yang shaklee ni lahh paling tak sedap dan susah nak telan sebab dia besarrr..huhu). tapi banyak jugak khasiatnya.

2- Salindah B1- Salindah B1 ni bukanlah wajib untuk semua wanita mengandung. Dependslah dekat korang. Tapi, sebabkan akak saya dulu masa dia mengandung, ketiga-tiga anak dia amalkan Salindah, dan Alhamdulillah semuanya aktif dan bijak. Jadi saya pun turut beli dan makan jugak! hehe. Salindah ni ramai dah bagi testimoni yang best2. Selain menaikkan darah, ramai jugak cakap InshaAllah senang nak bersalin dan baby lahir-lahir cantik dan gebu. InshaAllah, harap-harap macam tu la.  Kita dah berusaha, dan yang selebihnya kita berserah pada Allah kan? :) Owh ye, yang sekarang ni Irine masih ambil Salindah B1, masuk kandungan yang ke-6 bulan nanti dah boleh bertukar ke Salindah B2.  Salindah B1 ni boleh consume masa minggu ke-12 hamil.

3- New Obimin- Obimin ni pulak saya baru ambil since kandungan cecah 3 bulan. Obimin ni fungsi dia untuk kalsium. Rasanya saya pun tergolong dalam kalangan yang kurang kalsium. Nak kata tak minum susu,tak jugak. Pelik pulak. Tapi, sejak mengandung ni, boleh nampak perubahan  yang setiap pagi nak gosok gigi, gusi kalau tak berdarah , memang tak sah :( Doctor cakap sebab baby kita dah serap kalsium ibu dia. huhuhu....

4- Neurogain-Yang ni saya baru consumekan sebulan lepas. Doctor yang suggestkan, bukan saya nak sangat :P hihi! Neurogain ni untuk perkembangan otak bayi. Neurogain ni jenis minyak ikan tauu, bentuk kapsul. So, faham-faham jelah, bila sebut minyak ikan, mesti lah bau dia sangatttt tak mesra dengan hidung.

  
Jadi, bila dah dikumpul-kumpulkan semua ubat, terhasillah 5 biji kesemuanya yang harus telan dan hadam dalam perut.  Yang pink tu Obimin, color cream Vit-C, kapsul kuning tu Neurogain, dan lagi 2 biji tu Salindah.


5- Susu Hi-Goat - Saya confirm dan boleh jamin mana-mana wanita mengandung mesti excited awal-awal pregnant nak beli susu untuk mengandung. Termasuklah yang tengah type ni. Masa awal-awal dulu semangat pegi beli Susu Anmum, tapi alangkah malangnya susu Anmum tak berapa nak masuk sangat dengan tekak. huhu. Sekarang susu Anmum tu dah tersadai dekat dapur tu. Takde sape nak minum. Jadi, mak saya telah belikan 2 kotak susu Higoat sebagai permulaan. Dan hasilnya, memang sedap rupanya Higoat ni! haha. Yang penting tak berapa manis dan boleh diterima oleh si tekak.


Minum 2x sehari. Pagi dan sebelum tidur (tapi kadang2, rajin minum sekali je sebelum tido..huhu). Yang pentinggg, tiap kali minum susu bukan saya yang bancuh! Suami yang bancuhkan sejak daripada beli lagi. hihi. tq tq tq :'D

6- Losyen Mustajab - sejak masuk 2nd trimester ni, bila dah hilang satu dugaan muntah dan loya, didatangkan satu lagi dugaan iaitu sakit2 sendi dan otot. Bukan sakit sendi je, sakit tulang belakang, sakit pinggang, perut krem semuaaaa ada! Punyalahhh besarr pengorbanan seorang ibu tengah mengandung kan tahan banyak2 sakit dalam satu masa..  Jadi, saya pon beli dan gunakan losyen mustajab Patia Halia  Haruman Delima  untuk sapu dekat bahagian-bahagian otot dan sendi yang rasa lenguh-lenguh tu. Tapi, tapi, tapi, saya tak sapu dekat perut tauuu bila krem, doctor memang tak kasi lagi-lagi kalau losyen atau minyak panas.. (melainkan kalau nak guna lepas bersalin untuk buang lemak dan nak slim balik). Sakit krem kat perut tu nak tak nak memang kena tahan.


Bau delima. memang bestt! Wangii pulak tuuuu. Bau dia memang kena dengan hidung! haha.Yang ni antara benda wajib yang kena ada dalam bag saya dan bawak tiap masa.Asal lenguhhh je bahagian kaki lain-lain, saya akan sapukan. Korang yang ada selulit pon boleh guna losyen mustajab ni.

JOM LIKE FB Losyen Mustajab 


Saya sekarang :) 
Yang lain-lain makanan macam buah2, sayur2 semua saya makan. Yang tu Alhmdulillah takde masalah. Harap-harap baby saya nanti lahir dengan sihattt. Saya dah cuba makan yang terbaik semata-mata untuk baby kecik dalam perut ni :)  InshaAllah, usaha, doa dan tawakal. Apa-apa pon, kalau rasa was-was, tanya doctor anda k. Saya hanya kongsikan apa yang saya ambil waktu mengandung ni.




Selitkan sekali gambar ni dalam blog :)
adik-adik yang cukup peramah yang terjah saya dekat Jj semalam. haha. 

Kalau ada yang sudi nak share pengalaman semasa mengandung, bolehlah drop komen sekali dkt entry ni :) Satu kita share, 1000 lagi  yang kita akan dapat.



Ok jumpa lagi :)











 
Copyright © Irine Nadia Marcello | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in