http://irinenadia.blogspot.com/

Happy tummy! :-)


Assalamualaikum. 
Al kisahnya nak ceritakan pengalaman diri sendiri semasa mengandung ni :) Alhamdulillah, berjaya melepasi saat-saat kritikal 1st trimester yang lepas. Alahan? Dugaan? Sangat banyak... tapi bila dah berada dalam fasa yang selesa ni, rasa macam tak percaya dah berjaya hadapi dugaan pada peringkat awal. 

Mati-mati ingatkan diri sendiri boleh terlepas daripada alahan muntah-muntah dan loya. Tapi, mungkin pada waktu macam ni lah nak merasa sakit. Bila lagi kannn nak merasa, sakit tu pon penghapus dosa-dosa kita... Mula start alahan daripada minggu yang ke-8 macam tu laa. Bermula dengan loya dan selera makan hilang sekelip mata. Rasa macam nikmat makan ditarik sementara :( Semua benda makan nak keluar balik. Waktu malam paling susah saya nak hadapi sebab waktu malam selera paling tak menentu.

Memandangkan saya bukan housewife, masih full time student dan pergi kelas hari-hari macam biasa, macam-macam pengalaman la rasa waktu macam ni :) Rasanya dah boleh kira kot, lebih 100x rasanya saya muntah dalam kereta suami. Sebabkan tu lah, kalau ada rancangan selongkar handbag, mesti akan jumpa banyak plastik bersepah-sepah dalam bag saya.haha! Sebagai backup untuk muntah dalam plastik. Geli ke tak geli ke, tu tolak ketepi. Masa awal-awal mengandung pun, rasa malas tu tipulah kalau saya cakap takde kan. Nak-nak bila nak pegi kelas, tapi suami pujuk suruh pegi kelas.hihi. Malas bukan sebab apa, sebabnya satu je, sebab masa awal-awal aritu badan cepat letih ditambahkan lagi dengan alahan yang tak henti-henti. 

Owh ye, tak lupa jugak yang semasa mengandung ni jugak saya alah dengan bau suami! huhu.!. Emm, macam mana nak cakap eh, dia bukan bau busuk tau, tapi macam bau natural badan si suami yang si isteri boleh kenal suami dia. Haaa macam tu la. Mula-mula tu rasa serba salah la jugak nak bagitau suami, takut dia kecik hati kan. Yelaa, takkan nak berlaku jujur sangat :P  Last-last kantoi jugak sebab tak tahan.hehe! Asal nampak dia je, mesti nak muntah. Lama-lama jadi kebiasaan. Tapi sekarang, Alhamdulillah, kandungan dah meningkat, baby pun dah kurang alah dengan bau ayah dia :) Thank you baby sebab pandai jaga hati ayah! haha.

So far, Alhamdulillah, bila berada dalam 2nd trimester ni selera makan macam dah ok sikit. Muntah-muntah dan loya masih ada lagi tapi berlaku jarang-jarang. Nak diikutkan, alahan yang saya alami agak kuat jugaklaaa, tapi naluri setiap ibu yang mengandung kan, nak tak nak, mereka akan cuba kuatkan semangat demi baby yang ada dalam perut ni..

Sepanjang mengandung ni, ada la jugak koleksi perkembangan dari semasa ke semasa :) 


Masa ni kalau tak silap 3 bulan lebih usia kandungan kot.  haa time ni still lagi alah muntah teruk sangat! muka pon naik pucat.


 Kandungan masa ni 4 bulan rasanya :)



Dan sekarangggggg...huhuehhehe.. Syukur Alhamdulillah, 5 bulan sudahh usia kandungan :)
Pejam celik pejam celik sekejap je. Agak-agak baby boboy or gegirl laaahh kann yang saya kandungkan sekarang ni :) Nama untuk baby pon kami dah pilih *excited kalau carik bab-bab nama untuk baby ni.  Masa last check up aritu dengan doctor pon, doctor cakap baby aktif melompat-lompat sampai susah nak measure badan dia.hehe. Sempat jugak nampak baby masa scan tengah menguap besar dan tengah nak hisap jari dalam mulut. Comelnye laaa aaaii.. Nasib baik dalam perut lagi, kalau tak dah lama gomol-gomol!

Tiap-tiap malam sebelum tidur sekarang pun, dah kerap rasa pergerakan baby dalam perut. Kadang-kadang rasa macam baby tengah bergerak kat tepi dan ke tengah, macam pusing-pusing pun ada. Exercise kot dalam perut. huhu. Baby cuba tendang-tendang pon dah rasa walaupun tak berapa kuat lagi, rasa macam kena jentik dengan jari dari dalam perut :) 

 Setakat ni, kalau pergi kelas pun hanya kawan-kawan terdekat je yang tau, perut 5 bulan tak berapa nak kedepan lagi. Mungkin 7 bulan nanti baru nampak kot. Kira-kira, kandungan bila dah 8 bulan nanti  ialah time saya tengah nak final exam. Harap-harap masih larat lagi time tu dan diberi peluang jawab exam macam biasa. 

Dan  yang pastinya, berat saya sekarang semasa mengandung masih maintain macam berat sebelum kawen dan sebelum mengandung. 53kg.  huhu. Belum ada sebarang kenaikan berat lagi walaupun hanya sekilo T____T baby dah besar, tapi berat masih tetap sama. Vitamin semua lengkap and cukup makan, tapi tak tau lah. Mungkin awal lagi kot *kot*. huhu.


Ok tu je lahhhh untuk entry kali ni. Malas pulak nak panjang-panjang lebar. Cukuplah untuk kali ni :)


Doakan kesihatan Irine and baby k... :') 
Mwahx!



 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in