Happy 4 months babyFM


Assalamualaikum..

Lama pulak x masuk gambar baby kita sorang ni. hehe

Alhamdulillah, Fiska Medina a.k.a baby Medina a.k.a #babyFM dah genap 4 bulan :) Howyeayyyy! haha. 6 June- 6 Oktober .Rasa excited sangat, tak tau kenapa, emmm..maybe sebab rasa macam 4 bulan cepat je berlalu kot? hihi. Rasa macam baru je lepas bersalin, rasa macam baru jee tengah menempuh zaman2 berpantang, zaman berjaga tengah malam :P 


*pinjam gambar masa Medina 3 bulan aritu.haha :P 

Tiba-tiba duduk sorang-sorang, terfikir yang mungkinlaaa segala entry2 yang Irine pernah kongsi ni akan jadi salah satu kenangan utk Irine satu masa nanti. Yelah, setiap apa yang berlaku, setiap saat yang Irine alami, Irine akan share dalam ni. Kenapa? Sebabnya, Irine taknak semua kenangan tu kita ingat pada masa tu je, tapi nak ingat sampai bila-bila. Mungkin kalau kita ingat sekarang, bila dah nanti-nanti mesti lupa saat2 penting.Contohnya macam Irine banyak share masa awal2 dapat tau pregnant, kisah sampai ke 9 bulan mengandung, kisah bersalin, kisah berpantang dan lain2. InshaAllah blog ni akan jadi macam diari imbas kisah silam yang berharga. Mana tau, nanti bila baby Medina dah besar, dia dah boleh faham dan baca blog ibu dia ni :P Mesti dia terharuuu yang ibu dia seorang yang tegar berblog cerita pasal dia daripada sebelum wujud sampai la ke besar panjang. Huhuu~.



Pernah dengar orang cakap macam ni , 
"hati seorang wanita yang dah jadi seorang ibu/mama/ummi/mak ni jenis yang sensitif. Lagi-lagi kalau kau cuba "usik" sikit perihal anak dia"

Mungkinlaa kot ada sesetengah orang masih tak faham lagi, but once u dah jadi seorang ibu, and rasa sendiri, korang akan rasa yesss betulll cakap irine dalam blog tu . ngee :) so, please cakap benda yang baik2 saje :)

Ok, berbalik pada cerita asal
Masa Medina 3 bulan aritu, Irine hadiahkan dia baby carrier (yeke hadiahkan utk Medina, ke untuk diri sendiri? haha). So, untuk Medina 4 bulan ni, ada rezeki lebih sikit Irine bagi dia hadiah rocker. Sebenarnya dah lama dah usha benda alah ni. Tapi time tu, rasa macam belum ada kepentingannya lagi. tapi sekarang beli sebab rasa macam perlu pulak. huhu



 Tadaaaa! haha. Motif sangat sampai2 je rocker ni terus nak snap pic kotak dlu.

Excited betul ibu dia ni, macam Irine pulak yang dapat hadiah.haha. 
Irine beli rocker brand Fisher Price. Sebenarnye dulu plan nak beli rocker yang color hijau/biru tu. Sekali ternampak pulak brand Fisher Price ni ada rocker yang the latest. Siap color pinkkkk kauuu! . mestilah pink, barula nampak gegirl yang ayuuu :)  


Medina excited dapat rocker pink dia tu :)
Rocker sampai jee terus dia cabut daripada minum susu, senyum2. Mungkin dia tau tu hadiah dia kot? 

Senang hati ibu tengok dia suka duduk dalam tu. Sebelum beli tu banyak kali laa fikir, kalau aku beli benda alah ni, berbaloi ke tidak. Medina suka ke tak. Dan akhirnya pilihanku tepat! Medina sangat suka dengan rocker ni. Bukti dia?Dia siap mamai2 lepas tu terus tido! haha.kuat tido anakku ni :'D

Untuk rocker ni Irine beli Rm170, siap COD depan pintu rumah lagi tau, ketuk pintu siap..Dah macam iklan Zalora yang anta barang depan pintu.. Bagus betul service ni :) Korang boleh search tau kalau nak, sebab benda ni sekarang mana2 ada jual on9 :) 



Sayang anak ibu ni :) 
anak ibu ni bila ibu tido, mesti dia kacau dengan tangan dia geli2 dekat ketiak.ggrrrr..daripada mengantok gile2 tu terus rasa geram nak gomol dia.huhu. Medina so far, malam dah tak berjaga dah, kalau berjaga pun paling koman sekali je, tu pon nak susu. Irine menyusu sambil baring, so senang sikit takyah bangun2 dah. 



happy 4 months sayangg!!!

Owh lupe, aritu bawak Medina pegi sunat. terlambat pulak nak sunatkan dia, tapi oklaa xdela lambat sangat. Masa nak otw bawak Medina pegi klinik, si ayah dia pulak "ishhhh abang tak bolehh laaa tengok anak abang kena usik sikit, ni kan sunat, mesti dia sakit...kesiannnn anak ayah ni *sambil buat muke acah2 Medina". huhu. Yang si ibu dia pulak, irine ni takdelah rasa apa sangat,just risau sikit kalau Medina sakit bila kena sunat. Dan masa dalam bilik doktor nak sunat tu, Medina sikit pon tak nangis! haha. Dia lagi dok gelak ada laa. Yang si ayah pulak dekat luar tu dia punya risau macam tengah tunggu isteri bersalin. --' Dia tak tau anak dia dok gelak sakan masa sunat.haha!



Masa sepanjang inject tiap2 bulan pon, Medina tak nangis. Dia gelak jugak. And doctor sampai cakap "eh x nangis budak ni? Daging teballl diaaa ni". and Irine pun macam? errr..kebal ke anak aku ni. huhu..




gambar bawah kiri tu macam mak enon sangat gelak.haha!

Last but not least, happy 4months sayangggg!
Tq sebab jadi anak yang baik :'D



p/s : Coming soon.....Official video "Kisah Fiska Medina".
Nanti Irine akan upload dekat blog ni :) 





37 comments:

fiefaryulim said...

Salam, kami student Universiti Malaysia Pahang, buat satu campaign awareness so that Malaysian will inspect their car regularly, mohon follow dan bantu kami :D http://umpautoinspector.blogspot.com/

TeTerBanG said...

:) bertuah baby fiska medina ni sbb dr sblum lahir smpai dh 4 bulan ni, mama dya always keep updating pasal diri dya. alhamdulillah...fiska medina makin sihat, makin comel. smoga fiska medina mmbesar jadi anak yg solehah. amin... :)

Kak Bunga said...

Comelnyeee lahaiiiii

Rosmiza Ali said...

Happy 4 months Fiska Medina! ^_^
ZON PERMAISURI CHOMEL

Hawa said...

Medina semakin comelllll!! smoga mnjadi anak yg solehah Medina :)

Cik Rad said...

Kejap je masa berlalu kn.. rad pon dok dupdap2 tgu masa nk bersalin.. da masuk 35w da.. hihi

Mas reena said...

Ya allah cantiknyaa baby rocker tuu.. sesuai dgn medina yg comel! Memanglah betul kita sensitif pasal anak kita, tapi sebagai ibu bapa kita tak perlu emo sangat, banyakkan berlapang dada je =)

Cheers!

Kek Tiramisu yang paling sedap pernah saya rasa

Nur Azieda said...

Geram tengok pipi Fiska Medina. Semoga menjadi anak yang baik dan solehah. InshaAllah :)

Sheqynne Hotloverzs said...

comel!!

Hafiz Hafizol said...

Comelnya MEDINA!!!!

sweetsour said...

happy 4 month medina :) kirim cium sayang untuk dia. start dari kak irine btunang hinggalah sekarang , masih setia follow akak. =D
tak sabar nak tengok video medina .^_^

fadila anuar said...

Comel...rse cm nk kwen cpt2...:)

fadila anuar said...

Comel medina..smoga mnjd ank yg solehah..:)

Siti Khajirah Yazid said...

nice entry! cute la Medina ni..kita pulak yang rasa nak gomol2 dia. haha! btw terbaca susukan sambil baring?! FM menyusu bdn kan? elok kalau setiap kali menyusu Irine duduk cz takut tersedak pulak baby then jgn bg air susu jatuh ke ketiak anak..emm nnt badan anak boleh berbau sampai ke besar..petua org tua dulu.

Siti Hajar said...

Alhamdulillah! dah 4 bulan dah fiska. Comel la baby walker tu.. gerammmnyer~

Mysara Ab Rahman said...

Comelnyer medina! Geram tgok...baik je dye ek xnangis..bgus...sronok baca cter medina. Moga sok mmbesar jd anak yg baik utk ibu ayah. Cepat2 ek upload vdeo tu. Hee

Pearl Kaz said...

anak akak lepas bersalin je dah masuk rocker... sbb kt rumah tu ada 2 anak buah suka lari2. kalo letak kat hall, letak kat lantai je takut kena pijak plak.. ekekeke..

saidatul nafisah said...

irene beli rocker nie kat laman web ape ek??huhuhu..nak beli 1 jugak la untuk bb :)

YnaRazali said...

bila balik perlis irine?boleh la jumpa baby FM ni..hehe

~AmyLiana86~ said...

comey mdina..esok anak akak 4 bulan..hehehe

ibu chiqamie said...

somel FM ni...btw mane nk dpt headband FM tu.? slalu tgk yg bunga2...yg ni super cute :-)

Puan Bui Junaidi said...

BERTUAH BETUL MEDINA ADA IBU YANG PENYAYANG..TIAP2 BULAN SAMBUT BIRTHDAY..HIKSSS

annapeje said...

salam...kalau bole share u beli kat mana sbb murah n cantik :D nk beli juga hehe

husna zahidi said...

Alhamdulillah..moga membesar dengan sihat dan jadi anak yg solehah buat ibu dan ayah ye Fiska Medina..;)

Hani Farihah said...

kak irene..nak tanya pasal lagu blog kak..yang sebelum nie..lagu tu best sangat..nak download..

Hani Farihah said...

kak iene..nak tanya pasal lagu blog yang sebelum nie..nak download,lagu tu best sangatt

izzati aisyah said...

Baby FM sangat comel!

Sheila Salim said...

Assalamualaikum irine. betul cakap awak.. penulisan kita kat blog ni bukan sekadar tatapan umum, juga untuk peribadi. sheila pun harap suatu hari nanti anak2 sheila baca blog sheila. hehehee comelnya Medina.. tak meragam yee. good girl!

wan nurul bazilah wan mohamad said...

subhanallah ..tahniah diucapkan...nnti 5bn kne injection lg dtap,hip,ipv dos 3...huhu

Anis Hayati said...

wahh, comeylah medina cm kak irine jgk :)) x sabar nak tunggu dia bsr nnti. msti cantik. hehe

Mizz ErMa said...

alahai..gebu betul medina nie..hihi tang yg irine ckp psal sensitif kalo org usik anak kita tu..haa, agreed 100% sampaikan mil nak bwk p jenjalan kl pon sy xkasi sbb tkt baby kelaparan..susu perahan yg dipanaskan kan tahan sejam aje..=(

RadhiaHakimi Razali said...

Salute la dgn dik Irine...boleh jd mummy, wife & student at the same time...share ckit ape petuanye...:)

EZAN IDMA said...

cute nya baby fm! hihihi.

Syazwani al azmi said...

assalamualaikum. nak tumpang promote sikit boleh. kepada yg ada adik2 form 3 @ form 4 yang berminat utk menyertai kem cuti sekolah, di sini ada maklumat mengenai kem

http://mylilcaliphfootstepsshoppe.blogspot.com/2013/10/kem-cuti-sekolah-insight-brain-camp-art.html

trima kasih...

Ailyl Rozanna said...

amboi headband dia comel.. meh auntie nak pinjam!

Aidashar Abdul said...

she looks gorgeous :) enjoy motherhood!

Noreen Tajuddin said...

nama baby kita sama..medina;)

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in