Happy babywearing & barang2 keperluan comel untuk baby :)


Assalamualaikum.
Phewww! lama jugak tak update blog ni. Kesian blog, diabaikan. 2 minggu ni memang sibuk sangat2, banyak entry terpaksa kena tangguhkan. Ish rasanya bukan 2 minggu, dah nak 3 minggu la jugak.hehe. Selagi anak tak boleh tido, selagi tu memang tak boleh nak pegang laptop. Dapat online pon pakai phone je. 

Ok untuk entry kali ni, mungkin boleh membantu bakal2 mummy to be untuk decide beli baby carrier.

Aritu dah share dah dekat instagram pasal ni, tapi arini dekat blog pulak. Copy paste balik ayat dalam instagram.hehe.  Setelah dikaji-kaji and tanya kawan-kawan yang ada pengalaman, kitorang pegi terus kedai cuba sendiri baby carrier ni. Plan nak beli on9 je, lagi senang, lagi jimat masa, x menyusahkan driver bawak pegi sana. Gitu driver kannnn, ok suami la tu.haha. Tapi my friends cakap better pergi kedai and bagi baby sendiri cuba rasa duduk dalam tu, dia selesa ke tidak.Kitorang pegi kedai Fabulous Mom untuk usya-usya baby carrier ni.

Before nak beli, Irine ada 3 pilihan baby carrier yang nak beli. Antara brand Boba 3g, Snuggbaby, & Ergobaby. Irine berkenan dengan Boba 3g, tapi bila letak baby Medina dalam tu dia tak selesa and nangis uwekk uweekk. Then, try brand Snuggbaby, husband pulakkk cakap dia tak berapa berkenan dengan yang ada design-design ni. Lagipun, kitorang memang target nak beli baby carrier yang plain color je. Yelah, suami yang lebih nak pakai dekat luar nanti. hehe. And finally , try baby carrier brand Ergobaby. Baby Medina daripada nangis-nangis terus senyum-senyum sampai mamai-mamai nak tido dalam tu. hehe! 


Pilihan kitorang : Ergobaby
 Yang macam Irine beli ni, dia 1 set dengan Infant Insert. Sebabkan baby Medina kecik lagi, memang perlukan infant insert tu untuk bila dia duduk dalam tu nampak lebih tinggi sikit dan tak tenggelam kepala dan badan dia,  lebih selesa dan lebih padat. Nampak Medina pon selesa nak pusing pandang kiri dan kanan. Yang penting, make sure orang yang pakai tu nanti selesa dan baby pon selesa.

p/s : Dalam gambar ni suami irine tak pakai kemas lagi tau. tempat topi depan tu tak masukkan lagi dalam pocket depan. Cara yang kemas tengok dekat kotak dia tu :-)

So, 1 set dalam kotak ni ada Baby Carrier + Infant Insert = RM 529, tapi ada sales time tu dapat 15% discount jadi total RM 449. Kalau nak beli asing-asing pon boleh baby carrier dengan infant insert tp lagi mahal la. Kalau baby korang dah besar tak yah pakai infant pon x pe.

Ni gambar lagi jelas macam Irine beli,




Infant insert tu nampak empuk gile kannn :P 

Yang ni pulak Irine sendiri yang pakai.haha. Sorry muka dah dicrop awal-awal.Wahaha.!
Mengemas rumah sambil "berbaby wearing" si Medina ni. Masa ni tengah busy gile nak setelkan rumah and kemas-kemas. Pastu Medina pulak nak kena layan dia je, selagi tak tido, selagi tu dia panggil-panggil kita nak ajak main and berkepit.haha. So, irine menjalankan tanggungjawab sebagai ibu mithali (kannnn..haha), terus bertukar watak jadi Supermak, ambil Medina letak dalam baby carrier. Sambil kemas rumah, sambil kendong dia. Fuhhh, betul2 rasa supermak sangat.hekhek! Belum sampai 10 minit letak dia dalam ni, terus dia mamai and tido dekat dada Irine.hehe. Yang Irine baca tips pemakaian baby carrier yang betul, make sure si pemakai boleh sampai kiss dahi baby dalam tu.  Rasa macam best pulak sebab Irine dapat rasa heartbeat Medina bila dia duduk dalam ni. And bila dia tido, kepala dia betul2 sandar atas dada. Yang Irine baca and try Ergo ni, bila baby duduk dalam tu, baby landing on their buttock and kaki dia pon tak terjuntai jatuh.

*sebenarnya gambar ni kepala Irine memang dekat dengan Medina, tapi nk amik gambar elakkan muka drpd interprem :P


Haaa.jap dah alang-alang kan,
Irine nak ingatkan sikit please jangan beli baby carrier yang FAKE! pleaseeee! Sekarang ni dah bersepah-sepah jual yang fake. Yang fake selalu harga dalam RM 100 lebih, Rm80 pon dah boleh dapat jugak. Memang korang akan nampak sama sejibik sejibon dengan yang original, tapi sebenarnya tak safety untuk baby.. Kalau sape rasa nak beli yang fake, pandai2 la tanggung risiko.Huuuu. Bak kata dalam group babywearers, duit boleh dicari, nyawa anak tak boleh ganti. Jangan perjudiskan keselamatan anak kita. Yang still newbies lagi, beza ori dengan yang x ori ialah dari segi kualiti jahitan/tali boleh putus dan buckle patah. Mungkin ada yang cakap, buat apa beli mahal-mahal baby carrier. beli yang murah2 sudah bawah Rm100. abistu nyawa anak macam mana pulak kan? huhu. Irine sendiri pon mengumpul duit nak beli ni tau.hehe.


Contoh Ergo yang fake. Careful tau mummy2.
*share from group babywearers.


Kalau nak beli online pon boleh tau, tapi yang ni memang dijamin owner dia jual yang 100% original baby carrier. Irine rasa ramai kot dah kenal dengan Mama Panda Store. Mama Panda Store ni ramai dah customer beli dekat dia dan boleh dipercayai


FB PAGE : MAMA PANDA STORE 

boleh dptkan nasihat daripada owner dia yang friendly Kak Raihana.hehe. Stroller pon dia ada jual tauuu  :)



Fuhhh..penat membebel panjang2 atas ni.haha :))
saje nak share, mungkin berguna untuk sape2 yang nak beli nanti kan, boleh refer post ni.

Mama Panda Store pon ada jual mainan untuk baby tau. Cuba tengok bawah ni


haha.Comel kan ladybug ni.
Yang ni bukan takat soft toy untuk Medina tau, tapi boleh jadi soft pillow jugak.

Dan yang paling bestttt sekaliiii..tau tak apeeee ?


Ladybug ni boleh jadi selimut sekali untuk baby! hehehehe. Best kannnnnn! 3 in 1 sangat.
Dalam perut ladybug ni ada selimut, so dekat tepi tu ada zip, kalau nak pakai bawak keluar. Kalau nak simpan balik, lipat and sumbat dalam perut ladybug tu balik.Haaaa kannn..main sumbat2 pulak, dah macam tahu sumbat pon ada. ngee.


Mana nak dapat? MAMA PANDA STORE pon ada jualll..pegi order cepat tau!



Lama tak cerita tentang Medina.
Nilaaa Medina sekarang :)


Alhamdulillah makin besar dah dia. Dah pandai ajak borak, senyum, gelak. 
Alhamdulillah jugak, now baby Medina still fully BF :-) 


Ada orang cakap macam Shin Chan lah, Michelin lah, Upin Ipin pon adaa --' hahaha.
Adoi, takpe, janji comel and sihat.hehe


Anak ibuuuu :) sedap kan kalau kunyah budak ni.hehehe! Nak2 yang lapis2 kat tangan dia tu.








Dah alang2 ni jugak, nak share salah satu keperluan yang betul-betul mustahak untuk semua mummy. 
Yup, seriusss, yang ni betul2 keperluan, bukan suka2 nak membazir duit bila beli.

Diaper Clutch


tau tak Diaper Clutch tu ape?
Ok yg dah tau takpelaa.hehe. 
Diaper clutch ni ialah pelapik untuk salin pampers anak laa. Kenapa irine cakap mustahak? Sebab, sesuai untuk kita bawak bila pergi jalan2 keluar shopping mall dan pegi bercuti. Ringan, simple and boleh digunakan kat mana-mana. Cantik kan design diaper clutch Irine ? :) Polka dot sangatttt.



Macam ni la rupa diaper clutch bila kita guna dekat baby kita. 
Masa ni irine pegi bercuti dekat Penang, so diaper clutch ni tersangatlahhh membantu Irine. Tak payah bawak yang besar2. siap boleh masuk bag diaper lagi tu, muat2.



Muka Medina macam " pahal bro,nampak tangan dah genggam ni ! "haha. ok ibu main2 :P 

Selain daripada bawak pegi bercuti diaper clutch ni, Irine rasa memang penting pon sebab masa nak pergi dan balik daripada bercuti, singgah R & R. memang laa ada bilik persalinan baby, tapi bayangkan dalam bilik salin baby tu ada sink je. Tilam untuk salin baby langsung xde ok! *bukan semua R & R. Kesian kalau xde apa2 lapik bila nak salinkan pampers anak.  Dan lagi satu, Irine gunakan diaper clutch ni masa Irine berhenti solat dekat Masjid. Sementara tunggu giliran suami nak solat, Irine duduk saje2 dengan Medina dekat tepi masjid tu, bentangkan diaper clutch ni bagi dia baring. Xde lah rasa sakit kan :) boleh dijadikan tilam jugak..hihi, sbb dekat dalam diaper clutch tu ada mcm permukaan tilam yg lembu (soft padding). but i think benda tu bukan tilam, seakan2 la, tapi selesa untuk baby. 

Mana nak dapatkan Diaper Clutch yang cantik ni? hehe. Irine dapatkan dengan Kak Fathiyah. 
Cuba tengok banyak lagi design cantik2 dekat Facebook Page dia.

Facebook Page : MY HAFIY BLOGSHOP


Ok tu je lah buat takat ni :)
Hari ni punya entry irine buat panjang lebih.banyak cerita dalam satu entry. 
Semoga berpuas hati untuk entry irine share macam2 ni untuk korang yg akan bergelar ibu ataupun yg sudah :) 


tata.


Assalamualaikum!









29 comments:

mazni said...

Makin comel+cantik medina ni sekarang. banyak kegunaan ye ladybug tu :D

Mek Onie said...

lebiyu ibuuuuuuuu *tetiba :P

Nurfaezah Abdullah said...

great review irine ^^ walaupun fae masih long way to go to enter motherhood world, yet this knowledge berguna juga sebagai rujukan nanti.

yuna icha said...

irine tak try pakai cloth diapers ke hihi.

Shida Idris said...

wahhh, tak tau pun psl diaper clutch, thanks irine

aThidEaN said...

Tq Irine =) lovely.

TeTerBanG said...

fiska medina makin comel, sihat, n bambam. hehhe...rambut dya mmg lebat! yg ladybug tu, mmg awesome! :D

Eimma Esmail said...

osem. makin comel medina duk dalam tu.. AHAHAH

Seimura said...

Terbaik ni.

Seimura said...

Terbaik ni.

Alia Ali Ahmad said...

ya Allah , kak irine ,,, semangat betuiii medina nie ,., geram eh .. haha

~ NANA ~ said...

Kak nana pon pkai diaper clutch tu, mmg sgt2 berguna n nk gantung kt stroller pon senang..hehe

Alahaiii sukanya tgk selimut medina tu

~AmyLiana86~ said...

anak sy pun org da cakap cm michelin..3 bulan 6.6 kg..hehe..

Pearl Kaz said...

Ya Allah.. rambut dia dah lebatnyaaa... mmg jenis rambut cepat tumbuh ye.. hehe. anak akak, lahir hujung bulan june. cukup 7 hari, cukur rambut dia. sampai ke hari ni rambut malu2 nak tumbuh.. hahahaha. ikut keturunan mak nye kot, kecik2 rambut malu2 je nk keluar. hihihi

::ct aman:: said...

comelnye fiska medina ni....suke dgn ladybug tu....nk cr satu la tuk dina...=)

cik amal said...

comell

Sya Mimie said...

terbekenan dgn smua tu.. nmpak mcm memudahkan urusan dgn bby je.. :)

Naema Shahrul said...

fiska medina super comellllll..geram tengok..

Nazirah Ibrahim said...

comel anak sis irine skrng :)

# asalamualaikum reader(s) and blogger(s). Naz baru buat blog. Pleasee support Naz. Naz amat perlukan sokongan padu dari korang. Bantulah Naz jadi blogger mcm yg Naz impikan sejak sekian lama nyaaa... Sokonglah karya anak tempatan! Haha. p/s : jgn lupa follow ea? =)

Eda Amisha said...

Subbahanallah ...tomeynye Medina...thanks Irene..nice info :)

Mazs bali said...

geram tengok bibir medina..

Illiya Ridzuan said...

Sesiapa yang minat beli barang baby. Boleh visit sini.
Recommended. :)

Love Bambini
Link :
https://www.facebook.com/pages/Love-Bambini/434327473344363?fref=ts

Santan Manis said...

Ada special REVIEW untuk Irine ni. Termengumpat sikit. sorry ... kehkehkeh. jemput singgah kalau sudi :D

http://santanmanis.blogspot.com/2013/09/cik-epal-maria-elena-haniz-zalikha.html

Ha Num said...

Comelnya lady bird tuu

ArELeEz said...

aah. mmg geram betul tgk tangan ketak2 medina tu. rase nk geget!

TkLyna said...

ketak2 bdn dia !

Cikgu Zai said...

panas x guna infant insert dlm ergo tu? sy br try tgk anak berpeluh2 tp dia tdo lena je huhu

Suhana Mohd.Diah said...

Wahhh..info yang berguna...
Saya pon baru berjinak-jinak dengan baby wearing ni..

Jemput singgah ke blog saya pula sis...

http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/

Rina Pretty Healthy said...

tq for sharing info... tgh survey gak nak beli carier ni for my twin..

bila twin, rm pon double le..huhuhu

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in