Kisah raya bertiga


Assalamualaikum.
Dah nak 2 minggu lebih raya, baru nak update kisah raya. haha. Basi sungguh.huhu
Takpelah, basi pon basilah, janji nak share jugak! hehe.

19 tahun raya dengan keluarga sendiri. Start tahun lepas beraya berdua, dan tahun ni raya jadi lagi syiok sebab raya bertiga. Dan tahun ni jugakkkk, 1st time Irine beraya sebagai anak perantau. haha. Perantau la sangat. Yup, setelah dibaling duit syiling, akhirnya tahun ni giliran beraya di rumah mertua pulak. Dekat Perlis. Tahun lepas raya belah Irine, tahun ni giliran suami.

Rasanya tahun ni kot rasa macam raya tu lamaa sangat. Kalau tak, 3-4 hari raya dah rasa macam suasana biasa. Mungkin sebab raya dalam suasana lain. Seminggu sebelum raya kitorang plan balik raya dekat Perlis. Settle je kerja semua, dah kemas rumah, dah kemas dapur, dah buang sampah pampers2 dalam bakul, dah kemas2 baju Irine, Medina dengan suami, dah basuh baju/sidai/lipat, barulah boleh balik kampung dengan hati yang lega. Drpd Shah Alam nak balik ke Perlis ambil masa 6 jam macam tu. So, kitorang plan gerak malam. Plannya nak gerak lepas Isya', tapi tau-tau je lah, janji memang dicapati! haha. Pukul 11 lebih malam macam tu baru gerak. Kali ni kitorang balik bertiga dengan adanya Medina! hehe.

Pengalaman bawak Medina balik kampung, nasib baik ok, sebab Medina tak meragam jalan jauh. Mungkin sebab jalan malam. Masa nak gerak tu dia tido, 3 jam perjalanan tido,lepastu terjaga, bagi susu terus senyap, dan selebihnya dia tidur sampailaaaa Perlis.Termasuk dengan ibu dia skali bantai tido dalam kete. huhu. Medina Irine tak letak dalam car seat, Irine lagi selesa riba dia dekat tangan dan pangku Irine selama 6 jam tu. Agak lenguh jugak, tapi takpelah dah biasa, lagipun kalau Medina nangis nak susu senang terus bagi je.

Sampai-sampai je kampung suami, masa tu tepat-tepat pukul 5 pagi waktu nak bersahur :)
Sempat merasa seminggu berpuasa dekat sana.

Ok next!
Pagi-pagi raya, tahun ni rasa macam tanggungjawab tu lebih sikit. Kalau tak dulu siapkan diri dengan suami je. Sekarang dah lain. Pagi-pagi kejut Medina, mandikan dia, siapkan dia pakai baju. Perasaan raya dekat kampung suami? Haaa, rasanya macam takdelah sedih sangat.haha. Mungkin sebab tahun ni ada Medina, so takdelah rasa sedih sorang-sorang teringat dekat kampung sendiri. Sebab busy kot, tu yg sampai perasaan sedih pon xde..huhu

 

So, this is our 1st family portrait! :D
Gituuuu caption gambar kannnn.tp Medina tido pamdang sana.
Medina time ni macam biasalaa pagi lepas mandi,dah menyusu, terus tido. So kalau gegar gempa bumi macam mana pon konpem dia tak bangun.



Ayah + Ibu + Medina = Complete! 

Dari segi nak beraya rumah orang dengan adanya Medina, mula-mula tu rasa macam "eh camna ni, eh susahlaa, eh ada baby nii". Tapi lama-lama macam dah biasa. Apa-apa pon nak tak nak, mesti kena ada pertolongan suami utk memudahkan lagi kerja. Macam aritu, kalau Irine beraya rumah orang, kalau Medina nak susu, sama ada Irine akan tumpang bilik tuan rumah untuk menyusu ataupon Irine akan gunakan nursing cover. Nursing cover tu tersangatlah penting, benda alah yang paling penting kena ada dalam bag sekarang. Owh lupa nak cakap, sekarang kalau pegi mana-mana, Irine dah x pakai handbag dah.haha. Handbag Irine ialah bag baju dan pampers Medina. hoho. Tak kuasa nak bawak bag banyak-banyak. Tumpang purse and nset dalam bag Medina je :'D 


Family belah suami :) 
Cuma tak lengkap adik ipar je sebab tahun ni raya belah suami sana. Yang lain-lain complete semuanya dengan anak-anak buah yang comel.  Dan macam biasalah, dua orang yang duduk depan tu color special sikit.hihi.


Fiska Medina tengah layan tido dalam dunia dia sendiri :-) 
Masa raya pertama ni rambut Medina tak cukur lagi, sebab Irine saja je nak bagi Medina raya dengan rambut...hehe. 


Ayah dan ibu mertuaku..hihi. 

Dekat belah suami, Medina panggil Maktok dengan Chaq. Chaq tu gelaran untuk Atok la :) Mula-mula masa Irine kawen pelik jugak Chaq tu ape. Rupa-rupanya atok.hehe.So, xde lah konfius dengan belah Melaka. 

Lepas dah sesi-sesi salam semua, kitorang pegilaa beraya. Medina pulak ape cite?


Huh! ni cite dia! 


Sampai-sampai rumah sedara, belum sempat jamu kuih lagi, Medina dah mengantok. Belum apa-apa lagi, dah terkulai tido.huhuhu. Kaki tido anakku rupenye...hehe. Takpe, budak-budak membesar dalam tido. Dia tido sampai la balik rumah.. Good girl betol kasi chance kat ibu nak makan lauk raya :P 


Untuk raya yang seterusnya pulak, macam biasalah aktiviti Medina, tido lagi.hehe. 

Irine suka sangat tengok gambar ni.hehehe. Medina macam nak terbang pon ada.haha. Sebelah tu sepupu Medina, anak akak ipar. Medina dengan dia beza 20 hari jeee ^_^ Baby Ali keluar lambat beza 20 hari dengan Medina. nanti dah besar, nak tunjuk gambar ni dekat diorang. Mesti comel gile.



Ibu & Medina :)

Masa raya aritu Medina baru 2 bulan 3 hari. Sekarang dah 2 bulan 17 hari. 
Masa nak raya tu yang Irine perasan badan Medina makin hari makin dipam-pam. huhu. dekat tangan dia seketul-seketul naik ketak-ketak. huhu. Dalam gambar ni pon nampak macam badan dia dah berisi, sedap dukung dah :) 



Last but not least, of course gambar ibu, ayah dengan Medina. hehe :)
Happy family!




Haaaa. dah alang-alang bercerita pasal raya, Irine nak selit dan sharekan jugak salah satu produk mask untuk kulit muka. Selalu kita tengok dekat kedai-kedai banyak jual mask yang color hitam dengan putih kan. Kali ni, mask yang Irine nak share ni special sikit sebab ianya color PURPLE! Sape yang nak merasa kulit dia pakai mask color cun-cun, tolonggggggglahhhh beli FLORAL MASK ni! :-)

Lagi satu, yang Irine suka Floral Mask ni sebab mask ni bila pakai ada haruman lavender. Wangian fevret Irine kot. Wangi sangat, so bila korang pakai mask dekat muka tu, takdelah bau kosong je ataupon bau mask semata-mata. Sambil korang pakai, sambil bau-bau lavender gituu.



Floral Mask by Dian Pixy yang Irine tengah sebok dok cerita ni. ehehe

Sesapa yang rasa kulit muka dia jenis yang degil tu, sesuai sangatlahhh pakai. Dan lagi satu, Irine bet ramai yang jenis kulit licin tapi dekat celah-celah hidung atau dekat satu hidung tu penuh gilerrr dengan blackhead/whitehead. haha.Kannn? Baik korang mengaku cepat!! huhu. Irine pakai mask ni sebab nak buang blackhead tu lah, takut nak picit sebab nanti tinggal kesan, so sapukan mask dekat bahagian hidung saje pon boleh. Tunggu dalam 20-25 minit, then tanggalkan mask tu bila dah kering dah boleh nampak hasil blackhead tu melekat sendiri dah keluar. 



Nampak tak tu dekat jari Irine? Comel pulak tengok mask color purple. Rasa anggun and berkeyakinan bila pakai. hehe! At least kalau pakai mask color purple, takdelah nampak menakutkan macam mask color hitam atau putih tu kan. Suami pon tak terperanjat malam-malam bila tengok :P hihihi~~~

Sapa yang ada kulit jenis berminyak tahap tak terkawal pon boleh guna mask ni, mask ni boleh mengawal kulit berminyak. Dalam seminggu pakai 2x pon dah cukup, x yah pakai hari-hari tau! Ada yang tanya, kulit sensitif boleh pakai mask purple ni tak? Haaa mestilah boleh! Kan dah cakap mask ni special tadi. Floral mask ni pon sesuai dan sangat digalakkan untuk kulit muka yang sensitif dan berjerawat.




Nak tengok sangat Irine pakai kan! haha. nahhh,hamik setepek.
Gambar semasa Irine pakai mask dan yang sebelah tu bila mask tu dah kering Irine cabut. Boleh nampak kan kesan-kesan yang lubang-lubang dengan blackhead melekat kat situ. Banyak rupenye --'' huhu.

Irine pakai time waktu malam sebelum tidur, yelah, dah ada anak kena pakai time dia tengok syiok tido, kang kacau daun. huhu. Korang jangan pelik tau, mask ni boleh sapu satu muka (cuma please elakkan sapu dekat bahagian kening, bibir dan bahagian mata). Sebab ape? Sebab nanti kalau korang sapu dekat bahagian situ, time dah kering dah cabut mask tu kemain sakit dekat bahagian kulit lembut tu.hehe.so kena pakai elok2 ok!  Kalau nak lagi bagus, sapu mask ni dekat bahagian yang korang rasa yakin bahagian tu banyakkkkk dengan blackhead dengan whitehead! haha. Kene yakinnnnnnnn :p

Lupe nak cakap, Floral Mask ni selamat ke guna? Yup! Selamat, jgn risau sebab halal dan muslim product. Mask ni ada 7 bahan aktif produk. Salah satunya ialah ada Vitamin A, B3, C dan E untuk merawat kulit.

Kalau nak try mask ni, boleh order dekat sini okeh? DIAN PIXY 

 dah pakai 2-3x and nampak hasil, mesti tak menyesal.



Next entry  : Medina cukur rambut





27 comments:

Mek Onie said...

kita nak menangis tengok gambar irineeee,kita nak gakkkkkk gambar gituuuuu,hehe

dhirazanor said...

wua..happi family..yuuuppp..d perlis atok tu dpnggil chaq,tapi ada jg sstngh org perlis tak taahu

Fienazzuki said...

Irine bertiga ja warna lain ya???
Medina??? Kuatnya tido...hehehe
Tapi memang gambar tu mcm medina nak terbang je...comel sangat!

Nor said...

Seronok sanagt tengok family bahagia ni. semoga bahagia sampai ke syurga :)

cik yaya said...

so sweet..semoga kekal bahagia kak ^_^

Sya Mimie said...

comelnya anak irine.. jelesnya akk tgk.. comel sangat.. :)

Ayu azmir said...

Mcm nk try je masker tu

fatiha marcelo. said...

comel anak kak irine...

Mysara Ab Rahman said...

wah bestnyer irene berayer thun ni ber3..suke tgok gmbr2, ccntik2..:) medina asyik tdo je dye tp gmbr last best sbb dye bukak mata! hee...

Emi Amira said...

raya tahun ni di mana mana pun ada baby cute. Tetiba bnyk pulak baby thn ni..

Solehah Shamsuddin said...

Medina sangat comel dgn pengikat riben kt kepalanya tu. Tapi yg paling best bila tgk pic Medina tgh tdo dgn kazennya tu, comel btl :)

Izanne said...

Suke tengokk.
Sweet sgttt..

Fazilah said...

comel sungguh medina .. ketak2 dah tgn die tu..geram je tengok..

Selamat hari raya irene..

Cik Mun said...

seronoknye beraya bertiga..

Gadisku Fathiyah said...

mana nak beli mask ni? kat ld mmg xde jual pun huhu..

ammelia yusoff said...

mesti seronok kan first time raye dengan anak sendiri. selamat hari raya kak irine, suke tengok kak irine sekarang ^^

MissVanilla said...

Sweetnya keluarga mertua kak Irine. Teringin pulak rasanya nak kahwin. hehe

NF said...

Sweet. Happy family :')

adnan-kisahkasihibu said...

salam, semoga anda menjadi ibu yang baik dan menjadi istri yang solehah, amin..

Syafiqah Zambi said...

kalu berminat nak dapatkan floral mask boleh dapatkan dari pika jugak pengedar floral mask

0132681186

terima kasih :)

'aQila kAmarudin said...
This comment has been removed by the author.
'aQila kAmarudin said...

assalamualaikum sis. sebuah keluarga yang indah dan sempurna. ^^ semoga Allah memberkati dan menyayangi sis dan keluarga selamanya. In Syaa Allah. :)

Ms Bery said...

tomelnyer n tembamnyer baby medina.. geram tengok.. ;)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum irine. comelnya gambar raya korangg. tahun ni dah ada Medina. tahun depan tambah lagi sorang tauu. selamat hari raya Irine sekeluarga :)

mrs kayrul said...

senangnya ibu dan ayah nak makan....mentido jer medina...saya pun banyak blackhead...nak kena try nie

Ain Eddihar said...

hoho . rasanya mcm salah komen entri tadi :3
kita suka tenguk akak sekeluarga . insyaAllah keluarga sakinah . Ameen :)

baby besh said...

comelnya baby irine..
Jom singgah dan Like https://www.facebook.com/babybeshshop
:)

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in