Cukur rambut Fiska Medina


Assalamualaikum

Ingat lagi kan Irine ada janji nak up entry tentang Medina cukur rambut hari tu? :) So, entry ni khas buat anak ibu bila dah besar nanti, sila baca! haha. 

Kita imbas balik cerita awal bulan aritu.
Masa awal-awal lahir, rambut Medina memang agak lebat jugak la. Patotlaaa bila dalam perut dulu perut ibu ni kejap-kejap rasa gatal. Nak garu memang takklaaa kan, gosok-gosok je pakai kain selowww-selowww. Takut berbekas. Masa tu terdetik laa jugak dalam hati, "anak aku dalam perut ni rambut lebat sangat ke sampai gatal sangat bawah pusat ni". Yelah, dah orang-orang tua dulu cakap macam tu, so Irine pon guna la jugak teori diorang.haha. 

Plan nak cukurkan Medina bila balik beraya hari tu. Hari raya ketiga plannya. Sebab Irine saje nak bagi Medina beraya dengan rambut dia. hehe. Nak cukur dekat kampung suami sebab dia dah bagitau nanti dekat kampung dia ada sorang ni pangkat nenek jugak laa yang akan cukurkan Medina. Lagipun, nenek ni pon memang dah banyak kali cukurkan anak-anak akak ipar and nenek ni pon terkenal dengan cara cukur dia yang kemas dan cantik :) 

Mengikut sunnah, Medina pon dicukurkan sampai botak. Irine tak buat cukur jambul sebab yang Irine baca dan tau tu adalah amalan bidaah. Berpandukan kpd syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Amalan ni jugak dipercayai berasal drpd kepercayaan masyarakat India yg beragama Hindu. Tambah mengelirukan, dalam cukur jambul jugak ada adat yang di mana rambut yang digunting tu dimasukkan dalam buah kelapa. 

(Artikel lengkap tentang amalan cukur jambul ni korang boleh baca dekat sini :-)




Tepat raya ketiga hari tu, tak silap masa tu 10/8/13 (haaa tgk  ni ibu siap-siap catit dalam notes tau bila awak cukur..dah besar nanti please terharu..huhu). Malam sebelum Medina nak cukur tu, Irine kejap-kejap cium rambut dia, takut nanti rindu bau rambut lebat dia tu. wuuuuu..Sape tak sayangg oiii  rambut anak lebat dalam perut dah nak kene cukur.hehe! Tapi memang betol pon, sampai saat sekarang ni pun, hidung Irine still ingat lagi bau-bau rambut Medina masa panjang aritu. Tapi takpe, cukur kan amalan sunat, and rambut Medina pon jenis yang cepat tumbuh. 


Yang Irine ingat, awal-awal pagi nak cukur aritu, Irine dengan Medina dua-dua bangun lambat. Tak teringat langsung nenek yang nak cukur tu nak datang.haha! eh kejap, nenek tu nama dia senang nak panggil dalam entry ni "Nek Timah". hehe. Nek timah datang nak cukurkan Medina dalam pukul 8.30 pagi macam tu. Medina still tido time tu, tido punya baik nyenyak. Nek Timah cakap takpee, bagi dia cukur time dia tido tak sedar ape.


hehehe. Medina tengah tido time ni. Memang nyenyak. Konon-konon orang nak kesian dekat dia laaa teww buat-buat tido comel tak nak kena cukur. haha!

1st time nampak Nek Timah tu datang , Irine balik-balik rasa nervous macam rambut sendiri plakkk nak kena cukur. Yelahhh, nervous sampai 1st impression tu Irine dah siap-siap terbayangkan macam Tok Mudim yang datang rumah nak sunatkan orang! haha. Ala-ala seram gituuu kan.

Bila tengok Medina tidur masa tu, rasa lega sangat at least dia tak sedar la kan kepala dia nak kena botak. huhu. Sekaliii dia terjaga jugakkk...


haha. muka cool jeee kan siap buat muka manis nak senyum. dia tak tau Nek Timah nak gondolkan kepala dia. haha. Owh ye, Nek Timah ni service dia tiptop tau. Dia akan datang rumah orang  siap bawak kain batik khas untuk bedung kuat-kuat baby supaya tak gerak-gerak time cukur. Husband cakap, macam cukur rambut anak buah dia yang lepas-lepas, kain batik Nek Timah semua lawa-lawa.haha. Tapi, time Medina tak berapa lawa, Nek Timah cakap semua customers dia semua berebut nak kain batik lawa2 dia tu.hahaha! *sempat lagi cerita pasal kain batik* haha!


Buat muka kesian dekat depan Nek Timah. ihihihihih. Sorry sayanggg, ibu tak boleh tolong time ni :'p


See? Cool gila muka Medina nak kena cukur kan. Siap buat muncungg kauuu, duck face bagai.hehe.

Sebelum nak cukur, Irine kena tanggalkan semua baju Medina, pampers je tak payah. Lepas tu Medina kena bedung. Nampak macam ulat bulu yg tengah duduk dalam kepompong pon ada.huhu. Pampers je tak bukak sebab Irine tau Medina tengah berak time tu.haha. Disebabkan rambut dia dah lebat sangat, Nek Timah kena gunting dulu sikit rambut dia. Lepas tu baru start cukur.

Irine ni punyalah cuakkk + sedih bila sehelai-sehelai rambut Medina gugur jatuh kat surat khabar bawah tu.Tapi tak tunjuklah time tu.. redhaaaaa.hehe. Lepas separuh rambut Medina kena cukur, dia dah start merengek-rengek. Maybe dia tau and perasan kot, separuh rambut dia dah hilang and buat kepala dia sejuk..



Then, Irine pon amik Medina dakap dia kuat-kuat erat-erat. Phewww, nampak muka ibu mithali betol gambar ni. haha :P

I love this pic so much!! Mungkin sebab nampak macam ikatan ibu dengan anak tu kuat sangat dalam gambar ni. Muka Medina pulak macam muka mintak tolong dekat ibu dia. huhu. Takpe nakkk, ni semua demi kebaikanmu..........gitu.  Lagipun dalam Islam memang menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat :) Moga-moga anak ibu ni sihatttt ok :) 




Lepas dah dakap Medina tu, Nek Timah suruh Irine susukan dia bagi dia senyap sikit. So, sambil Irine dukung menyusu dia, Nek Timah cukur. Power kan orang berpengalaman cukur macam ni. hehe. Agak-agak Medina dah kenyang tu, Irine bagi dekat Nek Timah selesaikan cukur. Nampak tak hampir keseluruhan dah botak tu? huhu. Tapi botak habis macam mana pun , kepala dia still nampak kesan biru-biru lagi. Nek Timah cakap baby kalau cukur rambut dia, kepala nampak kesan biru-biru tu maknanya cepat tumbuh. Kalau kepala nampak putih tu lambat sikit nak tumbuh. Nasib baik Nek Timah pandai sedapkan hati Irine time tu.haha.


hehee.tomellll anak ibuuuuu ni tauuuu! geramm ibu tengok. 
kena cukur pon pandai nak pandang camera. huhu.



Finally, habissss dan selamat semua rambut dia dah cukurkan :) 
Tadaaaaaaaaaaaaaaaa! 


Fiska Medina in version botak  hehehehehe. 
Tapi ni gambar masa awal bulan aritu, sekarang Irine tengok banyak jugaklah rambut Medina dah cepat naik. Lepas dah cukur-cukur semua, Nek Timah pegi mandikan Medina. Muka dia happy semacam bila dah habis cukur, mungkin dia rasa kepala dia dah lain jadi ringan kottt..hihi. 


Jadi setelah rambut-rambut Medina dah setel dicukur, aritu dah bawak pegi timbang semua rambut Medina dekat kedai Mas Cina. Berat rambut dia 5.08 gm. Cina tu kira 1gm untuk harga mas arini RM 170. Makanya, 5.08gm X Rm170 = Total semua RM 863.60 duitnya :) 

Lepas tu duit tu nanti kitorang kena bayar and akan diserahkan kepada golongan fakir miskin. Yang ni amalan sunat :) 

"Sunat disedekahkan emas atau perak hasil daripada timbangan berat rambut yang dicukur itu kepada fakir miskin jika berkemampuan. Jika tidak mampu, maka tidaklah diberatkan ke atas ibu bapa anak tersebut melainkan sekadar yang terupaya, umpamanya digantikan dengan nilaian wang atau sebagainya mengikut kemampuan. "

Let say kalau korang tak berkemampuan nak bayar ikut harga emas, boleh jugak dinilaikan dengan harga perak. Depends pada kemampuan masing-masing. InshaAllah lepas ni pulak nak buat majlis Aqiqah untuk Medina. 



Ni hasil rambut tumbuh lepas seminggu. hehehe *siap nak upload.haha.ehhh perkembangannnn ni tauuuu.. :P 


Rambut terbaru . 25 hari punya rambut. hehe panjang sikit dah.



Oklah, tu je lah untuk entry kali ni. next time Irine update entry medina dah boleh ikat rambut tocang.haha.

Bye! Assalamualaikum :) 




p/s : Photoshoot and editing by VEL OLIVER PHOTOGRAPHY ART




45 comments:

Rara Nasuha said...

wahh cepatnya rambut Baby FM tumbuh. Nanti dah panjang, mesti cantik. lebat. :)

Mek Onie said...

alhamdulillah selesai semuanya <3

Ρυαи Gојεѕ said...

alolo. best moment :)

F.a.r.n.y said...

Banyak sangat info saya dapat pas bace info niee..Especially tang cukur jambulll tue..tak sangke tue amalan bidaahh..
Nice entryy <3
Sukee..sukee..sukeee :)

Sheila Eiman said...

comelnya medina. tetap cool masa kena cukur.. sweet je tengok...

mazni said...

comelnya fiska bila dah botak hehehe. rambut dia cepat betul tumbuh

ejulz said...

comel..

New entry.. harap sudi baca.. "Malaikat di pintu"

aWan NaJwA said...

comelnya fiska .. takpe fiska nanti besar kita pakai tudung tutup aurat takyah nak muncung .. wah ..anak solehah fiska .

Nurmujahidah Ismail said...

kita sama umur,, tapi irene dah jadi ibu,, muja kawin pun blum,, kekekee,, hebat,, majlis bercukur pakai photographer.. coolsss,, hope to do it this way too one day,, :D

Sabrina Tajudin said...

alololo comel nya! <3 semoga jadi anak yg solehah comel macam mama dia! <3

Mizz ErMa said...

alamak, turn baby sy utk dicukurkan pulak esok ari..adoi, neves pulak rasa..hihi

Munie Che Husin said...

Semoga jadi anak yang solehah ye.. ;)

Munie Che Husin said...

Semoga jadi anak yang solehah ye.. ;)

Munirah Rafiuddin said...

seronoknye baca pengalaman menjadi mak ni...smg DIA perkenan juga doa sy & suami suatu hari nnt...amin

~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

Sya Kiffli said...

FM...sangat2 comey...macam muka irene..:)

Chekgu Azrine said...

Serius cantik rambut medina..sure cpt tumbuh sbb seminggu pun dah naik...comel medina

LaLa mhdnor said...

wahhh cepta giler rambut medina tumbuh, comel sangat =D

Cik Eka said...

comel nya Fiska Medina.

pasal cukur jambul tu banyak kan macam2 info. Eka ada tanya orang2 yang tahu, pasal Kelapa tu. Orang tua2 kata, rambut dimasukkan dalam kelapa sebab tak nak bagi rambut tu bersepah masa gunting.

mrs kayrul said...

lebat betul rambut medina ye....dah botak pun still comle la medina

Seimura said...

Alololo comelnya Medina.

Anak akak, Jannah cukur habis masa umur dia tepat2 tujuh hari. Tau berapa nilai emas? RM40 je dik. Rambut Jannnah memang sikit. Tak sampai 1gram pun. Rambut Medina 5g lebih.

Tapi rambut Jannah lambat tumbuh (mungkin sebab rambut asal memang sikit). Umur 3 bulan lebih baru la nampak sikit tumbuhnya. Sekarang dah 6 bulan lebih nampak la hitam dah kepala tu.

Medina masih pakai mittens lagi ke irene?

Mysara Ab Rahman said...

bestnyer..setiap moment irene update..sok dh besar medina baca confrm terharu...mmg cepat la rmbut dye pnjg...comey je medina bla botak..hee

Sha Purple said...

comel medina. geram tengok..

idazs said...

alhamdulilah.. dah selesai semua. Rambut medina sama macam anak saya juga, cepat tumbuhnya :)

NUNU EERA said...

medina botak pn comel.. :)
dayyan mlps kne ckur lma kot nk tggu rmbut die tmbuh.. end up, bulu kening lgi lebat dri rambut.. hehe..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum irine. bagusnya yang bidaah ditinggalkan. tak sabarnya ada baby sendiri. nak belai nak cium bau baby tu. heee medina sangat comel! muka serupa ibu diaaa :)

si kupu-kupu said...

comeinyer sis bby u.. kemana tmpahnyer kuah lau x ke nasi kn..he3..

hazlina azmi said...

Hai dear..bestlah blog awk..penuh warna warni kehidupan..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

Solehah Shamsuddin said...

Wah, cepatnya rambut Medina tumbuh. Seriusly Medina sangat comel bila botak.hehe :)

Ain Eddihar said...

Hehe . Suka kita baca . :)

mariam said...

so sweetttt bila dakap macam tuh...:)

Schajar McFlurry said...

comelnye baby irine. Selalu tengok gambar kat instagram je. Nie baru sempat bace post irine :)

oh ya. nak sharing sikit. Lagi sunat kalau cukur rambut pada hari ke-7 :)

ekin schmidt said...

lebat nya rambut!
hitam lmbut je nampak tu :)

ain syafieqa said...

comelnye medina. masa ada blog lama dulu ain selalu baca kisah irine. now dah buat blog baru. please support my new blog. http://whiteroses.blogspot.com/

HASRUL HASSAN said...

Cantiknya gambar. Dan comelnya baby... suka tgk. :)

Elaika said...

Comelnya Fm, takpe... nanti tumbuh mesti lebih cantik dan rapi :)

Pedas FM said...

assalamulaikum irine, bagus irine tidak terikut2 dgn amalan bidaah spt cukur jambul dan berkongsi dgn ramai readers disini.namun akak bertanya ustaz baru2 ini, amalan cukur rambut dan membuat timbangan ini (kepada yang mampu)hendaklah dibuat selepas aqiqah atau akiqah mesti dibuat sebelum amalan sunat yang lain spt cukur rambut dan timbangan emas/perak ini. wallahualam

Pedas FM said...

assalamualaikum irine, bagus irine berkongsi amalan ini kepada readers kerana ramai yang masih mengamalkan amalan bidaah dan bermegah-megah dgn amalan cukur jambul sehingga membazir, namun lebih elok jika cukur rambut dan timbangan ini dibuat selepas aqiqah kerana aqiqah itu sunnat muaakad iaitu sunat yang dituntut atau blh dilakukan serentak .dan seeloknya akikah dilakukan pada usia 7 hari serentak dgn mencukur rambutnya serta memberi nama. wallahualam-sekadar berkongsi :)


http://bm.harakahdaily.net/index.php/sudut-dakwah/14237-fiqh-akikah-dan-hal-berkaitan

Marya Hana said...

Irine, comelnya anak. Sebijik muka irine! :)

Adilah Manaf said...

Alhamdulillah dah selesai semuanya. Ingat untuk anak yang seterusnya ni nak buat juga la majlis seperti ini. Biasa buat dikalangan keluarga sahaja :)

Sudut Work-At-Home-Mother(WAHM)

tenku butang said...

comelnya medina.. macam mama dia gakk.. beso nanti tentu cantikk! err.. nak tau makna nama Fiska Medina leh? heee.. sedap nama tuu..

btw.. jom singgah sini.. ada citer pasal irine kat sini.. heee..
http://tengkubutang.blogspot.com/2013/09/blogger-paling-banyak-follower.html

Fieza Nordin said...

comelnya baby awak.. terasa macam nak bersalin lagi la..

Fieza

www.afizahnordin.blogspot.com

luqman zakaria said...

comel amat!hehe

lazu iana said...

Trond infonya sangat menbantu sekali dan menberi pencerahan ..
lainkali kalau ada tips lain seperti tips memilih kaos kaki bayi, kabari kami ya,,,

super blogger said...

Kajian mengatakan rambut bayi cepat tumbuh selepas cukur rambut bayi ni.

Azhan Hasbullah said...

Salam,

Ada contact no Nek Timah?

Tq
Azhan

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in