44 hari



Assalamualaikum..

Esok dah tepat baby Fiska Medina genap 40 hari. Maksudnya, ibu dia ada 4 hari lagi untuk dihabiskan tempoh berpantang 44 hari tu ! hoho! sukanya :P Tapi tahun ni tak dapat nak merasa nikmat puasa. Memang sah-sah kena ganti banyakk nanti. huhu. Takpelah, ada hikmah tak dapat puasa tahun ni sebab baby Medina pon still menyusu badan sampai sekarang. Kejap-kejap susu, kejap-susu :) Macam-macam makanan/minuman  makan untuk tambah and banyakkan susu demi anak yg sorang ni. Set Shaklee lah, rebus buah longan kering lah, minum horlick lah (minum horlick paling meriahh) makan Habbatussauda lah, makan kurma lah, and minum air suam sebanyak yang mungkin dalam waktu sehari. Walaupun pada hakikatnya jarang nk minum air suam dlm hari-hari biasa. huhu..

Kalau nak cerita dari segi penjagaan baby Medina, Alhamdulillah senang nak jaga. Cuma kalau nangis-nangis pon sebab terjaga dari tidur nak susu. Waktu berjaga pon still sama, 2-3x kena bangun dan berjaga susukan Medina. Yang tu cabaran sikit lahhh :P Kalau tengah-tengah pagi, walaupun bangun banyak kali takpe, sebab baby Medina lepas kenyang je dapat susu terus sambung tido balik. Kepala terhangguk-hangguk time menyusukan dia waktu pagi jangan cite laa..hihi.  Lagi satu, dia menangis sebab nak orang dukung or riba dia. huhu. Orang tua2 kata, jgn selalu sangat dukung and riba baby, nanti sampai ke besar nak macam tu je. Tapi nak buat macam mana kan, anak sendiri tak sanggup tengok kalau dia nak ibu ayah dia dok peluk dan belai dia je setiap masa. Yelah, 9 bulan dok dalam perut, tak ke bosan? hihi. dah keluar2 mesti nak kena belai pulak :'D Semoga anak ibu menjadi anak yang baik untuk selamanya.

Sebelum baby Medina lahir lagi, suami dah pesan awal-awal, dia taknak biasakan anak dia dengan dua benda. Satu, ajar anak tido dengan pakai buai. Dua, ajar anak dengan sumbat puting. Walaupun sebenarnya si isteri dah fikir siap-siap dua benda tu perlu! haha. Takpelah, masing-masing ada sebab untuk kebaikan anak. So, sekarang ni kalau papehal baby Medina kitorang ajar dia tido dengan dodoi-dodoi and  tepuk-tepuk montot dengan nyanyian zikir and tak ajar puting. Walaupun ambil masa sikit nak tepuk-tepuk dan dodoi-dodoi dia, tapi lepas tu terus letak dia tido atas tilam. Kalau datang time mengantok dia lagi senang sebab lepas menyusu dia akan tido dalam pangkuan. Terus alih dekat tilam. Menangis macam mana skalipun, pujuk secara natural.Cewahhh. (kadang2 susah gak, huhu, tapi lama-lama dah terbiasa). 

Lupa pulak nak selitkan cerita tentang sepanjang tempoh berpantang. 
Daripada segi makan time pantang, semuanya ok. Takdelah teruk macam mana mcm digembar-gemburkan. Rasanya macam sama je cuma rasa sakit hati je bila tgk orang lain makan sedap2 dok upload dalam instagram! haha.  Sepanjang pantang, Irine banyak makan ikan tenggiri, kembung, siakap and salmon. Ayam, sotong, udang semua tak boleh. Takut gatal katanya kalau makan effect dekat tempat jahitan. Kalau sayur pulak, antara  sayur sawi dan dan brokoli. Selalu makan dua menu je, ikan dengan sayur.  Burpp..kenyang!


 

Nasib baik publish blog time dah berbuka puasa :P

Makanan dalam gambar ni antara menu time berpantang la. Bukan Irine masak, bukan mak Irine yang masak, tp suami yang masakkan. huhu ! Haihh tererrlaa pulak dia. Berkat tengok rancangan masak2 dekat Astro. Hari2 mesti bukak channel orang oversea masak. Dari situla kot dia pandai bertukang kat dapur.Tak boleh tipu , sedap jgk. Rasa macam tercabar pulak. haha. Ikan siakap kukus steam limau,  ikan salmon grill, ikan salmon kukus. Menu macam tak serupa pantang je. hihi. Hari-hari pulak tu dia masakkan :'D

Dalam kepala banyak dah senaraikan apa nak makan lepas habis pantang ni nanti. hehe

Banyak pulak bebel entry ni.


Finally,


Kiri : Ibu (masa 3 bulan kot)
Kanan : Medina (tak sampai sebulan)

Agak-agak sama tak muka kitorang? huhu :'D

Bahagia menjadi seorang ibu....... :')



Ok bye2~




91 comments:

Mek Onie said...

mesti omeiiiii gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa medina bila umur 20 tahun nanti :P

zakieazid said...

seronok je baca kisah akk ni...dan gambar tu same la anak dengan mak :)

Vee Lea said...

Sebijik. Mesti cantik mcm ibu dia nanti ;)

CikAinaa said...

Muka baby Irine macam ayah dia jee. :)

ejulz said...

comel.. semoga medina jadi anak solehah.. :)

rahma chie said...

alhamdullilah..everything going smooth kn? take care :)

Ieymah Ismail said...

mcm serupa laa...comey ngattt~~ suke2

Dzureen Darwis said...

Ada iras2 ibu dgn anak hehe

hajarAbuBakar said...

Comey ank irine..sepesen je muka time kecik2 dulu..heuheu

hajarAbuBakar said...

Comey je baby fm..sepesen je muka irine time kecik dlu..heuheu..btw salam ramadhan irine :)

hajarAbuBakar said...

Comey ank irine..sepesen je muka time kecik2 dulu..heuheu

Merah itu hot said...

haah sma laa mukaaa medina ngn kak irine :O

dyba gula-gula said...

Same mukenyerrr..

DAYG ♥ said...

Bestnyaaa dah jd ibuuu!

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

Seronokkan irine jadi ibu?.. lagi pulak kehadiran cahayamata yg pertama...
Akak pun dah selamat bersalin anak yg ketiga pada 28 June yg lepas... now sdg dlm pantang lagi..sampailah raya ketiga nanti baru habis pantang...
Teruskan breastfeed ye dik..mmg bagus utk baby...

eiyna tyna said...

sama je muka baby medina dengan kak irine . hehe
babyy medina comel sangat :D

saydatul al aman said...

muke irine dgn medina same! hehe..bibir pn same! ^_^ semoga irine dpt bertahn utk bgi fully breastfeeding dkt medina! insyaallah!

aMiRaH said...

same je muke ibu dan anak. chomel2x..

Jannah Jane said...

alhamdulillah irine dikurniakan suami yg penyayang + anak yg comel...semoga menjadi ibu yang baik..

Wahidah said...

untungla dpt suami pndai masak n jaga isteri time pntang..cayalah chef mirul...hahaha..

medina cute sgt...mata n mata tu aset..hehehe..moga medina menjafi anak yg solehah

sizziey darliana said...

hampir samalah .. comel je dua2... :D

Atikah Isa said...

Comelnya baby FM !!!!!!!! teringin nak jumpa :') bahagia kan jadi ibu :)

Hannah Sytieh said...

huhu.. alhamdulillah.. happy bace blog ni.. semoge berbahagia selalu irene :)

Rabi'atul said...

irine berpantang kat umah sendiri ke?baznya suami tlg masakkan mse berpantang..hehe

Anak pak cik Azhar :) said...

kak irine!!! comel nye anak kak irine!! tengok ibu ngan ayah die la..hehe

Rabi'atul said...

irine berpntang kat umh ye? beznya suami mskkn mse brpntg..hehe

Rabi'atul said...

comey fiska =)

Hazieq Sanat said...

selamat berpuasa... jgn lupa singgah blog kita... www.ajit171.blogspot.com dan www.kuntum171.wix.com/kuntumstudios

june mohd said...

Tahniah kerana telah bergelar seorang ibu kepada baby Fiska Medina yang cute ;-)

Annyss said...

Sweetnya husband you tolong masakkan. :) Congrats lagi sekali dah nak habis pantang other than baby and ibu sihat semua.

Siti Hawa Abdul Rahman said...

wahh!!! kak irine sedap btol mknn pantang uh..ingt terok uh...yg best uh suami sendiri masak..perghh!!! sweet gler huhu~

Faridatul Azida said...

comel marjina ni..hehe

mollyalmas92 said...

Alhamdulillah...dah nak abis berpantang pun. Irine..;-)
comel nyr medina...:-)
Beznyr dpt mkn y sedap2...ari2 pulak tue...hi3 :-D

Ena Amir said...

mcm muka ibu medina :)

ComelComot said...

Sya dalam 40 hari makan 2 menu xtukar tukar smpi la skg. Insyallah akan teruskan smpai 100ari sbb sy pntg 100 ari

Ahlam Miera Amirul Shafie said...

seronoknya....hehehe untunglah dpt suami yg perihatin....
hapir serupa muka 2.. mak dgn anaklah kan..hehe btw selamat brpantang! n salam ramadan... moga irine n baby medina sihat2 selalu.. :)

mujadafewa.my said...

untung la ada chef sndiri,, sama la jugak gambar paling bawah tu,, ekeke

cinta03 said...

tahniah...cerdik nya baby awak.. MATA CANTIK!!!! mewarisi kecantikan nenek, dan ibu dia juga.. :)

Zaza said...

comelnya, tahniah kejap je rasa dah 40hari..jaga baby baik2 =)

Nur Aisyah said...

Hoho. Untunglah akak :)
Semoga Bahagia bersama hingga ke syurga .
Eh, sama la muka dia ngan mama diaaa :O

Stella Han said...

Comelnya anak Irine. Ada iras-iras muka Irine dengan husband :)

Shafinaz Faizal said...

alololo comel sangat :)

akm said...

Ank sye umur 9 bulan dh pun x guna puting, org tua ckp nnti gigi dia tumbuh x cantik, dan x guna buai, kall ada pun siang jer pakai men2, tp dia lebih slesa baring kt tilam .. sng nak bwk p mn2... :)

akm said...

Ank sye pun x gune puting ngn buai, org tua ckp nnti gigi dia tumbuh x lawa, and x jrg guna buai, smpai skrg dia lebih selesa tdo kt tilam. Sng nak bwk jln2.. nak tdokan pun x susah :)

Seimura said...

Alhamdulillah dah nak habis pantang. Baguslah tak ajar buai dan puting kosong. Irene dah start simpan stok EBM ke?

Eyma Ct said...

wah seronoknya ada baby...Moga kebahagiaan ini kekal hingga ke syurga Allah :D

Eyma Ct said...

wah seronoknya ada baby.Moga kebahagiaan akk sekeluarga bhgia hingga ke syurga Allah :D

raja zubaidah raja sabaradin said...

akak mingu dpn habis pantang.tp sume dh makan.ketam pn ku makan..hehe..

mami aqil zafran said...

muka ibu dan medina same la. =) comel sgt. mata bulat.

TeTerBanG said...

yaa.. mama sy pon x penah sumbatkan puting dekat mulut masa sy kecik2 dulu. org tua2 kata x elok sbb takut gigi jd jongang n masuk angin. bila masuk angin, perut baby mudah kembung. yg buai pon lebih kurang. tp, experience kakak sy, masa pantang xpa. tp, bila dh keja (sibuk), trpaksa jgak letak anak dlm buai. tp alhamdulillah, x lama. anak sedara sy tu x suka tidur dlm buai sbnarnya. hehe...

wah! pndai suami kak irene masak. sy ingatkan mak kak irene / mak mrtua yg masakkan. x nmpak mcm mkanan org pntang. hehe...

ya Allah...muka mmg sma. sebiji! :D

Rina Ellisa said...

best nye journey jdi seorang ibu muda ni.. :)

muka irine & anak same la.. heee

Pn Sri said...

baby medina yang comel, geram tengok si comel medina... owhhh medina rupa ibu dia masa kecil... =)

Cik Cammy Lia said...

a'ah ada iras irine masa kecik...

ikafantasi said...

sama comel la ibu dgn medina

umizue said...

Samala kita irene,, baru habis pantang.. hihi..
tapi, akak dah boleh puasa.. alhamdulillah, bekalan susu sentiasa ada.. :)

http://umizuhirah.blogspot.com/2013/07/alahaaaiiiii-amar-muazzam.html

mrs kayrul said...

sebijik muka ibu la...besar nanti dah tau macam mana muka medina...hhehehe

bintang hati said...

ABG AKK PN SAMA GAK IRINE, X BG JG BIASAKAN ANK TIDO DLM BUAI & PUTING..
AKK PUN MMG FIKIR MCM TU JG. SSH NNT NK G MN2 NK USUNG BENDA BUAI TU..

MULE2 MMG LA SSH, LAMA2 NNT INSYALLAH.. SBBNYE, MAK MERTUA AKK MMG JAGA BUDAK2, SO DR CTU LA KOT PEMERHATIAN ABG..

SKANG AKK DH 8 BLN, MENANTI KELAHIRAN ORG BARU... HIHI

Emma said...

comelnye...samalah muka baby dengan irene ^__^

bintang hati said...

IRINE, RASANYA IRINE XDE CITE PUN PSL BREAST FEEDING.. IRINE GUNA bf APE, BLI MN.. ATAU PN IRINE X GUNA..
BUAT LA 1 NTRY UTK BF LAK YER.. HIHI

lala yusof said...

comelll sgt medina

Cik Eka said...

a ahla Medina macam muka ibu dia. comel Nanti besar comel cam ibu. hehehe

Bestnya husband tolong masakkan. hehehe :)

sYuhaDa sIdeK said...

sejibik mcm irine...besor nt mst cantik mcm mak dia jgk.. hihi

sYuhaDa sIdeK said...

sejibik mcm irine..besor nanti mst cantik mcm ibu dia jgk kn..hihi..

Alya Natasha said...

samaa sangat muka baby medina nga kak irene... comellll ;)

wawa gades said...

akak, medina comel sgts :) tolong pelok cium utk diee :)

Mysara Ab Rahman said...

best je baca pglaman irene ni...muka medina mmg iras muka irene la...

yana said...

irene, baby sebenarnya tak elok tidur dalam buaian.. sbb takut nanti otak bergegar.. pakcik saya bgtau, dia doktor..

nur izzati azmi said...

sebijik macam muka Irine..bila besar nnti mesti baby Medina sama mcam Irine..comell je..hehe

Solehah Shamsuddin said...

Muka irine dan medina adalah iras2 jgk.tapi rasanya medina lg comey.haha irine xmo jeles ye :D

PeRdU cINta said...

memori terindah kan..alhamdulillah..moga baby girl membesar dengan sempurna zahiriah juga batiniah..amin :)

Aida Syifaa ♥ said...

sama ja muka Medina dengan ibu. alamak! pandainya suami akak irine masak. nak cari suami macam nie jugak lahh! :D

Nadia Johari said...

comeyneyr

Yana Ramli said...

hai irine.. comey bby..

untuk cari suplemen set penysuan.. boleh contact yana..

:)

http://ad2ugudmomma.blogspot.com

Yana Ramli said...

hai irine.. comey bby..

untuk cari suplemen set penysuan.. boleh contact yana..

:)

http://ad2ugudmomma.blogspot.com

Puteri syakila said...

best nye kak irene dh jadi ibu hehe. baby medina comelssss sangat! ;)

♥ Lia Abdillah ♥ said...

sme je muke ! btw, best la suami pandai masak. haha

misz sheyla said...

mulutnye same la...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum irine. alhamdullilah. akak doakan awak, suami dan medina bahagia bersama hingga ke syurga. heee ada iras la muka ibu dengan Medina. hehhehee

Mizz ErMa said...

alahai..comel betul medina nie..hehe pape pon, chaiyok2..lgi 4 hari je lagi! hik3,

Ain Nuraini said...

cantik mata Fiska Medina. tersangat comel ! semoga menjadi anak yang solehah, baby FM.

pAri-ParI tErbAng tiNgGi said...

comelnya medina...menu berpantang sis pun nampak best je... :)

Nurul Safiah said...

irine. ni facebook husband awak ke?sbb die gune profile pic n cover photo, gambar awak dan husband awak.

https://www.facebook.com/zain.hakimi.77

Jumria Alimuddin said...

cute baby & bestnya menu berpantang...part paling best husbnd yg masakkan....apa2 pn selamat mengahrungi 4 hari lg berpantang :)

nadzirah razalli said...

Alhamdullillah..sgt comel..moga jadi anak ibu yang baik ye baby FM..hihu..

Ayu Zan said...

tahniah irine...
semoga anak kalian membesar jd anak solehah.

fiska medina..nice name.

Cik Ummi said...

alahai comel ny baby medina ni....

Rose Azadir said...

Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

khairulbasyirah said...

fiska medina sangat comey.geram bibir dia yang munggil tu. :)

Hana Niey said...

comel btol fiska medina.. name pn comel.. ^_^

Syuhadah Razali said...

Tahniah dpt susukan sepenuhnya medina..adah dpt 3 bulan je pastu dh cmpur..n 2 benda hubby irine say no to baby medina sama la adah buat..hihi..no buai. .baby lebih senng nak bawak p mana2..tido mcm biasa je... good luck n tahniah berjaya jadi ibu muda..sama la kita..

myvitasakurahouse said...

Sangat comel dear..macam maknya,sama sangat..tahniah ea dah jadi seorang ibu :)

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in