Susu kambing freshhhhh dari ladang


Assalamualaikum.
Cop..cop, rasa nak tergelak dengar lagu blog sendiri :P hahaha. Takpe, nanti tukar balik. Nak amik mood comel jap. kikiki...


Oklah, entry kali ni nak share salah satu perkara yang Irine amalkan time mengandung. Alhamdulillah, since preggy ni Irine takde alahan untuk minum susu. Sebab susu yang Irine amalkan since kandungan 2 bulan yang lepas sampai sekarang dah hujung-hujung ialah susu kambing hi-goat. Kalau korang pergi dekat tesco ke giant ke or etc, korang mesti penah nampak kiosk2 yang jual susu higoat ni.

Ada orang cakap minum susu kambing higoat nanti badan jadi panas? Ermm..so far, dah berapa bulan amalkan takde pulak badan rasa panas. huhu. Tanya kawan-kawan yang lain pun diorang cakap tak panas pun. Entah..tak tau nak ulas pasal ni. Irine minum higoat setiap hari 2 paket, pagi 1 paket dan malam sebelum tidur 1 paket. Kalau betul-betul malas, minum sebelum tidur je. Kadang-kadang pagi tu jadi liat sikit nak minum sebab kelas waktu pagi, rushing2 minum susu boleh menyebabkan muntah dalam kereta.

Sebelum ni carik-carik jugak susu kambing yang freshhhh. Ramai cakap kalau nak carik yang fresh boleh beli dekat pasar tani. Tapi nak pegi pasar tani pulak satu hal takde masa. Ada jugak kawan2 bagi no phone orang yg boleh buat home delivery susu kambing fresh tapi semua duduk area jauh. Pastu, aritu dalam group mummy2 ni, ada sorang akk suggestkan beli "Nubian Goat's Milk". hehe. Terus berminat nak beli dan carik.
Akak tu cakap, susu Nubian ni boleh buat service home delivery sekali.

Mana nak dapatkan susu kambing fresh ni? Haaa boleh tengok dekat bawah ni.


Website Nubian Goat's Milk 
 Comel kan website dia. Macam budak-budak pun ada.hihi!
Siapa2 nak beli boleh laa bukak website ni.

So far, area Shah Alam takde buat home delivery. Tu setahu Irine la, sebab yang ada diorang buat dekat area Jb, Kl, dan Penang je. Pastu, Irine pun email diorang mana nak dapatkan susu kambing Nubian ni dekat area Shah Alam. Lusa tu diorang reply cakap boleh dapatkan dekat tesco atau jusco. Lepas balik kelas, terus ajak husband menjalankan misi mencarik susu Nubian ni.



Dannnn finally jumpaaa jugak Nubian Goat's Milk :)
Irine jumpa dan beli dekat tesco, masa tu excited gile bila nampak ada jual.hihi.
Time tu ada tinggal lagi 10 botol je tak silap Irine. Irine ingat nak amik 10 botol terus nak abiskan stok kat situ, tapi husband pulakk cakap jangan tamak, amik 2 atau 3 botol je dulu. Kang beli-beli takut tak kena dengan tekak, dah dia pulak kena habiskan. huhu. So, amiklaaa 3 botol dulu.



Sampai-sampai rumah, terus letak dalam fridge. Satu tips kalau nak minum susu kambing ni, make sure minum time sejuk2. Kalau minum time tak sejuk, for sure akan termuntah balik.haha. Lagi satu, Irine suka susu Nubian ni sebab botol dia comel sangat :'D

Sedap ke susu kambing Nubian ni? Haaaaa..mestilah sedap gile! Gile ok! haha. Tapi, mungkin bagi sesetengah orang tak suka kot sebab susu ni dia ada sikit2 rasa and bau hamis kambing. Nama pon susu freshhh..Tapi, jgn risau, kalau minum time sejuk-sejuk tu, memang tak rasa pun, rasa susu biasa. Irine minum sekali teguk je dah habis. Esok tu dah habis dah 3 botol.hoho. Maybe sebab Irine daripada kecik memang takde masalah nak minum susu segar macam ni. Ayah Irine memang dah ajar daripada kecik.
Lagi satu, susu Nubian ni tak perlu risau, susu ni memang dah pasteurized :) Boleh minum tanpa was-was.

And now, susu kambing Nubian ni dah jadi one of my fevret! Boleh jadi stok susu diri sendiri dalam fridge! heheh.

Dekat bawah ni, korang boleh baca Irine sharekan benefits susu kambing.


Kelebihan Susu Kambing

- Paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu)
- Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah)
- Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila)
- Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu
- Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat
- Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor
- Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari
- Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:

- Penyakit deman kuning
- Penyakit lemah jantung
- Penyakit darah tinggi
- Penyakit migrane/kerap merasa pening kepala
- Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang
- Penyakit batuk kering atau TB
- Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis
- Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut
- Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin
- Sesuai diminum diwaktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur). Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja

Susu Kambing Adalah Yang Terbaik Selepas Susu Ibu

Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh
- Bersifat alkali bukan asidik
- Sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua
- Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan
- Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah
- Mudah dicerna (menyerap dalam tubuh badan) dan tidak menyebabkan alahan
- Membantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus
- Merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma (lelah), migrain (sakit kepala), penyakit kulit, insomia (sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout
- Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf
- Memulihkan tenaga batin dan awet muda


Ok, bye..Assalamualaikum..





39 comments:

Norzan Baizura said...

nak minum susu kambing jgk! :D

pink.plate.liyana said...

w'pun x preggy ..kite pong selalu minom Nubian ni..hehe..dulu botol kaca..skrg da tkr plastik ;)

ibuhebat said...

alhamdulillah.. akak pun amalkan minum susu kambing hi goat start 3rd trimester 1 sachet sehari n lps bsalin 2 sachet sehari..baby kuning sikit je. Kalo ikut abg2 dia jenis kuning lamaa.. semua dgn izinNya jua.

Zimie said...

bagus ok susu kambing ni irine. baby akak takde kuning masa lahir haritu. syukurrr sbb both akak n husband darah o so baby mudah kena kuning.start bulan ke7 preg dah minum susu kambing tp higoat jela heee. nak try jugak nubian ni lah. katanya boleh bykkan susu badan hehe.

Pearl Kaz said...

@pink.plate.liyana betul3.. first time kite beli tahun 2010 kot.. diorg guna botol kaca. botol tu lg cute.. hihihi

eray said...

pernah juga akak nak cuba
sampai susu dah expired tak minum2
boleh lah beli lagi skali

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/05/susu-ibu-kurang-5-makanan-bahaya.html

miss.kieymah said...

Terbayang buat gwiyomi sambil minum susu bila bukak blog irene. hehe

Acik IeyMah said...

Macam sedap dan berselera ja bila baca irine minum susu fresh..
Acik jenis x pandai minum susu fresh tp weekend ni nak try carilah.mana tahu kena kat tekak ni..hii..

oli-go said...

waaaa..egt kan mane dtg la lagu kyomi ni..rupenye dari blog irene...tq share psl susu kambing ni =)

p/s peminat english cotton????

TeTerBanG said...

lagu yg comel! :D sukanya! hee~ kalu kak irine buat gwiyomi msti cumel. :)
yaa. susu kambing sgt bgus. mama sy dulu bg minum susu kambing masa sy kecik2 dulu. mcm sy, susu apa pun sy x lalu. bau pon dh meloya. tmbah2 yg fresh pnya, mmg lg lar. tp, recently, sy pksa minum jugak susu. tuk kuatkan gigi, tulang n at the same time nak menggemukkan bdan. hihi~ tu pon sy tmbah milo dlm susu.

Puan Sophie said...

Irine...ade rasa mcm full cream milk dutch lady x?? Kalo rasa sama..nk beli lah..sbb sy jns xberani mencuba sesuatu mkanan/minuman yg xbiasa..bayangkan..sy daging lembu pon geli nk mkn. Tp susu lembu suka mnm. ;) tesco tu..kt ng istana ke..or tesco sek13? Sy tgl area istana tu..dlu irine ade dtg kenduri rumahh sy ng husband irine. Mak sy lecturer uitm. Tp nk tegut irine segannn..hehe

Puan Sophie said...

Irine...ade rasa mcm full cream milk dutch lady x?? Kalo rasa sama..nk beli lah..sbb sy jns xberani mencuba sesuatu mkanan/minuman yg xbiasa..bayangkan..sy daging lembu pon geli nk mkn. Tp susu lembu suka mnm. ;) tesco tu..kt ng istana ke..or tesco sek13? Sy tgl area istana tu..dlu irine ade dtg kenduri rumahh sy ng husband irine. Mak sy lecturer uitm. Tp nk tegut irine segannn..hehe

sarah samsuri said...

wah! menarik..:)
Thanks for sharing Irine.
Sedang mencari2 yang segar sekitar Penang.Ada pahala disitu. d^_^b

Anyway,siapa yang tidak tahan bau kambing boleh minum susu kambing powder.

TO UMMI TO BE..:)
Amalkanlah makanan sunnah & minum susu kambing. Good for your baby.:)

https://www.facebook.com/pages/Fans-of-Sunnah-Foods/145016668995407?ref=hl

sarah samsuri said...

wah... thanks for sharing Irine.:)
memang sedang mencari susu kambing segar. Aritu dapat 4 bungkus je.memang segar sgt2 sbb dpt tgok kambingnyer sekali.:) Alhamdulillah...


Anyway, sesiapa yang ingin mendapatkan susu kambing powder boleh beli di
https://www.facebook.com/pages/Fans-of-Sunnah-Foods/145016668995407?ref=hl

ada 3 flavour, asli, strawbery & cocoa honey.

To UMMI TO BE...
Jom kita amalkan makanan sunnah & minum susu kambing. good for Ummi & Baby..

JarN Eha said...

comel betul lau nie..:D giyomi,,hee..=p.. macam berminat minum susu nie,,hehe..

mamawana said...

Assalam,

Tq share info susu kambing ini. Saya mesti beli..

Bahrain Ramlan said...

Susu kambing nie kurang gemar..tp kalo susu segar lembu boleh la..haha

Irine Nadia MaRceLLo said...

pink plate liyana : aaah2, irine pon dapat tau dulu diorang guna botol kaca.tp time tu x berkesempatan lagi minum. hehehe

Irine Nadia MaRceLLo said...

ibuhebat : Alhamdulillah, irine pon harap2 nanti anak Irine takde jaundice atau andai kata terkene jugak, tak teruk.

Irine Nadia MaRceLLo said...

zimie : aaahh kak zimie, try laaa! hehe. Owh yeke akk darah jenis O, irine pun ada dengar jugak diorang ckp keberangkalian baby akan kena kalau mak darah O.tp Alhamdulillah baby akk sihat :)

Irine Nadia MaRceLLo said...

miss kieymah : haha. kalau minum susu sambil buat gwiyomi, susu tah kemana, gwiyomi tah kemana.haha

Irine Nadia MaRceLLo said...

@puan sophie : Alamak, rasanya macam xde la fully rasa dutch lady. tapi kalau akk minum sambil "feel", maybe ada la rasa sikit2.hehehe. Tesco dekat istana tu :):)

Irine Nadia MaRceLLo said...

Acik : try laa carik, hehehhe

Irine Nadia MaRceLLo said...

Bahrain : hehe. try la susu kambing pulak :P

FazMelati said...

Irine, beli dekat tesco mana? tesco besar ke tesco extra? please shareee thank you!

Myra Jay said...

Ok boleh p cari kat Tesco, sebab memang dok mencari susu kambing fresh :D

Murni Afiqah said...

Macam sedap. =))

Salam =) Jom join segmen 1st saya =)

http://duniaitusfera.blogspot.com/2013/05/nak-aku-klik-iklan-korang.html

Anis Hayati said...

terliurlah plak saya dibuatnya
btw akak letak lagu gwiyomi. comell

dyba gula-gula said...

mmg best gilerrr susu kambing!!



jemput join dan sokong 1st contest nih~

http://sweetdyba.blogspot.com/2013/05/contest-saya-comel.html

FyzaaLaa said...

Comel design botol susu nie kan , macam susu mase jualjual kat sekolah dulu . Erkk untung suka minum susu , nie tekak xterime langsong susu . HAHA :)

crealink said...

untuk distribusi jarak jauh, susus kambing etawa cair agak susah ya ...? untuk memudahkan distribusinya, susu kambing etawa dijadikan dalam bentuk susu bubuk.

Seimura said...

Irene, jom la join forum ratuhati.com. Banyak info pasal kehamilan, baby dan sebagainya di sana.

http://ratuhati.com/forum/index.php?action=forum

TeMaRiZ sHoP said...

assalamualaikum irene boleh share tak irene beli sus kambing nie kat tesco mana...ke ade jual kat dalam tesco atau stall yg kat dalam bangunan tesco....tq...

TeMaRiZ sHoP said...

assalamualaikum....irene nak tanya susu kambing yg irene beli tu kat tesco yg mana satu ek? ...kat dalam tesco atau kat stall stal yg ade dalam tesco....tq...

susukambingetawakusuper said...

Thanks infonya,...

kolombloggratis.org said...

Thanks info artikelnya sangat bermanfaat sekali..

eKesihatan said...

Salam.. Jika hendak susu kambing jenis debu bancuhan boleh layari blog saya :p
TQ
Admin.. BLok ni st comel.. huhu
http://my-ekesihatan.blogspot.com/

susu kambing said...

as'salam
mohon singgah :-)
https://www.facebook.com/susukambing.bayi

Lucky Emerald said...

Salam Irine,

Since Irine ada consume susu ni ari tu, so mcm mana masa bersalin FM? ada tak terkena jaundice?

Akak tgh preggy yang second ni, kalau boleh nak cari lah makanan yang boleh elakkan baby terkena jaundice..(serik 1st baby kene tahan spital sampai seminggu)...seminggu jugak lah ibu menagis terkenang baby.

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in