Super duper busy


Assalamualaikum.
Curi masa 10 minit untuk update blog. Sempat lagi. Padahal tengah siapkan assignment. Kepala sakit sebab hadap banyak sangat assignment 2-3 minggu ni. Semua kena submit sebelum final exam minggu depan. Takpelah redha, kasi pejam mata semua tu sebelum nak cuti bersalin. Sepanjang bawak "perut" ulang alik hari-hari pegi kelas, so far takde banyak masalah. Alhamdulillah sebab ramai kawan-kawan kelas yang baik-baik hati. hehe. Semua macam bertukar jadi caring semacam.haha. Bila lagi nak merasa macam tu ye dak?
Tapi tu lah, seminggu dua ni dah makin kerap rasa macam "braxton hicks". Bila dalam kelas, perut akan rasa sakit sangat macam baby acah-acah nak keluar. huhu..Yg tu nanti2 la cite..



Rasanya minggu lepas kot paling busy, kena siapkan macam-macam dan lecturer suruh organize project. So, we all satu class decide untuk project kali ni pergi rumah anak-anak yatim dekat Subang. Sebenarnya 1st experience pergi charity event macam ni. Mula-mula dapat tau macam risau pulak larat ke nak pergi naik bas and buat project ni. Tapi sebabkan excited sangat nak cuba new experience, join jugak. hihi. Excited dia sebab nak tengok budak-budak kecik kat sana. Gambar kat atas ni dapat letak gambar kelas je la, kitorang memang dah diberitahu siap2 tak boleh letak public gambar anak2 yatim kat sana.

Dah setel project daripada pagi sampai petang, malam tu pulak siap-siap untuk abang nak nikah. Abang yang ramai cakap muka cam kembo macam i ni (phewww..haha).


You can see betapa tekunnya muka si adik nak siap-siapkan abang dia pakai sampin (tapi lebih nampak muka ke arah gangster pregnant woman..huhu whatever). Tu memang dah jadi kerja tiap-tiap tahun time raya tolong pakaikan dia sampin, kalau orang lain pakaikan mesti senget2. kalau Irine pakaikan mesti perfect. (wahaha..). Gambar macam tak banyak pulak, tapi takpelaa asalkan berupdate sikit.



Esoknya pulak, wedding reception.


Untuk wedding abang kali ni, sebenarnya kitorang adik beradik semua decide nak beli and buat baju seragam color emerald green. Tapi, bila sampai-sampai dekat Jakel, ayah cakap dia tak berkenan color tu sebab nampak macam "pasukan kompang". haha. Adoiii..last-last ayah yang pilih color ala-ala pink belacan ni. Memang color fevret si ayah. Color yang sama macam color baju Irine tunang 2 tahun lepas. hehe.



Kain baju ni dah dapat lama, tapi Irine kena tempah last minute sebab kalau buat awal takut ukuran perut tak sama and lari. Lagi 2 minggu abang nak kawen, baru pegi tempah.

Maternity custom made dress by OLD BLOSSOM BOX  :)
Love the diamonds! nampak naikkk sangattt. and dekat belakang Irine suruh letak ribbon, senang nak adjust bila dah lepas bersalin nanti. cuma tu laa, terlupa nak buat zip dekat bahagian depan untuk senang breastfeed nanti. Salah diri sendiri. huhu.

Fyi, korang boleh tempah custom made dress dengan Sis Jezmine owner OBB untuk pakai raya ni :) Just email her, and dia akan bagi quotation. Dalam masa 10 hari dah boleh siap tempah baju ni (tp utk Irine la, sebab irine request nak pakai cepat baju ni utk wedding, lagi satu sebab Irine customer yg paling awal email dia.hihi).


Full pic


Ok tu je lah. Minggu depan kenduri kawen adik ipar pulak dekat Perlis :)  


Bye, Assalamualaikum..







*kenapa aku perasan entry kali ni macam bosan gila. haha.






32 comments:

pink.plate.liyana said...

cantinya baju irine..preggy pon gojes sgt tau

intandayani said...

cntik sgt baju tu..cover perut tak nmpk

Myra Jay said...

Seyesly, MJ memang berkenan giler dengan dress Irine, cantik sangat.. rasa nak buat macam tu jugak :D

Cik Ain Jaafar said...

cntik baju irir=ne .. shawl pun .. shawl beli dkt mana ???

Cik Ain Jaafar said...

cntik .. shawl pun .. beli kt mana irine ?

�MiS AyA� said...

seronok :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

siyes cntik bju irine...

author nad said...

u r such a strong girl. pregnant lagi study lagi. i'm just 18 but i bet that's really tiring. May Allah give you the best in life and shower you with His love ;)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

Besar juga eyh perut irene, irene kan kecik molek...

itu la pengorbanan seorang ibu..

slamat hari ibu irene ;)

Mysara Ab Rahman said...

dh besar perut irene, xlama g tu..risau plak ke hulu-hilir..take care dik..:)

Salwa said...

Assalamualaikum..

Jemput follow my blog..
http://sascima78.blogspot.com/


Terima Kasih :)

Salwa said...

Assalamualaikum..

Jemput follow my blog..
http://sascima78.blogspot.com/


Terima Kasih :)

TeTerBanG said...

hehe..kak irine comel! :D lawa baju kak irine. ngan kalernya, ngan diamondnya. :D

YnaRazali said...

tak bosan irine.tak bosan.I want more!Wahh minggu depan kat perlis.Akk balik kg gak.hehe.

Shakina Farhan said...

cantiknyeee..boleh pki time preggy atau pun tak preggy..bleh tempah raya ni..:)

edNA tinynasweet said...

cantik baju irine :-) muke ibu mengandung berseri2

oshinz said...

ya Allah, comel gila okeh baju yang irine pakai ni. cute je. hehe.

Seneorita Baharin said...

Seriousss chantekkk sangatt baju irineee! ^_________^

Schajar McFlurry said...

Cantik irine! Dah tunggu hari ea irine? Braxton hicks banyak kali dh tu... semoga okay semuanya. InsyaAllah ;)

Nurmujahidah Ismail said...

semoga selamat segalanya ye :)

Syahira Sufi said...

cantik !!
hee ~ tumpang lalu , follow my blog yeh ~
just get started tu .. thank you :)

Mime MF said...

cantiknya baju...^^

Hijab Valley said...

Salam sister.. jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley. Byk koleksi shawl dan tudung2 menarik dari HV collection. Promosi dan GA sempena pembukaan blog shop ini juga sedang diadakan sehingga 30mei. Jangan lupa follow juga ye.. =)

Terima Kasih
http://hijab-valley.blogspot.com

Sophia Hany said...

gmbr akak pkai bju coklat itu x nmpk lngsng yg perut akak besar..Tpi yg first tu nmpk..

Raja Alya said...

Cantik betul baju tu :D

ayu jue said...

si cantik dapat akk ipar cantik..=) mmg puas hati order baju from OBB..saya punya 7days dah siap..terbaekk!

AZ Craft Creations said...

Salam semua..
Jom tempah kraf felt pada harga yang sangat MURAH.. belian borong akan dapat diskaun..

http://azcreations11.blogspot.com/

Thanks.. =)

Muhasabah diri said...

Salam Irene,

are u msu student???

Shasha Mohamed said...

Wah! Sibuknya, semoga semuanya selesai dengan selamat belaka.

soulpriest7 said...

tumpang tanya, material kain ape ye irine pakai? cantik

soulpriest7 said...

tumpang tanya, kain yg irine pakai tu material ape ye? cantik

Pinkbubblegumprincess said...

comelnya baju perggie irine.. nice

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in