Pureen Warehouse Sale


Assalamualaikum.  

Saje nak berkongsi cerita sikit arini tentang Pureen Warehouse Sale yang Irine pegi Sabtu lepas. 
Golongan mak-mak mungkin lebih tau laa pasal brand Pureen ni. 

Sebelum ni rajin pegi usha-usha barang-barang keperluan baby dekat Ekpo je. Contoh macam Ekspo dekat Mid Valley 2 minggu lepas. Tapi, bila kawan cakap Pureen ada buat stock clearance promotion hujung bulan ni, terus rasa berminat nak pegi. Harga Ekspo dengan harga warehouse macam ni selalunye tak sama. Warehouse lagi murah. Sebelum ni tak penah pegi pon, tak tau apa-apa maklumat langsung pasal ni. Apa yang best sangat Pureen Warehouse ni? best sebab baju-baju baby sangat murah! Korang boleh dapat baju-baju baby serendah Rm1-Rm3 (tapi harga ni sape yang cepat dtg, dia dapatlah dulu). Takpun kalau dah habis harga yg murah tu, yang banyak tinggal baju yang harga dalam Rm8-Rm12.  Kira ok la kot harga. Barang-barang toiletries baby pun murah.Macam-macam ada.

Seminggu sebelum nak pegi sini, dah siap cakap awal-awal dengan husband. Kena plan siap2, takut dia malas nak layan.hehe. Dan malam sebelum nak pegi ingatkan lagi dekat husband pagi Sabtu kena bangun awal sebab nak gerak awal sikit. 



Bukak pukul 10 a.m sampai 6 p.m
Sebelum nak pegi sini, try jugak google dekat internet baca blog orang tentang review Pureen tahun-tahun lepas punya. Memang dalam blog ramai yang cakap kalau ada Pureen buat clearance macam ni memang sesak sangat.  So, siap-siapkan diri bila nak pegi kena extra hati-hati takut orang langgar perut.


Pureen ni buat dekat Summit Company, area PJ. Sampai sini pukul 9.45 pagi, parking dah susah nak carik, ditambahkan lagi sesak dengan para peniaga mengambil kesempatan jual-jual makanan dekat tepi2 jalan dan luar kilang ni. Agaknye diorang pon dah tahu tiap2 tahun memang ada buat dekat sini. Husband suruh turun dulu tunggu depan gate, dia pegi cari parking. Tapi, Irine bukan tunggu pun.haha. Ingatkan gate tak bukak lagi sebab cakap bukak kul 10am. Rupa-rupanya ada yang cakap pukul 9.30 pagi gate dah bukak T_T


Boleh nampak betapa ramainya dah beratur dekat luar gate time ni? perrghhhh..macam-macam jenis ragam manusia boleh jumpa dekat sini. Yang Irine geramnya yang para suami yang main tolak-tolak dan langgar-langgar perempuan yg tengah mengandung. Kesian kot. 


Masuk-masuk je dalam Pureen ni, terus gunakan plan strategi .haha. Ok mungkin lepas2 ni ada antara korang yang nak pegi Pureen Warehouse ni, please ikut tips dan strategi macam Irine guna ni :-
  • Bila masuk je, korang akan jumpa bahagian toiletries dulu. Time-time macam ni la mata korang akan dikaburi dengan pelbagai jenis barang keperluan baby. Rambang mata sangat. Tapi, please! Jangan terpedaya dulu.haha (dah macam tips apa je rasa). Korang terusss je jalan masuk menghala ke bahagian baju baby dekat belakang kilang ni (ada 2 bahagian). Korang kena pantas sikit la jalan, tapi toksahlah sampai berlari. Lagi2 yang pregnant. Tips ni boleh menjimatkan masa korang dan korang boleh grab baju2 baby dengan cepat and byk pilihan.

Ada macam2 dekat sini. Detergent baby, body wash baby, pampers ada, botol susu, wipes, and lain2 keperluan baby.Murah2 la jugak~ Sesuai and berbaloi kalau beli borong. Detergent baby botol besar tu harga Rm17. Kalau beli dekat Ekspo Rm22. kalau dekat luar dalam Rm26-27 macam tu. 



Bila dah sampai bahagian baju baby, korang jangan terperanjat beruklah. Sebab memang teruk suasana dekat dalam ni.Lagi2 bahagian baju. Sumpah korang akan rasa "Errr..Ya Allah, tempat apekah ini". Irine jalan sorang2 kat bahagian ni, suami tgh carik parking. Korang akan jumpa pelbagai jenis ragam manusia, lagi-lagi golongan mak-mak. Bukan nak memburukkan, tapi sekadar nak bagi pandangan dan komen sepanjang Irine kat sana, Irine dapat lihat ramai golongan mak-mak yang terlalu terdesak nak beli baju sampaikan hilang adab-adab. Main tolak-tolak jangan ceritalah. Irine jalan dekat tengah-tengah alam manusia, dapat rasakan macam dalam "ombak laut". Terhuyung-hayang badan Irine ke kiri dan ke kanan. Nasib baik sorokkan perut dengan halang handbag. 

Lagi satu, Irine rasa suasana dekat sana sangat teruk sebab bila pekerja2 Pureen bawak masuk stok baju dalam kotak nak letak dalam rak, semua golongan mak-mak ni macam dirasuk watak "histeria". Menyeramkan. Irine masa tu ada dekat bahagian tepi sebab nak selamatkan diri. Tiba-tiba dengar bunyik orang perempuan ramai dok menjerit bising2. Terus pandang nak tengok ape jadi dan rupa-rupanya, adegan rebut-merebut baju-baju baby. Apa yang Irine boleh gambarkan time tu macam suasana nak bagi ikan pirana makan. huhu. Sekali zappppppp, tangan-tangan dok berebut. tak sampai beberapa saat.  Pelik jugaklah situasi ni, maybe pekerja2 Pureen pon dah faham dan lali sangat dengan perangai macam ni tiap2 tahun. Sampaikan Irine terdengar ada para suami yang tengah tunggu isteri masing2 tengah pilih2 baju sempat cakap "time-time macamni laa kita boleh tengok watak bini-biniku gangster". haha, Irine tergelak time ni.

Boleh tengok suasana dekat sana dalam video ni : https://www.facebook.com/photo.php?v=10151475792709213

Ramai yang berebut baju, dapat je baju terus masuk segenggam baju dalam bag plastik. Diorang just amik random macam tu dulu sebab takut habis, then bila dah setel, diorang semua akan berkumpul dan berkemah dekat tepi2 jalan dok asingkan baju mana yang lawa dan akan letak semula sesuka hati baju yang taknak bersepah2. Tinggalkan macam tu je. Time-time macam ni laa mana yang tak dapat beli baju, diorang akan kutip and tengok mana yang berkenan di hati.

Gambar ni Irine amik dekat google, Pureen tahun lepas kot.
Masing-masing berkemah tepi2 jalan nak asingkan baju2. huhuhu..


Bahagian baju. Ada banyak lagi bahagian. Tapi semua gambar2 ni Irine amik dekat Fb Pureen. 
So far, apa yang irine boleh review dekat sini, datang sini memang murah2. Tapi, jangan sampai tunjukkan perangai2 yang tak berapa nice, orang tengok malu. huhu. Bukan niat nak memalukan, tapi mungkin pandangan sebagai seorang perempuan jugak. Lagi2 semua yang datang sini semua yg dah jadi mak2. Masing2 boleh fikir. 

Kalau tak berebut-rebut pun x pe, buat macam biasa. Seriusly, irine dekat sini jalan slow sangat, bila dah sampai rak, just carik2 dan tarik2 baju gitu je untuk carik size.. Hasilnya? Dapatlah jugak 1 plastik besar baju2 baby. Adala dalam 20 helai jugak. At least, dapat jugak kan? :) Semua yang Irine beli banyak2 kat sini semuanya baju size besar-besar. 6-12 bulan ke atas pon ada. Beli siap2 and baby kan cepat besar. Boleh la buat baju basahan dok rumah nanti. 

Okla jugak beli kat sini dapat banyak baju and sempat grab 2 botol detergent baby. Itupun sebab sempat hulurkan tangan kaut siap2 masa nak menghala ke bahagian baju. Ingat lepas bayar baju, nak sambung beli barang2 toiletries. Dah amik dah, tapi letak balik sebab orang beratur kat cashier panjang sangat. Takpelah, beli lain kali and dekat luar je nanti :) Datang pukul 9.45 pagi, setel bayar 10.30am.

Hari kedua Pureen dah lengang sikit orang cakap.tapi x tau lah byk lagi pilihan or tak. 
Ok tu jelah review untuk pureen ni :)
Bye, Assalamualaikum.















28 comments:

Huda Luna said...

yay! janji tak payah rebut dapat jugak kan :')


next time nak beli kt expo je
tak berani dah pegi warehouse sale

Lina Exazaqy said...

rambang mata tengokkk tu kan irine :)

Mooniqueen said...

MQ nak masuk anak no2 ni tak pernah lagi gi pureen sales ni.. Dengar cerita kawan2 n blogger yang gi, scary sgt.. Tak pelah kite gi warehouse yg lain pulak.. Hehehe..

Lina Exazaqy said...

mestii rambang mata tu kan tengok

~AtiQaH~ said...

banyak sangat pilihat pn rambang mata.... bila harga murah abis sumu d ambil..... erm... base la t....

rj Etika said...

:O
Takutnya dengar...xpelah, sanggup pegi expo dari bersesak-sesak org langgar perut kita. Kesian baby nanti.

TeTerBanG said...

ohh...sy baru tahu. jualan di warehouse lg murah kalu nak bnding ngan jualan ekspo. nice info :)

noly anna said...

Hi.
I am blogwalking.
If you want to be a glampreneur like me,do visit my blog http://nolyanna.blogspot.com/

onie said...

tak sabo nak shopping barang baby gokkkk,hik

Siti Haslinda Sadiken said...

dear..pd waktu yg sama ada warehouse piegon..tak sesak mcm pureen..brg2 pun lg best2 :)

miDguRL said...

hi ;)

den g gak sabtu td, 1st time g.

ya ampun, btul ckp awk mcm piranna. smpaikn kotak yg staff tue pegang t'pelanting. n x puas atie ckit bab dorg b'khemah kt tepi.

x igt org bakang punye.

Rosmiza Ali said...

Huhu.. Scary je macam.. Tapi menarik! Murah2 barang pureen time warehouse sale ni.. =)

intandayani said...

biasa la tu kan kalo da pegi warehouse sale ni.tak kire la ape pun mesti semua cam hilang kewarasan.Lagi2 bile happy hour tu..same la ngan sy ni..hehe

Miss Sue said...

scary nye.. hmm, dah macam terdesak sgt dah nak berebut sampai mcm tu sekali..at least jaga lah adab, aiyooo.. setuju ape irine cakap.

DeQWa said...

dah pegi tahun lepas teman kakak,mak aiii ramainye sesak nafas...tak sanggup nak tempuh dah...
barang murah memang murah tp orang ......tak sanggup nak tempuh....
serik dah....

Cik Eka said...

teruknya perangai makcik2 tu..

adui dah boleh bayang macamne dorang berebut.

tak yah rebut pun dapat kan.

kita jgn tamak sgt kan

haLyZaQiut said...

Hi Irene...saya pun gi gak sabtu pagi tu...pun 1st time...tula pasal, ingat betul2 kul 10 baru dia org bukak...sekali masa sampai kul 9.45, org dh ramai dh yg kuar siap dh bimbit plastik punyalah byk...tp mmg serius saya kecut perut bila masuk area baju tu...mmg culture shock gilerr...betul la mcm pirana kelaparan semuanya...last2 saya dpt baju sume 14months above...x dpt pun yg kecik...bakul baju pun dh kosong..tp x leh denied mmg puas hati dan berbaloi2...hahaha..bila fikir balik mmg rasa kelakar sgt...

fuza said...

salam,

ni tips satu lg...kalau nak pegi lain kali pegi ptg sikit dalam lepas zohor. akak pegi kul 3 camtu. Baju byk lagi..org tak ramai. boleh beli semua benda rilex2 je.

pigeon pun satu hal..sape suh buat sale same time.

Lida Rahim said...

salam mummy to be irine,

fuhyoo gerunnya tgk org ramai gile.. akak mmg terasa nak pegi, tp cam jauh gak nak pg sampai ke PJ tu. so pendam jer dalam hati hehe.

nanti irine cubalah pg tingkat 4 sogo time member sales (tatao bile).. haha lebih kurang jugak rupanya.. janji sale. tapi lagi puas hati sebab byk jenama ada kat sogo

Atiqah Wadiah said...

Hikssss..klu sy migrain lah di tgh2 lautan manusia..hikssss

Mizz ErMa said...

ish, dahsyat jgk ek penangan mak2 dengan jualan murah mcm nie..paling kesian dekat kita2 yg mengandung nie la..

Miss Tasantek said...

hye irine. :)
last year kita dah pegi sana. memang tak larat nak hadap perangai orang yang ..*&^%$#

dah berebut2 pastu sepah2kan ..

btw, baju baby belilah besar sikit. nanti kalau baby breastfeed die cepat besar..kalau tak breastfeed pon baby memang cepat membesar nak2 lagi masuk bulan ke4..

selamat menjalani tempoh manis ini irine!

ArELeEz said...

neves leez tgk laan manusia tuh! fuh!

Ainul said...

hai irine.akak yg tegur irine ms kita duduk kt luar kt pureen warehouse.hehehe.akak pun sempat ambik yg RM12 je banyak. yg RM1, RM3 mmg mcm pirana sume org. so far dh p 3th lps.sesuai la buat anak pakai kt umah & p nursery. tips jgn beli new born.baby cepat besar. ambik terus 3-6 bln. boleh pakai lama.

Natasha Binti Nordin said...

Ish teruknya perangai dorang.. kesian irine n ibu2 ngndung kene langgar, seb bek xde yang gado2.. adess. sabor je le.

Norasma Liyanajaais said...

salam sis irene. :)
nampak bebenor excited nye nak dapat baby. lately ni post semua related pasal baby, pregnancy. :) well, good luck untuk delivery nanti ya. im here doa kan sis bersalin dgn baik and dpt baby yg sihat ! :) moga anak kak irene jadi anak yg soleh/solehah. hikhik. :) May Allah bless u and familay always. ameen.
love, asma liyana.

cenderamata dari hati said...

layari http://cenderamatadarihati.blogspot.com

hamper barangan bayi pada harga berpatutan untuk diri sendiri & dihadiahkan kpd kenalan

maaf tumpang iklan

(alat senaman untuk kempiskan perut/ kurus pun ada..kembali kurus slps besalin nti)

Humama Kidka said...

PUREEN Baby Wipes are created with soft, thick and moisturised cotton material … read complete at:
http://kidbuxblog.com/the-pureen-baby-wipes/

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in