Pengalaman bawa baby masuk dewan exam


Salam. 
Sekarang masih berada dalam mood exam lagi. 2 minggu exam..Fuhhh, jgn risau, masih larat lagi untuk jawab exam. Masih kuat dan bertenaga lagi ni! Cuma yang agak cabaran dan dugaan sikit bila masuk dalam dewan exam, terpaksa tahan sakit-sakit badan dan pinggang duduk atas kerusi. Nak-nak sekarang bila sistem exam dah bertukar. Kalau sem lepas, sejam sebelum habis exam, sape dah setel jawab nak keluar awal boleh keluar. Tapi sekarang ni, diorang memang dah tak kasi langsung keluar, kena tunggu jugak dalam dewan sampai habis waktu T___T   
Emm..takpelah..tahan je laaa sakit. 

Tapi yang bestnya bila jawab final exam kali ni ditemani dengan baby dalam perut. hihi. Walaupun baby tak keluar lagi, tapi tiap kali jawab exam, rasa macam bawak "someone"  masuk jawab exam sekali. :'D (mengada-ngade sangat! ) Lagi satu yang bestnya, pengalaman ni Irine anggap macam sweet la jugak, sebab bila Irine tengah menulis-nulis jawab exam, baby dalam perut dok tendang-tendang. huhu. Kuat pulak tu, boleh nampak perot bergegar. Tanjatt boboyy.  So, jawab exam dalam keadaan yang tersenyum and rasanya lagi semangat nak jawab :) 



Salam Jumaat semua :) hari ni berbaju kurung la kita pegi jawab exam.
Sebenarnya kalau nak tau, baju kurung ni bukannya muat mana pon. Kain tu dah tak boleh zip habis pon, apetah lagi nak cangkukkan. Dapat zip sikit cinonet je, takpe, kreatif letak pin kat tepi kain :P  

Sebenarnya, mana-mana ibu yang tengah mengandung pon mesti nak anak dia bijak kan bila dah lahir nanti. Sama macam Irine. Walaupun agak2 malas, tapi dapat cover bila tiap-tiap hari pegi kelas. Sem tahun ni pon banyak buat calculation, asyik menghadap nombor je depan bijik mata. Lecturer Irine pon banyak kali cakap, kalau rajin buat kira-kira masa mengandung nanti anak bijak. Walaupun tak berapa nak expert sangat dalam bab kira-kira (haha), tapi InshaAllah, kita usaha dan berdoa je lah kan :) 

Yang bawah ni pulak Irine google tentang rahsia orang Yahudi ni bijak pandai dan cerdik. Takde niat nak membanggakan diorang, tapi perkara yang baik kita perlu ikut contoh :) Lagipun memang dah femes kan. Dikatakan orang Yahudi ni akan mengambil kelas atau membuat latihan matematik sewaktu mengandung. Itu antara faktor orang mereka ramai bijak2. Jadi, banyakkan la kira-kira, buat latihan matematik mudah hinggalah sukar, dan ada sesetengah orang main sudoku. Tapi, malangnye Irine tak pandai main sudoku! haha. Irine gantikan dengan buat latihan matematik dalam subject kat kelas.

Yang lain-lain tu boleh baca kat bawah ni, irine copy kat google.
  • Ibu Yahudi yang mengandung kerap memakan kacang badam dan kurma berserta susu. Makanan tengah hari mereka adalah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam.
  • Menurut mereka,daging ikan baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan pula akan merosakkan pengembangan otak anak dalam kandungan. Mereka kerap memakan pil minyak ikan.Malah,di mana-mana rumah Yahudi,mereka akan menghidangkan ikan atau filet.
  • Mereka tidak mencampurkan ikan dengan daging ketika makan kerana ianya tidak elok untuk penghadaman perut.
  • Salad dan kacang terutamanya kacang badam merupakan makanan asasi mereka ketika makan.
  • Mereka memakan buah-buahan dahulu,kemudian,barulah memakan hidangan utama. Menurut mereka,memakan makanan karbohidrat sebelum memakan buah-buahan akan menyebabkan badan terasa letih dan lembab belajar.
  • Merokok merupakan satu kepantangan. Sekiranya ada orang yang merokok di dalam rumah mereka,mereka akan segera menghalaunya. Namun,pengeluar rokok terbesar di dunia dipunyai oleh orang Yahudi. Mengapa?
  • Kanak-kanak Yahudi ditekankan dengan pelajaran muzik kerana bagi mereka,gegaran otak akan berfungsi dengan cekap apabila bermain muzik.
  • Pada usia darjah 1 hingga darjah 6,anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pembelajaran Sains.

Ok tu jelah untuk entry kali ni. Tapi apa-apa pon, bak kata suami Irine, usaha tu usaha jugak, tapi amalan ibadat jangan tinggal pulak. Suami selalu ingatkan baca surah-surah dalam Al-Quran. Kalau datang time malas tu, memang dia akan paksa baca jugak sampai habis :') Semuanya demi anak dalam perut kan. InshaAllah kita amalkan sama-sama. 


Ok Bye.




54 comments:

onie said...

baby pun sama-sama perah otak nak tolong ibunya jawab exam,hikkkk :D







p/s: rindunya irine sorang ni...

Qiela said...

wah irine, da bsar da perott...hehe... irine nampk mkin manis la... inshaaAllah ank irine nnti sht n cerdik :)

Nur Fitri said...

heee... Comel je kak Irine.. ^_^

Nur Fitri said...

hee... Comel je kak Irine.. ^_^

roslita thalib said...

sweet je tenguk irene. makin berseri2 muka ibu mengandung ni :) semoga irene n baby sihat2 je. tak sabar nak tggu kelahiran baby.. hihi kita pulak yang terlebih excited. :D

epal miracle said...

bakal ibu muda yg sgt2 comel. :)

miza rahman said...

all the best dear. comel sgt aih :)
esok sis pulak exam, tp tidak la ada baby ^^,

Nurul Arifah Abd Rahim said...

kak irine comel sangat! Semoga sentiasa sihat dan dilindungi Allah :)

Mimie Najib said...

insyaAllah..nanti baby pun akn ikut jejak lngkah mama dia.. :)

Nik Dell Purple said...

sweetnye >_< seronok tgok yunk ni ... <3

ciksengeh :D said...

yang baik kite jadikan contoh , tak kira datang dari mana pun .

mS.eiRa MZ said...

Tanjaatt boboyyy!!! Hihi..comel la irine pkai bju kurung msa preggy.. ;))

mS.eiRa MZ said...

Tanjaatt boboyyy!!! Hihi..comel la irine pkai bju kurung msa preggy.. ;))

nurfarahin ekhsan said...

bahagia nyer irine,kte sebaya tau,best kalau dpt restu family nak bernikah :D and soon u will be mother, young mother, heeee

~rahsia hati puteri~ said...

irine...btl,ustaz sy prnah sebut dlm kelas...ttg kisah ibu2 yahudi yg byk bt blatihan math..supaya ank dy jd genius..mmg btl ade kajian 2..n kajian juga mengatakan ibu yg sdg belajar semasa mengandung...anak dy lbih bijak...ape2 pn, kte usaha, doa n tawakal..gdluck irine!!

Hunny Ainie said...

Dalam rahim la irine..hihihihi.. >_< anyway, all the best for your exam dear..

Pinkbubblegumprincess said...

comelnya mak buyong hehe

SyamimiNazifa said...

Auntie irine kita ni comellah :b

Irham Hameeda said...

I'm proud of you Kak Irine. Dari dulu baca cerita Kak Irine, best and bnyk benda yg saya belajar (:

Ana Farhana said...

betul2.. suka dengan cara tips tu.. ambik yg baik kan.. ^_* mesti best kan bawak baby sekali masuk exam hehe

psttt.. baby takda bgtau jawapan ka? kikiki

Lyana's Page said...

hehehe.. comelnya story ni! gudluck exam tau :)

TeTerBanG said...

syoknya boleh bwak "someone" masa exam. tmbah2 plak time final. boleh share rasa nervous ngan baby. hehe... moga kak irine dpat result final exam yg cmerlang, selamat masa delivered nnti :)

Cik Bunga said...

kak Irine good luck eh exam. Baby jgn nakal2 dalm perut. support your cute mommy! ^_^

Alya Zainol said...

Kak irine ambil course apa ? :)

Aizzul Aizzati Shamsuhaimi said...

amalan2 yg wanita yahudi amalkan mcm dlm entri ni sbnrnya turut digalakkan dlm Islam...

nway, m0ga Irine & baby sihat selalu, insyaAllah =)

Seneorita Baharin said...

Good luck dear... :D wish u all the best in ur final exam...xpe baby sentiasaa ada temankan irine kan..hee...take care k dear :)

Alia Az said...

wink2 .. bila nak keluar neyy !!! haha .. excited sanad ! mesti comel .. *tak ada kaitan gan entry* hehe .. maaf .. btw , goodluck exam kak irine ! muehehehe .. =D

♥WanieyZuki♥ said...

hihihi.. usaha tangga kejayaan!! :')

Solehah Shamsuddin said...

sweet je irine cite semua2 ni. goodluck for your exam ok :)

siti hafizah Fauzi said...

hi irine..
Nabi Muhammad dlu die galakkan makan buah dulu sebab buah senang digest dan ia akan menjadi racun dalam perut kita..sebenarnya tips2 nih yahudi diambil dr islam. dapat kat diowg diowg putar belitkan tips2. plg senang cth kopi..org barat/yahudi ckp minum kopi xelok tp org yahudi minum kopi setiap hari smp ada starbucks..

btw mkn badam setiap hari memang btol dpt otak yg sentiasa cerdas...

Nurul Aini said...

InsyaAllah..semoga anak yang bakal lahir menjadi anak yang berjaya, anak yang soleh atau solehah, menjaga dan membanggakan irine dan juga suami. InsyaAllah amin. Semoga berjaya ye. ^___^

ID said...

mesti anak pandai nnti :)

boleh tgk sini untuk preparation kelahiran nanti

http://izyandiyana111.blogspot.com/2013/03/cara-berpantang-yang-menjadi-pilihan.html

MasReena said...

Ikut experience Masreena, memang kalau masa pregnant rajin baca buku & mengira anak akan jadi minat buku. Anak saya sekarang baru 3 tahun dah pandai main gajet, dah la anak perempuan... even saya tak minat gajet, tapi masa mengandung saya suka surf internet!

Perkongsian Ilmu: CARA MELANCONG LUAR NEGARA TANPA KOS

Anis Hayati said...

wah, kak irine :))
x sbr rsenyer nk tunggu baby tu lahir
mesti comey cm mk dye :)

Wani Tralala said...

best je baca pengalaman org preggy ni :)) semoga kandungan selamat sampai deliver

SHAZWAN AZIAN said...

haha.. irine,baby tendak kuat sebab dia nak jawab exam jugok. haha


dah x berapa lama dah kan.. hope irine dan suami tercinta kekal mesra, tabah dan kuat. jgn kalot pening siap2 persiapan baby. :P

nini said...

NINI pun tak suka main sudoku...hehehe

Mysara Ab Rahman said...

moga baby besar nt jd bijak mcm mak n ayag dye jgk..insyALLAH..:)
eh, akak ada sorang kwn yg baru bersalin..hari tu final exam dye jwb dlm keadaan perut dh besar jgk la..result dye mmg mmbanggakan..
katanya bersmngat sbb ada baby dlm perut teman..heee

maitimie said...

tak sabar nak tgu baby irine kuar :D

Cik Itie said...

Salam, dulu pun cik itie pernah jawab exam masa pregnant, semua lecture dok perhatikan jer perut cik itie, memang pengalaman yang paling indah, ambil exam time perut besar. Yang bestnyer ada lecture tgk kesian jer, terus dia bagi gula-gula kat cik itie.
Teruskan usaha yer Irine :)

Ieyza Afieyna said...

harap2 anak kak irine nnti jadi seorg yg pndai :)

gudluck exam ^^

NIA SI DRUMSTICK said...

waaa..sweet nye..xsaba nk tgk baby irene nnti..hihi..

Fazi Isma said...

bestnya irine jawab exam berteman. bukan calang2 org boleh buat tu tau, hehehehe. apa2 pn gud luck irine =)

AmalinaLee said...

Kak Irine forever comel <3

fieyahmads said...

pengalaman bawak perut pegi exam..sgt cute..kengkawan pun excited..hikhik :)

baru jer lecturer cerite pasal cara dapat anak bijak cara yahudi, memang superb gila dieorg nih..

LaLa mhdnor said...

seri wajah ibu mengandung, take care irine, take care baby =D

Naimah Azizan said...

salam..irine mcm saya dulu 6tahun yg lepas..bawa bby time exam n pantang masa cuti sem..saya dulu bawa bantal masuk sbb nk lapik bontot..sakit duk atas kerusi lama2..sweet memory yg xdpt dlupakan..sampai kwn2 ckp masa tgh diorg jawab exam diorg mesti fkirkan saya..takut terbesalin dlm dewan exam..haha..kelakar bila ingt blik..=)..saya pun student uitm juga n kahwin muda mcm irine juga..=)

Naimah Azizan said...

salam irine tahniah..saya pun mcm awak juga bwa bby msuk dewan exam n pantang time cuti sem..hehe..satu kenangan n pengalaman yg xdpt dlupakan..hehehe..yg kelakarnya sya siap bwa msuk bantal lg tuk lapik bontot sbb sakit klu duk lama2 atas kerusi..kwn2 selalu ckp diorg time exam mesti terfikirkan saya sbb diorg takut saya bersalin dlm dewan exam..=)..semoga irine selamat menjawab exam n selamt bersalin amin...

ct fesyen said...

heheh...sweet je...lg2 time tgh jawab exam baby tendang2 perut plak..

hahhaha

Shafinaz Faizal said...

"BOBOY'???? Haaa baby boy ni !!! :)

zeera lily said...

good luck for ur exam irine..
impian parents kn nk dpt baby bijak n pandai.. info irine bg mmg sgt berguna.. soon to be adapt, insyallah.. =)

hanis atiqah said...

salam irine..blh x nk tnye mcm mne cara irine pkai shawl yg tutup dada tu eh?nmpk sweet sgt...

nur syahirah said...

Salam..irine nk tanya shawl tu beli kt mane ?

nur syahirah said...

Salam .irine nk tanya kt mane irine beli shawl tu?

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in