Dress Princess Cutting



Assalamualaikum :)
hye, Happy Sabtuday.

Type sepatah-patah entry dalam blog ni dalam keadaan yang sejuk hujan renyai-renyai. Alhamdulillah . Kali ni update blog awal sikit sebabnya baby Medina ayah dia tolong jaga dekat bawah depan tv! haha! So, ibu lari naik atas jap update blog. hehehe :P

Ok, kali ni nak review lagi tentang website or facebook page yang jual baju best-best. 
Irine sure sekarang trend ramai yang suka dress jenis princess cutting yang kembang-kembang tu kan. Macam Irine sendiri suka pakai dress princess cutting macam ni sebab maybe rasa macam nampak  kurus dengan tinggi kot. hehe.Walaupun takdelah tingginya mana :)


Contoh macam dalam gambar ni. 
Pesal muka Irine berubah pulak? huhu! Oh no, ni bukan irine, for sure lah ni Ainan Tasneem. hehe
ni antara salah satu contoh macam Ainan pakaidress jenis princess cutting. Cantik kan. 
Korang boleh dapatkan dress2 jenis macam ni dekat . 


Banyak lagi design dan color-color yang korang boleh pilih dan request dekat D'Finas Boutique ni ok. 


Boleh follow instagram diorang juga : @dfinasonlineboutiqe
Kalau nak lagi senang nak order 
wassap je di no 0125668871 / 0177995417


Selamat menjamu mata and happy shopping semuaa! <3 p="">
Nanti ada website best-best lagi Irine review and share lagi.




My little space


Assalamualaikum.

Disebabkan esok Selasa and Rabu takde kelas, so malam ni jadi rajin sikit. Baby pun dah selamat tidur, penat ikut Irine daripada petang balik kelas terus pegi Hq Shaklee ambil stok untuk customers. Letih laa dia tu terus tido :) 

Disebabkan takde topik hangat malam ni, so kita hangatkan dengan cerita dan borak-borak kosong je. Kita layan gambar je lah arini yek. Dalam2 tu, Irine share dan review sikit barang-barang yang Irine suka.


Arini share meja solek yang tak berapa nak ada rupa sangat.haha

Rasanya, ni lah meja solek or meja make up paling simple kot Irine ada. huhu.Beli meja kosong je pon, and atas tu pandai-pandai sendiri kasi nampak bermaya and hidup sikit. Plannya, nak beli meja solek white color yang macam vintage tu, tapi rasa macam besar sangat. So, Irine buat simple macam ni je lah kot, yang penting lampu bulat-bulat tu ada. Nampak lah sikit macam diterangi "Nur". hehe. Meja ni antara tiap-tiap hari duduk tatap nak keluar, nak pegi kelas, nak lilit shawl pon dekat cermin ni lah!! hehe

Yang ni lah nak dikatakan pelik sikit sebab rasanya atas meja ni dia punya tahap kekemasan takkan bertahan lama. Lagi-lagi bila dah rushing nak pegi kelas, barang-barang semua tak tersusun dah.


Sebenarnya kalau nak diikutkan, kalau takde make up organizer tu memang tak tersusun lah. 
Ok nampak tak tempat letak lipstick and brush2 yang bertingkat-tingkat tu, tu korang boleh dapatkan dekat SINI

So far, senang and memudahkan lah bila ada Luxury Acrylic Cosmetic & Make up Vanity Organizer ni. Macam-macam boleh letak,takdelah berterabur barang-barang atas meja.

 

Luxury Acrylic Cosmetic & Make up Vanity Organizer

Ok kita close up kan lagi bagi korang nampak jelas.

Korang boleh LIKE FB PAGE : LYNZ STUDIO
takpun boleh tengok blog dia : www.lynzstudio.blogspot.com
atau
boleh follow instagram : @lynzstudio

Korang boleh dapatkan dengan kak Lin ni ok sebab kak Lin ni pon dia ambil tempah
custom case phone :) Untuk casing iphone ada, ipad ada, samsung ada, and banyak lagi.
contoh macam ni, casing ipad Irine daripada Kak Lin sendiri yang buatkan.



contoh casing Ipad mini Irine :) comel kan. 


Kalau ada yang berkenan nak tempah tu, pi follow and like fb page LYNZ STUDIO ni ok!

Ok x nak update banyak-banyak,
esok Irine update lagi :)

Tata, Assalamualaikum



Covergirl Eternity Magazine November/Disember


Assalamualaikum :)
Hello.

Sambungan entry yang lepas. 



Cover Magazine for Eternity Edisi Bumper bulan November/Disember :)
Sebenarnya shoot ni kira last minute jugak lah seminggu sebelum Irine nak continue study balik. Before ni pernah dapat offer yang sama tapi sebabkan time tu Irine tengah pregnantkan baby Medina, so kita postponed kan dulu shoot ni tunggu selim melim dulu. haha.

Mesti korang pelik kan tak nampak pun magazine ni jual dekat kedai, Korang carik lah dekat mana-mana kedai buku ke, 7E ke, library ke (erk ada eh.huhu) memang takkan jumpa. hehe
Memeyyy laaa sebab yang bestnya magazine Eternity ni dia magazine online which is kita boleh baca satu magazine ni secara online dan hanya menghadap screen computer/laptop/phone pon bolehhhh :)

Kalau korang peminat fanatik blog Kak Fatin Liyana mesti pernah perasan dia pernah featured jugak dalam magazine ni :) Irine pun kenal magazine ni daripada kak fatin la. hehe. Selain tu, yang pernah jadi cover magazine ni blogger Kak Maria Elena, Heliza Helmi, blogger Fatin Suhana, Anuar Zain, Juara Dara.com Ameera Zaini, Lisa Surihani & Yusry and lain-lain lagi. nak tau banyak lagi pi la terjah website nye :)

Magazine Eternity ni dia lebih fokuskan kepada pembaca yang selalu online. Sambil-sambil online, sambil-sambil baca magazine ni. Jimat pun op koss laa sebab tak payah beli pun :) Free of charge baca! hehe.





Nak baca lebih lanjut dan jelas tentang Irine sebagai wife, student dan pada masa yang sama seorang ibu, boleh baca Magazine Eternity ni secara online di SINI and boleh "LIKE" facebook page mereka di SINI 

last but not least, thanks again kak Aishah, Kak Azlia Idha, Kak Sarah Hata, and Abg Azhar sepanjang shoot ni berlangsung :) 


Ok lah, tu je entry buat kali ni :)
Jumpa entry yang akan datang ok! 


Bye, nak pi peluk anak tengah tido kat dalam bilik tuuu. 





Majlis Aqiqah dan Kesyukuran


Assalamualaikum.. :)

Hye. perasan tak sesuatu yang pelik, macam rajin je skang update entry :P 

Sebenarnya entry ni dah lama nak buat, tapi peram dulu kasi betul-betul masak.haha

Entry ni nak cerita pasal Majlis Aqiqah untuk baby bulan lepas. bulan lepas? ha'ah bulan lepas, basi kan entry ni.huhu :'D 



27 Oktober yang lepas. genap sebulan. huhu
Masa ni Medina baru masuk 5 bulan. So, kitorang plan nak buat Majlis Aqiqah dan Kesyukuran time ni. buat secara kecil-kecilan je. Jemput yang kawan-kawan yang dekat dan sedara mara je. Dalam 150 pax tetamu. 

The preparations semuanya berjalan dengan lancar. Ramai kawan-kawan yang bantu dan bagi itu ini. Alhamdulillah rezeki Medina. Sebenarnya preparations nak buat Majlis Aqiqah ni takdelah makan masa pun sebab kitorang buat simple-simple je, janji semuanya setel. Boleh tarik nafas lega bila perkara yang penting ni dah dilaksanakan. 

Majlis start daripada pukul 12 pm :) 


candy buffet sponsored by @gulagularhea.
Boleh search nama dia @gulagularhea dekat instagram ok! 
Tq so much kak Adawiyah sebab bagi service Candy Buffet yang best dan terlalu comel ni. 


Jadi, bila ditanya nak tema apa, maka dijawab dengan pantas " kita nak tema pink, kalau boleh nak tema Hello Kitty.". hehe. Sape yang baby, sapa yang mak budak sekarang ni? Pelik dekat situ.erkk --' 
Ntah, bila jadi mak2 ni, semua benda-benda comel macam budak-budak, automatic nak join sekaki sekali. 


Love the decorations so much!! Meja dia siap ada tutu skirt lagi tauu.
Kembang-kembang.hehe. irine suka sangat candy buffet ni sebab tuan rumah tak payah susah-susah nak sediakan meja. Rasa senang sikit tak yah tercarik2 meja. hehe. Masa ni, Irine tak dapat tengok daripada awal start nak deco-deco, sebab tengah siap-siapkan Medina dekat atas dalam bilik :) ruginyee..huuu, tgk gambar je lah.


Haaaa tu diaaaaa!
Tak rasa nak pengsan ke bila tengok benda-benda comel macam ni dah tersedia depan mata? huhuuh. 
Bagi peminat pink and hello kitty konfem2 hentak kaki bila tengok comel macam ni deconye T__T







Apam polka dot. sedappp! 



Dari segi doorgift pulak, sebenarnya limited. hehe. Sape cepat dia dapat sebab tak plan pun mula-mula nak sediakan doorgift. tup tup, adaaa.magic pulak. hehe. Pastu kan, minta maaf sangat-sangat tau sebab ada yang tak dapat.wuu, nanti next time kalau birthday party janji tebus balik doorgift ni. huhu


Doorgift corner :)

sebenarnya takdelah corner-corner sangat.haha. 
Tapi even simple macam ni, terlalu suka sebab yang tukang susun-susun kreatif ni akak ipar, adik ipar dan ibu mertua Irine.hehe.comel kannnn diorang susun.


Doorgift dalam bentuk dress. Comel sangat-sangat kan? huhu.
dekat tepi-tepi dress ni dia jahit tauuuu. Dekat bawah tu je stapler untuk senang nak bukak keluarkan doorgift :) Dalam dress ni ada apam polka dot and lain-lain gula-gula :) tp banyak jugaklah boleh sumbat dalam dress ni.hehehe!


Sepasang kasut baby versi mini cinderella :'D
Dalam kasut ni ada marshmellow and gula-gula.
So, setiap sorang dapat sebelah je, sebab bajet x mencukupi.haha.  :P 


Pengsan tengok cute overload! 
Doorgift sponsored by kak Asma.boleh search dekat instagram dia @asmaleeya!
Tq kak Asma sebab datang jauh-jauh dari Banting hantarkan doorgift ni


Adik ipar dan akk ipar :) 
tapi adik ipar still panggil panggilan "akak" haha, sebab beza umur kitorang Irine pangkat adik. Dia baya abang Irine :P dah terbiasa panggil akak. And akak Ipar kita tu Irine panggil Ateh :) 
Dua-dua ni antara yang banyak tolong Irine and husband daripada awal-akhir majlis. :'D 
Tq tq! nanti Irine belanja Bihun Sup Siam. haha.



Lupe nak selit gambar family.haha

Our little family :)
Dulu single, then berdua, and now bertiga. 
Harta dunia akhirat

Jubah Kaftan from CALA QISYA


My baby booo :) 

So far, majlis Aqiqah dan kesyukuran ni simple je :) Masa mula-mula nak start majlis ni, tunggu tetamu sampai dan kitorang start dengan doa selamat yang dibaca oleh abang ipar Irine sendiri. Tak lama pun, dalam 15 minit macam tu je. Itu pun dah memadai sebab macam sebelum ni Irine pernah cerita dekat entry lepas, Medina dah pun cukur sampai botak masa umur dia 2 bulan. Masa cukur tu takde kenduri ape-ape pun. Dan sekarang ni baru kitorang buatkan Aqiqah untuk dia. Jadi, takdelah amalan-amalan bidaah macam amalan cukur jambul tu :) Ingattt tauuu! jangan buat amalan tu. 

ok bab tetamu pulak, antara kawan terdekat Irine jemput...
...
.....
........
.......................



Blogger kesayangan semua orang. Kak Fatin Liyana and bestfriend Datin Najah.hehe.
Suka sangat dengan kakTin and kak Najah sebab daripada kenduri kawen Irine sampai kenduri Aqiqah ni mesti datang :'D terharu betul. huhu. 


Kawan-kawan since UITM dulu :) 
Nisha, Sara, Aza, and Mira. Mira kawan friendster.ehhe




Dena and Saif pon datang jugak. :)



dan bila dah last-last tu, si kenit ni dah sampai tahap mengantuk dia kuasa 5. letak dalam babycot tu terus tido. Yang tu babycot akak ipar, pinjam jap letak kat bawah in case Medina nak tido ke tak payah bawak masuk bilik :) 







Sleeping Medina


tapi kejap je pun dia tido, sejam macam tu. hehe


Ok tu je la kot, tak banyak sangat cerita. ni je lah nak cerita. sekadar update jadi kenagan. hehe
Alhamdulillah setel semua, and tq so much dekat family and family mertua banyak tolong, dekat kawan-kawan sudi sponsor sepanjang majlis ni and yang lain-lain. 

All Photo credit by 
Pegi LIKE cepatt facebook page diorang :) 







Babymoon


Assalamualaikum.

Hye, macam biasa, sekarang blog dan entry akan di update waktu tengah-tengah malam.huhu.

Nak tulis cepat-cepat entry ni sebab kalau tangguh konpemmm x update.
Sebenarnya baru balik daripada short vacation. tak pergi jauh pun, dekat Kuantan je, Teluk Cempedak.:) Nak kata honeymoon idoklerrr, sebab bawak baby so jadi babymoon. hehe

Rasanya last masa pegi Teluk Cempedak tu, masa umur kecik lagi kot. Masa tu takde apa pon dekat sana cuma pantai je. Ingat lagi, siap merayu-rayu dengan mak nak beli baju dengan seluar ada tulisan Teluk Chempedak. seluar mesti seluar pendek pulak tu.hahaha! Bangga betul duluu kalau beli baju2 macam tu. hehe. Sekarang pegi bawak anak pulak. How time flies! 

And thanks jugak sebab sepanjang dekat sana, kawan-kawan dalam instagram banyak suggestkan nak pegi mana, makan kat mana tempat best dan lain-lain. Macam before ni pergi Penang pon, ramai sangat yang suggestkan tempat. tq tq korang!! nnti kalau datang Shah Alam irine suggestkan mana tempat best.haha (mcm bosan je.hihi!)

Mula-mula plan nak stay Zenith Hotel sebab depan tu ada Mall ECM kan. tapi, check dlm website full pulak bilik sebab musim cuti sekolah kan. So, kitorang pilih nak stay dekat Hyatt Hotel. Hyatt ok sikit sebab depan tu pantai je :) Kitorang pilih bilik berhadapan pantai. best and view dia cantik.


Masuk bilik, bukak-bukak je pintu balkoni nampak pantai terus. Cantik tak terkataaaa.huhu


Dekat tepi balkoni tu pulak ada pool. best jugak lah, ingat nak bawak Medina main air kat situ, tapi risau pulak kalau ape2 sebab ramai budak2 mandi. huhu. kitorang main-main pantai je lah. Tapi, sekarang ni dekat sana musim hujan. before nak stay sini pun, suami cakap x nak sebab takut musim hujan. Irine yang beria2 nk jugak. Sebabkan hotel lain penuh, duduk sini lah :P :P


pagi-pagi tu bawak si kenit ni main tepi pantai. nampak excited semacam dia ni, panggil pon x layan sangat sebab dia macam duduk senyap pandang je ombak laut tu. huhu. bagus2 suka pandang benda-benda ciptaan cantik. 

Sebenarnya ada cerita sikit, malam tadi masa kat hotel, lepas tengok drama, baby dengan si ayah dia dah tido dah. Yang ibu dia x tido lagi, dah habis drama pukul 12 am baru nak tido. Tapi, tiba-tiba macam takut nak tido sebab bunyik ombak laut malam tadi kuat sangat sampai bergegar tingkap. huhu. Guruh-guruh pon dah bunyik kuat. Sebenarnya dalam kepala asyik teringat macam film omputeh yang Tsunami dekat Bali tu (ntah bali ke acheh, x ingat dah) Haaa cite yang ni laaa, sape tengok mesti tauu jalan cerita dia!


The Imposible. huhu.
film ni beri kesan yang mendalam bila tengok, sebab tu malam tadi terfikir macam ni. Sampaikan menangis-nangis macam tak betul malam tadi. mengalir2 air mata sebab takut, ikutkan hati nak ajak suami check out terus tengah malam.haha. Suami cakap takde ape pon la, siap suruh Istighfar lagi. Emmm, susah jugak nak tido malam tadi, bila bangun pagi terfikir pasal nangis2 tu, rasa macam " apesal aku macam tu nangis-nangis teruk sebab takut". huhuuuuuu~~~~ suami gelak dia cakap macam tak betul --' 

Ok tukar topic. 
pagi tadi lepas breakfast


saje feeling-feeling tepi pantai. yang budak kenit sebelah tu tak habis warm up lagi.haha

I'm wearing Wana Pleated Dress from 
Link baju ni dekat SINI 
Best sebab dress kembang ni BF FRIENDLY. ada zip dekat depan tu boleh susukan baby :) 
Follow instagram : @edzmalaysia


Ok si kenit ni dah start tunjuk belang masa ni,


hoho! 
  

Tadaaaa! 
My baby Fiska Medina lagi 2 minggu dah nak masuk umur 6 bulan. mmuahsxx!!
Alhamdulillah, lagi 2 minggu nak dapat diploma in breastfeeding. 6 bulan penyusuan secara ekslusif
boleh refer entry Irine before ni My Journey- Breastfeeding


Pukul 12pm kitorang check out hotel :) 
Balik rumah and esok pegi kelas macam biasa pukul 8 pagi. pergh. 

bye.tu je lahhh.

eh jap, jap nak selit sekali,
semalam baru dapat berita gembira lagi dapat one of customer shaklee Irine. dia pregnant 4 weeks after consume ESP :) Alhamdulillah, syukur. happy tengok bila customer happy. Aritu sorang, ni sorang lagi.


nak order product Shaklee ? email me dapatkan harga murah
irineshaklee@gmail.com

 tata. 
Assalamualaikum 











Disahkan hamil 5 weeks selepas consume ESP SHAKLEE


Assalamualaikum.

Hye semua :)

Alhamdulillah, 2 hari lepas Irine dapat testimoni daripada customer shaklee Irine sendiri yang mana sebelum ni dia ada order dan beli ESP. Sebelum tu, customer Irine sorang ni dia suruh suggestkan which one set or product shaklee yang sesuai untuk dia yang baru je lepas kawen. Normally, Irine sendiri akan tanya pada customer lagi-lagi yang baru je mendirikan rumah tangga, sekarang sedang merancang untuk mendapat anak cepat atau tak.

Kalau customer yang betul-betul nak berkesan Irine akan suggestkan fullset kesuburan suami dan isteri bagi yang berusaha untuk mendapat anak. 

Tapi dekat customer Irine sorang ni, Irine tanya dulu nak cuba set kesuburan atau kalau baru nak cuba-cuba product from shaklee ni boleh try our best seller and on demand product iaitu ESP. So, customer pilih nak try ESP dulu :) 


dan hasilnya?


*boleh click untuk tumbesaran gambar. hihi*

Alhamdulillah, customer Irine ni dia email irine semula untuk bagitau yang dia disahkan hamil 5 minggu selepas consume ESP. Syukur sangat-sangat :) Sekarang ni dia plan untuk proceed untuk beli set preganant 1st trimester pulak :)


ok jap, jangan konfiusss tauu, ESP ni bukan untuk perempuan nak hamil, perempuan sedang hamil je. 

Tapi semuaaa pon boleh cuba x kira perempuan atau lelaki, yang anak dara lagi bagus try ESP ni lagi-lagi yang nak kawen tu, orang tua, dan even kanak-kanak pon boleh. 


Ok bagi yang tak tau lagi, 1 botol ESP ni tersangatlah berbaloi kalau beli, sebab

1 botol ESP biasa tahan 2-3 bulan. Tahan 2 bulan (average)
Kalau diminum 3x sehari..2 bulan = 180 kali minum
(1 sudu yang standard tu sekali bancuh)



Dan ini pulak, testimoni daripada kawan Irine sendiri yang mana dia sekarang sedang mengandung dan amalkan product from Shaklee jugak iaitu ESP. Alahan sampai kandungan 4 bulan dan lepas tu try ESP dan badan rasa lebih bertenaga. So, yang mana sedang hamil sekarang tetapi tengah loya-loya, cepat letih, morning sickness yang teruk, takde tenaga, nak buat kerja pon x larat, yesss Irine sugggestkan consume ESP dan others product yang sesuai :) 



boleh refer this entry about ESP in details : http://irinenadia.blogspot.com/2013/10/cara-minum-esp-shaklee-yang-betul.html



Sekarang hanya ada tinggal tak kurang 10 hari sahaja lagi untuk dapatkan BEST PRICE semua product shaklee termasuk ESP ni! Harga jauh lebih murah tau! 

Kalau berminat nak dapatkan harga murah ni, boleh email
 irineshaklee@gmail.com




Magazine


Assalamualaikum .

Ok sebenarnya aku update entry ni pukul 12.41 tengah pagi.haha. (ok sebenarnya jugak, entry ni dah lama berada dalam draft, minggu lepas punya draft, tu sebab masa dia lain.haha).tapi layankan jelah, malas nak edit balik.

Waktu-waktu macam ni sepatutnya tengah tido dah ni, tapi sebab mata tak boleh nak pejam lagi. Baby Medina dengan ayahnya dua-dua dah tido awal.Ibu dia je overtime lebih. Yelahh, sekarang waktu tak menentu. Sebab tu laa blog ni makin dianak tirikan.sob sob sobb. 

Just quickly update from me (asalkan berupdate), karang korang lupekan blog ni pulak.hehe :'D Janganlerr, blog ni masih bertuan lagi, cuma tuan dia masa lebih focus pada family :)

Ok2 next! 
Alhamdulillah sejak jadi mak budak ni, banyak rezeki masuk tak putus-putus. Tak kisahlah rezeki daripada segi dan bentuk apa. Aku anggap apa-apa perkara yang membuatkan aku senyum atau gembira, tu semuanya aku panggil "rezeki". *apesal serius sangat nada ni.haha*.

Okeh-okeh, kali ni nak update serba sedikit cerita tentang diri sendiri. Selalu cerita anak je,kali ni bagi cannnn kat Irine nak cerita-cerita.hehe. Mingu lepas, aku rasa antara minggu yang pack jugaklah, banyak benda nak lakukan dan setel dalam masa yang sama. Tapi, overall hadapi dengan senyuman dan tenang.  




with kak Azlia Idha from Getgorgeous butik and MUA Kak Sarah Hata :)

ok jangan terperanjat tengok gambar ni. hehe. 
Ada orang tanya, aku aktif balik ke macam dulu --' Ohh jawapannya tak pun, saje-saje join untuk luangkan masa sisa-sisa cuti sebelum continue study semula after cuti bersalin yang sangat lama. Lagi sekali, dapat offer untuk featured as cover magazine. Magazine ape tu nanti-nantilah aku update and sambung entry ni :) Kali ni muncul sebagai watak mak budak. hihi. 



dah kenapa aku senyum girang semacam macam tu,  betul ke bohongg gambar ni, --'  lol
tq Pn Aishah as editor magazine, Kak Azlia Idha as stylish, Kak Sarah Hata as MUA masa shoot aritu, dan Abang Azhar as photographer.

mencabar sikit shoot kali ni sebab Medina ada sekali. time tengah make up time tu dok berkepit nak susu. Jalan penyelesaian dia? pangku dia susu sambil ibu dia tengah dok make up. mencabar kan? ggrr.haha. tapi sekejap je lah, sebab Medina mana laa nak orang tengok dia tengah susu, malu la dia. pemalu dia ni, mesti turun ibu dia. (muahaha). Jadi, si ayah ditugaskan utk jaga Medina dan bawak dia balik rumah dulu sampai ibu dia setel semua. balik-balik shoot, Medina x kenal ibu dia. perghh, makan dalam betul.


dan keesokan harinya pulak,



Shoot untuk Medina (dan ibu dia jugak howkeyh.hee) untuk Magazine Pa & Ma. excited tau sebab Pa & Ma ni magazine fevret daripada dulu lagi. dpt pulak offer. InshaAllah keluar isu Januari nanti.



sambungan dia tunggu magazine ni keluar dulu lahhh baru ku update dengan lajunya :D

tata titi tutu

Assalamualaikum
*adakah ending entry ni macam bosan? haha.






Kisah Fiska Medina by Lhmediatv


Assalamualaikum.
Hye semua.




Baru berkesempatan nak update blog hari ni.  Banyak cerita sebenarnya, tapi masa xde. hehe. 
Hari ni Sabtu dah start busy sikit sebab esok hari Ahad 27hb ialah Majlis Kesyukuran dan Aqiqah untuk baby Medina. Minggu depan pon dah genap dah umur Medina 5 bulan. Kejap kan? :-)

Dalam masa sepanjang nak 5 bulan ni, banyak sangat kenangan dan cerita yang nak dikongsi. Walaupun Irine banyak share gambar2 family di facebook, instagram dan twitter, tiba2 terfikir untuk simpan memori ni dengan cara "merakamkan" semua kenangan ni dalam bentuk video.hehe Mula-mula kitorang macam fikir macam manaa eh nak make sure kan semua kenangan ni tak hilang macam tu je. Kalau gambar memang dah banyak cuma kali ni nak nampak lebih real. Yelah, lagi-lagi kenangan untuk anak pertama. Perasaan dia lain bila dah ada anak kedua dan ketiga nanti-nanti. Orang cakap macam perasaan "excited" dia tu lain :) Sape tak excited kan mengandung buat kali pertama dan jaga anak sulung kan? Irine bet mesti masing2 ada pengalaman dia tersendiri.

 Dalam pada masa yang sama Irine dapat tahu videographer yang shoot masa wedding Irine dulu iaitu Lhmediatv ada pakej untuk shoot video macam yang Irine nak tu. Lebih kurang macam post-wedding tapi tambah seorang watak baru iaitu baby.hehe. Kitorang pilih Lhmediatv juga sebab dah biasa dengan kerja tangan dan hasil diorang yang terbaik, jadi Irine letakkan kepercayaan 100% dekat diorang utk hasilkan video yang akan jadi simpanan kitorang ni. Video nikah dan resepsi yang diorang hasilkan pun sehingga sekarang masih ada lagi yang tengok dan ada 2-3x jugak pernah tersiar dan jadi video contoh dalam rancangan dalam tv. Irine pun kadang2 play balik tengok video nikah tu dan sebak sorang2.. hehe :p

Ok kali ni, dipendekkan cerita Irine kongsikan lagi sekali
video kami dan "kisah Fiska Medina" dalam blog ni. 
Tq so much to Lhmediatv sebab jadikan impian kitorang jadi kenyataan nak ada video kisah2 family macam ni. hehe. For sure, video ni akan jadi tatapan kitorang dan Medina bila dah besar nanti. Kalau Medina nakal, Irine tunjuk video ni bagi dia insaf balik. haha


boleh view video di facebook page Lhmediatv



Tq jugak Lhmediatv sebab kitorang daripada zaman kawen sehinggalah sekarang ni berikan service terbaik! Team Lhmediatv memang sporting! Memang takde rasa janggal bila shoot dengan diorang sebab Irine pun dah anggap diorang macam kenalan rapat :) Senang nak bekerjasama, senang nak bincang2 tentang video, idea daripada mereka pun memang kreatif. lain daripada yang lain sampailah yang sekarang ni, video kisah Fiska Medina ni idea daripada mereka sendiri. Bila Irine bagitau je nak buat video macam mana, diorg dah tahu dan kongsi idea sama2.

Sape2 yang juga baru dapat pengalaman anak pertama atau anak ke 10 sekalipun boleh buat video untuk simpan kisah kenangan ni dalam bentuk yang lebih 'hidup'. Korang boleh berbincang dan hasilkan dengan lebih kreatif dengan team Lhmediatv sendiri. Dan juga bagi yang still tercari-cari videographer untuk engagement atau wedding dengan harga yang lebih berbaloi, team Lhmediatv is the best choice. Dan yang lebih penting, kita perlu cari service yang boleh dipercayai. Nasib baik pengalaman sebelum wedding dulu mengajar Irine untuk lebih berhati2 bila memilih service seperti videographer ni. Pilih serice yang berbaloi, boleh dipercayai, menghormati orang lain tak kira kita dari golongan bawah atau atasan dan tidak memungkiri janji. Jadi untuk bride to be, ibu2 ngandung serta yang dah ada anak, kalau nk hasilkan sesuatu untuk keluarga dalam bentuk video, Irine memang highly recommended sangatt dengan service Lhmediatv kerana mereka juga amat mesra family!






 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in