Dunia baruku...bersama orang ketiga..



Assalamualaikum w.b.t
and hye to all.

Alhamdulillah diberi peluang untuk jari ni menari-nari untuk menaipkan sebuah entry yang agak panjang dan penuh bermakna dalam hidup saya. Mungkin sebelum-sebelum ni, entry paling bermakna ialah entry hari pernikahan dan hari perkahwinan saya. Tapi, ada lagi sebuah entry lagi penuh bermakna yang saya simpan dulu as a draft dan menunggu masa untuk publishkan pada semua orang :)

Seperti yang ramai tau, saya salah seorang yang berkahwin pada usia remaja yang dikategorikan sebagai "kahwin muda". Bertunang pada umur 19 tahun dan dinikahkan pada umur 20 tahun. Bukan permintaan ibu bapa, tetapi permintaan diri saya sendiri untuk menamatkan zamat bujang pada waktu yang sangat awal dan pada waktu semua rakan-rakan perempuan saya yang lain sedang menikmati zaman remaja mereka. Tapi apa yang boleh saya katakan sebagai gambaran adalah Alhamdulillah. Hidup saya selepas berkahwen sememangnya berubah 360 darjah. Berubah kepada segala-galanya. Daripada hidup seorang, kini hidup berdua bersama suami yang amat saya sayangi :) Satu pengalaman yang sangat manis diberi peluang hidup bersama orang yang kita cintai dan dalam masa yang sama merasa diri ini dicintai setiap hari :') 

Dianugerahkan suami yang sangat memahami situasi saya sebagai seorang full time student. Dia banyak mengajar saya memahami erti hidup bersama dan bagaimana nk menambah kemanisannya. Selepas berkawen saya dapat merasakan betapa nikmatnya sebuah perkahwinan yang "halal" di sisi Allah ni. Ya Allah syukurnya saya mendapat seorang "imam" yang selama ni tak pernah saya minta dan duga akan menjadi suami saya :')

Pada suatu ketika selepas 3 bulan kami mendirikan rumah tangga, terdetik satu perasaan ingin mendapatkan cahaya mata sendiri. What? cahaya mata? Yes, it comes just like that! Yelah, orang cakap waktu muda-muda ni "enjoy" dulu dengan suami. Ditambah pula umur saya pun masih muda 20 tahun. Tapi, perasaan orang yang dah berkahwen ni rupanya lain macam sikit kalau uolls nak tahu. Kalau nak dikatakan sedia atau tak untuk menimang cahaya mata dalam usia muda, Insya Allah saya mempunyai satu tahap keyakinan yang agak tinggi walaupun sebelum ini tahap keyakinannya agak kurang membantu :'D Apa yang terlintas dalam fikiran ni yang menyebabkan saya seolah2 bersedia dari setiap sudut untuk menjadi seorang ibu adalah kerana faktor yang paling dekat dengan saya iaitu sokongan yang tidak berbelah bagi dari suami sendiri. Sebabnye, kalau nk dikira pandangan dari orang lain di sekeling, mereka lebih suka mencmpur adukkan perkara yang baik dan buruk tentang ini menyebabkan saya sendiri agak confuse. So bila suami sendiri yg memberi pandangan, apa yg dikatakannya penuh dengan dorongan dan semangat sehingga rasa nak terus pregnant time tu jugak.haha Lagipun, suami saya pun memang jenis suka melayan budak-budak. Sbb akak kepada suami pernah bercerita, suami saya ni macam ada aura bila duduk dengan budak-budak. Ramai budak-budak seperti suka dengan dia bila diorg bersama, dan dia pandai buat lawak dekat budak-budak walaupun org lain tak gelak pun.heheee

Beberapa bulan yang lepas, setiap hari saya akan pandang muka suami dan berborak-borak dari mata ke mata dan turun ke hati.*Cewahhh..hihi. Suami pun pandang agak pelik. Pada suatu hari tu terkeluar daripada mulut saya untuk menjalani kehidupan suami isteri ditemani orang ketiga dari darah daging sendiri. Pada mulanya hati suami agak berat untuk mengatakan "iyo". Sebabnye walaupun suami cukup memberi dorongan dan semangat, dia pun ada memikirkan keadaan saya sebagai student yang mempunyai komitment untuk menghabiskan pelajaran. Pada awalnya masing2 memang dah setuju untuk tunggu sehingga saya hampir menamatkan pengajian, tapi..... yela bila tengok gambar baby saya senyum sorang2, bila tengok baby orang lain, rase nk culik bawak balik, so disebabkan itulah saya katakan tadi, perasaan wanita yang dah berkahwin ni agak berlainan dan dia mahu menjadikan hidupnya lebih bermakna dari sebelumnya... :))

Klimaks cerita*
Dan pada suatu hari, tepat sahaja 3 bulan pertama kami kawen, kami memutuskan untuk memadamkan perjanjian yang dibuat awal dulu dan keputusan sebulat suara adalah untuk berdoa kepada tuhan supaya dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.. yay!

Seperti tuhan mendengar doa saya dan suami, bulan keempat dah start rasa dalam badan tak selesa. Pening-pening dan kepala saya sangat pusing bila berjalan. Bila fikir-fikir balik, sebelum ni saya mana pernah ada pengalaman kena penyakit migrain. Pelik jugak! haish! Kenapa boleh jadi camni! Takkanlah effect sebab perkara tu kot! haha. Awal sangat pulak kan effectnya kalau ikut perkiraan. Ok takpe, saya senyapkan dulu. The next day, saya makin risau sebab kepala saya still rasa pening-pening dan suhu badan saya meningkat secara mendadak. Kejap-kejap panas, kejap-kejap sejuk. Eh main-main pulak suhu badan ni kan! huhu. Bila berada di tempat yang berhawa dingin pun, badan saya berpeluh dan rasa panas di dalam. Makin risau dah ni. Saya risau bukannya apa, saya hanya terfikirkan final exam dah nak dekat, taknaklah kalau rasa tak sihat macam ni. 

Jadi, saya ambil keputusan untuk mengajak suami saya untuk pergi check di klinik berdekatan dengan rumah. Bila berjumpa doktor, saya pun menceritakan keadaan dan masalah saya pada doktor. Pum pang pum pang saya cerita pada doctor ni! Doctor ni pulak pandang semacam dekat saya. Dalam hati saya berkata-kata "apehal doctor ni tersengih-sengih pulak, aku tengah serius bercerita ni". Terus dia tanya, 

Doctor : "Are you married?". 
Me : "Yes doc, i'm married". 
Doctor : "Mungkin you pregnant kot"
Me : "Eh takkkkkk kottt doctor, mana ada preganant, takkanlaaa preganant " *masa ni jawab sungguh2 sebab nak sangkalkan apa yang doctor cakap tu, sebab confident kalau ikut perkiraan*
Doctor : Selalunya kalau symptom2 macam tu tanda2 wanita pregnant. But mungkin you baru lagi. So, apa kata kalau you try buat urine test dulu (upt).
Me : eh tak payahlah doctor, saya tau kalau saya buat upt, mesti negative punya! (sah2 lah negative kan, sebab aku baru je lepas period beberapa hari lepas tu).
Doctor : Takpe, test je dulu. Kalau negative pun takpe.

Saya pun terkedik-kediklah ikut nurse pegi buat urine test. Hasilnya? Haaa non ado! Negative tau tak! Tunjuk kat doctor dia tersengih je. Suka la tu kan, last2 saya yang terpaksa bayar.haha. Doctor cakap maybe ni terlalu awal lagi, sebabkan tu negative. But dia yakin yang saya ni pregnant. Then, doctor suruh datang lagi lagi 2-3 minggu untuk check semula adakah saya ni betul-betul pregnant. Tapi, doctor dah start kasi saya ubat folid acid, multivitamin dan ubat tahan sakit pening kepala. *macam2 ubat ado


Tepat 2 minggu selepas tu

Kepala saya still rasa pening-pening lagi. Lama pulak tu! Pening2 selama 2 minggu. Badan pun still rasa panas lagi. Ditambahkan lagi bila buang air kecil rasa tak lawas. Bila dah masuk toilet, then keluar, pastu tak sampai seminit, saya dah masuk balik untuk buang air kecik lagi. Haishhh, parah ni! Saya pun google2 laaa dekat internet, apa tanda-tanda wanita pregnant. Yang muntah-muntah loya-loya semua tu langsung tak sama dengan saya. Pening2 tu dah sama dah. Sekali terpandang point "kerap buang air kecil". eh macam sama jee dengan saya. Tapi....eh tak mungkin ni saya pregnant cepat sangat.

**mood masih tak percaye


Punyalaa tak puas hati, saya mengajak suami saya pergi ke Farmasi Guardian untuk beli Upt Test. Selamba je beli tanpa rasa segan silu. hihi. Saya pun belilah upt yang harga RM 14 tu. Hari tu lepas ke farmasi, kami terus ke rumah akak ipar saya. Saja-saja datang jalan-jalan nak melawat ibu mentua sekali sebab dia ada di sana. Sedang rancak suami berborak dengan ibunya, saya pun senyap-senyap pergi toilet. Niat hati nak test upt la konon.hehe. Saya pun test laa upt tu.  Bila letak urine tu, saya tengok laju je line upt tu berjalan. Upt ni senang guna sebab hasil dia cepat! orang cakap 99% accurate. Kalau yang terhasil tu satu line, maka ianya NEGATIVE. Kalau double line pulak, ialah POSITIVE. Saya teruskan lagi tengok hasil upt saya sampai terjojol biji mata, tengok2 je yang keluar ialah satu line sahaja. Haihhhhh..walaupun dekat luaran saya nampak macam cool je, tapi dalam hati saya berharap tau tak. Mengharapkan yang terhasil tu ialah double line. Bila dah tengok ada satu line merah pekat je, terus saya  letak upt tu dalam poket seluar dengan perasaan frust. Keluar toilet dengan muka "toya".


Situasi dalam kereta
Otw balik daripada rumah akak ipar, saya pun cakap dengan suami macam ni :-

Saya : Abg, syg dah test upt tadi dekat umah kakcik (nada konon nk bagi surprise)
Suami : eh bila masa buat? tak tunggu abang pun nak buat dekat rumah. Negative ke positive? (gaya macam excited.hehe)
Saya : Alaaaa negative laaa :(
Suami : (muka xde perasaan) Mana? mai nak tengok upt tu

Saya pun keluarkanlaaa upt tu dari poket seluar. Keluar-keluar je daripada poket nak tunjukkan dekat suami, tiba-tiba???!!! nampak ada dua line! haha. Satu line merah pekat, satu lagi line merah kabur-kabur samar-samar. Terperanjat beruklah saya. Si suami ni pulak ingatkan saya main-main konon-kononnya dia ingat saya ni nak buat surprise dekat dia lagi. Perasan betul.haha. Saya punya terperanjat rasa macam nak gugur jantung tau tak bila tengok ada 2 line tu. Peliklahhh sebab masa awal-awal tadi test satu line je ada. Mungkin sebab saya tak tunggu upt tu, terus-terus masuk poket denagn perasaa frust. Walaupun satu line kabur2 samar2, saya yakin yang saya pregnant. Pernah jugak terbaca yang walaupun line kedua yang terhasil tu tak pekat dan samar-samar, tp ia tetap positive. Mungkin jadi samar-samar sebabkan ianya terlalu awal lagi dan hormon tak berapa kuat lagi.

Hasil upt yang saya tunjuk dekat suami masa dalam kereta otw balik


Saya pun cakap dengan suami jommm kita pegi klinik check! haha, punyalah gelojoh. Suami pulak cakap, sabar dulu. Kita pergi beli satu lagi upt, then kita try awal-awal pagi Subuh esok. Baca dekat internet, the best time untuk test upt ialah awal-awal pagi masa Subuh. Keesokan paginya, punyalah awal saya bangun kan, excited nak test. Suami pun bangun awal.haha. Bangun-bangun je terus buat test. Then biarkan upt tu sekejap. Sementara tu saya pergilah mandi. Selesai je mandi, saya terus masuk dalam bilik tengok hasil upt tadi tu. Terus terukir senyuman di bibir saya melihat upt tu sebab yang terhasil ialah double line jugak. Satu line merah pekat dan satu lagi line merah kabur-kabur..


Ni lah hasilnya. 
Yang atas tu ialah 1st upt yang saya buat dan bawah tu ialah 2nd upt yang saya test awal-awal pagi subuh tu :) Dua-dua hasilnya ada double line dengan satu line lagi samar-samar.

Terus saya buat sujud syukur. Ya Allah, Tuhan saja yang tau betapa syukurnya perasaan saya masa ni. Saya tak mintak secara drastic, tapi Allah yang kurniakan nikmat ni dalam masa yang singkat. Allah tau walaupun saya tak nampak mengharap dari luaran, tapi dia tau isi hati sebenar saya yang saya mengharapkan ianya terjadi :') *sebak time type ni...
Saya menangis dalam waktu solat masa tu....... :') Suami tengok upt, terus tersenyum dan terus peluk saya.. :') 


Keesokannya, saya bagitau abang kandung yang saya pregnant. Dia tak percaya, dia cakap ko tak pregnant kalau satu line samar2. Terus jadi touching time tu bila dia cakap macam tu. Dia tanya last period bila. Terus saya terfikir, period saya dah delay ke sebenarnya ni? Fikiran saya jadi ragu-ragu. Takkan upt tu salah. Puas saya tanya dekat kawan-kawan, macam mana nak kira waktu period. Tulaaah, time sekolah dulu tak focus time belajar topic2 camni! huhu. Kawan saya ajar macam mana nak kira waktu period. Kira punya kira, period saya sebenarnya dah delay seminggu mengikut 28 days cycle. Tapi tak semua orang sama, ada orang 30 hari dan ada orang 33-35 hari macam tu. 

Disebabkan perasaan ragu-ragu tu, saya pergi lagi beli upt. Time ni beli versi "digital" punya.haha. Punyalah tak puas hati. Yang versi digital ni dia terus keluar dekat screen yang kita pregnant or not pregnant. Dan benda alah ni dia tulis sekali berapa minggu kandungan kita. Saya pun belilah dekat Guardian dengan harga RM 29.90. Balik rumah terus test.


So, inilah hasilnyaaa :')
Saya beli upt digital "clearblue". Yang terpapar ialah "preganant,1-2".
Maksudnya, kalau 1-2, kalau check dekat doctor mungkin dalam 3-4 weeks kandungan saya masa tu

Automatic dapat sekali lagi pelukan dan ciuman daripada suami :') Terpancar muka kebahagiaan suami masa tu... Saya pun terus pergi klinik nak jumpa doctor yang sama. Saya pun berjumpalah dengan dia dan ceritakan satu-satu situasi yang saya alami sambil keluarkan semua upt saya. Dia tersenyum sinis dan pandang semacam dekat saya... :( Dia cakap kita scan dulu perut baru kita tau you pregnant ke tak. Doctor tu pun scanlah, sekali tak nampak apa-apa T____T 
Dia cakap, masa scan tak nampak apa-apa. Saya tanyalah doctor tu, "doctor, semua yang saya buat upt ni ada kemungkinan tak saya pregnant?". Doctor tu pulak jawab teragak-agak, dia cakap yang dua upt ni you negative, tp digital ni you positive. "So, i rasa maybe negative". Betapa sebaknye bila dia cakap camtu. Boleh pulak doctor tu cakap "why you come here sedangkan you punya period tak delay lagi!" Dalam hati saya berkata-kata "eh sukatilah, suami saya yang bayar". Dia kata period saya tak delay lagi, padahal saya kira period saya dah seminggu delay. Then saya cakap, ok doctor, i nak try another method iaitu blood test. Blood test ni ialah salah satu lagi cara nak tentukan kita pregnant selain upt. Blood test ni selalunye lagi tepat. Tapi tulah, dia kata result blood test boleh tau dalam 3-4 hari. Kalau dah siap, dia akan call...

Selama 3-4 hari menunggu result blood test, saya menangis depan suami. Saya takut kalau saya sebenarnya tak pregnant. Suami pula cakap dengan saya sambil usap perut saya yang dia yakin ada zuriat dia dalam perut ni.. :') hari-hari dia nasihatkan saya. Sampai nak makan pun saya cakap saya takde selera sebab asyik fikirkan apalah result blood test tu nanti. Negative or positive. Suami paksa jugak saya makan. Dia cakap kalau taknak makan untuk diri sendiri, at least makan demi kandungan dalam baby tu :'( 

4 hari berlalu, saya dapat satu panggilan daripada number yang tak dikenali. Saya pun angkatlah dan bercakap dengan suara perempuan. Rupa-rupanya panggilan tu ialah dari klinik tu tadi. Saya tak sure suara perempuan tu doctor or what, tapi yg pasti bukan doctor sebelum ni. Kita anggap jelah doctor kan.

Doctor : Ni Puan Fakhrine Nadia ke?
Saya : Ye, saya..
Doctor : Ok, di sini saya ada laporan mengatakan puan ada datang untuk mengambil blood test. Dan hari ni resultnya sudah ada. Kelmarin kami mendapati puan punya scan test ialah negative sebabkan kami tak nampak apa-apa masa scan tu. Tapi mengikut blood test puan ni, kami mendapati ianya POSITIVE! 
Saya : Eh betul ke positive ni? Bukan negative kan?
Doctor : Ye! Positive puan. 
Saya : Emm..pregnant la ni?
Doctor : Yes, puan consider as preganant!
Saya : Emm..kiranya ni berita baik laa kan? * boleh lagi saya tanya soklan bodo macam tu.haha.dah terang2 positive pregnant, saya pergi tanya lagi gara2 tak percaya.
Doctor : Yes, Alhamdulillah la puan ianya berita gembira.. Puan boleh datang ke klinik pada hari Selasa akan datang untuk check up seterusnya. Tapi sebelum tu saya nak tanya, sepanjang 3-4 hari ni ada berlaku bleeding tak?
Saya : Haaa.takde2. Bersih je tanpa apa2 pendarahan *yakin je cakap kan..hihi..
Doctor : ok good, jumpa hari Selasa nanti.

Selesaiii :) :) 
Alhamdulillah, kali ni saya tak perlu lagi was-was yang saya pregnant. Betul cakap orang yang naluri ibu ni selalunya lagi tepat. Saya yakin yang saya pregnant dan ianya betul-betul terbukti. 


Hari Selasa seterusnya :-

Saya pergi ke klinik yang sama dan "request" untuk berjumpa dengan doctor lain pulak kali ni. Taknak jumpa doctor sebelum ni. Disebabkan dia saya jadi stress dan menangis selama 3-4 hari menunggu result tu. Saya berjumpa dengan doctor baru pula kali ni. Doctor tu check dan mengatakan yang kandungan saya ni baru lagi dan dia takut kalau kandungan tu tak menjadi. So, untuk meyakinkan lagi, doctor tu nak scan rahim saya dari bawah. Aritu scan perut je. Kali ni, doctor ni dia menggunakan "rod scanner" untuk tolak masuk dari bawah kita tu *seram gile dengar. Dekat rod scanner tu nampaklah jugak dia letak gel pelincir untuk memudahkan lagi masuk ke dalam bawah saya tu. Doctor suruh buka kaki dan terus masukkan rod scanner tu. Saya pulak macam "Erghhhhh..senak.haha".
Doctor cakap "takpe sikit je tak sakit". Masuk-masuk je rod scanner tu, doctor terus cakap, "haaaa..tu dah nampak kantung baby tu". Saya pulak tanya, "mana doctor? mana doctor?"... "Ok yang ni, nampak tak ada tiny dot yang kecik ni. Masih kecil lagi sebab baru masuk 5 minggu kandungan ni :)" Doctor pun panggil suami untuk lihat sendiri. Suami pun "mana doctor? mana doctor?" haha




Gambar 1st time scan :')
Nampak tak dekat tengah-tengah tu ada tiny dot iaitu kantung baby saya.
Masa ni baru cecah 5 weeks dan ianya terlalu awal lagi, tapi dalam hati saya sebak tengok zuriat saya sendiri bersama suami :') Allah mengurniakan rezeki awal pada saya. Tak sampai 4 bulan lagi usia perkahwinan saya, 3 bulan pertama plan dan seterusnya, last-last saya mendapat tau ada sesuatu yang berharga berada dalam rahim saya :') Syukur Alhamdulillah..

The next scan...


Haaaa..nampak tak kantung bulat hitam tu dah makin membesar.macam size sebijik telur..hehe.
Masa ni tengok wowww..cepatnye kantung baby saya membesar.. Kuasa Tuhan kan :)





Lepas tu....tadaaaaaa!  :) Nampak tak kantung yang bulat tadi dah makin membesar lagi. Dah ada janin dan baby dalam tu :')  Masa ni dah nampak denyutan jantung baby, lip lap lip lap berkelip.. Suami je lah nampak, Irine tak berkesempatan nk tgk.Ya Allah, kali ni tengok rasa syukur sangat2, comelnye nampak seorang makhluk Allah yang kecil dalam rahim saya....


Dan sekarang ni, saya berusaha menjaga zuriat saya dengan penuh kasih sayang..Walaupun tidak terbentuk lengkap sempurna lagi tubuh badan baby dalam rahim saya,  saya tetap bersyukur dan menunggu ianya membesar dari hari ke hari.....Dan kalau nak tau, saya dah nak hampir 3 minggu morning sickness :') Sakitnya tahan perasaan muntah, loya, lemah badan, pening2 hanya Allah sahaja yang tau, tapi takpe saya kuat demi baby dalam rahim ni...



Last but not least, thanks for spend your time to read my long entry :') 
Hanya entry kegembiraan yang boleh saya share...
Doakan baby kandungan saya sihat dan cepat membesar :') Doakan juga Irine takde sebarang masalah untuk pegi class dan study sama2 dengan baby. hehe. Doakan baby Irine serap sekali ilmu time lecturer mengajar kat depan :'p






























 
Copyright © Irine Nadia Marcello | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in