3 months..






His ring :)
happy 3 months anniversary
29 June 2012- 29 September 2012





Printscreen je lah sng :'p
do follow me @ intagram irine_nadia




Mood : Final Exam start from next week. Pray for me, may Allah ease every single things. Amin..



My new story begins


Assalamualaikum..


Ada kisah yang nak diceritakan..............



Sory entry aritu tergantung dan tak sempat nak ceritakan lg. Takdelah new story mana, just nak updated last week punya aktiviti je. Ok, nak dijadikan cerita, kitorang tak plan pon nak pegi mana-mana weekend lepas. Kalau ada pun plan takat keluar dekat-dekat dengan rumah je. Kalau tak Giant,pegi Carefour. Kalau tak Carefour, mesti pegi Pasaraya Hero kat seksyen 13 sana tu T__T Sadis sungguh weekend kalau camtu. huhu. Mana taknya, dua tiga menjak ni, weekend jadi bertambah busy sikit sebab nak uruskan rumah baru pindah. Nak kemas-kemas lagi. Jadi, masa hari Khamis malam tu, duduk lah sebelah suami yang tengah busy depan meja pc, tah macam mana boleh terrrajak pegi jenjalan. Takde istilah honeymoon, cuma "jenjalan". hehe. Since daripada kawen sampai sekarang still takde cuti sem lagi, jadi faham-faham je lah, segala-galanya postponed T__T

Survey punya survey, jumpa lah satu tempat bercuti ni. Bercuti dalam hotel :P Agak best and syiookk jugak Tapi yang tak bestnya sebab terlalu dekat sangat.ahaxx. Ingatkan malam tu lepas dah survey, macam tak jadi nak pegi sebab bila call hotel tempat yang nak pegi tu diorang cakap bilik yang kitorang nak dah full. Yang ada cuma bilik besar yg ada dua katil king. Dah rasa macam pembaziran kat situ. Semakin banyak katil, semakin bertambahlah harga bilik (erk..macam hipotesis pulak)

Esoknya pulak, hari Jumaat. Setiap hari Jumaat ialah hari yang ditunggu-tunggu sebabnya kelas hari Jumaat memang takde sepanjang hari.hoho. Suami pegi solat Jumaat, on the way dia balik, tiba-tiba dapat mesej drpd husband suruh siap-siap cepat, balik kang terus pegi. . Terusss zaassss masukkan baju dalam bag :)




Tempat yang dituju.
 Grand Lexis, Port Dickson :)
Masa otw, terfikir jugak yang husband cakap semalam dia call hotel, hotel cakap bilik yg kitorang nak full. Tapi tah macam mana boleh ada pulak bilik tetibe. Husband cakap dia try call lagi sekali and orang tu cakap ada pulak biliknya. Kannnnn..gitulah ceritanya.


Walaupun Port Dickson memanglah teramat dekat, tak sampai beberapa jam dah sampai, dann walaupunnnn tak sempat feeling2 bercuti lagi, tapi takpe dimaafkan. Sebab Grand Lexis ni memang bestt sangatttt! Irine sure ramai yang dah pegi bercuti dekat sini kannn :) Hari tu upload gambar dalam istagram pun, dah ramai yang komen cakap dah penah datang sini and bestt.


Hotel atas laut. Salah satu keistimewaan dekat sini. Tapi ada certain bilik yang tak atas laut. Tapi, kalau korang rasa macam sedikit jakun dan seram dan tak berani, boleh pilih bilik yang atas darat punye :)


Our room 2080.
Bilik sebelum disepahkan..kuikui..


Haaaaaa..tadaaaaaaa! :)
Private pool in our room. Jangan pelik tau, sebab pool ni memang sedia ada dalam bilik kitorang :) Kata pun private pool. hehe. Automatic rasa macam heaven gilaaaaa ada pool dalam bilik sendiri! Sebenarnya, bilik yang kitorang nak ialah deluxe suite (above the sea). Duduk untuk dua orang je kan. Tapi masa kitorang datang and nak check in, receptionist cakap dia upgradekan bilik kitorang kepada "premium pool villa" secara FREE. hehe. Maybe sebab time kitorang datang takde ramai orang lagi, sebab tu dapat free2 je bilik di"upgrade"kan jadi 2x ganda besar. Ok lah tuh rezeki.hehe. Untuk premium pool villa satu malam dalam Rm700++ something macam tu. Kalau nak details lg, sila tanya En.Google.hehe


Inside the room.
Pool bersambung dengan bilik, bersambung jugak dengan toilet,kitchen, dengan tempat nak make-up2.
sangatttt luasssssssssssssss ! =)


Mandi puas-puas :)





Siap ada pelampung lagi tu. Pelampung sangat kerassss, macam bertahan atas batu. huhuhu. 


Shortcut nak pegi ke mini kitchen. hehe
Jalan tepi-tepi pool tu je dah cukup :P 


Yang ada dua pintu tu, ialah toilet. 


Riang ria Aidilfitri nya mukaku main air. huhuhu..


Pool ni dalam dia 4kaki. So jgn risau kalau anda x boleh berenang ke ape ke..sebab tak berapa dalam mana pun, tapi puasss lahhhh..hehe.


Takde motif langsung letak pic ni :P tapi rasa macam nak letak jugak.kikiki...




Ada shower jugakkk dekat hujung pool ni. Depends lah nak mandi sini or dalam toilet kat dalam tu :P 


Semua gambar ni bukanlah Irine yang snap. tapi husband yg snap time Irine tengah tido.. :)



Bilik kitorang kan atas laut. Masa baru-baru sampai, bila pijak lantai bilik nampak air laut cantikk sangat dekat bawah ni. Tapi bila esoknya, bangun-bangun pagi je dah nampak air pantai dah surut. Tinggal pasir je kat bawah lantai bila pijak. 


Me in Poplook's Maxi Dress :) 


Emm..untuk hotel Grand Lexis ni mmglahhh irine suggestkan sangat-sangat semua orang pegi dan rasa sendiri bcuti dkt sana :)

Ok bye..
Salam..






I want to let go my Coach Poppy Collection.Anyone intrested?


Assalamualaikum semua.
Short entry from me..hehe. Owh ok ok, before tu nak tanya, ada sesiapa peminat Handbag Coach? Irine nak let go one of my collection. Coach Poppy Handbag.

Details :-

  • 100% Original Coach
  • 100% NEW! Tak pernah guna, still ada tag lagi dekat tepi handbag kalau perasan dalam gambar ni.
  • Reason to let go : Dah ada handbag coach yang lebih kurang sama design macam Coach Poppy ni.hehe. Beli time sebulan sebelum nak kawen (padahal bag hantaran baru je beli  time tu..ggrrr)
  • Price : RM 650 
  • SOLD!



Coach Poppy (PINK)




Dalam handbag ni serba pink..
Cantikk kannn?








SALE !! Special Inner Neck Medina by Irine Sweethouse :)


Assalamualaikum . Hye semua.
Untuk hari ni, macam yang Irine janjikan di facebook dan instagram, Irine akan start buat jualan untuk inner "special" ni. Owh lupe, sebelum tu bagi yang tak tau lagi, sepanjang tiga-tiga majlis Irine (nikah,resepsi dan bertandang), Irine tak guna langsung tudung awning keras. Alasannya sebab susah nak carik awning tudung yang mengikut bentuk muka. Bagi bentuk muka yang bulat macam Irine, Irine lebih suka pakai inner tudung. Tapi bukan inner yang biasa. Inner yang Irine jual ni best dan special sikit sebab bila pakai tidak perlu nak tetas-tetas lagi di bahagian belakang inner. Dannnnnn, korang perlu tau jugak, inner yang Irine jual ni material lycra dan bukan inner pendek, tapi inner neck. 

Kenapa korang semua patut cuba inner yang Irine jual ni? 

  • Inner ni ada jahitan special tersendiri, berbeza dengan jahitan inner lain.
  • Inner ni sejenis inner neck yang boleh dipakai harian, especially bila pakaikan dengan shawl, (shawl kan jarang), boleh cover bahagian leher. Daripada pakai inner separuh, better pakai inner neck kan?
  • Inner ni bila pakai tak perlu nak risau kalau pakai akan jadi senget ke ataupun risau inner ni jadi tak selesa disebabkan selalu bergerak ke depan bila pakai or whut so ever..
  • Inner ni senang dibentuk mengikut gaya dan cita rasa kita. Macam Irine, Irine lebih suka bentukkan inner Irine nampak muka jadi bujur dan tarik inner tu ke tepi pipi. Ada sesetengah inner bila pakai, akan berada di atas daripada pipi. Itu yang akan menampak pipi kelihatan seakan-akan tembam .
  • Ada yang tanya, inner ni Irine pakai dan letak awning ke? Jawapannya, tidakkkkkkkkkk :) Inner ni memang dah nampak terletak dekat muka bila pakai. 
  • Inner ni sejuk dan tak panas. Jenis material lembut.
  • Bagi bride to be yang rasa-rasa macam nak cuba pakai inner ni time hari bahagia anda, highly recommended! Korang boleh beli inner kosong daripada Irine ni, dan create something different hanya dengan jahitkan beadings dekat atas dan tepi inner (macam inner cream yg Irine pakai time nikah).
  • Inner size : FREE SIZE :) Sesuai untuk semua yang ingin kelihatan muka bujur :p 

Contoh-contoh gambar inner yang Irine pakai semasa majlis Irine, boleh dilihat dalam link entry di bawah ni :- 




Inner Neck Medina

Price : RM 29
(not including postage)



Koleksi color inner neck Medina


Inner neck Medina 001

Inner neck Medina 002

Inner neck Medina 003

Inner neck Medina 004

Inner neck Medina 005

Inner neck Medina 006

Inner neck Medina 007

Inner neck Medina 008

Inner neck Medina 009

Inner neck Medina 010

Inner neck Medina 011

Inner neck Medina 012



Untuk 1st batch ni adalah stock permulaan. Jika stock habis, setiap minggu inner ini akan direstock.


Sila baca dan fahamkan berkenaan stock inner di bawah ni :-

  1. Inner neck Medina (1st batch) akan diambil order sehingga hari Jumaat ni, 14 September 2012. Procedure order dan bayaran boleh refer di website Irine Sweethouse
  2. After 14 September, order akan ditutup, dan proses jahit daripada tailor akan mengambil masa 3-4 hari (tidak termasuk hari sabtu dan ahad).
  3. Irine akan postkan inner pada customer selepas siap dalam masa 3-4 hari untuk setiap batch.
  4. Date untuk next batch akan diupdate dari semasa ke semasa.

Untuk order, boleh order di website IRINE SWEETHOUSE di bahagian
"Fashion - Inner Neck Medina"




Shopping for beauty, health & satisfaction




Majlis Bertandang, Perlis


Assalamualaikum. 

Haaaaaaaa..sory lambat sambung entry. Entry ni dah siap-siap letak dalam draft, tapi tak berkesempatan nak publishkan lagi. Hari ni ada masa la jugak nak update sempena hari lahir sendiri semalam, 3 September. huehuehue :'D Genap sudah umur 20 tahun. Rasa bersyukur yang teramat sangat dalam usia yang muda dianugerahkan suami yang sangat penyayang dan sentiasa melayan kerenah Irine. Membesar depan suami semestinya satu pengalaman yang terbaik dalam hidup. Tak lupa jugak dengan bertambahnya keluarga belah suami :) Ada ibu dan ayah mentua, ada akak-akak ipar dan adik ipar :)

Berkawen dengan orang utagha, memang tak terfikir pun. *cewahh.!hehe. tapi bestlah, at least Irine kenal dan tau cara hidup orang belah sana. Majlis bertandang ni Irine dan suami rancang adakan seminggu selepas majlis di Melaka. Pastu, terus balik Perlis untuk buat persiapan awal dekat sana. Selalunya orang cakap, majlis bertandang a.k.a majlis menyambut menantu ni, pengantin perempuan tak boleh ikut suami balik rumah dia dulu. Maksudnya, pengantin perempuan datang bersama-sama dengan rombongan dia. Nak kasi surprise la ceritanya.Tapi, Irine tak.hihi. Lepas kawen, terus ikut suami balik Perlis :P 

Rasanya ada dalam kalangan pembaca blog ni yang duduk di Perlis kan? Beseri? :) 
Suasana dekat sana especially malam sebelum majlis, meriah dan ramai sedara-sedara datang tolong-tolong.  Tambah lagi meriah sebab family suami masak sendiri tak guna catering. So, sepanjang duduk dekat sana rasa macam syurga makanan. Macam-macam makanan ada.hehe.

Sehari sebelum majlis, orang yang pasang khemah dan pelamin dah start busy dengan kerja pemasangan diorang. Terus jadi tak sabar nak tunggu sampai pelamin siap. Risau jugak sebab dah tengah-tengah malam tak siap lagi semua. Last-last, mata dah berat, terus tido awal. Bangun-bangun pagi je suami kejut cakap cubalah tengok pelamin kita,dah lawa dah kat depan.hehe. Terus zassssss pegi depan tengok :)


Pelamin bawah khemah dalam pembikinan daripada staff HAFA EVENT


 SELEPAS :)
 Design pelamin husband yang requestkan *bagus jugak taste dia :P
Husband pilih pelamin macam ni sebab dia kata senang family nak bergambar ramai-ramai. 
Thanx HAFA sebab buat pelamin cantik macam ni ! Puas hati sebab boleh ramai2 orang bergambar dekat sini. Sesiapa yang area sana boleh lah contact Kak Linda owner HAFA ni untuk dapatkan service dia.
Kak Linda = 012.519.7940

Ikutkan jadual, majlis start pukul 12 tengahari. So, pengantin dijadualkan sampai dalam pukul 1pm macam tu. Disebabkan Irine yang tak berapa nak tau area sana, Irine jadi macam kalut sikit, risau pun ada. 1st sebab orang yang Irine dah booked untuk make up kan dekat sana tiba-tiba cancelkan last minute tak dapat nak datang. Kelam kabut dibuatnya. Nasib baik, adik ipar tolong selamatkan.hehe. Dia suggestkan ada sorang akak ni. Kitorang plan terus make up dekat butik tu dan siap sekali dekat sana dah alang-alang.


On the way nak ke rumah pengantin lelaki. Dengan photographer sekali kitorang angkut pergi butik tu.hehe. Tingkiuuu kepada adik ipar yang banyak tolong Irine time nak bersiap-siap =)

Sampai je dekat sana, family suami menyambut rombongan pengantin perempuan dari Melaka. Sebenarnya, perasaan Irine time tu agak nervous dan segan sikit sebab tak berapa kenal dengan tetamu yang datang. huhu. Jadi, satu-satunya cara nak hilangkan semua perasaan tu ialah senyummmm je.hehe.  Kawan-kawan Irine majoritinya datang masa dekat Melaka. Tapi ada jugaklah beberapa kawan dalam facebook Irine yang duduk area sini yang sudi jugak datang :) Yang datang dua-dua belah kenduri dekat Melaka dan Perlis pon ada! hoho!


Selamat datang =)


Pengapit Irine, adik ipar sendiri, Kak Dazita. Eh kenapa panggil "akk" pulak? Haaa.sebab dah terbiasa daripada dulu lagi. huhu. Adik ipar irine umur sama sebaya dengan abang Irine. Kira Irine lebih muda 3 tahun daripada adik ipar sendiri ;p


Ayah dan ibu mentua Irine :)
Agak-agak suami Irine ikut muka ibu atau ayah mentua? :p


Adik-beradik belah suami.
Akk-akk dan adik ipar :)


Apo la yg kelakau sangat :'D



Tema color di Perlis adalah Heaven Turquoise with Shy Grey :D
Sempoi tak akk ipaq i? hehe



My schhweettheart!! <3 nbsp="nbsp" p="p">
Lepas je selesai majlis, dalam pukul 5.30pm macam tu, ready nak pegi shoot outdoor. Kat sini banyak gak tempat outdoor cantik-cantik. Irine n suami plan nak shoot dekat Ladang Kuda.Time ni, sekali semua siblings dan cousin2 ikut. Lagi ramai lagi meriah. 

Thanx to our photographer The Klikers sebab datang jauh-jauh dari KL. hehe. Yang ni betul-betul last minute punya kerja, asyik busy  je setelkan urusan kawen dekat Melaka. Last-last Irine yang contact sendiri The Klikers nak booked diorang.hihi ;p


:)


Part ni paling suka. hoho. 
Adik-beradik yang banyak membantu.
Sweet momment :)



Haaa...lupa nak bagitau, majlis belah lelaki, Irine dan husband pakai baju songket. Daripada sebelum kawen lagi, husband dah cakap dengan Irine yang ibu nak kitorang pakai baju songket. Mula-mula plan nak pakai songket colour hitam, pastu tak jadi sebab susah nak jumpa. Akhirnya, pilih colour grey. Merata-rata jugak nak carik yang mengikut tema dan baju yang sedap mata memandang. Untuk baju songket ni, kitorang  just sewa sebab nak save budget. hakhak! Dah jumpa satu butik ni sewakan baju songket, lawa gile.Memang berkenan. Sekali tanya-tanya, untuk sewa sahaja, RM2k. Sewa je tau, rasa tak berbaloi pulak sebab. Lagipun baju nikah dan reception (melaka) aritu dah tempah.Carik punya carik, kitorang decide sewa baju dekat Butik Idaman  Jelita. 


Irine, husband, dan adik ipar. Tetibe terasa macam kurus pulak bila kene apit. huehue.


Dengan suami akk ipar.  Tahun depan InsyaAllah tambah lagi seorang. Maknanya, Irine sorang jelah menantu perempuan. hehehe.


Rasa macam banyak je lagiii benda nak cerita pasal majlis dekat sini. Tapi otak tepu gile! Taktau nak type ape.haha. Kenapalaaa dengan kau Irine oii. Tapi ok laa kan, dua-dua majlis dah Irine cerita and buat review sikit-sikit. Harap-harap entry tentang perkahwinan ni tak disalah anggapkan. Cuma nak bagi idea @ rujukan untuk bride to be. Tu jee.

Last but not least, thanx a lot kepada family dan sedara-mara husband yang sporting serta banyak membantu untuk melancarkan majlis bertandang ni. Dan juga bawak Irine jalan2 sambil borong selimut Toto yang cantik2 nak bawak balik masuk rumah baru, thanks to Totolicious sbb tunjuk banyak corak2 yang best! :) Sape yang duduk jauh dari utara boleh beli Toto jenis selimut tebal ni secara online di Totolicious, satu benda wajib yang kena ada dalam rumah, lagi2 rumah yang baru nk pindah mcm Irine ni :p

Terima kasih juga sebab melayan rombongan pengantin perempuan dengan baik dan akhir sekali terima kasih sebab menerima kehadiran Irine sebagai ahli baru dalam family :)





 
Copyright © Irine Nadia Marcello | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in