Doa Seorang Isteri...



Doa Seorang Isteri




Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insn lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..





P/s : Esok tepat sebulan Irine kawen.
Pejam celik pejam celik je. hehe..tapi rasa macam semalam je baru nikah. Rindu nak buat persiapan kawen semuaa...Rasa macam nak kawen lagi sekali pon adaa! 
(dgn orang yg same laa..hihi)




To my lovely husband,Amirul...
Happy 1 month anniversary... 
I love you and i miss you walaupun hari-hari berada depan mata :')


*Sesiapa nak share doa ni silakan :) 





Part 3 : My Bridesmaids


Assalamualaikum wbt.

Rasanya belum terlambat tuan punya blog ni nak wish selamat berpuasa dan selamat menyambut kehadiran bulan Ramadhan kepada semua pembaca yang beragama Islam. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, tahun ni Irine dah dapat berpuasa berdua dengan suami tersayang ^_^ Sempat jugak kami merasa berpuasa dan bertarawikh bersama-sama.

Rasanya macam susah pulak bila create entry part by part. huhu. Takut akan meleret sampai ke part berapa tah. Sementara menunggu gambar-gambar daripada official photographer, Irine selitkan dulu cerita tentang my bridesmaid masa majlis perkahwinan hari tu. Bridesmaid a.k.a dayang-dayang pengantin! hehe Nak diikutkan, sebenarnya Irine ada 9 orang bridesmaid. 9 orang ni diberi amanah ikhlas untuk mengangkat dulang-dulang hantaran Irine yang kesemuanya ada 9 dulang. Yang bestnya, semua bridesmaids Irine suruh je pakai baju apa-apa asalkan mengikut tema colour pink. hehe. (sebenarnya nak save budget tu..hukhuk!) Tu yang macam-macam corak bebas terhasil tu. hehe. But i love it! Colour semua nampak meriah. 

Plannya, Irine suggest setiap seorang daripada mereka angkat dulang hantaran masing-masing dan bawak turun dari atas bilik Irine. Akan nampak lebih cantik dan tersusun kalau macam tu. Barulah semua orang kenal mana dayang-dayang yang comel kiut miut tu.hehe. Tapi plan A bertukar ke plan B, disebabkan hantaran-hantaran Irine agak berat untuk dipegang melebihi 3 minit :p Risau kalau bawak dari atas, diorang dah tak larat nak pegang silap2 hantaran bergolek ke bawah dengan dayang2.haha. Yelaa, semua yang tukang bawak tu size comel-comel belaka :) Then, Irine ikut cakap mak yang kesemua dulang diletak dan disusun siap-siap terus dekat bawah. Rasa serba salah pulak sebab diorang tak pegang apa-apa seperti yang dijanjikan oleh Irine sebelum ni T_T

Bridesmaids ni semua Irine pilih berdasarkan tahap keakraban persahabatan mereka dengan Irine.chewah. Ahakssss! Ada kawan since sekolah rendah, sekolah menengah, Uitm dan yang bestnya ada kawan yang kenal daripada alam maya, "friendster" yang mana kami tak pernah jumpa langsung face to face and this is the 1st time we met in real life. Sweet kan? aah Irine sendiri rasa sweet pulok :p Jumpa first time di hari perkahwinan sahabat sendiri. Kalau boleh, saat-saat bahagia seperti ni Irine nak semua kawan-kawan rapat Irine ada sebelah di Irine. Sama-sama kongsi perasaan macam ni sekali seumur hidup. Even macam mana keadaan yang melanda sekalipun, kita perlukan sahabat-sahabat begini dalam hidup selain family dan suami. 


All my pretty bridesmaids :)

My pengapit, Sara, Dr.Anis yang baru je seminggu balik daripada Mesir, Mira Uttika kawan yang sangat rapat dalam dunia alam maya, Lisa, Ieja, & Intan kawan-kawan rapat since sekolah menengah dan kawan-kawan uitm yang sangat sempoi iaitu Nad, Jia dan Nawra. Semuaaa kawan-kawan yang pernah study dan hang out together2 dulu. Rindu semua tu :')

Before majlis, Irine dah bagitau semua kalau boleh datang awal sebelum waktu nikah. Tapi tau-tau je lah, bila tengah nervous waktu sedang dimake-up kan tu, semuaaa perkara lupa. Tertanya-tanya jugak, manalaaa diorang ni tak datang-datang lagi. Dah rasa macam tak best dah bila tak jumpa lagi batang hidung sorang-sorang. Yang ada dengan Irine time tu ialah my pengapit, Sara. Dia laaa yang tolong-tolong Irine daripada sebelum majlis sampailah selesai majlis :') Tq Saraaaaa! Nanti kita belanja jam Fossil yang awak idam-idamkan tu :P hehe. Seingat Irine, 10-15 minit sebelum kena panggil turun bawah, tup tup ada sekumpulan perempuan-perempuan cantik masuk dalam bilik. Tengok2 diorang datang. Haaaaa..suasana time tu? Opkossss lahhhhh meriah,bising dengan gelak tawa kepoh diorang! haha. Bila jumpa kawan-kawan kita sendiri yang sanggup datang majlis kita, rasa macam terharu sangatt. Terusssss pelukkk mereka ketat-ketat dan rasa macam taknak lepas.
Photographer suruh buat buat free pose time ni. Tau tak diorang semua buat gaya ape? Tak terfikir pun diorang plan nak buat trademark "gigi rabbit". hewhewhew! Sumpah tergelak-gelak time tu ;p 

P/s : Tapi nampak macam suami sendiri je yang betul-betul buat trademark gigi rabbit. haha.

Suke gambar ni semuaaaaaa! :) Korang memang best sangatt!
Harap persahabatan yang kita semua bina, kekal sampai bila-bila. Normal laaa kalau sepanjang kita semua kenal, ada berlaku perselisihan faham ke, gaduh ke, bermasam muka ke. Tu semua normal. Asam garam dalam persahabatan, mustahillah tak jadi semua tu kan. Semua tu membuatkan kita semua lebih matang.

Timbul rasa sayang dan rindu yang membuak-buak bila tengok gambar-gambar atas ni.
Rasa besttt bila semua pelukkkkkkkk :')

Pengapit Irine, Sara ialah kawan uitm Irine (girl yang pakai pashmina sebelah Irine dalam gambar kat atas). Kami classmate and seingat Irine pada awal-awal semester dulu kitorang tak berapa rapat sangat. Sara is the top student dalam kelas and ramai lecturer suka dengan dia sebab dia sangattttt baikkk, rajin buat semua kerja, pandai, geniusss! haaa tu laa dia. hehe (bukan bodek, tapi tu lahh realiti). Jadi rapat since Irine nak pindah. Time tu selalu laa contact2 dan time tunang Irine tak tau kenapa Irine pilih dia jadi pengapit Irine. Sara pernah jugak tanya, kenapa Irine pilih dia jadi pengapit sedangkan ramai lagi kawan yang sesuai. But i have my own reasons why i chose her :) Rasa macam nak suruh dia jadi akk ipar sendiri pon ada! haha.


Sahabat-sahabat baik ini diibarat seperti dahan-dahan yang mengeluarkan daun, di mana pohon hijau yang mempunyai akar tunjang (keluarga) sebagai tempat kita bersandar dengan harapan dan kasih sayang, dan dahan-dahan dengan dedaunan yang mekar hijau ini (sahabat) pula memberi perlindungan untuk kita berteduh dari segala terik panas kesedihan. Jadi bersyukurlah dengan orang yang berada disekeliling kita dengan mendoakan yang terbaik untuk mereka :')


Gaya peace limited edition dari Irine :D

Last but not least, tq so much sahabat-sahabat yang sudi datang meriahkan lagi majlis aritu :) Memang korang la yang banyak memeriahkan dan mewarnakan lagi majils haritu, so colorful dengan gelak ketawa dan keriangan macam kanak2 Ben 10. haha

InsyaAllah panjang umur dan ada rezeki, aku pulakkk yang datang kenduri korang
bawak Irine's @ Amirul's  junior :'D



Next episode : Reception!
bersambunggg~~



Part 2 : Khatam Al-Quran


Assalamualaikum wbt.

Sambungan dari entry Part 1 akad nikah Irine dan en. suami, kali ni adalah khatam Al-Quran. Sebelum tu Irine nk ucap terima kasih bagi yang dah baca entry part 1 dan sangat terharu bila baca komen2 korang semua dalam entry tu, rasa sebak balik pon ade..wuwu Owh yer, lupa nak selitkan cerita tentang suasana malam nikah aritu. Malam nikah aritu Alhamdulillah apa yang dirancang berjalan dengan lancar dan baik-baik sahaja. Tetamu pulak? Tetamu yang datang lebih ramai daripada yang dijangka. Kami sekeluarga bajet untuk malam nikah dihadiri oleh 100 orang je. 100 orang termasuk keluarga pihak lelaki + pihak perempuan + kawan-kawan terdekat Irine. Tapi ayah cakap, tetamu yang datang lebih daripada 150 orang. huhu..Nasib laaa siapa yang makan lambat tu. (irine ngn suami la tu) hewhew.

Selesai je majlis akad nikah malam tu, en. suami tak stay dengan Irine lagi. Dia balik ke homestay dia dulu dan jumpa hari esok tu. Malam tu feeling dah jadi lain sikit, dah jadi isteri, automatik rindu dekat suami sebab berjauhan lagi walaupun homestay dia daripada rumah Irine tak sampai berapa jengkal je..hehe

Mengikut jadual atucara yang tertulis dalam kad kawen, pukul 9.30 pagi - 10.30 pagi ialah Majlis Khatam Quran. Memang daripada zaman akak Irine sendiri kawen, majlis ni kitorang adakan pada waktu pagi sebelum majlis bersanding. Awal-awal pagi dah bangun. Nak dijadikan cerita, sebenarnya Irine just sediakan  Jubah Dress colour Grey yang Irine jual sendiri di blogshop Irine untuk dipakai sepanjang majlis Khatam Quran tu :) hehe. Jimaatttt and sesuaiii untuk majlis macam ni.

Lepas siap je, mak terus panggil suruh turun bawah. Katanya, makcik-makcik berzanji untuk khatam Quran dah sampai. Mula-mula ingat macam tak berapa ramailah, yelahhh..sebab 1st time kan. Tak terfikir macam satu kumpulan pakai baju sama datang rumah nak pimpin kita sorang. Segan semua ada sebenarnya time tu. Tapi, layankan je lahhh , niat sebenar nak baca Quran pagi tu :) Lagipun semua makcik-makcik yang datang tu Irine pernah kenal dan jumpa, sebab diorang semua jiran-jiran taman sebelah rumah.


Owh ye, majlis khatam Quran ni dihadiri oleh kumpulan berzanji. Mula-mula diorang mulakan dengan berzanji and ketua makcik2 tu suruh Irine ikut je apa yang diorang baca. Lepas dah setel berzanji, Irine mulakan baca Quran dengan Surah Ad-Duha. Irine baca sorang-sorang and ayat terakhir disambut ramai-ramai oleh diorang :)


Irine dikelilingi oleh kumpulan berzanji. 
Tapi nampak macam Irine yang jadi ketua pulak duduk tengah-tengah.hihi.



Alhamdulillah, ustazah yang mengetuai kumpulan berzanji tu cakap Irine takde apa-apa masalah dalam bacaan. Sampaikan majlis khatam Quran ni selesai terlalu cepat, kurang daripada sejam waktu yang dijangkakan. hehe.



Focussss..



Selesai je majlis, Irine cepat-cepat ambil breakfast. Risau kalau sepanjang majlis bersanding letih dan takde tenaga. So, paksa diri makan lebih sikit pagi tu untuk bekalkan tenaga sikit untuk salam ramai orang :P






Bersambung..... :P


Part 1 : Solemnization


Assalamualaikum wbt. :)

Semalam adalah genap 2 minggu bergelar dan memegang title seorang "isteri". Mana-mana pergi jumpa kawan, mesti mengajukan persoalan yang sama " best tak kawen? ". Jawapan Irine? Haihhhh..mestilah best..seronok..hikssss! Bukan takat kawan je, lecturer pon ada yang tanya. Mak dekat rumah pun rajin calling2 Irine tanyakan khabar. Sampaikan semalam Irine mesej mak..

Irine : Mak, murni demam r...
Mak :  Yeke..nak balik ke...?

Terus tersenyum baca mesej tu bila baca banyak-banyak kali. Sebab ayat mak tu seolah2 macam Irine ni still duduk sorang-sorang macam waktu dulu :'p Jangan risauu.. sekarang sudah duduk berdua dan berteman.. kalau demam, ada suami yang tolong jaga dan tolong tidurkan sampai terlelap time sakit, mcm semalam... :-)


Back to the title, ok tarik nafassss panjang-panjang ye! Panjang ni nak type dan nak kena baca satu-satu.  

Sebenarnya, kalau nak diikutkan, Irine dan suami ikat tali pertunangan selama setahun selepas persetujuan. Irine tunang bulan June tahun lepas (2011), dan memang perancangan awal diijab kabulkan bulan June jugak the next year. Tapi masa tu tarikh kami dianjakkan ke bulan November (2012) atas sebab abang sulung Irine nak kawen bulan April, 2 bulan lebih sahaja awal dari majlis Irine tempoh hari. Agak sedih jugak, yelaaa..tunang lama-lama siapa nak kan. Entah macam mana, suami dan family mertua berbincang semula dengan family Irine dengan niat kalau boleh percepatkan jugak bulan June tahun ni (2012). Mula-mula macam mak dan ayah tak berapa nak setuju, atau boleh dikatakan tidak bersetuju langsung.huhu... Dan Alhamdulillah, lepas suami Irine sendiri yang bincang baik-baik face to face dengan ayah di rumah suami irine, ayah terus setuju. :') Tak tahu kenapa bila ayah tengok muka suami Irine terus dia berubah pendirian..:'D Kuasa Allah kan? Pegang pada kata-kata cerdik pandai, nak lakukan perkara yang baik lagi-lagi membina sebuah masjid, InsyaAllah Allah akan tolong dan permudahkan urusan kita.

Maka, 
bermulalah hari-hariku dengan melihat dan membelek kelender berkali-kali dekat dalam phone.haha. Setiap hari countdown. Daripada segi preparation ? Haihh..jangan cakap lah, normal bagi seorang bride to be akan merasa stress.hoho! Ambil masa setahun untuk lakukan preparation, daripada A-Z, make-up, photographer, videographer, khemah, pelamin, decoration, hantaran, lauk kenduri, DJ radio, kad kahwin dan macam2 lagi. Nak-nak bila kena selesaikan semua perkara dalam masa yang sama Irine tengah study. Kalau boleh taknak susahkan mak ayah. Jadi mostly perkara2 kawin Irine buat dengan suami. Sangat mencabar di situ, tapi suami banyak menolong waktu tu :') Kalau Irine tengah stress nak siapkan salah satu preparation, mesti suami akan cakap camni, 

"Ingat kann apa yang abang cakap? Kita nak kawen mesti happy" :'D


2 bulan sebelum majlis, masih tiada rasa apa-apa perasaan. Perasan excited je lebih. 1 bulan sebelum pulak dah start rasa macam lain sikit perasaan ni. Mesti akan cakap dalam hati
"ehh..hujung bulan ni je aku nak kahwin jadi isteri"

2 minggu sebelum majlis dah mula nampak busy dengan perkara2 yang agak menstresskan diri, iaitu mula membayar duit2 deposit.huhu Busy telah menyebabkan Irine terlupa perasaan nervous.hehe. Akhirnya.....seminggu sebelum, Irine dah start minta cuti dekat lecturer, minta pelepasan nak cuti seminggu awal balik rumah sebab nak setelkan banyak benda kat rumah (Melaka) pulak. Irine bergegas balik ke Melaka seminggu sebelum majlis, angkut semua barang dan buat clearance dekat rumah sewa sambil mengucap selamat tinggal. hehe. 

Sepanjang seminggu sebelum majlis, mak selalu tanya soalan yang sama, 
"Murni, lagi berapa hari je lagi nak kawen, takut tak". 
Irine pulak macam terfikir, amboi, mak pulak yang rajin interview perasaan irine. huhu. 3 hari sebelum majlis, Irine dah start tak buat apa-apa keja. Time-time macam ni lah, nak merasa jadi raja sehari ;p Risau kalau buat banyak-banyak benda nanti terlalu letih masa hari kenduri. 

Ikutkan jadual asal, waktu nikah kami sepatutnya berlangsung selepas 
Isya' (29 Jun 2012, Jumaat). Tapi bila Irine bangun je tidur pagi Jumaat tu, ayah cakap waktu nikah cepatkan sikit selepas waktu Maghrib. Haaa..mulalah perasaan tak sedap datang, duduk pun dah tak senang dah. Time tu lah, perasaan nervous tahap dewa datang. Tapi Irine pikir balik nape ayah nak cepatkan pulak? adakah ayah yang tak sabar nak nikahkan kami? hehe Ayah janji pukul 8 pm semuanya dah ready untuk mulakan majlis. Tapi malam tu rombongan pihak lelaki terlambat 15 minit gara-gara rombongan kereta tersalah jalan. Sebab malam tu suami Irine cakap rombongan belah lelaki ada 12 buah kereta konvoi..huhu Pukul 8 pm Irine masih berada dalam bilik lagi, tengah touch up make up dengan my gorgeous MUA Sis Anna Cherrie. Tak lupa juga kepada photographer Subhi Karim dan videographer LhMedia yang turut menenangkan Irine dekat dalam bilik. ahaxxx sementara menunggu pihak rombongan lelaki datang kami main snap2 dulu.. :p

:) 
Pic by Subhi Karim
Make up by Anna Cherrie
Waktu tengah bersiap. 

Lebih kurang pukul 8.30pm macam tu, Irine dah kena panggil untuk turun bawah. Perasaan time tu bukan fikir takut ke apa, cuma risau macam mana nak buat gaya cool bila depan semua orang.huehuehue.
Lama jugak tok imam bacakan khutbah dan ceritakan tanggungjawab dan kehidupan selepas berkawen. Time ni tgk si suami macam fokus semacam je kat tok imam, tak tahu la faham ke tok imam tu cakap..hehe (insyaallah faham :p) 



Dan...
akhirnya.............................................


Akad Nikah berlangsung..
Irine dinikahkan oleh ayah Irine sendiri.. :')

Saat ayah mengenggam tangan suami untuk dinikahkan :')


Beberapa saat menikmati zaman single..huhu...


Sebelah tu pengapit kita :) Daripada ke tunang sampailah ke kawen, dia je yang jadi pengapit.


Selepas selesai akad nikah, Irine duduk di hadapan mak untuk membaca lafaz sakinah.. Saat yang bermakna dan tak dapat nak tahan perasaan waktu ni..

Sebak....




Ambil mood semula untuk sign borang persetujuan :') 


Dan..Alhamdulillah, dengan berakhirnya lafaz akad nikah, Irine dan Amirul sah menjadi suami isteri..
Hanya tuhan je yang tahu perasaan ini :')

Marriage means the life of reality...

I do, i do, i do :P

With the rings, we share the bond together..

Love is marriage..
Marriage is friendship with love..
Friendship with love will create happiness in every single time you spend together..

 
I love this moment :)
Marriage means getting closer and closer...




Part yang paling sebak dan sedih sekali  ialah masa setiap kali pandang muka ayah sepanjang waktu nikah. Walaupun ayah tak tunjukkan riak muka sebenar, tapi boleh faham perasaan ayah masa tu. Kalau nak tau, masa selesai je sarung cincin, Irine salam semua yang ada dekat situ, termasuk dengan family sendiri. Irine nampak ayah and dah hulur tangan nak salam, tapi ayah mengelak tak nak pandang. Lepas abang-abang panggil ayah yang Irine nak salam, terus ayah pusing dan dakap Irine dengan kuat. Kuat dia lain macam. Peluk yang sangat-sangat erat dan macam taknak lepas...... :'(  (rindu ayah.......)



Masa ayah peluk, ayah bisikkan dekat Irine macam-macam..
Biar diri sendiri yang simpan semua tu........*nangis*

Tengok cara tangan ayah dakap badan Irine erat-erat pon dah boleh nampak dalam gambar ni kann.. :')





Mak, Irine, & Ayah :')


Dear Parents,

Thank You for being the best parents..
I love you with all my heart...
Today and forever...





Dear my lovely husband, 

I can't describe my love, 
it's hidden in every space,
It may not be seen easily,
And never you will find it,
Unless you catch my eyes,
And until you get suprised..... :')


Love you sayang...












Nikah 29 June 12 : Adat Lafaz Sakinah


Assalamualaikum. 
Hye semua yang masih membaca blog Irine ni daripada zaman  single sehinggalah zaman sudah dimiliki. ewahhh...huehuehue.

Alhamdulillah, dah masuk 5 hari berkahwen, tapi perasaan pengantin baru tu masih membuak-buak. Rasa macam tak puas dan rasa macam nak kawen lagi sekali! hiksssss. Memang akan kawen lagi sebenarnya hari Sabtu ni.hehe. Hari Sabtu ni ada majlis bertandang untuk belah lelaki pulak di Perlis. Doakan agar segala urusan dan kenduri di sana berjalan dengan lancar.

Meh nak cerita sedikit, perasaan lepas kawen memang best dan seronok. Hari-hari suami ada dekat sebelah Ada tempat mengadu, tempat berlawak gelak-gelak, ada peneman time makan, dan yang paling best dah ada imam sendiri dalam waktu solat :') Ya Allah, perkara yang dah lama Irine inginkan dalam hidup. Sembahyang berjemaah bersama-sama suami. Syukur Ya Allah... :)


Picture credit to  
Fakrul Loy Photography

Okeh okeh, yang lain tu cerita untuk entry seterusnya k. Yang sekarang ni, Irine cerita dulu serba sedikit time majlis nikah Jumaat malam Sabtu lepas. "Lafaz Sakinah". Pernah dengar tak adat lafaz sakinah sebelum ni? Bagi yang tak pernah dengar and belum tau apa adat tu,Irine bagitau sikit2 yang Irine tau. Lafaz Sakinah ni ialah proses penyerahan anak perempuan kepada lelaki yang bakal menjadi suami kepada anak perempuan. Tak silap Irine, adat lafaz sakinah ni ada dekat Melaka dan Johor je. Tapi negeri lain tak tau ada ke tak. Setakat ni dua negeri tu je lah yang Irine tau.

Bagi tempat Irine sendiri, selepas selesai dinikahkan, Tok Imam akan memberi 2 skrip yang akan dibaca oleh ibu pengantin perempuan dan pengantin perempuan itu sendiri. Moment ni ialah antara yang ditunggu-tunggu oleh semua orang sebab time ni lah ramai yang akan readykan tisu.Motif tisu? Sebabnya saat lafaz ni dibaca sangat menyentuh hati. Dan kalau nak tau, seminggu sebelum nak nikah, mak Irine dah pesan dengan Irine yang dia taknak baca lafaz tu. Dia takut dia nangis nanti. Time tu Irine senyum nakal je lah depan mak, sebab saat ni berlaku sekali seumur hidup. Dan bila lafaz ni dibaca oleh mak Irine (time ni tok imam suruh ibu genggam dan jabat tangan anak perempuan dia), Mak Irine tak keluar suara. Sempat keluar suara yang jelas dan kuat masa awal-awal nak baca "Bismillahirrahmanirrahim" je. Yang selepas tu, suara dah hilang sebab ayat dalam skrip tu menyentuh hati and kalau siapa-siapa baca memang automatik akan sebak.

Time mak baca tu, Irine sendiri dah start menangis. Sedihnya Allah je yang tau. Yelah, mak nak menyerahkan anak bongsu lada dia kepada satu-satunya lelaki yang akan menjadi suaminya kelak :') Air mata semua keluar. Dan bila mak selesai baca skrip dia, giliran Irine pulak nak membaca lafaz tu. Ya Allah, time ni serius dan secara jujurnya Irine dah tak fikir make up akan cair bila kena air mata. Apa nak jadi, jadilah. Emosi sedih menguasai diri time ni :'( Irine baca lafaz tu dengan nada yang sebak, dah takde cover-cover suara ayu. Suara serak dan bergetar keluar dari mulut Irine. Terfikirkan sepanjang 20 tahun mak jaga Irine dengan baik and tak pernah mengeluh... Skrip lafaz tu pulak panjang..lagilahhhhh sedih and lambat nak habiskan bila suara terketar-ketar nak baca :") Akhirnya selesai, dan Irine dan mak berpelukan..Dan Irine sempat bisik dekat telinga mak yang Irine minta maaf.......

 
Picture credit to My Official Photographer
Subhi Karim
boleh click nama kat atas untuk LIKE page dia :)

bersambung......


 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in