Walimatul Urus Irine Nadia & Mohd Amirul


Assalamualaikum. Hye semua.
Entry kali ni mungkin agak panjang, semoga readers blog ni dapat memahami isi kandungan sebenar entry ni. jeng jeng. huhu.

Macam yang korang semua tahu, entry sebelum ni Irine ada ceritakan pengalaman Irine buat preparation untuk org yg bakal berkahwin(huhkhuk) iaitu hiv test and pergi ke kursus kawen. Pengalaman yang sekali dalam seumur hidup dan pastinya korang semua akan merasai dan mengalami perkara yang sama bila nak berkahwin nanti. Walaupun nampak macam complicated nak setelkan satu-satu perkara, tapi honestly, memang semua tu adalah salah satu perkara yang 'worth it' dan best bila dilakukan bersama-sama pasangan korang nanti. Percayalah cakap kite ni.. :P

Step by step.
Secara ringkasnya, kisah Irine bermula daripada sebuah perkenalan dalam facebook. huhu. Sesi mengenal diri masing-masing antara Irine dan En. Tunang, mengenal latar belakang pasangan serta keluarganya, asalnya daripada mana dan mengenal hati dan budi bicara. Dan process mengenal hati masing2 ni sebenarnya salah satu peringkat yang paling manis, penuh dengan keriangan dan kejiwangan(haha) Kalau tak caye cuba tanya kat orang yang baru bercinta tu, kan kan kan? hehe.

Proses paling nervous Irine nak lakukan ialah proses nak bagitau ayah dan mak tentang relationship kami yang semakin serius. Mungkin ada yang cakap, ayah dan mak Irine sporting bagi kebenaran anaknya nak berkahwin dalam usia yang muda . Bukan semudah tu seorang ayah nak membenarkan anak perempuan dia berkahwin. Lagi-lagi anak perempuan bongsu. Boleh bayangkan tak betapa beratnya hati seorang ayah nak melepaskan anak perempuan dia ke tangan seorang lelaki yang bakal menggantikan tugas dia.... Kalau nak tahu, perkara paling susah Irine nak lakukan ialah bersemuka dengan ayah Irine dan beritahu tentang niat sebenar Irine. Berpeluh-peluh dahi dan kedua-dua belah tangan sejuk masa nak bagitau ayah niat untuk bertunang dan berkahwin. Tapi, memang betullah kita kena pegang dan percaya yang Allah akan bantu dan memudahkan urusan kita jika nak melakukan sesuatu perkara baik, in this case mendirikan masjid..wuwu :')


Facebook.
Ayat pertama yang mula-mula keluar dekat wall facebook Irine daripada En.Tunang ,
"Salam..thanks Cik Marcello..menarik gambo :'D "
Ni story book yang ada banyak kisah perjalanan and gambar-gambar since kitorang kenal :'D
Untuk melanggan buku ni sila isi borang ok. HEHE just kidding!



Perkara paling penting ialah mendapatkan restu daripada ayah dan mak. InsyaAllah, kalau ayah dan mak kita restu, sebuah perkahwinan tu akan lebih diredhai dan kekal bahagia. Mula-mula, rasa macam takut jugak, nak bawak En.Tunang jumpa buat kali pertama dengan ayah dan mak. Yelah, takut ayah dan mak tak suka kan. Masa tu, mak dah penah tengok muka En.Tunang dulu. Tengok dekat mana? Mestilah dalam facebook.huehuehue. See? Betapa bergunanya facebook sekarang ni. Ayah sorang je yang tak pernah tahu menahu tentang Irine and En.Tunang. Adik-beradik semua pon dah tahu awal. Biasalah, Irine memang rapat dengan mak, jadi senang nak cerita apa-apa dengan mak. Kalau nak apa-apa, mesti mengadu dengan mak dulu. Ingat lagi, dialog Irine dengan mak  masa awal-awal dulu. :p



Irine : Mak, kalau Murni (nama manja n panggilan dekat rumah) kawen awal, mak n ayah kasi tak agak-agak? 
Mak : Ada ke orang nak kau? *mata sambil menjeling*
Irine : Eh..ada lah kot..
Mak : Kalau orang dia baik, pandai jaga kau, boleh terima kau, mak tak kisah. Tapi kau kena bagitau sendiri kat ayah dulu lah. 
Irine : Mak tolong lah cakapkan dengan ayah, cuba buat-buat tanya, kalau ada orang nak masuk meminang Murni, dia kasi tak. Dan dia kasi tak Murni nak kawen awal umur 20. *ngehehee


Hermmm..macam tu lah antara dialog Irine dengan mak. Memang betul, esok tu mak tanya sendiri dekat ayah. Ayah mula-mula tak kasi, pujuk punya pujuk, akhirnya ayah suruh En.Tunang datang. En. Tunang punya respon pulak dengan selambe je dia cakap "ok je". Berani pulok nampak mamat ni.haha :D
 Rasanya macam panjang sangat kalau nak ceritakan daripada A-Z kisah ni. Mau berjela-jela entry ni kang.huhu. Lepas kawen nanti, Irine sambungkan lagi cerita ni.hehe.Nak dijadikan cerita, lepas berbincang , ayah suruh En.Tunang bawak datang family untuk merisik ke rumah.. :P Bincang punya bincang, akhirnya atas persetujuan keluarga Irine dan keluarga En.Tunang,  kami diikatkan dengan tali pertunangan selama setahun. Setahun sangat lama kalau nak diikutkan, tapi pejam celik pejam celik, rasa macam singkat je. Lagipun memamg ramai orang sekarang yang tunang dalam masa setahun kan. Mak selalu cakap camni , "lama jugak kau tunang setahun kan, mak dulu tunang dengan ayah 4 bulan je". huhu. Kalau ikutkan hati, siapa yang nak bertunang lama-lama. Tunang lama-lama pun tak elok jugak. So kita tunang kejap-kejap ke ok. huehue 



19 Februari 2011
Hari Irine dirisik oleh family belah lelaki :')
Tak pernah upload dekat mana-mana pon gambar ni, hanya menjadi koleksi diri sendiri je. Kiranya, gambar ni 1st time Irine tunjukkan satu-satunya dalam blog Irine ni. :'p


Saat-saat yang ditunggu oleh kaum hawa ialah saat-saat untuk membuat preparation menjelang majlis nnt. Biasalah, kalau nak kawen kan, memang guna banyak duit dan duit keluar macam air beli itu ini, tapi En.Tunang sendiri selalu cakap, " minta doalah pada Allah supaya tolong kita dan memudahkan urusan kita".


Borang permohonan untuk bernikah :)


 Bulan depan tepat setahun Irine bertunang.
Alhamdulillah, akhirnya masa yang kami berdua nanti-nantikan ialah sebuah perhubungan dan ikatan yang sah. Sebelum ni mungkin ramai yang tertanya-tanya, bila majlis Irine yang sebenarnya. Bukan tak nak bagitau, tapi tunggu masa yang sesuai untuk diberitahu pada semua orang. Dan mungkin sekarang ialah masa dan waktu yang sesuai untuk Irine beritahu bila Irine akan menamatkan zaman bujang. huehuehue :P


Kad Jemputan yang akan diedarkan untuk tetamu nanti :)

InsyaAllah, Irine akan bernikah pada 29 JUNE 2012, Jumaat. Majlis Akad Nikah ni akan diadakan pada waktu malam, mungkin selepas Isya'.
Esoknya pulak 30 June 2012 , ialah Majlis Resepsi. Dua-dua majlis ni akan berlangsung di rumah Irine sendiri di Masjid Tanah, Melaka.

Untuk Majlis Bertandang pulak, kenduri akan dilakukan seminggu selepas kenduri sebelah Irine. Majlis Bertandang akan berlangsung pada 7 JULY 2012, Sabtu di Berseri, Perlis. 

Ala-ala poster tak kad jemputan kitorang.hehe. En.Tunang sendiri yang designkan :)
1st time En.Tunang tunjukkan kad jemputan ni, rasa excited sangat. Rasa terharu pulak sebab tak sangka selama ni kita pegang kad jemputan kawen orang lain, dan sekarang ni tiba giliran diri sendiri pulak empunya kad. Hujung bulan ni Irine akan mula edarkan kad jemputan, tunggu yerrrrrr... :D


Bulan depan dah nak kawen. Doakan semuanya berjalan lancar dan diberkati..

Herm...rasa macam tak percaya..........................



 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in