Checklist : Penjagaan Diri @ Serenity Spa, Shah Alam.


Assalamualaikum and selamat malam semua :)
Entry kali ni nak cerita pulak tentang salah satu persiapan yang Irine buat before hari bahagia nanti (chewah..huhu). Daripada segi dokumen2 dan borang2 penting hampir selesai, official photographer untuk kedua-dua majlis belah Irine dan belah lelaki di Perlis pon dah ada, official videographer untuk kedua2 belah pihak pon dah booked jugak, pelamin,canopy and decoration pon dah selesai booked semuanya. Bilik pengantin je yg x siap-siap  dan x sentuh ape2 lagi sebab dah lama x balik rumah dekat Melaka. Sampaikan ayah dengan mak dah bising2 kat rumah. huhu...Macam mana nak buat, ada kelas la hari-hari :(

Kalau nak diikutkan, yang tuh semua antara perkara-perkara penting yang kena buat. Tapi, ada satu lagi perkara penting yang kena lakukan iaitu penjagaan diri. Sebenarnye penjagaan diri ni dah lama Irine masukkan dalam checklist. Tapi tak buat-buat lagi sebab sebelum ni Irine rasa macam terlalu awal nak buat kalau wedding 2-3 bulan lagi. Tapi rasanya, sekarang pon dah boleh start buat. Penjagaan diri tu macam pegi spa ke, facial ke, dentist and lain-lain...

Kali ni pulak, Irine pegi Spa. 


Sebenarnye baru je pergi tengahari tadi. hoho!. Pastu cepat-cepat nak updated blog gara-gara takut terlupa idea nak tulis ape nanti.haha. Spa yang menjadi pilihan Irine kali ni, Serenity Spa. 

Serenity Spa yang Irine pergi ni ada dekat Seksyen 13, Shah Alam. Memang dekat je lah dgn Irine. Dah lama sebenarnya nak pergi spa kat sini. Selalu kalau jalan depan Serenity Spa, mesti pandang banyak kali. Lagipun spa ni memang cantik and buat Irine tertarik nak pegi. Maybe tertarik nak pergi sebab Serenity ni colour purple kot. hehe (purple fevret kite, tu laa sebabnye).


Suasana dalam Serenity Spa

Ada lagi satu perkara yang Irine rasa suka and bestnye Serenity Spa ni, sebabkan suasana dia kot. Bila masuk-masuk je memang bestlah. Selesa dan memang dapat rasakan suasana spa yang sebenar. huhu. Yelah, kadang-kadang ada sesetengah spa macam tak rupa spa pon ada kann. 

Nak dijadikan cerita, sebelum nak pergi spa ni, Irine call and make appointment dulu. Better kalau nak pergi, buatlah appointment 2 hari sebelum pon dah ok. Yelah, ramai yang datang spa, takut masa yang kita nak tu dah booked pulak dengan orang lain. Lepas dah kol 2 hari lepas, pukul 12.30 pm tepat dah tercegat depan pintu spa. haha. See? menepati masa sangatt. En. Tunang bawak dan hantarkan je, pastu dia balik :P hihi.

Kat sini, boleh pilih nak buat treatment dan pakej apa. Macam Irine, Irine memang suka yang ada massage dan scrub satu badan. So, irine pilih pakej 4 Steps Full Body 2 hours. 4 steps ni dia ada herbal steam (yg duduk dalam wap sampai berpeluh-peluh tu + full body massage + full body scrub + mandi susu. Pakej ni korang boleh dapat dalam harga RM 180 per person. Tapi, tadi Irine dapat harga promotion sempena hari Ibu, jadi dapatlah harga RM 150. jimat kat situ. Kalau nak pegi, pegi skang, dapat murah, kalau dah lepas 31 May, dah takde promotion lagi dah.


Ni tempat time kita buat spa tu :) Perasan tak kelambu colour putih tu? Haaa..benda alah tu lah yang buat Irine lemas tadi.haha. Yg tu untuk herbal steam. Duduk dalam tu rasanya dalam 20 minit kot. Dia tutup tau kelambu tu time kita tengah buat. Lama jugaklah, peluh-peluh tak hingat dunia semua keluar. Nak kata lemas pon ada jugak.. huhu.


Yang ni untuk couple room. Tadi irine buat time takde orang sangat, so dapatlah bilik besar ni. Bila tengok takde orang, macam-macam benda nak buat ikut suka hati. hihi.

Best ke tak kat Serenity Spa ni? Kalau tanya Irine, Irine akan suggestkan korang datang dan merasa treatment dekat sini. Salah satu spa yang wajib korang cuba. Ikut pgalaman Irine kat sini tadi, daripada segi cara pekerja dia massage dekat badan kita memang best sgttt! Sampai sendawa banyak kali pekerja dia and badan banyak kali bunyik letup krakk krakkk. Pekerja dia cakap Irine mungkin stress banyak benda buat ( owh mungkin)..

Lepas massage full body, time untuk scrub. Time scrub satu badan lah paling best sebab scrub dia jenis garam yg kasar tu. Dapat rasakan segala daki keluar.haha. Habis je scrub, terussss masuk dalam bathtub untuk mandi susu. Ya Allah, seriussss memang wangi time masuk dalam air dalam bathtub tu :P Nama pon dah mandi susu kan, so mandi susu lah kita tadi :) Dan macam biasalah, setiap kali buat spa, disediakan air teh herba. Walaupun pahiitttttt, tetap gagahku minum. Kang membazir pulak bayar mahal-mahal, tapi tak minum and habiskan :P 


Layan gambar dekat Serenity Spa ni :) Yang ni ambil gambar dari web Serenity Spa sndiri. Eh lupe nak cakap, Serenity Spa ni ada banyak cawangan tau. Yang Irine pegi tadi dekat Shah Alam :)






Cantik kan :)

Rasa macam nak pegi lagi lepas ni, nk dekat-dekat majlis nanti, baru nak set appointment lg. 
Kalau korang rasa mana tempat nak dapatkan massage and scrub yang best, trylah Serenity Spa ni. Tak nyesal dan tak rugi sebab memang pakej berbaloi.

Boleh tengok pakej diorang dekat sini. Yang ni pakej terbaru tau, ada promotion sempena hari Ibu sekarang ni.



Ok bye2. *lupe nak cakap, ni BUKAN entry iklan ye..hehe.


Wordless Wednesday





erk..gemok..



bye.




 
Copyright © Irine Nadia Marcello | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in