Another step towards marriage life : Prosedur untuk berkahwin :)


Assalamualaikum.
Tajuk utama entry kali ni sesuai untuk yang darah-darah manis sahaja dan untuk orang-orang yang bakal menamatkan zaman bujang mereka. hueheuhue. Kali ni takyah lah eh nak intro panjang-panjang. Straight to the point :P

Rasanya entry ni mungkin bukan untuk Irine sorang je, mungkin berguna juga untuk readers di luar sana untuk refer. Prosedur untuk berkahwin. Hermm, nampak macam senang, tapi sebenarnya banyak step-step yang korang perlu buat. Sebelum apa-apa, better you all sediakan checklist untuk catitkan apa perkara penting yang patut (wajib) lakukan. Serious, memang perlu semua tu, kalau boleh sediakan lah satu buku khas untuk siapa-siapa yang bakal berkahwin mencatitkan setiap perkara. Sangat membantu. 


Kursus Kawin

Perkara paling penting sekali, hadiri Kursus Kawin! Haaa, kursus kawin ni bila-bila je korang boleh pergi, sebab takde valid date. Sah dan laku seumur hidup. Cuma, kalau dah dapat sijil kursus kawin tu, simpanlah elok-elok, kalau hilang memang parah sikit. Macam bulan lepas, Irine dah pegi kursus kawin. hehe.. Pegi dengan En.Tunang. Kalau nak diikutkan , kalau tak pujuk orang lelaki ni, mesti diorang lambat-lambatkan. huhu. Irine memang takde pengalaman mana tempat nak pergi kursus kawin. Sebabkan tu Irine serahkan kat En.Tunang untuk survey-surveykan tempat untuk kursus. Lastly, we all pilih pegi kursus dekat Bangunan LPPKN, depan Sogo tu. 


Alhamdulillah, Irine and En.Tunang selamat and berjaya hadir kursus kawin selama satu setengah hari. yihuuu! hihi. Tempat kursus kawin pon not bad lah. Ceramah pon ada yang best dan ada yang agak mengantuk sikit. huhu. Yang best sebab dapat ustaz penceramah yang pandai buat lawak. Yang mengantuk kalau dpt penceramah yang x berapa nak buat semua orang celik mata time ceramah. hikhik! So far, ok lah, ada sediakan makanan. Kursus kawin RM80 setiap seorang. Kalau boleh, pegilah kursus kawin dengan pasangan, kalau pegi sorang-sorang or pegi dgn bukan pasangan, nanti tak dapat rasa perasaan seronok tu :P 

Ujian HIV 

Dah setelll kursus kawen, antara salah satu perkara paling penting ialah nak pegi ujian HIV. Ujian HIV ni sangat penting ok! Hari tu, Irine baru je selesaikan hiv test ni. Owh cop cop! lupa nak kasitau, selalunye hiv test ni kalau nak buat, kena set appointment dulu tau, tak boleh terus2 datang, terus nak buat. Kena set appointment dulu. Macam Irine, 2 mgu lepas, Irine and En.Tunang pegi klinik untuk setkan appointment. 


Hari Selasa haritu barulah sampai turn kami. Pihak klinik ni selalunye diorang akan kumpulkan beberapa orang yang akan ambil test hiv dalam satu tarikh.Kalau dah penuh satu tarikh ni, nama akan dimasukkan untuk tarikh seterusnya pulak. Time hari Selasa aritu pulak, appointment hiv test Irine sama date dengan exam Irine. huhuh. Kalau nak cancelkan appointment, memang taklah kan. Dah takde masa nak tangguh-tangguhkan lagi sebab lepas ni nak bawak semua document tu untuk sahkan dengan tok imam untuk belah masing2 pulak. Lepas abis satu exam pagi, terusss pegi klinik. 

Lama jugak nak setelkan hiv test ni. Sebab boleh dikatakan rumit jugak. Orang lelaki senang je, tak banyak step. just masuk bilik pegi ambil darah pastu ambil tekanan darah semua, then dah abis! X aci! Perempuan banyak step! kena ambil darah banyak kali. Darah untuk test hiv dan ambil darah untuk test kencing manis. Sakit tak kene amik darah? Ermm, normal lah, sape nak kalau amik darah. huhu. Bagi yang tak biasa amik darah, mungkin akan rasa takut, contohnya macam En.Tunang sendiri. huhu.Amik darah sikit je dekat hujung jari! haha. Ok lah tuh, kalau yang Irine sendiri kena, 2x amik darah.

Satu amik darah dekat lengan,banyak pulak tu sedut darah :( sakit gak, tapi yang sakit tu bukan time die amik darah, sakit dia terasa bila dah selesai semua. Tangan mmg lenguh, sebabkan tu Irine request nak amik darah tangan kiri,sebab nak exam petang tu nak guna tangan kanan.Risau tak larat pulak nanti. Then, amik darah untuk test kencing manis dekat hujung jari. Dah macam kena stapler je rasa. Walaupun sikit and kecik, tapi pedih rasa kat jari tuh sampai ke malam. Haiyoyo, pening pale! Byk step, dkt klinik pon macam tak berapa sistematik sgt. huhu. Irine dah risau dah, sebab petang tu ada exam yang kedua pulak. Berkejar-kejar and rushing nak abiskan hiv test ni. huhu. 

Tapi takpe, hasil hiv tu memang berjaya buat Irine and En.Tunang tersenyumm akhirnya! :) hikhik!



Alhamdulillah, we all bebas dari hiv. yeayy! dah boleh kawin. huehuehue!
terus senang hati untuk hal ni. :P

Eh jap, lupa nak ingatkan, untuk hiv test, you all kena pegi dekat klinik kerajaan sahaja ok! klinik kerajaan je yang diorang nak! swasta x boleh ye. 

Untuk step yang seterusnya ialah pihak lelaki hantar semua document and borang nikah dekat negeri sendiri. Sebabkan En.Tunang irine sendiri bukan sama ngeri dengan Irine, mungkin jadi agak makan masa sikit. Nak dapatkan pengesahan dulu daripada sana, barulah boleh bawak borong nikah lelaki ke pihak perempuan, and hantar same2 semua document tu dekat belah Irine. 

Kawan-kawan semua doakan lah semua urusan Irine and En.Tunang berjalan dengan lancar k :'D 


Dah alang-alang tulis entry ni, selitkan jugaklah cerita lain. hehe


huhu...tak tau pon blog sendiri terselit dalam Majalah Intrend bulan ni, Mei. 
Tak pernah pon hantar borang dlm majalah ni. Mula perasan bila kawan kat facebook, tego cakap blog masuk Intrend. Terus beli, bila selak-selak nampak blog ada dekat bahagian atas skali menjadi blog pilihan kami :'D Timacih! Timacih! Segan rasanya..huhu..


Muka depan Intrend bulan ni :) Tq Intrend~



Review salah satu foundation kegemaran Irine :)


Assalamualaikum semua. 
 Dah lama tak buat review. Jadi, hari ni Irine nak buat review sedikit salah satu foundation menjadi favourite Irine. Irine rasa ramai yang dah pernah dengar Naturactor kan? Salah satu rahsia and foundation yang ramai make up artist guna sekarang. 

 Bagi yang tak pernah dengar produk ni pulak, ok Irine boleh explainkan ape yang bestnyaaa naturactor ni. Dulu kalau nak diikutkan, cerewet jugaklah nak carik foundation ape yang boleh tahan lama dekat muka, dan yang sangat2 penting tak cepat berminyak! Tu yang paling penting, sebab muka irine memang jenis yang berminyak. 



Apa yang boleh Irine cakap tentang Naturactor ni ialah, TAHAN LAMA, MUDAH & HEBAT! 
Kenapa irine boleh cakap hebat? Salah satu sebabnye, naturactor ni masa awal-awal Irine beli sebab nak tutup bekas-bekas jerawat yang naik dekat muka. 

Bekas-bekas jerawat macam parut ke or whatever. Kalau foundation yang cair tu dia dapat tutup sikit je, then bile dah lama, akan cair and nampak semula bekas jerawat. Sebab tu Irine paling tak suka kalau tengok foundation bentuk cecair. huhu.  Tapi, kalau dengan naturactor ni, ia ringan dan lembut, senang nak sapukan dekat muka. 

Naturactor ni macam bedak asas la jugak, guna sikit je dah cukup. Dan yang paling Irine suka tentang naturactor ni, ianya boleh tahan hampir setahun kot! Nampak je bekas kecik, tapi kalau hari2 guna pon, memang lambat. trust me! Tu berdasarkan pengalaman irine pakai hari-hari and pengalaman kawan-kawan yang pernah guna jugak naturactor ni.  Eh cop, jangan risau tau, bedak asas naturactor ni memang boleh guna hari-hari and kalau nak guna pegi mana-mana pon x kisah. Tak jadi masalah kalau nak sapu menggunakan jari atau kalau nak nampak rata and naturactor tu blend dengan kulit muka, guna sponge lagi better ^^ Senang jugak nak basuh muka after dah guna naturactor ni.


Naturactor ni ada banyak code tau. Please make sure korang  jangan tersalah pilih code. Nanti takut tak sesuai dengan warna kulit korang. Irine bagi panduan untuk korang sendiri pilih k.


Macam Irine sendiri pakai, Irine pilih code 151 sebab jenis kulit sawo matang. tak putih and tak gelap. Tapi Irine jugak boleh pakai code 141. 151 and 141 memang sesuai utk kulit sawo matang Tengah-tengah! hihihi. Code colour yang popular ialah antara code 151 & 141 and tu ramai yang pakai and beli sebab boleh dikatakan macam colour universal sebab ianya sesuai dengan setiap jenis kulit. 

Ok untuk memudahkan you all nak tentukan kulit muka sesuai dengan colour ape, boleh tengok contoh kulit muka kat gambar bawah ni.


Code 130-  Very Fair (pinky tone) Macam kulit Sofia Jane ni


Code 140 - Fair (yellow tone) macam kulit Rossa ni


Code 141 - Natural/beige . Macam kulit Bunga Citra Lestari


Code 151- tanned brown. Macam kulit Fasha Sanda yang tak berapa nak putih dan tak berapa nak gelap.hihihi


Code 152- Kulit hitam manis macam Nurul. dark skin.


Perkara yang paling penting untuk korang tau, naturactor ni ada yang jenis ori dan ada yang jenis tiruan. Jangan risau, Irine sendiri mendapatkan naturactor ni dari supplier yang jual product ori bukan tiruan :)


Perbezaan cream foundation naturactor original and tiruan. Irine jual yang ori sahaja ok :)

Jom tengok ape lagi kelebihan naturator ni

  • Anti Kilauan/ tidak berminyak
  • 100% menutupi pigmentasi, parut, cela, bekas jerawat, & noda hitam
  • Melindungi kulit dari sinar uv
  • Senang digunakan, cepat & yg penting tak melekit!!
  • Tahan  lama sehingga 12 jam dan satu bekas boleh tahan hampir setahun untuk habiskan. Pakai sikit pon dah cukup sebab texture dia memang dah padat.
  • Tidak menutup pori-pori
  • Digunakan oleh makeup artist sendiri
  • Kulit terasa ringan, gebu & hasil solekan akan nampak flawless dan natural
  • Bau dia best. takde bau2 pelik macam ada sesetengah foundation yang lain
  • Senang nak bawak pegi mana-mana sebab bekas dia mudah and ringan dbawa.

Anyone yang interested? 
Kali ni, you all boleh dapatkan Naturactor ni dengan Irine :)
Irine jual dengan harga

 RM45 only (not including postage). 




Untuk order sila ke website:
IRINE SWEETHOUSE

Berbaloi dengan harga jika dapatkan product naturator versi original berbanding dapatkan naturactor dgn harga murah tetapi dalam versi tiruan . Korang sendiri boleh tentukan sendiri.




IRINE SWEETHOUSE


Assalamualaikum w.b.t.. 
Alhamdulillah, selepas penat berhempas pulas lari sana sini, akhirnya Irine berjaya menyiapkan satu lagi website rasmi online shopping yang lebih kemas dan canggih untuk shopaholic di luar sana..hihi Website ni dah pun diperkenalkan dan berfungsi  sejak beberapa minggu yang lepas. Cuma tak sempat nak update perkembangan kat personal blog ni. Bermula online bisnes daripada personal blog ni sendiri, kemudian bertukar ke blogshop dan akhirnya bertukar ke website sendiri and of course, ini salah satu cara untuk memudahkan lagi customer Irine membeli dan membelah.. :p Untuk makluman semua juga, sebagai menaik tarafkan lagi status online shop sekarang, Irine Sweethouse dah didaftarkan di SSM walaupun nama company pada mulanya kena reject..huehue

My official online shopping website :-

 IRINE SWEETHOUSE
(SA0215590-A)
Full layout of Irine Sweethouse

Apa kelebihan yang you all boleh dapat daripada IRINE SWEETHOUSE ni? Haaaaaa, sangat banyaaaakkk ok! Antaranya ialah once you all dah register as a member, you all boleh nikmati pelbagai promotion yang Irine akan buat, kemungkinan sebulan sekali, termasuk CRAZY SALE!, GIVE-AWAY dan macam2 lagi! Of course keutamaan akan diberikan kepada member2 yang telah register dengan IRINE SWEETHOUSE.


Kelebihan menggunakan sistem shopping cart di IRINE SWEETHOUSE :
  • You all boleh membeli seberapa banyak item yang dikehendaki dalam satu order, 
  • Total harga barang dan postage akan dikira secara automatik mengikut poskod. 
  • Dan korang akan menerima invoice dengan butiran bayaran dalam masa beberapa minit sahaja selepas submit order. 



Sangat mudah dan tak perlu lagi tunggu irine reply invoice secara manual. Semua info tentang produk ada diterangkan di setiap bahagian produk details. 

InsyaAllah, ada banyak lagi product yang akan diupdate dari semasa ke semasa. Dan dalam masa terdekat ni juga, Irine akan masukkan product baru seperti SKIRT & BAG! Tungguuuuuuu~ :D Untuk yang baru dan ingin register as a member IRINE SWEETHOUSE, boleh baca terlebih dahulu cara untuk register dan order menggunakan "shopping cart". Lagi senang, cepat dan tuntas!
Walaupun kadang2 kita lebih senang gunakan order form seperti biasa, sekarang upgrade sikit cara kita shopping pada tahun 2012 ni dengan cara yg lebih sistematik kann.. :D

Jadi jangan segan2 untuk melawat website rasmi IRINE SWEETHOUSE ok!
<3<3



Something to share..


Assalamualaikum . Long time no see. Huhu.. Lama meninggalkan arena blog ni (macam arena sukan rasanya). So sorry lama tak touch up blog ni. Personal blog ni masih wujud lagi dan akan sentiasa diupdate dari semasa ke semasa. ahax. Nak share and cerita ape ye entry kali ni. Hurm, hurm..Macam banyak sangat je nak cerita tapi tak terluah dekat blog sendiri. Dulu rajin lah, sekarang tak berapa rajin lagi. Yang penting, Alhamdulillah, kehidupan makin aman, makin tenang , makin bahagia, makin berisi, dan makin chubby.BooooOO..Ramai pulak yang tegur diri ni makin berisi. Mungkin senang hati. Eh ! eh!  tipulah! takkan lah 24 hours senang hati. Mesti ada campur-campur perasaan. 

Weekend minggu lepas, abang sulung dah selamat dinikahkan dengan isteri tercinta. Alhamdulillah, akhirnya penantian dia mencari cinta berakhir. hikhikhik. Tengok muka ayah, mak, adik-beradik yang lain and sedara-sedara kami pon happy bila tengok abg dah kawen. Tahniah untuk abg! Keluarga besar kami pon bertambah ahli dengan adanya ahli baru iaitu akak ipar Irine :) Welcome! ^^ 


Kak Nurul and me time akad nikah :)
Akak ipar and adik ipar .huehuee


Malam sebelum nikah, sesi memasang inai pada 3 jari kanan abang. hihi. 
best time ni, sebab semua adik-beradik Irine pakai jugak. termasuklah dua orang lagi abang Irine yang tergedik-gedik nak pakai jugak.ngeehhh~ Pakai inai serbuk je pon, takde inai tumbuk-tumbuk daun bagai ni. huhu ;p 


Dan ini hasi inai serbuk dkt jari sendiri. hihi. Comel pulak rasa bila pakai inai kat jari sendiri. :) hehehe

Weekend lepas pulak, kenduri bertandang. Means kenduri di belah lelaki, rumah Irine. Semua berjalan dengan lancar. Orang yang paling busy dalam dunia sudah tentu ayah dan mak . Melayan sorang-sorang tetamu yang datang. Salam sana, salam sini, cium pipi sana, cium pipi sini. Dan tak lupa jugak, Irine pun busy layan kawan2 mak and ayah datang. Assistant lah kononnya. :P 



Ayah and me ^___^
Tugas Irine time kenduri aritu jadi pengapit, jaga doorgift and jaga kotak duit. agagagaga!
 senangnye tugas :'p


5 orang siblings complete! Susah rasanya nak bgambar semua orang dalam 1 gambar. :) Kalau ada pon, mesti tak cukup sorang lah, sorang tangkap gambar lah, sorang lagi pegi keje time raya lah..haha. Kali ni baru sempurna semua orang ada. Abang tak sempat nak siap2 lagi pakai sampin, tp dah pose dulu tau! sape yg amik pic ni? ceteka..ceteka..:'p Akak ipar yang snapkan pic ni..hihihi :'D Kitelah adik bongsu skali :'D Yg lain abang2 and sorang je akk :) 

After selesai kenduri, semua orang terbaring lemah longlai sebab penat sangat. huhu. Ayah orang pertama yang masuk rumah untuk mandi dan terbaring dekat sofa after meja dan kerusi disusun. Muka lega ayah memang nampak sangat sebab dah selesai satu majlis untuk anak sulung dia. Tapi, bak kata ayah , lega untuk beberapa bulan je, lepas tu ada lagi satu majlis untuk diselesaikan. huhuhu :'D 

Sebenarnya nak letak banyak gambar and cerita pasal kenduri abang, tapi gambar tak dapat lg drpd photographer. Habis cerita pasal kenduri kawen abang. Kenduri sendiri pulak lepas ni. :'p 



Esoknya pulak, selepas pujuk punye pujuk, selesai lah jugak beberapa perkara untuk completekan barang2 keperluan dan barang2 kehendak (haha) untuk diletakkan di atas dulang-dulang nanti :'D Masa tunang dulu, hantaran kitorang 5 dulang berbalas 7 dulang. Time tunang barang2 hantaran lebih kepada barang2 macam makanan2, manisan, and dll. Ingat lagi, dulu terfikir jugak nak hantaran tunang handbag ,makeup and bagai2. Tapi, En.Tunang cakap time tunang takyah nak bg barang banyak2 sangat, time kawen nanti baru all out habis. haha. Akanku pegang kata-kata itu sampai bila2. ekekeke.


All out habis yeeee. Ok~ terima kata-kata dia dengan seadanya. hikhik.
Sape tak juling mata uiii tengok semua ni :'D 


Suka semua dekat rak tu. haha.rasa nak angkut semua skali. Arrghh! 


So far, memang best bila masuk sini nak cari handbag. (memang lah best). Tapi tuh la, handbag yang diidamkan terlalu besar sangat. Irine suka jenis bag yang besar, motifnya boleh bawak and letak barang byk2 sikit dalam bag,boleh bawak buku skali (alasan ).hehe. 


Selesai membeli handbag, perkara kedua yang nak disetelllkan ialah jam! Cari jam untuk En.Tunang. Nampak dia excited time ni. Semua jam dia cakap lawa. hueheuhe :'D 


Solvil Titus. Suka sangat dengan Titus,dah nak beli dah, tapi last-last jumpa yang lagi ok daripada ni :) Cantik and En.Tunang pun suka jugak.:) Selamat tinggal Titus! tak dapat nak merasa, after kawen nanti mungkin boleh beli :'p

So far, tu jelah yang sempat beli untuk sekarang ni. tak cukup satu hari kalau nak beli barang-barang dalam satu masa. Akan diteruskan lagi! (suke..hihi). Yihuuuu :) 



 
Copyright © Irine Nadia Marcello | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in