http://irinenadia.blogspot.com/

Majlis Bertandang, Perlis


Assalamualaikum. 

Haaaaaaaa..sory lambat sambung entry. Entry ni dah siap-siap letak dalam draft, tapi tak berkesempatan nak publishkan lagi. Hari ni ada masa la jugak nak update sempena hari lahir sendiri semalam, 3 September. huehuehue :'D Genap sudah umur 20 tahun. Rasa bersyukur yang teramat sangat dalam usia yang muda dianugerahkan suami yang sangat penyayang dan sentiasa melayan kerenah Irine. Membesar depan suami semestinya satu pengalaman yang terbaik dalam hidup. Tak lupa jugak dengan bertambahnya keluarga belah suami :) Ada ibu dan ayah mentua, ada akak-akak ipar dan adik ipar :)

Berkawen dengan orang utagha, memang tak terfikir pun. *cewahh.!hehe. tapi bestlah, at least Irine kenal dan tau cara hidup orang belah sana. Majlis bertandang ni Irine dan suami rancang adakan seminggu selepas majlis di Melaka. Pastu, terus balik Perlis untuk buat persiapan awal dekat sana. Selalunya orang cakap, majlis bertandang a.k.a majlis menyambut menantu ni, pengantin perempuan tak boleh ikut suami balik rumah dia dulu. Maksudnya, pengantin perempuan datang bersama-sama dengan rombongan dia. Nak kasi surprise la ceritanya.Tapi, Irine tak.hihi. Lepas kawen, terus ikut suami balik Perlis :P 

Rasanya ada dalam kalangan pembaca blog ni yang duduk di Perlis kan? Beseri? :) 
Suasana dekat sana especially malam sebelum majlis, meriah dan ramai sedara-sedara datang tolong-tolong.  Tambah lagi meriah sebab family suami masak sendiri tak guna catering. So, sepanjang duduk dekat sana rasa macam syurga makanan. Macam-macam makanan ada.hehe.

Sehari sebelum majlis, orang yang pasang khemah dan pelamin dah start busy dengan kerja pemasangan diorang. Terus jadi tak sabar nak tunggu sampai pelamin siap. Risau jugak sebab dah tengah-tengah malam tak siap lagi semua. Last-last, mata dah berat, terus tido awal. Bangun-bangun pagi je suami kejut cakap cubalah tengok pelamin kita,dah lawa dah kat depan.hehe. Terus zassssss pegi depan tengok :)


Pelamin bawah khemah dalam pembikinan daripada staff HAFA EVENT


 SELEPAS :)
 Design pelamin husband yang requestkan *bagus jugak taste dia :P
Husband pilih pelamin macam ni sebab dia kata senang family nak bergambar ramai-ramai. 
Thanx HAFA sebab buat pelamin cantik macam ni ! Puas hati sebab boleh ramai2 orang bergambar dekat sini. Sesiapa yang area sana boleh lah contact Kak Linda owner HAFA ni untuk dapatkan service dia.
Kak Linda = 012.519.7940

Ikutkan jadual, majlis start pukul 12 tengahari. So, pengantin dijadualkan sampai dalam pukul 1pm macam tu. Disebabkan Irine yang tak berapa nak tau area sana, Irine jadi macam kalut sikit, risau pun ada. 1st sebab orang yang Irine dah booked untuk make up kan dekat sana tiba-tiba cancelkan last minute tak dapat nak datang. Kelam kabut dibuatnya. Nasib baik, adik ipar tolong selamatkan.hehe. Dia suggestkan ada sorang akak ni. Kitorang plan terus make up dekat butik tu dan siap sekali dekat sana dah alang-alang.


On the way nak ke rumah pengantin lelaki. Dengan photographer sekali kitorang angkut pergi butik tu.hehe. Tingkiuuu kepada adik ipar yang banyak tolong Irine time nak bersiap-siap =)

Sampai je dekat sana, family suami menyambut rombongan pengantin perempuan dari Melaka. Sebenarnya, perasaan Irine time tu agak nervous dan segan sikit sebab tak berapa kenal dengan tetamu yang datang. huhu. Jadi, satu-satunya cara nak hilangkan semua perasaan tu ialah senyummmm je.hehe.  Kawan-kawan Irine majoritinya datang masa dekat Melaka. Tapi ada jugaklah beberapa kawan dalam facebook Irine yang duduk area sini yang sudi jugak datang :) Yang datang dua-dua belah kenduri dekat Melaka dan Perlis pon ada! hoho!


Selamat datang =)


Pengapit Irine, adik ipar sendiri, Kak Dazita. Eh kenapa panggil "akk" pulak? Haaa.sebab dah terbiasa daripada dulu lagi. huhu. Adik ipar irine umur sama sebaya dengan abang Irine. Kira Irine lebih muda 3 tahun daripada adik ipar sendiri ;p


Ayah dan ibu mentua Irine :)
Agak-agak suami Irine ikut muka ibu atau ayah mentua? :p


Adik-beradik belah suami.
Akk-akk dan adik ipar :)


Apo la yg kelakau sangat :'D



Tema color di Perlis adalah Heaven Turquoise with Shy Grey :D
Sempoi tak akk ipaq i? hehe



My schhweettheart!! <3 nbsp="nbsp" p="p">
Lepas je selesai majlis, dalam pukul 5.30pm macam tu, ready nak pegi shoot outdoor. Kat sini banyak gak tempat outdoor cantik-cantik. Irine n suami plan nak shoot dekat Ladang Kuda.Time ni, sekali semua siblings dan cousin2 ikut. Lagi ramai lagi meriah. 

Thanx to our photographer The Klikers sebab datang jauh-jauh dari KL. hehe. Yang ni betul-betul last minute punya kerja, asyik busy  je setelkan urusan kawen dekat Melaka. Last-last Irine yang contact sendiri The Klikers nak booked diorang.hihi ;p


:)


Part ni paling suka. hoho. 
Adik-beradik yang banyak membantu.
Sweet momment :)



Haaa...lupa nak bagitau, majlis belah lelaki, Irine dan husband pakai baju songket. Daripada sebelum kawen lagi, husband dah cakap dengan Irine yang ibu nak kitorang pakai baju songket. Mula-mula plan nak pakai songket colour hitam, pastu tak jadi sebab susah nak jumpa. Akhirnya, pilih colour grey. Merata-rata jugak nak carik yang mengikut tema dan baju yang sedap mata memandang. Untuk baju songket ni, kitorang  just sewa sebab nak save budget. hakhak! Dah jumpa satu butik ni sewakan baju songket, lawa gile.Memang berkenan. Sekali tanya-tanya, untuk sewa sahaja, RM2k. Sewa je tau, rasa tak berbaloi pulak sebab. Lagipun baju nikah dan reception (melaka) aritu dah tempah.Carik punya carik, kitorang decide sewa baju dekat Butik Idaman  Jelita. 


Irine, husband, dan adik ipar. Tetibe terasa macam kurus pulak bila kene apit. huehue.


Dengan suami akk ipar.  Tahun depan InsyaAllah tambah lagi seorang. Maknanya, Irine sorang jelah menantu perempuan. hehehe.


Rasa macam banyak je lagiii benda nak cerita pasal majlis dekat sini. Tapi otak tepu gile! Taktau nak type ape.haha. Kenapalaaa dengan kau Irine oii. Tapi ok laa kan, dua-dua majlis dah Irine cerita and buat review sikit-sikit. Harap-harap entry tentang perkahwinan ni tak disalah anggapkan. Cuma nak bagi idea @ rujukan untuk bride to be. Tu jee.

Last but not least, thanx a lot kepada family dan sedara-mara husband yang sporting serta banyak membantu untuk melancarkan majlis bertandang ni. Dan juga bawak Irine jalan2 sambil borong selimut Toto yang cantik2 nak bawak balik masuk rumah baru, thanks to Totolicious sbb tunjuk banyak corak2 yang best! :) Sape yang duduk jauh dari utara boleh beli Toto jenis selimut tebal ni secara online di Totolicious, satu benda wajib yang kena ada dalam rumah, lagi2 rumah yang baru nk pindah mcm Irine ni :p

Terima kasih juga sebab melayan rombongan pengantin perempuan dengan baik dan akhir sekali terima kasih sebab menerima kehadiran Irine sebagai ahli baru dalam family :)






61 comments:

onie said...

baju songket,gambar dari the klikers osem gilaaaaaaaaaaaaaaaaa :)

Qielazman said...

cantek sngt2 ! happy belated birthday kak irine ! jeles much usia muda dah kawen nie. may Allah bless ur life and fmly :)

cik deqqsha said...

irene sgt cantik n comelll.. :D

awek_utara said...

xde video ke blah husben?

awek_utara said...

xde video ke blah husben? xpuas la baca... ;((

awek_utara said...

haa..tau dh apa yg kurg..mane pic2 family irine time mjlis blah husben nih?

Nurul Jannah Mazlan said...

cantik bajunya...

shariza azemi said...

nice sweet awesome..tu ja taw ckp..hehehe

Fienazzuki said...

Congrats irrine
Happy always
Nampak sgt kegembiraan tu
fie lmbt lagi...
hohoho

AmirahHafizi said...

PERFECT!!=)sgt2 sweet irine n hubby...

♥fie yasmin♥ said...

syukur semua dah selesai kan :)

SumMerLove Cheery said...

sweet moment...hari besday bakal suami kitew..4september...hiii...

izzatul shukri said...

Sweet sgt..smg bahagia hingga ke syurga dik :)

Solehah Shamsuddin said...

wah sweet je irine,suka la part buaian tu :)

dEdEQ dE wIshEs said...

ALHAMDULILLAH .. SYUKUR .. SUME BERJALAN NGAN LANCAR WALOPUN DE KELAM KABUT SIKIT ..

SEMOGE BAHAGIA IRINE ^_-

miss fluffy said...

Wedding yg awesome, mantap lah...suka lah tgk^^

nuruashia said...

wawhhh..happy je rasa bile bce entry ni :)
irine upload laa bykkk2 gmbr dkt instagram..nty akak komen ehehhe :)

~kiinaa~ said...

irine make up kat butik mana? cantik :)

ADEEYA said...

Suka tengok pelamin tu hihihi <3

Miss Jim said...

suka tgk korang post macam2 gaya...huhuhuhu

elqays jannah said...

gambar kliker memang cntik...=) congrate dear..may allah bless you always...baru ade kesempatan nak singgah blog and drop the comment..=)
(miza gpb2b)

anariffin said...

happy nyer irine..
doa ana semoge bahgie irine tu kekal sampai bile2...
cgrates a lot dear...!!

mysarrasara said...

Tahniah...
sweet nye irine...


Zura Santo said...

so sweet la irine....

semua pic memang gempak n cantik2...

pelamin n baju pun nice...

tahniah yer..dah menjadi seorang isteri..:)

cik yuyu said...

irine!! comel sangat2.. i'm bride to be.. so, jadikan irine sbg inspiration for my wedding lah.. hehehe..

suriani sakura said...

nice pic semua..warne baju pun cantik..semoga berkekalan ye....amin

Maria Menado~ said...

Tahniah irine... happy for you. =))

fatin.ainaa said...

irine pakai ape pon cantek...
waiting your baby...
;)

AHMAD AFIQ said...

pic raya bersama pulak

Cik Puan Izan✿ said...

semuanya menarik, gojes, hepi tgk kamu dah ada family baru...semoga bahagia forever dik... :)

Atiqah Wadiah said...

hehe..sweet + meriah..kakak2 ipaq u sporting2 belaka :)

afifah miyata said...

shumel nyerrr. cuwit sangat :)

SEPHIA said...

Tahniah Irine dearie <3 btw parents sy stay & kerja di Beseri :)ehh macam kenal husband kakak ipar Irene yg sbelah kanan Irine tu. nama Farid kan.kami teman sepermainan :)

Sally Yatiey said...

Sweet! Hee. Cantik baju songket ni ^_^

zuhaida said...

baju irine tu cantik sangat k. walaupun simple tapi kita suka. lawa sangat2. tahniah irine :)

Rara Nasiha said...

husband irine ikut muka ayah. confirm! :)

.::ElixierDeXandra::. said...

pix kawin awk sumeeeee ohsemmmmmmmmm!! waaa Eli jeles sgt ^__^

TeTerBanG said...

everything was great! love to see ur wed pictures, ur 'songket' attire, ur 'pelamin', the happening moment with ur hubby's siblings. their turquoise attire also great! all are beautiful.

i pray for ur happiness with amirul forever... amin... :)

boni kacak said...

memang sempoi lah akak ipar awak.hehehe

saya rasa hubby tu ikut muka ayah dia

Cik Anis said...

cantik pics !

missnanabubu said...

comel nyaaaaaaa

Izzati Syazwani said...

Irine, wedding Irine dekat Perlis nie cantik sangat.. Baju songket tu cantik. Pelamin cantik. Gambar lagilah cantik. Semualah cantik.. !!

Zatil Hulwani said...

irine, husband sy pun orang beseri...cantiknye wedding korang..!

aira shahira azmi said...

kak irine..hope akak sudi baca..wuu
http://airashahiraazmi.blogspot.com/2012/09/irine-nadia-marcello-today-is-your.html
anyway,selamat pengantin baruu=')

Myra Jay said...

Dear, cantik sangat photo semua + baju... pengantin pun cantik:)


Selamat Pengantin Baru :)

Shasha Mohamed said...

Wah! Seronoknya pengantin baru ;)
Selamat harijadi dan selamat pengantin baru sekaligus.

Semoga semuanya baik2 belaka dan bahagia di dunia dan akhirat ;)

Syazwani Jalal said...

tahniahh.. pasangan pengantin sgt sweet ! cantek pulak tu.. hehehe

Fazi Isma said...

sangat jeles dengan irine... hehehe umur kita sebaya tapi sekarang tengah belajar kat arau... apa2 pun semoga irine dan suami dapat ke jannah rumah tangga tau =)

Pinkbubblegumprincess said...

sangat2 comel...dari pelamin baju mekap and u sekali... so gorjess :)

bitsANDpieces said...

beautiful wedding. beautiful bride! tahniah!

emymilya said...

irene!!sesangatlah canteknye :) hee. moga bahgia selalu syg!

faizfakhirin said...

AWESOME

Dkna Abza said...

memang cantik!! :)

Zihan Zamberi said...

..abang ipar sebelah irine tu name die Farid ke?..cam kenal je...

misz sempoi said...

birthday kita sama tarikh weh..
=)

Yanie Andierah said...

Semoga berkekalan kakak kesayanganku Irine Nadia =)

ustad said...

Irene nak tanya satu je..gambar dlm entry ni..kasut amirul..boot tu brand apa eh? Saya suka boots..and admire boots yg dia pakai..and how much..dan dia beli dimana.. Thanks..hehe
.this a serious question ok..bukan soalan kelakar.

Skiemon Mon said...

kikikikiki

Skiemon Mon said...

kikikikiki

B.e.e.n.a. said...

hafa?okay,hafa tu cathering yg bertanggungjawab untuk 1 fudcourt dlam uitm perlis.diorang ad bukak lot nasi ayam dekat fudcourt baru.n ad yang cakap diorang pakai pelaris sebab kedai sentiasa ramai walhal tak sedap mana.bila irine tunjuk gambar pelamin n puji keje diorang,dalam hati i 'nasib baik i neutral'. *fuhh*

Juliet Kaka said...

u!! kalau nk sewa dr u due2 psg baju songket u boleh tak?? pm i boleh? juliet_kaka@yahoo.com.my

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in