Assalamualaikum wbt. :)
Semalam adalah genap 2 minggu bergelar dan memegang title seorang "isteri". Mana-mana pergi jumpa kawan, mesti mengajukan persoalan yang sama " best tak kawen? ". Jawapan Irine? Haihhhh..mestilah best..seronok..hikssss! Bukan takat kawan je, lecturer pon ada yang tanya. Mak dekat rumah pun rajin calling2 Irine tanyakan khabar. Sampaikan semalam Irine mesej mak..
Irine : Mak, murni demam r...
Mak : Yeke..nak balik ke...?
Terus tersenyum baca mesej tu bila baca banyak-banyak kali. Sebab ayat mak tu seolah2 macam Irine ni still duduk sorang-sorang macam waktu dulu :'p Jangan risauu.. sekarang sudah duduk berdua dan berteman.. kalau demam, ada suami yang tolong jaga dan tolong tidurkan sampai terlelap time sakit, mcm semalam... :-)
Back to the title, ok tarik nafassss panjang-panjang ye! Panjang ni nak type dan nak kena baca satu-satu.
Sebenarnya, kalau nak diikutkan, Irine dan suami ikat tali pertunangan selama setahun selepas persetujuan. Irine tunang bulan June tahun lepas (2011), dan memang perancangan awal diijab kabulkan bulan June jugak the next year. Tapi masa tu tarikh kami dianjakkan ke bulan November (2012) atas sebab abang sulung Irine nak kawen bulan April, 2 bulan lebih sahaja awal dari majlis Irine tempoh hari. Agak sedih jugak, yelaaa..tunang lama-lama siapa nak kan. Entah macam mana, suami dan family mertua berbincang semula dengan family Irine dengan niat kalau boleh percepatkan jugak bulan June tahun ni (2012). Mula-mula macam mak dan ayah tak berapa nak setuju, atau boleh dikatakan tidak bersetuju langsung.huhu... Dan Alhamdulillah, lepas suami Irine sendiri yang bincang baik-baik face to face dengan ayah di rumah suami irine, ayah terus setuju. :') Tak tahu kenapa bila ayah tengok muka suami Irine terus dia berubah pendirian..:'D Kuasa Allah kan? Pegang pada kata-kata cerdik pandai, nak lakukan perkara yang baik lagi-lagi membina sebuah masjid, InsyaAllah Allah akan tolong dan permudahkan urusan kita.
Maka,
bermulalah hari-hariku dengan melihat dan membelek kelender berkali-kali dekat dalam phone.haha. Setiap hari countdown. Daripada segi preparation ? Haihh..jangan cakap lah, normal bagi seorang bride to be akan merasa stress.hoho! Ambil masa setahun untuk lakukan preparation, daripada A-Z, make-up, photographer, videographer, khemah, pelamin, decoration, hantaran, lauk kenduri, DJ radio, kad kahwin dan macam2 lagi. Nak-nak bila kena selesaikan semua perkara dalam masa yang sama Irine tengah study. Kalau boleh taknak susahkan mak ayah. Jadi mostly perkara2 kawin Irine buat dengan suami. Sangat mencabar di situ, tapi suami banyak menolong waktu tu :') Kalau Irine tengah stress nak siapkan salah satu preparation, mesti suami akan cakap camni,
"Ingat kann apa yang abang cakap? Kita nak kawen mesti happy" :'D
2 bulan sebelum majlis, masih tiada rasa apa-apa perasaan. Perasan excited je lebih. 1 bulan sebelum pulak dah start rasa macam lain sikit perasaan ni. Mesti akan cakap dalam hati
"ehh..hujung bulan ni je aku nak kahwin jadi isteri"
2 minggu sebelum majlis dah mula nampak busy dengan perkara2 yang agak menstresskan diri, iaitu mula membayar duit2 deposit.huhu Busy telah menyebabkan Irine terlupa perasaan nervous.hehe. Akhirnya.....seminggu sebelum, Irine dah start minta cuti dekat lecturer, minta pelepasan nak cuti seminggu awal balik rumah sebab nak setelkan banyak benda kat rumah (Melaka) pulak. Irine bergegas balik ke Melaka seminggu sebelum majlis, angkut semua barang dan buat clearance dekat rumah sewa sambil mengucap selamat tinggal. hehe.
Sepanjang seminggu sebelum majlis, mak selalu tanya soalan yang sama,
"Murni, lagi berapa hari je lagi nak kawen, takut tak".
Irine pulak macam terfikir, amboi, mak pulak yang rajin interview perasaan irine. huhu. 3 hari sebelum majlis, Irine dah start tak buat apa-apa keja. Time-time macam ni lah, nak merasa jadi raja sehari ;p Risau kalau buat banyak-banyak benda nanti terlalu letih masa hari kenduri.
Ikutkan jadual asal, waktu nikah kami sepatutnya berlangsung selepas
Isya' (29 Jun 2012, Jumaat). Tapi bila Irine bangun je tidur pagi Jumaat tu, ayah cakap waktu nikah cepatkan sikit selepas waktu Maghrib. Haaa..mulalah perasaan tak sedap datang, duduk pun dah tak senang dah. Time tu lah, perasaan nervous tahap dewa datang. Tapi Irine pikir balik nape ayah nak cepatkan pulak? adakah ayah yang tak sabar nak nikahkan kami? hehe Ayah janji pukul 8 pm semuanya dah ready untuk mulakan majlis. Tapi malam tu rombongan pihak lelaki terlambat 15 minit gara-gara rombongan kereta tersalah jalan. Sebab malam tu suami Irine cakap rombongan belah lelaki ada 12 buah kereta konvoi..huhu Pukul 8 pm Irine masih berada dalam bilik lagi, tengah touch up make up dengan my gorgeous MUA Sis Anna Cherrie. Tak lupa juga kepada photographer Subhi Karim dan videographer LhMedia yang turut menenangkan Irine dekat dalam bilik. ahaxxx sementara menunggu pihak rombongan lelaki datang kami main snap2 dulu.. :p
:)
Pic by Subhi Karim
Make up by Anna Cherrie
Waktu tengah bersiap.
Lebih kurang pukul 8.30pm macam tu, Irine dah kena panggil untuk turun bawah. Perasaan time tu bukan fikir takut ke apa, cuma risau macam mana nak buat gaya cool bila depan semua orang.huehuehue.
Lama jugak tok imam bacakan khutbah dan ceritakan tanggungjawab dan kehidupan selepas berkawen. Time ni tgk si suami macam fokus semacam je kat tok imam, tak tahu la faham ke tok imam tu cakap..hehe (insyaallah faham :p)
Dan...
akhirnya.............................................
Irine dinikahkan oleh ayah Irine sendiri.. :')
Saat ayah mengenggam tangan suami untuk dinikahkan :')
Beberapa saat menikmati zaman single..huhu...
Sebelah tu pengapit kita :) Daripada ke tunang sampailah ke kawen, dia je yang jadi pengapit.
Selepas selesai akad nikah, Irine duduk di hadapan mak untuk membaca lafaz sakinah.. Saat yang bermakna dan tak dapat nak tahan perasaan waktu ni..
Sebak....
Ambil mood semula untuk sign borang persetujuan :')
Dan..Alhamdulillah, dengan berakhirnya lafaz akad nikah, Irine dan Amirul sah menjadi suami isteri..
Hanya tuhan je yang tahu perasaan ini :')
Marriage means the life of reality...
I do, i do, i do :P
With the rings, we share the bond together..
Love is marriage..
Marriage is friendship with love..
Friendship with love will create happiness in every single time you spend together..

I love this moment :)
Marriage means getting closer and closer...
Part yang paling sebak dan sedih sekali ialah masa setiap kali pandang muka ayah sepanjang waktu nikah. Walaupun ayah tak tunjukkan riak muka sebenar, tapi boleh faham perasaan ayah masa tu. Kalau nak tau, masa selesai je sarung cincin, Irine salam semua yang ada dekat situ, termasuk dengan family sendiri. Irine nampak ayah and dah hulur tangan nak salam, tapi ayah mengelak tak nak pandang. Lepas abang-abang panggil ayah yang Irine nak salam, terus ayah pusing dan dakap Irine dengan kuat. Kuat dia lain macam. Peluk yang sangat-sangat erat dan macam taknak lepas...... :'( (rindu ayah.......)
Masa ayah peluk, ayah bisikkan dekat Irine macam-macam..
Biar diri sendiri yang simpan semua tu........*nangis*
Mak, Irine, & Ayah :')
Dear Parents,
Thank You for being the best parents..
I love you with all my heart...
Today and forever...
Dear my lovely husband,
I can't describe my love,
it's hidden in every space,
It may not be seen easily,
And never you will find it,
Unless you catch my eyes,
And until you get suprised..... :')
Love you sayang...
Dear my lovely husband,
I can't describe my love,
it's hidden in every space,
It may not be seen easily,
And never you will find it,
Unless you catch my eyes,
And until you get suprised..... :')
Love you sayang...











































196 comments:
Salam kak irene. thniah kak! :)
xlmbt lagi kan nak wish. semoga akak bahagia with your hubby. Amiinn. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga. Amiinn.
neway, music latar blog akak syiok. like like. best kan zikir terapi hafiz hamidun. semoga cepat sembuh akak!:)
wah nice entry
menangis baca entri ni
hope kekal sampai akhir hayat,,
aminn~
tahniah irine ... sedihnya baca entry nie :(
nak nangis....sob2
waa , terharu baca entry ne :')
teringat plak masa alynn nikah dulu :)
tahniah irine....cantik betul irine....
selamat pengantin baru......
tahniah dik Irine;)
semoga jadi isteri solehah:)
betul , time potong kek tu pun , nmpak ayah irine yg pling touching.
BarakAllahu fikuma :)
http://applehijaulife.blogspot.com/2012/07/irine-nadias-wedding.html
pira menangis tau tengok pic irine nangis :(
Tahniah sayang!
Hugs.
:)
sweet nye Irine.. smoga bahagia smpai syurga. :)
nk kahwin mesti syok dgn psgn idaman kite.
wahhhhhhh:') tahniah kak irine. ish macam tak sabar pulak nak kahwin. haha. anyway, once again tahniah tahniah tahniah :))
awesome..alhamdulillah..tahniah ! ^_^
congrats irine sayang..sori tak dapat datang aritu, ade hal yg tak dapt dielakkan...sedih la baca post irine, lagi2 bab ayah irine tu..mengalir air mata knana ni tau..huhu anyway congrats dear :)
:') Parents, you are everything for me.. Selamat berbahagia selalu, Irine
huuu terharu baceee! rasa mcm nk nanges plak bila bace entry blog ni..haha over betul >.<"
sedeyh n sweet:'))) everything is about love<3
irine.. menangis yuyu baca entry ni. sebab tak lama lagi yuyu akan melalui saat-saat seperti irine..
kite yg bace jd sebak plak...waa..da kawen da irine..so sweet..smoga kekal hingga ke syurga yaa irine..=)
boleh tak kita ckp,kita nanges baca ni ? hihii :')
how sweet both of you! may ALLAH bless you and your love till jannah. amin.
sweet=)
Touching sgt ... setiap gambar ada emosi tersendiri . Tahniah Irine :)
tahniah..:)
Selamat berbahagia sampai akhir hayat. :)
barakallah :)
comelnya irine..tahniah!semoga kekal sampai ke syurga.
tahniah :)
sweet . cantik and gojessss
congrate irene.
doakan kite jugk ikot jejak lgk irine xlme lg. hehe.
amiin. barakallahuma. =)
Saya doakan akak irine dan pasangan bersama hingga akhir hayat,bah kan hingga Al Jannah Insyallah~
sebak :')
sebaknye :')
tahniah irine. semoga kekal bahagia hingga hujung nyawa. may Allah bless your marriage. XOXO !
ni yg rase mcm nk kawen gak neh! ahahahaha
btw, Irine chantek sgt dalam gmbar tu ! suke tgk..hik2
Ya Allah.. Indahnyaa.. *Lap air mata* Kekalkan kebahagiaan ni. Doakan Farah dapat jugak kebahagiaan ni :')
Mood : Tumpang bahagia :D
Irine, so touched. sangat-sangat. I almost cry nasib mak ada sebelah. cover sikit. hihi. Moga bahagia hingga akhir hayat ye sayang. :)
alahaiiii,so sweet..semoga irine dgn suami kekal sampai syurga..congrat irine :)
alhamdulillah... semoga berkekalan hendaknya... amiin... sebak pun ade jugak ni baca entry irine... feeling mcm kite pulak yg kawen..
barakallahufikum, ^_^
moge2 lepas ni tetap terus tmbah ilmu utk jadi isteri n suami yg baik!
semoga berbahagia irine :)
Barakallah. ;) semoga bahagia hingga Jannah b'sama suami.. Sukerrrr tgk Irine, comeyyy gilerrr. Jeles lerr. Nak kawen jgk! ;p
sweet. tahniah :)
alahai, sedeh betol part ayah irine tu, ttbe dah betakong air mate, btw slamat pengantin baru, cpt2 dpat bby ye :)
Wahhh..Sweetnya Irine dengan husband. Semoga berbahagia yea. :)
tahniah irine...:)
this post makes me cry. especially her father part.
may happiness always be with you irine & hubby.
syukur dah isteri orang..hehehhe...tahniah.cepat2 timbang cahaya mata...
tahniah irine! Semoga kekal antil jannah. Be a good wife to amirul and dapat amirul&irine junior yg cute2. Hikhik. Sdeyh baca entry ni lagi2 part ayah,mcm dpat rasa je perasaan irine masa tu :)
so sweet ;) jeles lah~! hehe, btw congrates for once again ;D
congrats dear..sdih bace..tetibe jd takot nk laluu bende2 ni..
ohoittt..sweet la korang.!!!!..sesuai sgt.:)n part mak ayh nk lpskan tu mmg sedih la.uhu.
terharu baca entry irine part parents nih.. T_T
to irine. Tahniah! Selamat pengantin baru! Seronok tak jadi isteri? Hikhik. Sorry. Nak tanya jgak :p smoga kekal and bahagia antil jannah. Be a good wife to amirul and cepat2 dapat amirul&irine junior's. Hee. I'm shooo jelly. Irine part ayah tu sdey sgt,baca je pun mcm dah dapat rasa kesedihan time tu. Irine thenks jemput hari tu,kim salam dkat benjoy skali ;)
tumpang gmbira..seronok bce:)
tahniah kak irine dan abg amirul :) semoga kekal ke akhir hayat :) amin
sweet and touching =') seriously....sob sobb~ selalu tengok org kawen nangis camtu..ohh ok..
bila dah bace n3 ni ade gakla rase emphaty tu..sob sobb
Sedihnya part kak irine peluk ayah tu :(
Apa pun, semoga berkekalan yea.. Barakallahufikum :)
sgt2 suka!!!!!
Sweet moment :-)
berbaur2 perasaan bace entry kali ni.. sedih pun ade, happy pon ade.
sweet <3
smoga irene dapat jadi isteri yang solehah.
biar apa pun yang melanda keluarga,ingat,sentiasa berpegang teguh pada suami dan jaga aib diri sendiri dan suami taw.. =')
As salam...Tahniah buat Kak Irine Nadia...Selamat pengatin baru dan semoga berbahagia disamping suami hingga ke syurga...Semoga Allah memberkati kak dgn suami...Aammiinn... :-D
sweet..! time peluk ayah tu, alahai dah dapat bayangkan dah camane perasaan tu kan.. semoga bahagia kekal hingga ke syurga..!
rasa terharu plak baca post irine nih.. terutama msa irine crita psl ayah irine.. apa2 pun tahniah irine.. semoga menjadi keluarga sakinah ,mawaddah ,warahmah.... :)
Ya Allah , aku menangis membaca entry ini , sedih tetiba , feeling lebih , hehehe =P , btw , tahniah irine !
congrats irine :)
baca entry ni macam teringin nak kawen cepat2, tapi diri sendiri x ready lagi sebenarnya, hehe :P
pape pun, semoga irine bahagia dengan suami tercinta :)
wah. best nyer. sebak rase.. :D
congrats irine :) addin doakan moga kekal hingga anak cucu. ameen
p/s : bila baca ni addin yang sebak. tsktsk
love and hoping akn jejak ke step ini juga soon. tahniah irine..
smoga bahgia d sampaing suami tercinta =)
cinta dlm perkahwinan lbh bahgia.
pahala pon byk..
main2 mata dgn suami pn dpt pahala wooo~hehe :)
Alhamdulillah irine.. :)
May you and husband happy together till Jannah.. InsyaAllah! :D
sweet :')
cuak pulak bila tiba turn cik anis yang tak tau bila akan kawin hehe
Rin terharu baca part ayah irine hug kuat2 tu.sure ayah irine sedih gile nak lpaskan anak bongsu kesayangan kan ;)
tahniah irine... :)smga jodoh berpnjng hngga akhir hyt..amin..
isk..isk..nanes lg baca bile time ayah irine..cm phm je perasaan tu..
Barakallahh!! :D moga kekal ke akhir hayat :D Maaf sebab tak pegi :(
tgok gmbar je pun bleh sebak. btw, congrats irine! :)
happy married irine :)
thniah telah bergelar isteri..ctknya kamu time memakai bju seba putih sama padan ngn suami..bila baca cerita kamu..seriusly sha ngns..terbyg cinta yg sha hadapi skg tidak direstui ole parents :'(
tahniah irene sbb dah jadi milik orang.:) harap dapat menjadi isteri yang solehah dan rumah tangga irine berkekalan sampai ke akhir hayat.
apapun, sesibuk mana pun kita.. jgn lupa tanggungjawab kita sbg seorang isteri ni.. respect with urself. irene memang jenis yang kuat dan tabah. :')
ya Allah besarnya nikmat perkahwinan .. semoga bahagia kak irine .. comel giler akak time kwin nie .. doakan sy menikmati saat saat macam kak irine satu hari nanti ... btw tahniah for ur wedding !
awak buat saya tak sabar nak kawin..ehehe.. ntah bila la boleh pegang title suami ni
bestnyer baca kisah irene ni...nnti cepat2 sambung k yunk..:)
mai pernah baca dlm 1 artikel dulu, ble sorang anak pmpuan kawin, ayah dia lah yg paling sedih berbanding emaknya..
tp kesedihan ayah tu kte tak nmpk sgt coz dye pndai sembunyikan..
Menangis lak baca saat Irene peluk ayah tu...huhuhu
tahniah....semoga cinta kalian hingga ke Jannah. selamat menjadi isteri.hehee
rugi tak dpt hri tuh , huhu . tp pape pon semoga nernahagia hendaknya .. amin =)
congratss irine.. cdeh bc, smoga bahagia sehingga anak cucu n dunia akhirat..:)
enjoy ur new life dear..best kot kawen..hihi
enjoy ur new life dear..best kot kawen..hihi
enjoy ur new life dear..best kot kawen..hihi
cdey pulak part lafaz sakinah dgn peluk2 parents tuh..haisyhh..bez nyer kawen~
sgt menyentuh kalbu membaca ni, syahdu nya bila diri dah sah dimiliki kan.. tahniah sekali lg.. semoga rumah tangga kekal aman bahagia ye, Amin..
kalau tengok vid nanti confirm nanges. haha. tahniah irine! :D semoga berkekalan hingga ke anak cucu. :)
irine!! alhamdulillah.. kagum and terharuu ngan crita cinta kamu. well congrats.. moga kekal abadi ok..
p/s: tolong la sambung lagi sal kahwin korang.. EXCITED doh! =))
irine, area melaka kt mana irine buat inai tu ye?
Sweetnye cerita detik-detik mendirikan rumah tangga..
Tahniah.. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat..
Pertarungan sengit di antara Eyriqazz Vs Denaihati
irine,tgk irine baca lafaz sakinah sambil salam tangan mama irine, rasa sebak sangat.... apapon, happy ever after ye irine .... :)
tahniah n semoga berbahagia hingga anak cucu ye irine n suami...
entry yg ni sgt menyentuh perasaan..sedih sgt bce..
tahniah irine... sweet sangat tengok korang berdua.. Alhamdulillah selesai semuanya ya.. moga irine dan amirul (sama pulak nama suami kita haha)berbahagia hingga ke syurga...
jadi isteri yang solehah dan ibu yang mithali ye.. tak sabar nak baca next part pulak... cantik sangat irine jadi peranten.. lapyulah dikk :))
Irine tahniah sangat2!
Semoga bahagia selalu ok dan dapat anak yang comel2 soleh dan solehah insyaAllah :D
tahniah kak , serious sweet :)
sebak pulak bila baca,,,huhu,,papepun tahniahh,,
sebak bace part ayah tu :'( kasih seorang ayah ni lain sikit dari mak kite semua :)
bahagianya irine...:)
xsabar jugak nak kawin..hiksss
Tahniah erine. Smga mjdi iisteri yg sgt dicintai suami. Smga ikatan pnikhn kekal hingga ke Jannah
sedih plak bace... huhu... smoga bahagia hingga ke jannah ye syg !
salam puan irine..sedih lak akk bace entry nie..aperpun i'm so happy for u guys...demam dh kebah tak???
alhamdulillah...sglanya berjln dgn lncar...giliran naj tak lme lg :) wish me hpy too...
sweet, irin semoga menjalani kehidupan berumah tangga dgn lancar, ape2 pun doa banyak2, (=
tahniah kak irine :) insyaAllah. happy alwayas ya.
barakallah sis!
part yg ayah irine tuh, seriously sedihh gilaaa :'(
menngis baca entry ni kak wuwuw apa2pun,smoga berbhagi.kita pun nk kawen awal la cmni :p
alaaaaaa....touching baca part ayah irene...sobsobsob serius,, you're so sweet and comel..congratulations irene..semoga kekal ke akhir hayat..
TAHNIAH MURNI a.k.a IRINE
SELAMAT SEMUANYA... SEMOGA TERUS KEKAL BAHAGIA DAN CERIA KE AKHIR HAYAT..... TAK SABAR NAK TGK BABY IRINE LAK MUSTI CUMELL CAM MAMA n PAPA DIE>..huhuhu
sweet sangat ! ;')
huhu..akak chomell..sweetnyee ! ;)
insyaAllah moge kekal ke akhir hayat..tahniah akak chomell :)
:)~craftynieya.blogspot.com~
alhamdulillah, irine dah jadi seorang "isteri", dan best ya? amboi !
walaupon tak dapat datang masa kenduri irine haritu, akak sentiasa mendoakan kebahagiaan irine dari jauh.
akhir kata, korang memang sepadan tau ! muka pon terpancar kebahagiaan lepas diijabkabulkan ..
Ikhlas, Kak Marya (:
masa baca awal2 entry ni, nisa dok senyum2.. ambuii seronoknye nak kawen. eh ehh nisa lak yg terlebih seronok.. ahahhaha
tapi sampai je part nikah tu air mata dah bergenang.. baca pasal ayah irine tu ape lagi dushhhh mengalir air mata koooo!!! hahahahaa adehhh kite lak feeling2 tauuu...
TAHNIAH DIK IRINE! Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat inshaAllah :)
Menangis mse tgk gambar ayah irine peluk irine.. Sgt syahdu..
Btw, Selamat menjalani kehidupan sebagai seorg Isteri.. InsyaAllah berkekalan selama-lamanya.. Amin Ya Rabb
cantik sgt..smoga kekal smpai jannah..
tahniah! jelesnye dgn irine nie~~ smoga berbahagia slalu yep ^^
alhamdulillah..semoga irine dpt mnjalankan tugas sebagai isteri dgn sempurna..
congratz irine..
semoga bahagia sampai ke syurga ^^
so sweeeeeeettttttttttttt irine =D
may have blast married yea =)
Alhamdulillah.. tahniah irine =)
sebak membaca entry kali ni.. ble saat kte nti cm ne la plak huhuhu
tahniah dear....pasangan pengantin yg sgt comelll...semoga berkekalan hingga ke akhir hayat....
baca this entry, tanpa sedar bole mengalirkan air mata. congrats dear sis...
tahniah irene~
semoga berbahagia di samping suami.. dan kekal sampai ke syurga..
wish u all the best!
suka tgk org kahwin, macam manalah perasaan tu ya? mesti happy sgt2 kan? hihi ;)
barakallahulakuma wa baraka alaikuma waljama'a bainakuma fi khair.. congrates kak irine ! semoga berbahagia selamanya.. aamiin :)
tahniah irine..
moga Allah memberkati dan merahmati kalian..
seronok baca post ni irene - sejuta kali tahniah - semoga perhubungan bersama suami kekal bahagia hingga ke akhir hayat, *sdih woh tang ayah irene tu...aiseh (lap2 air mata)
kenapa kenapa kenapa saya yang nagesss..... terasa sebaknya... huaaaaa :'(
tahniah tahniah dan tahniah buat Irine dan juga suami.. semoga hubungan yang terbina berkekalan hingga ke akhir hayat dan membawa kebahagiaan sampai ke syurga.. (^_^)
touching part ayah irine dakap irine tu.. T___T
Btw, selamat pengantin baru adik manis! :)
tahniah...sebak bace entry ni...hope berkekalan hingga akhir hayat..=)
congratulations & Alhamdulillah buat Irene n hubby...
entry ni mmg menusuk jiwa.. huhu..
tahniah irene..sebak baca entry ni tau..btw congrats dear..:)
sweetnyeeee... happy kan!
anyway, congrats utk irine, suami dan seisi keluarge! irine same cantik, same padan sgt dgn suami.. match made in heaven.. bercinte dan berbahagialah sampai syurge ye.. amin..
www.diyanamarissa.com
nk nanges..:')
sobsob.tahniah,akak !
semoga sentiasa bahagia hingga akhir ayat.
p/s : xsabar nk tunggu baby akak.:P
tahniah irine.. sweet nye ♥♥♥
congrat irine :) .. best n sebak baca hehe .. happy always dear .. tahniah tahniah. jadi isteri yang solihah oke . tc
Assalamu'alaikum, irine...
tahniah di atas pernikahan irine dan encik suami ^___^
u both sangat comel! semoga perkahwinan ini dilimpahi keberkatan oleh Allah SWT, dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan, InsyaAllah... amin amin amin
sebak...:(
wahh ! sweet sgt kak irine. sebak plop bile bace part sis story pasal ayah sis. semoga kekal sehingga akhir hayat .. :)
salam..
sedih tang part ayah sedih nak lepaskan anak.
sob sob sob..
sabar.kasih sayang tiada nilainya ;)
tahniah irine..semoga berbahagia hingga ke jannah..=)
cantik inai irine!
congratulations :)
wahhhh...so sweet kak irine ngan abg amirul. may Allah bless u, ur husband n ur future kids. hehe.. :) all the pics are so nice. love it!
Tahniah dik..sedih sngt bce entry irine nie..
Semoga kekal selamanye dgn hubby k dear..moga dipermudahkan segalanya and the most important cpt2 dpt baby k..mst comel2 kn :)
tahniah irine. semoga berkekalan ke akhir hayat. manis betul irine ;)
terharu baca entry ni..happy n sedih..time sedih tu rase cm nk menitis air mata..tahniah irine..
Assalamualaikum dear irinie...
subhanallah betapa bahgianya pernikahan dear, semoga menjadi keluarga yang sakinah mawaddah warrahma, salam kenal dari indonesia...
baca entry ini macam rasa happy but akhirnya sedih sampai saya menitihkan air mata. soo apapun bahagia selalu dear...
Thniah irenie
sangat2 sebak bila part ayah peluk irenie tu..kite xrapat sgt dgn ayah kite..i wish i have that moment too..hanya orang2 yang terpilih shaja dapat kawin muda, kerana kahwin muda lebih byk kebekatan.doakan y terbaik untk irenie..
sebak huhu..happy kawin irine
Salam Irine! Tahniah. Semoga Irine dan suami sentiasa bahagia :)
Wah.. berseri2 pengantin ber2 ni. tahniah to both of you. cantikla pattern tudung irine. boleh share? hehe
tahniah kak irine, moga bahagia hingga ke akhirat, moga jd isteri yang solehah :)
sebak nye bc part ayah irine dakap irine 2..dr togk gbr 2 dah dpt bygkan ayh sendiri bile nak nikah nanti..huhuhuhuhu
anyway thniah irine nadia marcello!!!
seoga mjadi isteri yg solehah,& berseri d mate suami selalu..^^
touching la plak bila tgk gmbr dgn mak ayah tu..huhu.. semoga bahagia hingga ke err... smpai,,infinite generation la,haha.. moga kasih korang smpai ke syurga,,aminn...
dlm banyak2 gmbr, gmbr ayh sys dakap sys paling sebak... sgt tersentuh huarghhh rasa nk nangis jugak T.T apa2 pon, tahniah! :)
tahniah!
wlupn terlambat nk wish..hehe
seronok baca entri ni
sweet+sedih+gembira
smoga berbahagia ye!:)
salam.. irine.. trharu, sedih dn menangis bile bace entry ni... perasaan bercmpur baur.... rase mcm kite plak yg jdi irine...
kak irine ! oh kamu sungguh kejam .. sya dah TERnangis bace entry ni ... part ayah kak irine dakap kak irine tu . mungkin sebab sya pun rapat ngan abah . mcm faham aje what u feel that moment .. Hope u'll be together fovever and ever .. Hope both of you be a couple until Jannah <3
untungnya :) TAHNIAH!
sayuuu...... sampai ternangis... T__T
congrate sis...
u r beutiful... and, u have a great parents & wonderful husband.. thx ALLAH... (^^,)
p/s: mesti 'baby' uolss nnt super duper comelll.....
congrate kak irene .. :))
TAHNIAH..
moga perkahwinan sakinah mawaddah warahmah..
cinta yang indah..
walaupun saya jauh di seberang.. tapi rasa dekat je ngan irine nih..
entry y betul2 menyentuh hati..
salam sayang n kenal..
Erra Kyra . blogspot
Sy menangis masa bc ayat ayah irine peluk....terharu tgk ayh yg sgt syg anak dia... :')
Sy menangis masa bc ayat ayah irine peluk....terharu tgk ayh yg sgt syg anak dia... :')
sweetnyer..tahniah atas pernikahan & lovely wedding day! semoga berkekalan till jannah!
=) likes ur outfit so much!
sedih
so sweet ;)
Congratulation Irine n Amirul. Smoga kehidupan rumahtanggakorg disulami dgn kbahagiaan yg berpanjangan...aminn sebak bace entry nieee.
alamak sedihla plak bace entry ni (mengalir air mata)..anyway selamat pengantin baru irine :)
aii irine..congrats again.. seronok bace entry kawen irine.. siap bace secara pukal lg n this entry make me cry..:"(
nway, semoga irine n suami bahagia hingga ke akhir hayat n dapat baby comel2.. :)
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me
sebak baca entry ni..huhu
anyway, congrats and selamat pengantin baru. :) till Jannah insha Allah
assalamualaikum.... taniah irine. semoga kekal bahagia hingga ke syurga. amin :)
series sebak :'(
irine, i love this post so much... really sweet, really...
kak irine, taktau kenapa tapi saya menangis masa baca entry ni. lagi2 bila baca part ayah kak irine tu. sumpah sedih :'(
*dapat sambung belajar kt Uitm Alor Gajah. tp tak ada rezeki nak jumpa kak irine :(*
tahniah kak irene. smoga bhgia brsma suami tercinta. dekatkan diri dengan Allah. mohon petunjuk & insyaAllah kekal hgge k syurga,. sedih & menyayat hati. entry akak,buat sy sebak n sebak. semoga akak tabah hadapi segala rintangan dalam tempoh prkhwinan. <3
skeras2 hati aku,aku pn sebak ble bce entri ni,anyway,thniah..
serious. saya menangis masa baca article nie. akak,moga berbahagia hingga ke jannah. amin. :')
congratulations..semoga bebahagia ke akhir hyat.mmg tabik lah dkt awk.wlupn umur 20 thn,sama umur plk ngn sy,tp dah mampu bina masjid n lksana tnggung jwb yg plng berat dlm sesebuah fmly.
so sweet irine...visit my blog to all readers www.ceriterassibudaktembam.blogspot.com
so sweet lah...untung irine muda lagi dah ada suami,smoga bahagia sehingga ke syurga !
ghajin ghajin lawat lah blog saya, www.ceriterassibudaktembam.blogspot.com
irene..tahniah...lambat tol i comment..cantekkkk n sedehh bc entry neh..sob sob..anyway nak tye..inner tudung tu kan, dia punya lace and bead2 tu mmg ada atau u tempah??cantekkk!sukaaa..nak mcm tu jugak!! =)
awak sgt cantekkk
hehe klakar la rasa sbb ttba air mata bella pun menitis. :') n diri sndiri pun x dapat nak byg lau kawen dlm usia erin nie. muda lagi dah kawen. tp erin kira untung sbb parents erin sporting.. lau cam kite rasanya parents tak akan kasi. msti suh hbskn study dlu. so kna sabar dlu. heee..
sebak sebab da takde ayah tuk walikan sy nikah...n kelibat dia akan sgt dirindui masa majlis nanti....
tahniah irine.... tahniah jugak kt photographer yg berjaya shoot dengan baiknye, sampai boleh bt saye mengalir air mata tgk gmbr ayah peluk irine tu, wp tk nampak muke ayah nagis ke ape, tp dr gambar tu feel dia masuk dalam jiwa.. tahniah....
Tahniah irine, tangkap nangis bca entry ne...
congrate irine...sy nk cari tips sebelum kwen..trlalau kt blog irine..huhu...baca part ni sedih la..trnagis lak..huhuhu...
Btul...huwaa.
Nk jugak bhagia n dpt restu mcm tu.
sedih and sweet :')
Post a Comment