http://irinenadia.blogspot.com/

Another step towards marriage life : Prosedur untuk berkahwin :)


Assalamualaikum.
Tajuk utama entry kali ni sesuai untuk yang darah-darah manis sahaja dan untuk orang-orang yang bakal menamatkan zaman bujang mereka. hueheuhue. Kali ni takyah lah eh nak intro panjang-panjang. Straight to the point :P

Rasanya entry ni mungkin bukan untuk Irine sorang je, mungkin berguna juga untuk readers di luar sana untuk refer. Prosedur untuk berkahwin. Hermm, nampak macam senang, tapi sebenarnya banyak step-step yang korang perlu buat. Sebelum apa-apa, better you all sediakan checklist untuk catitkan apa perkara penting yang patut (wajib) lakukan. Serious, memang perlu semua tu, kalau boleh sediakan lah satu buku khas untuk siapa-siapa yang bakal berkahwin mencatitkan setiap perkara. Sangat membantu. 


Kursus Kawin

Perkara paling penting sekali, hadiri Kursus Kawin! Haaa, kursus kawin ni bila-bila je korang boleh pergi, sebab takde valid date. Sah dan laku seumur hidup. Cuma, kalau dah dapat sijil kursus kawin tu, simpanlah elok-elok, kalau hilang memang parah sikit. Macam bulan lepas, Irine dah pegi kursus kawin. hehe.. Pegi dengan En.Tunang. Kalau nak diikutkan , kalau tak pujuk orang lelaki ni, mesti diorang lambat-lambatkan. huhu. Irine memang takde pengalaman mana tempat nak pergi kursus kawin. Sebabkan tu Irine serahkan kat En.Tunang untuk survey-surveykan tempat untuk kursus. Lastly, we all pilih pegi kursus dekat Bangunan LPPKN, depan Sogo tu. 


Alhamdulillah, Irine and En.Tunang selamat and berjaya hadir kursus kawin selama satu setengah hari. yihuuu! hihi. Tempat kursus kawin pon not bad lah. Ceramah pon ada yang best dan ada yang agak mengantuk sikit. huhu. Yang best sebab dapat ustaz penceramah yang pandai buat lawak. Yang mengantuk kalau dpt penceramah yang x berapa nak buat semua orang celik mata time ceramah. hikhik! So far, ok lah, ada sediakan makanan. Kursus kawin RM80 setiap seorang. Kalau boleh, pegilah kursus kawin dengan pasangan, kalau pegi sorang-sorang or pegi dgn bukan pasangan, nanti tak dapat rasa perasaan seronok tu :P 

Ujian HIV 

Dah setelll kursus kawen, antara salah satu perkara paling penting ialah nak pegi ujian HIV. Ujian HIV ni sangat penting ok! Hari tu, Irine baru je selesaikan hiv test ni. Owh cop cop! lupa nak kasitau, selalunye hiv test ni kalau nak buat, kena set appointment dulu tau, tak boleh terus2 datang, terus nak buat. Kena set appointment dulu. Macam Irine, 2 mgu lepas, Irine and En.Tunang pegi klinik untuk setkan appointment. 


Hari Selasa haritu barulah sampai turn kami. Pihak klinik ni selalunye diorang akan kumpulkan beberapa orang yang akan ambil test hiv dalam satu tarikh.Kalau dah penuh satu tarikh ni, nama akan dimasukkan untuk tarikh seterusnya pulak. Time hari Selasa aritu pulak, appointment hiv test Irine sama date dengan exam Irine. huhuh. Kalau nak cancelkan appointment, memang taklah kan. Dah takde masa nak tangguh-tangguhkan lagi sebab lepas ni nak bawak semua document tu untuk sahkan dengan tok imam untuk belah masing2 pulak. Lepas abis satu exam pagi, terusss pegi klinik. 

Lama jugak nak setelkan hiv test ni. Sebab boleh dikatakan rumit jugak. Orang lelaki senang je, tak banyak step. just masuk bilik pegi ambil darah pastu ambil tekanan darah semua, then dah abis! X aci! Perempuan banyak step! kena ambil darah banyak kali. Darah untuk test hiv dan ambil darah untuk test kencing manis. Sakit tak kene amik darah? Ermm, normal lah, sape nak kalau amik darah. huhu. Bagi yang tak biasa amik darah, mungkin akan rasa takut, contohnya macam En.Tunang sendiri. huhu.Amik darah sikit je dekat hujung jari! haha. Ok lah tuh, kalau yang Irine sendiri kena, 2x amik darah.

Satu amik darah dekat lengan,banyak pulak tu sedut darah :( sakit gak, tapi yang sakit tu bukan time die amik darah, sakit dia terasa bila dah selesai semua. Tangan mmg lenguh, sebabkan tu Irine request nak amik darah tangan kiri,sebab nak exam petang tu nak guna tangan kanan.Risau tak larat pulak nanti. Then, amik darah untuk test kencing manis dekat hujung jari. Dah macam kena stapler je rasa. Walaupun sikit and kecik, tapi pedih rasa kat jari tuh sampai ke malam. Haiyoyo, pening pale! Byk step, dkt klinik pon macam tak berapa sistematik sgt. huhu. Irine dah risau dah, sebab petang tu ada exam yang kedua pulak. Berkejar-kejar and rushing nak abiskan hiv test ni. huhu. 

Tapi takpe, hasil hiv tu memang berjaya buat Irine and En.Tunang tersenyumm akhirnya! :) hikhik!



Alhamdulillah, we all bebas dari hiv. yeayy! dah boleh kawin. huehuehue!
terus senang hati untuk hal ni. :P

Eh jap, lupa nak ingatkan, untuk hiv test, you all kena pegi dekat klinik kerajaan sahaja ok! klinik kerajaan je yang diorang nak! swasta x boleh ye. 

Untuk step yang seterusnya ialah pihak lelaki hantar semua document and borang nikah dekat negeri sendiri. Sebabkan En.Tunang irine sendiri bukan sama ngeri dengan Irine, mungkin jadi agak makan masa sikit. Nak dapatkan pengesahan dulu daripada sana, barulah boleh bawak borong nikah lelaki ke pihak perempuan, and hantar same2 semua document tu dekat belah Irine. 

Kawan-kawan semua doakan lah semua urusan Irine and En.Tunang berjalan dengan lancar k :'D 


Dah alang-alang tulis entry ni, selitkan jugaklah cerita lain. hehe


huhu...tak tau pon blog sendiri terselit dalam Majalah Intrend bulan ni, Mei. 
Tak pernah pon hantar borang dlm majalah ni. Mula perasan bila kawan kat facebook, tego cakap blog masuk Intrend. Terus beli, bila selak-selak nampak blog ada dekat bahagian atas skali menjadi blog pilihan kami :'D Timacih! Timacih! Segan rasanya..huhu..


Muka depan Intrend bulan ni :) Tq Intrend~




58 comments:

BERT said...

makin glamer la irine yang dah glamer ni.. aritu masuk safiyya.. ni masuk magazine plak.. dah banyak kali jugak kan masuk media cetak ni..

syabas dik.. persiapan tu memang penting.. saya dah laluinya tahun lpas.. eksaitet n berdebar2 je kan hehee.. mesti syiokkkk..

step seterusnya.. pastikan borang nikah semuanya lengkap ye.. jangan ada yang tertinggal.. tak sabar nak tengok irine kawen.. mesti gojessssss sangat!! huhu

EmanTheHalia said...

semoga bahagia irine. nanti inshaAllah eman datang kenduri.! janji kene bagi kad! :p

NisaAdnan said...

Aiyoooo rumit jugak yee. byk benor step nak kawin. apa-2 pon semoga berbahagia sokmo :')

Akim Iqbal said...

Ok. Har har har. Susahnya nak kawen :(

aima mazlan said...

alhamdulillah..
^^
semua lepas ;)

Marya Hana said...

wah, semakin berdebar ..
semua persiapan dah hampir siap ya !

(:

khalifah said...

untonglaaa dh nak kwen..ahah..irine berdebar2 tak??cite la perasaan nk jd istri org ni

Useriez said...

taknak baca.. taknak baca.. taknak baca.. hahaa

congrats~

Fienazzuki said...

ouch....belum nak kahwin lagi...tapi teringin tu ada la...(gatal la pulak)...tak dela...my cousin sama umur yang akan kahwin...dowk nasihat dia mcm nie la dia main2 juga cik irine sayang...letih dah...Intrend???Tahniah ya(^_^)

iLiAiSyAhkaDir said...

oooo... macam tu prosedur nak kahwin eh.. bukan aci boleh book tok kadi and kahwin.. aha.. maksud nya mmg kene prepare awal awal lah kan... doakan supaya dipermudahkan segala urusan irine.. =)

saharinasaharudin said...

congrats irine.xlma lgi nak kawin :D

✿CIKA✿ said...

rajin-rajin update tau irine. suka sangt singgah sini.

AdilaAzmir™ said...

nnt kawen jgn lupa jemput, hee:DD

Sally Yatiey said...

congrats cik Irine :D

Cik Anis said...

insyaallah suma bejalan lanar :)

ielaSuhailah said...

best nyew nak tawen dah.. congrats

laskar pelangi said...

semoga semuanya berjalan dengan lancar ye dik :))

hanabunga said...

Waah tahniah k.irine!
Semoga semuanya berjalan dgn lancar ya :)

~AmyLiana86~ said...

samalah kita..baru jer ambik test hiv..tu la best jd laki..ambik kat hujung jari je..tp amy kena ambik kat lengan..katanya wajib test hiv dgn talasmia...alhamdulillah result semua ok..dah nk cuti sekolah ni ramai yg nak kawin kan..hehe

Rtp Farra Arisha said...

weee you'll be getting married soon! can't wait the becoming big day of yours turned to the reality! :'D arisha doakan yang terbaik buat sis and mr.fiancee k!

syahirah Khan said...

wow akk tahniah:)..baru tau org kawin mcm ni susahnya:)

AzelahSaupi said...

da nk jadi bini org da dye ni . congrates banyak3!!

Gadis said...

wahh..x lame lagi Irine plak nak kahwin...hihihi

Cik Maz said...

Eh, Irine kena test 2 kali eh? Sbb i kena sekali je. We both (I n en. tunang) masuk bilik peg. perubatan tu sama2, then dia bagi ceramah skit, baru dia test darah. Tp sekali je la yg ujung jari tu je. Lain tempat lain cara kot.. hehe

TkLyna said...

irine g kursus kt ne smpai amik darah 2 kali? akak bru smlm g test hiv.. kejap je prosesnye.. yg wat lambat akak kne isi borang survey kesihatan, tp tunang akak xpyh pon. borang survey tu bnyk plak tu. akak hentam je..hahaha.mg lambat nk tunggu apoinment..da appoinment pon kne beratur amik nombor..

TkLyna said...

irine g kursus kt ne smpai amik darah 2 kali? akak bru smlm g test hiv.. kejap je prosesnye.. yg wat lambat akak kne isi borang survey kesihatan, tp tunang akak xpyh pon. borang survey tu bnyk plak tu. akak hentam je..hahaha.mg lambat nk tunggu apoinment..da appoinment pon kne beratur amik nombor..

farah hanim said...

hehee
nak kwin da
cngrtz :D

lisa said...

semoga urusan sis dipermudahkan.. amiin :) Just can't wait nak tengok kak irine kahwin !! :)

farrah nufashka said...

hi irene. malas nak baca entry ni pada awalnya, tapi tertarik dan I suka. :)

farrah nufashka said...

hi irene. malas nak baca entry ni pada awalnya. but end up, I tertarik! heeeee :D

Mieya said...

Semoga semuanya dipermudahkan Irine ! Jangan lupa bagi kad tawww :D

Miss Amateur Cook said...

owhhh name irine sebenarnya Fakhrine Nadia. hehe baru tau. semoga semuanya persiapan irine berjalan dgn lancar. insyaAllah ^_^

wanda arry said...

irine sma lah kita..tp wanda buat kursus kahwin tahun lepas bulan 12..yg lain xbuat lagi ni

Cik tikah said...

bestnya dpt masuk majalah senang senang macam tuh je. hehe

Norayu Yusof said...

congrate kak irine x lama lagi nak begelar isteri. semoga bahagia ^^

iyka zulaika said...

tahniah irine nak kawen dah :)

Syira Qahira said...

salam

yang penting jangan buat kerja last minute,,,nanti tkt budget lari..hehe

Mysara Ab Rahman said...

ingatkan nama asal irene mmg irene nadia..rupanya fakhrine nadia..uniknyer..:)

nway, congratz..tak lama lagi bakal bergelar wife org..:)

Cik Puan Tatie said...

yeayyy...

irine, kat seremban hiv tak payah buat appointment esp kat klinik s2, terus serbu je.. btw jangan lupa kasi kad kawen tau! hahaha =D

Izzul Amir said...

kongrats ! sebab pass ujian HIV, sebab masuk inTrend and sebab dah nak kawin. wakaka :')

ema catchy said...

sama lah tempat kursus ngn sy..tarikh beza seminggu..sedihnya..kalo awal siket bley jmp irene

are_lin@yu said...

tak sabar nak tgu pic kahwin dear..hehe..moga selamat semuanya ya..btw ayu baru follow sini..23924 ;-)
nice singgah sini..tak berat sng load..hehe

Fadzly3383 said...

Alangkah indahnya dpt ulang semula saat manis masa brkhwin tu. Ngeeee...
Irine, jgn lupa bg kad tau!! Hihi
Btw, sy org bru d cni. Blog irine sgt sempoi & menarik. Sy suka :-)

misz ierra said...

irine...nk nikah ble? jgn senyap2 taw. hihihi nk g kenduri irine!! huhuhu...

zulhilmi tempoyak said...

tahniah la ye dah nk kawen.. ;p

she sheilla said...

follow me... i'll folo u back...
http://shesheilla.blogspot.com/

cik kitty said...

congrats irine!!btw kitty datang sini :)

http://adia-lutadizaf.blogspot.com

..::Mama Chrysalis::.. said...

Selamat melangkah ke alam yang baru dik....Perkahwinan mengajar kita untuk banyak bersabar....Masa bercinta memang indah...Tapi bila dah kahwin, kita yang perlu berusaha untuk mengindahkannya....Semoga menempuh alam sebagai isteri dengan baik dan sabar...Dan mungkin tak lama lepas tu berkongsi cerita tentang anak pulak pasni...menarik sangat....Kalau ada masalah nk share, jangan segan2 contact akak yer...akak ni pendengar yang setia...

Jemput juga singgah blog akak bila free nnti yer irine...SELAMAT PENGANTIN BARU in advance...:-)

akuskalo said...

FAKHRINE NADIA! ^^ cantik la nama !

♥n-amee-az♥ said...

walking here ;)

cpahniza said...

eh irene...test HIV xyah wt appoiment pon boleh la..maybe tgk tmpat kot...mcm sy xyah wt p teqhuih mek drh setel..xsmpai 15menet...hehe kciannya irene kna tgu lma?but that is 2years ago punya cta la..tgl kngn ja..hehe

Kak Nam Kepoh!! said...

1st time baca entry kat blog ni..mmg best..kak nam terus follow..

miSs ayUni said...

Salam...I'm new..do as i'm doing..follow me ya..thanks...
ayuniasmaabdullah.blogspot.com

Brilliant Marjan said...

semoga segala urusan dimudahkan..sy telah laluinya..

ain dzaya said...

irene!! tade video pre wedding ker?!!

"Binatang pun pandai berkasih sayang. Manusia?".

juicy X said...

WAAAA NTI KITA KONGSI PENGALAMAN KITA PULAK :P

Cik Mizah said...

wahhh...retis gituh...hikhik

Myra Jay said...

Tahniah ye... ;)

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in