Dunia baruku...bersama orang ketiga..



Assalamualaikum w.b.t
and hye to all.

Alhamdulillah diberi peluang untuk jari ni menari-nari untuk menaipkan sebuah entry yang agak panjang dan penuh bermakna dalam hidup saya. Mungkin sebelum-sebelum ni, entry paling bermakna ialah entry hari pernikahan dan hari perkahwinan saya. Tapi, ada lagi sebuah entry lagi penuh bermakna yang saya simpan dulu as a draft dan menunggu masa untuk publishkan pada semua orang :)

Seperti yang ramai tau, saya salah seorang yang berkahwin pada usia remaja yang dikategorikan sebagai "kahwin muda". Bertunang pada umur 19 tahun dan dinikahkan pada umur 20 tahun. Bukan permintaan ibu bapa, tetapi permintaan diri saya sendiri untuk menamatkan zamat bujang pada waktu yang sangat awal dan pada waktu semua rakan-rakan perempuan saya yang lain sedang menikmati zaman remaja mereka. Tapi apa yang boleh saya katakan sebagai gambaran adalah Alhamdulillah. Hidup saya selepas berkahwen sememangnya berubah 360 darjah. Berubah kepada segala-galanya. Daripada hidup seorang, kini hidup berdua bersama suami yang amat saya sayangi :) Satu pengalaman yang sangat manis diberi peluang hidup bersama orang yang kita cintai dan dalam masa yang sama merasa diri ini dicintai setiap hari :') 

Dianugerahkan suami yang sangat memahami situasi saya sebagai seorang full time student. Dia banyak mengajar saya memahami erti hidup bersama dan bagaimana nk menambah kemanisannya. Selepas berkawen saya dapat merasakan betapa nikmatnya sebuah perkahwinan yang "halal" di sisi Allah ni. Ya Allah syukurnya saya mendapat seorang "imam" yang selama ni tak pernah saya minta dan duga akan menjadi suami saya :')

Pada suatu ketika selepas 3 bulan kami mendirikan rumah tangga, terdetik satu perasaan ingin mendapatkan cahaya mata sendiri. What? cahaya mata? Yes, it comes just like that! Yelah, orang cakap waktu muda-muda ni "enjoy" dulu dengan suami. Ditambah pula umur saya pun masih muda 20 tahun. Tapi, perasaan orang yang dah berkahwen ni rupanya lain macam sikit kalau uolls nak tahu. Kalau nak dikatakan sedia atau tak untuk menimang cahaya mata dalam usia muda, Insya Allah saya mempunyai satu tahap keyakinan yang agak tinggi walaupun sebelum ini tahap keyakinannya agak kurang membantu :'D Apa yang terlintas dalam fikiran ni yang menyebabkan saya seolah2 bersedia dari setiap sudut untuk menjadi seorang ibu adalah kerana faktor yang paling dekat dengan saya iaitu sokongan yang tidak berbelah bagi dari suami sendiri. Sebabnye, kalau nk dikira pandangan dari orang lain di sekeling, mereka lebih suka mencmpur adukkan perkara yang baik dan buruk tentang ini menyebabkan saya sendiri agak confuse. So bila suami sendiri yg memberi pandangan, apa yg dikatakannya penuh dengan dorongan dan semangat sehingga rasa nak terus pregnant time tu jugak.haha Lagipun, suami saya pun memang jenis suka melayan budak-budak. Sbb akak kepada suami pernah bercerita, suami saya ni macam ada aura bila duduk dengan budak-budak. Ramai budak-budak seperti suka dengan dia bila diorg bersama, dan dia pandai buat lawak dekat budak-budak walaupun org lain tak gelak pun.heheee

Beberapa bulan yang lepas, setiap hari saya akan pandang muka suami dan berborak-borak dari mata ke mata dan turun ke hati.*Cewahhh..hihi. Suami pun pandang agak pelik. Pada suatu hari tu terkeluar daripada mulut saya untuk menjalani kehidupan suami isteri ditemani orang ketiga dari darah daging sendiri. Pada mulanya hati suami agak berat untuk mengatakan "iyo". Sebabnye walaupun suami cukup memberi dorongan dan semangat, dia pun ada memikirkan keadaan saya sebagai student yang mempunyai komitment untuk menghabiskan pelajaran. Pada awalnya masing2 memang dah setuju untuk tunggu sehingga saya hampir menamatkan pengajian, tapi..... yela bila tengok gambar baby saya senyum sorang2, bila tengok baby orang lain, rase nk culik bawak balik, so disebabkan itulah saya katakan tadi, perasaan wanita yang dah berkahwin ni agak berlainan dan dia mahu menjadikan hidupnya lebih bermakna dari sebelumnya... :))

Klimaks cerita*
Dan pada suatu hari, tepat sahaja 3 bulan pertama kami kawen, kami memutuskan untuk memadamkan perjanjian yang dibuat awal dulu dan keputusan sebulat suara adalah untuk berdoa kepada tuhan supaya dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.. yay!

Seperti tuhan mendengar doa saya dan suami, bulan keempat dah start rasa dalam badan tak selesa. Pening-pening dan kepala saya sangat pusing bila berjalan. Bila fikir-fikir balik, sebelum ni saya mana pernah ada pengalaman kena penyakit migrain. Pelik jugak! haish! Kenapa boleh jadi camni! Takkanlah effect sebab perkara tu kot! haha. Awal sangat pulak kan effectnya kalau ikut perkiraan. Ok takpe, saya senyapkan dulu. The next day, saya makin risau sebab kepala saya still rasa pening-pening dan suhu badan saya meningkat secara mendadak. Kejap-kejap panas, kejap-kejap sejuk. Eh main-main pulak suhu badan ni kan! huhu. Bila berada di tempat yang berhawa dingin pun, badan saya berpeluh dan rasa panas di dalam. Makin risau dah ni. Saya risau bukannya apa, saya hanya terfikirkan final exam dah nak dekat, taknaklah kalau rasa tak sihat macam ni. 

Jadi, saya ambil keputusan untuk mengajak suami saya untuk pergi check di klinik berdekatan dengan rumah. Bila berjumpa doktor, saya pun menceritakan keadaan dan masalah saya pada doktor. Pum pang pum pang saya cerita pada doctor ni! Doctor ni pulak pandang semacam dekat saya. Dalam hati saya berkata-kata "apehal doctor ni tersengih-sengih pulak, aku tengah serius bercerita ni". Terus dia tanya, 

Doctor : "Are you married?". 
Me : "Yes doc, i'm married". 
Doctor : "Mungkin you pregnant kot"
Me : "Eh takkkkkk kottt doctor, mana ada preganant, takkanlaaa preganant " *masa ni jawab sungguh2 sebab nak sangkalkan apa yang doctor cakap tu, sebab confident kalau ikut perkiraan*
Doctor : Selalunya kalau symptom2 macam tu tanda2 wanita pregnant. But mungkin you baru lagi. So, apa kata kalau you try buat urine test dulu (upt).
Me : eh tak payahlah doctor, saya tau kalau saya buat upt, mesti negative punya! (sah2 lah negative kan, sebab aku baru je lepas period beberapa hari lepas tu).
Doctor : Takpe, test je dulu. Kalau negative pun takpe.

Saya pun terkedik-kediklah ikut nurse pegi buat urine test. Hasilnya? Haaa non ado! Negative tau tak! Tunjuk kat doctor dia tersengih je. Suka la tu kan, last2 saya yang terpaksa bayar.haha. Doctor cakap maybe ni terlalu awal lagi, sebabkan tu negative. But dia yakin yang saya ni pregnant. Then, doctor suruh datang lagi lagi 2-3 minggu untuk check semula adakah saya ni betul-betul pregnant. Tapi, doctor dah start kasi saya ubat folid acid, multivitamin dan ubat tahan sakit pening kepala. *macam2 ubat ado


Tepat 2 minggu selepas tu

Kepala saya still rasa pening-pening lagi. Lama pulak tu! Pening2 selama 2 minggu. Badan pun still rasa panas lagi. Ditambahkan lagi bila buang air kecil rasa tak lawas. Bila dah masuk toilet, then keluar, pastu tak sampai seminit, saya dah masuk balik untuk buang air kecik lagi. Haishhh, parah ni! Saya pun google2 laaa dekat internet, apa tanda-tanda wanita pregnant. Yang muntah-muntah loya-loya semua tu langsung tak sama dengan saya. Pening2 tu dah sama dah. Sekali terpandang point "kerap buang air kecil". eh macam sama jee dengan saya. Tapi....eh tak mungkin ni saya pregnant cepat sangat.

**mood masih tak percaye


Punyalaa tak puas hati, saya mengajak suami saya pergi ke Farmasi Guardian untuk beli Upt Test. Selamba je beli tanpa rasa segan silu. hihi. Saya pun belilah upt yang harga RM 14 tu. Hari tu lepas ke farmasi, kami terus ke rumah akak ipar saya. Saja-saja datang jalan-jalan nak melawat ibu mentua sekali sebab dia ada di sana. Sedang rancak suami berborak dengan ibunya, saya pun senyap-senyap pergi toilet. Niat hati nak test upt la konon.hehe. Saya pun test laa upt tu.  Bila letak urine tu, saya tengok laju je line upt tu berjalan. Upt ni senang guna sebab hasil dia cepat! orang cakap 99% accurate. Kalau yang terhasil tu satu line, maka ianya NEGATIVE. Kalau double line pulak, ialah POSITIVE. Saya teruskan lagi tengok hasil upt saya sampai terjojol biji mata, tengok2 je yang keluar ialah satu line sahaja. Haihhhhh..walaupun dekat luaran saya nampak macam cool je, tapi dalam hati saya berharap tau tak. Mengharapkan yang terhasil tu ialah double line. Bila dah tengok ada satu line merah pekat je, terus saya  letak upt tu dalam poket seluar dengan perasaan frust. Keluar toilet dengan muka "toya".


Situasi dalam kereta
Otw balik daripada rumah akak ipar, saya pun cakap dengan suami macam ni :-

Saya : Abg, syg dah test upt tadi dekat umah kakcik (nada konon nk bagi surprise)
Suami : eh bila masa buat? tak tunggu abang pun nak buat dekat rumah. Negative ke positive? (gaya macam excited.hehe)
Saya : Alaaaa negative laaa :(
Suami : (muka xde perasaan) Mana? mai nak tengok upt tu

Saya pun keluarkanlaaa upt tu dari poket seluar. Keluar-keluar je daripada poket nak tunjukkan dekat suami, tiba-tiba???!!! nampak ada dua line! haha. Satu line merah pekat, satu lagi line merah kabur-kabur samar-samar. Terperanjat beruklah saya. Si suami ni pulak ingatkan saya main-main konon-kononnya dia ingat saya ni nak buat surprise dekat dia lagi. Perasan betul.haha. Saya punya terperanjat rasa macam nak gugur jantung tau tak bila tengok ada 2 line tu. Peliklahhh sebab masa awal-awal tadi test satu line je ada. Mungkin sebab saya tak tunggu upt tu, terus-terus masuk poket denagn perasaa frust. Walaupun satu line kabur2 samar2, saya yakin yang saya pregnant. Pernah jugak terbaca yang walaupun line kedua yang terhasil tu tak pekat dan samar-samar, tp ia tetap positive. Mungkin jadi samar-samar sebabkan ianya terlalu awal lagi dan hormon tak berapa kuat lagi.

Hasil upt yang saya tunjuk dekat suami masa dalam kereta otw balik


Saya pun cakap dengan suami jommm kita pegi klinik check! haha, punyalah gelojoh. Suami pulak cakap, sabar dulu. Kita pergi beli satu lagi upt, then kita try awal-awal pagi Subuh esok. Baca dekat internet, the best time untuk test upt ialah awal-awal pagi masa Subuh. Keesokan paginya, punyalah awal saya bangun kan, excited nak test. Suami pun bangun awal.haha. Bangun-bangun je terus buat test. Then biarkan upt tu sekejap. Sementara tu saya pergilah mandi. Selesai je mandi, saya terus masuk dalam bilik tengok hasil upt tadi tu. Terus terukir senyuman di bibir saya melihat upt tu sebab yang terhasil ialah double line jugak. Satu line merah pekat dan satu lagi line merah kabur-kabur..


Ni lah hasilnya. 
Yang atas tu ialah 1st upt yang saya buat dan bawah tu ialah 2nd upt yang saya test awal-awal pagi subuh tu :) Dua-dua hasilnya ada double line dengan satu line lagi samar-samar.

Terus saya buat sujud syukur. Ya Allah, Tuhan saja yang tau betapa syukurnya perasaan saya masa ni. Saya tak mintak secara drastic, tapi Allah yang kurniakan nikmat ni dalam masa yang singkat. Allah tau walaupun saya tak nampak mengharap dari luaran, tapi dia tau isi hati sebenar saya yang saya mengharapkan ianya terjadi :') *sebak time type ni...
Saya menangis dalam waktu solat masa tu....... :') Suami tengok upt, terus tersenyum dan terus peluk saya.. :') 


Keesokannya, saya bagitau abang kandung yang saya pregnant. Dia tak percaya, dia cakap ko tak pregnant kalau satu line samar2. Terus jadi touching time tu bila dia cakap macam tu. Dia tanya last period bila. Terus saya terfikir, period saya dah delay ke sebenarnya ni? Fikiran saya jadi ragu-ragu. Takkan upt tu salah. Puas saya tanya dekat kawan-kawan, macam mana nak kira waktu period. Tulaaah, time sekolah dulu tak focus time belajar topic2 camni! huhu. Kawan saya ajar macam mana nak kira waktu period. Kira punya kira, period saya sebenarnya dah delay seminggu mengikut 28 days cycle. Tapi tak semua orang sama, ada orang 30 hari dan ada orang 33-35 hari macam tu. 

Disebabkan perasaan ragu-ragu tu, saya pergi lagi beli upt. Time ni beli versi "digital" punya.haha. Punyalah tak puas hati. Yang versi digital ni dia terus keluar dekat screen yang kita pregnant or not pregnant. Dan benda alah ni dia tulis sekali berapa minggu kandungan kita. Saya pun belilah dekat Guardian dengan harga RM 29.90. Balik rumah terus test.


So, inilah hasilnyaaa :')
Saya beli upt digital "clearblue". Yang terpapar ialah "preganant,1-2".
Maksudnya, kalau 1-2, kalau check dekat doctor mungkin dalam 3-4 weeks kandungan saya masa tu

Automatic dapat sekali lagi pelukan dan ciuman daripada suami :') Terpancar muka kebahagiaan suami masa tu... Saya pun terus pergi klinik nak jumpa doctor yang sama. Saya pun berjumpalah dengan dia dan ceritakan satu-satu situasi yang saya alami sambil keluarkan semua upt saya. Dia tersenyum sinis dan pandang semacam dekat saya... :( Dia cakap kita scan dulu perut baru kita tau you pregnant ke tak. Doctor tu pun scanlah, sekali tak nampak apa-apa T____T 
Dia cakap, masa scan tak nampak apa-apa. Saya tanyalah doctor tu, "doctor, semua yang saya buat upt ni ada kemungkinan tak saya pregnant?". Doctor tu pulak jawab teragak-agak, dia cakap yang dua upt ni you negative, tp digital ni you positive. "So, i rasa maybe negative". Betapa sebaknye bila dia cakap camtu. Boleh pulak doctor tu cakap "why you come here sedangkan you punya period tak delay lagi!" Dalam hati saya berkata-kata "eh sukatilah, suami saya yang bayar". Dia kata period saya tak delay lagi, padahal saya kira period saya dah seminggu delay. Then saya cakap, ok doctor, i nak try another method iaitu blood test. Blood test ni ialah salah satu lagi cara nak tentukan kita pregnant selain upt. Blood test ni selalunye lagi tepat. Tapi tulah, dia kata result blood test boleh tau dalam 3-4 hari. Kalau dah siap, dia akan call...

Selama 3-4 hari menunggu result blood test, saya menangis depan suami. Saya takut kalau saya sebenarnya tak pregnant. Suami pula cakap dengan saya sambil usap perut saya yang dia yakin ada zuriat dia dalam perut ni.. :') hari-hari dia nasihatkan saya. Sampai nak makan pun saya cakap saya takde selera sebab asyik fikirkan apalah result blood test tu nanti. Negative or positive. Suami paksa jugak saya makan. Dia cakap kalau taknak makan untuk diri sendiri, at least makan demi kandungan dalam baby tu :'( 

4 hari berlalu, saya dapat satu panggilan daripada number yang tak dikenali. Saya pun angkatlah dan bercakap dengan suara perempuan. Rupa-rupanya panggilan tu ialah dari klinik tu tadi. Saya tak sure suara perempuan tu doctor or what, tapi yg pasti bukan doctor sebelum ni. Kita anggap jelah doctor kan.

Doctor : Ni Puan Fakhrine Nadia ke?
Saya : Ye, saya..
Doctor : Ok, di sini saya ada laporan mengatakan puan ada datang untuk mengambil blood test. Dan hari ni resultnya sudah ada. Kelmarin kami mendapati puan punya scan test ialah negative sebabkan kami tak nampak apa-apa masa scan tu. Tapi mengikut blood test puan ni, kami mendapati ianya POSITIVE! 
Saya : Eh betul ke positive ni? Bukan negative kan?
Doctor : Ye! Positive puan. 
Saya : Emm..pregnant la ni?
Doctor : Yes, puan consider as preganant!
Saya : Emm..kiranya ni berita baik laa kan? * boleh lagi saya tanya soklan bodo macam tu.haha.dah terang2 positive pregnant, saya pergi tanya lagi gara2 tak percaya.
Doctor : Yes, Alhamdulillah la puan ianya berita gembira.. Puan boleh datang ke klinik pada hari Selasa akan datang untuk check up seterusnya. Tapi sebelum tu saya nak tanya, sepanjang 3-4 hari ni ada berlaku bleeding tak?
Saya : Haaa.takde2. Bersih je tanpa apa2 pendarahan *yakin je cakap kan..hihi..
Doctor : ok good, jumpa hari Selasa nanti.

Selesaiii :) :) 
Alhamdulillah, kali ni saya tak perlu lagi was-was yang saya pregnant. Betul cakap orang yang naluri ibu ni selalunya lagi tepat. Saya yakin yang saya pregnant dan ianya betul-betul terbukti. 


Hari Selasa seterusnya :-

Saya pergi ke klinik yang sama dan "request" untuk berjumpa dengan doctor lain pulak kali ni. Taknak jumpa doctor sebelum ni. Disebabkan dia saya jadi stress dan menangis selama 3-4 hari menunggu result tu. Saya berjumpa dengan doctor baru pula kali ni. Doctor tu check dan mengatakan yang kandungan saya ni baru lagi dan dia takut kalau kandungan tu tak menjadi. So, untuk meyakinkan lagi, doctor tu nak scan rahim saya dari bawah. Aritu scan perut je. Kali ni, doctor ni dia menggunakan "rod scanner" untuk tolak masuk dari bawah kita tu *seram gile dengar. Dekat rod scanner tu nampaklah jugak dia letak gel pelincir untuk memudahkan lagi masuk ke dalam bawah saya tu. Doctor suruh buka kaki dan terus masukkan rod scanner tu. Saya pulak macam "Erghhhhh..senak.haha".
Doctor cakap "takpe sikit je tak sakit". Masuk-masuk je rod scanner tu, doctor terus cakap, "haaaa..tu dah nampak kantung baby tu". Saya pulak tanya, "mana doctor? mana doctor?"... "Ok yang ni, nampak tak ada tiny dot yang kecik ni. Masih kecil lagi sebab baru masuk 5 minggu kandungan ni :)" Doctor pun panggil suami untuk lihat sendiri. Suami pun "mana doctor? mana doctor?" haha




Gambar 1st time scan :')
Nampak tak dekat tengah-tengah tu ada tiny dot iaitu kantung baby saya.
Masa ni baru cecah 5 weeks dan ianya terlalu awal lagi, tapi dalam hati saya sebak tengok zuriat saya sendiri bersama suami :') Allah mengurniakan rezeki awal pada saya. Tak sampai 4 bulan lagi usia perkahwinan saya, 3 bulan pertama plan dan seterusnya, last-last saya mendapat tau ada sesuatu yang berharga berada dalam rahim saya :') Syukur Alhamdulillah..

The next scan...


Haaaa..nampak tak kantung bulat hitam tu dah makin membesar.macam size sebijik telur..hehe.
Masa ni tengok wowww..cepatnye kantung baby saya membesar.. Kuasa Tuhan kan :)





Lepas tu....tadaaaaaa!  :) Nampak tak kantung yang bulat tadi dah makin membesar lagi. Dah ada janin dan baby dalam tu :')  Masa ni dah nampak denyutan jantung baby, lip lap lip lap berkelip.. Suami je lah nampak, Irine tak berkesempatan nk tgk.Ya Allah, kali ni tengok rasa syukur sangat2, comelnye nampak seorang makhluk Allah yang kecil dalam rahim saya....


Dan sekarang ni, saya berusaha menjaga zuriat saya dengan penuh kasih sayang..Walaupun tidak terbentuk lengkap sempurna lagi tubuh badan baby dalam rahim saya,  saya tetap bersyukur dan menunggu ianya membesar dari hari ke hari.....Dan kalau nak tau, saya dah nak hampir 3 minggu morning sickness :') Sakitnya tahan perasaan muntah, loya, lemah badan, pening2 hanya Allah sahaja yang tau, tapi takpe saya kuat demi baby dalam rahim ni...



Last but not least, thanks for spend your time to read my long entry :') 
Hanya entry kegembiraan yang boleh saya share...
Doakan baby kandungan saya sihat dan cepat membesar :') Doakan juga Irine takde sebarang masalah untuk pegi class dan study sama2 dengan baby. hehe. Doakan baby Irine serap sekali ilmu time lecturer mengajar kat depan :'p































Nikah Dress to rent out


Assalamualaikum.
Dear bride to be out there, Irine nak sewakan my Nikah attire. I have received few emails asking whether im planning to rent my nikah attire. Dah lama dah plan nak sewakan, cuma tunggu sikit masa untuk update dekat blog. Owh ye, btw nanti irine akan sediakan satu ruang khas dekat sidebar for rental  item such as baju tunang Irine (dusty pink), baju Nikah, Long veil for nikah and etc yang boleh dibuat sewa.hihi :'D Memudahkan sikit untuk korang click and tengok lebih jelas.

Nikah attire Irine ni datang daripada idea husband Irine sendiri. Irine n husband setuju untuk malam nikah Irine akan pakai ala-ala jubah. Nampak lebih sopan dan menghormati majlis nikah. So, we all choose Rico Rinaldi untuk siapkan baju Irine. After dah bincang punya bincang, request punya request, lastly Irine pilih Dress Kaftan. I love so much my nikah attire. Kenapa? Sebab apa yang Irine nak dan request sebelum baju tu siap, terhasil cantik depan mata.

Kalau tengok, baju nikah Irine biasa dan simple sahaja. Cuma ditambahkan beads and bunga-bunga kecik cinonet dekat lengan tangan dan long veil. Actually, before kawen memang dah plan untuk nikah taknak pakai putih, nak pakai selain putih. Tapi bila dah nak dekat-dekat kawen, husband cakap kita nak pakai baju putih untuk nikah ni sekali seumur hidup je, at least "merasa" pakai baju color putih. Akhirnye Irine pun setuju =)



Kain untuk baju nikah ialah chiffon. Kalau tengok betul-betul, kain chiffon ni memang jarang. Nak-nak bila dibuat dress kaftan. But dalam kaftan ni Irine pakai Maxi Dress color yang sama jugak (sambung sekali baju dengan kain, serupa macam maxi dress, lengan panjang dan kain pulak ialah flowy skirt kembang). Rico buatkan Irine maxi dress tu as "inner" untuk kaftan supaya bila pakai tak jarang. But serius so nice and so cantek!

Details is as follows:-
Nikah Attire : Dress Kaftan + Pearl White Beads + Baby Pink 3d Flowers
Color : Off White
Material : Full chiffon (kaftan), Maxi Dress (Inner): Lycra, Kain: Flowy skirt.
Size : Can fits size S and M
height : Mcm Irine pakai time ni labuh, tapi tak risau sebab nikah dalam rumah je. Tinggi Irine 157cm.


Contoh baju full macam bawah ni :-



Dress Kaftan. Design baju Irine ialah sama macam yang atas ni. Hasil Rico Rinaldi jugak :)
Cuma Irine buat lain sikit supaya taknak nampak sama. Apa yang lain ialah dekat bahagian leher tu Irine gantikan dengan leher bulat je and takde button dekat tengah tu.So bila pakai boleh sarung je. Dan lagi satu ialah beads dekat tangan tu tak sama macam atas ni. Irine request tambah beads dan 3d flowers dari pergelangan tangan sampai ke atas bahu. Boleh nampak dalam pic baju nikah yg Irine pakai.


Certain orang risau kalau pakai dress kaftan nampak besar and macam 'baju kelawar" kan? huhu.. Bila pakai sendiri baru diri sendiri rasa macam mana best pakai kaftan. Lagi satu, dress kaftan Irine ni dekat dalam baju tu ada "ribbon" tersorok untuk ikat dress kaftan tu dari dalam. So, baju tu akan nampak lebih kemas.




And lastly, ialah Long Veil for nikah.
Irine bukakan jugak sewa untuk anyone yg nak sewa long veil sahaja. Nak sewa ke tak nak ke, depends  k :)



Veil ni paras bawah pinggang Irine. Boleh tengok jelas dalam pic ni kan :) Material ialah kain net + full lace dekat keliling veil (bukan setengah lace je tau) + Pearl white and baby pink Beads + White and Baby Pink 3d Flowers. Anyone yang nampak cantikkk time nikah Irine highly recommend pakai veil camni. Why? Sebab veil ni tak ringan dan bila pakai sangat terletak atas kepala dan best untuk dipusing-pusingkan! ahax! :P Irine sendiri rasa macam nak pakai lagi :P 



Details. Zoom dekat-dekat :)
Sorry letak pic yang sama banyak kali, untuk tujuan bagi korang semua boleh nampak dgn jelas je :)
Irine combinekan long veil ni dengan Inner Neck Medina yang Irine jual sekarang. Boleh order dekat Irine Sweethouse kalau interested jugak k :)



Last but not least, kalau nak tengok betul-betul jelas dan details lagi Irine pakai kaftan nikah ni, boleh tengok semula video nikah Irine di sini :-


Anyway, anyone interested to rent my dress kaftan for nikah, boleh email me directly at
irinemarcello@gmail.com


3 orang penyewa pertama yang betul-betul confirm, Irine akan bagi FREE sewa long veil for nikah. Means, kalau nak diikutkan price for dress kaftan lain dan long veil harga lain. But Irine akan bagi set long veil secara FREE! :)

Jimat tak jimat? :) And please, for those yang betul-betul serious je ok! 


Ok bye2 :)










3 months..






His ring :)
happy 3 months anniversary
29 June 2012- 29 September 2012





Printscreen je lah sng :'p
do follow me @ intagram irine_nadia




Mood : Final Exam start from next week. Pray for me, may Allah ease every single things. Amin..




My new story begins


Assalamualaikum..


Ada kisah yang nak diceritakan..............



Sory entry aritu tergantung dan tak sempat nak ceritakan lg. Takdelah new story mana, just nak updated last week punya aktiviti je. Ok, nak dijadikan cerita, kitorang tak plan pon nak pegi mana-mana weekend lepas. Kalau ada pun plan takat keluar dekat-dekat dengan rumah je. Kalau tak Giant,pegi Carefour. Kalau tak Carefour, mesti pegi Pasaraya Hero kat seksyen 13 sana tu T__T Sadis sungguh weekend kalau camtu. huhu. Mana taknya, dua tiga menjak ni, weekend jadi bertambah busy sikit sebab nak uruskan rumah baru pindah. Nak kemas-kemas lagi. Jadi, masa hari Khamis malam tu, duduk lah sebelah suami yang tengah busy depan meja pc, tah macam mana boleh terrrajak pegi jenjalan. Takde istilah honeymoon, cuma "jenjalan". hehe. Since daripada kawen sampai sekarang still takde cuti sem lagi, jadi faham-faham je lah, segala-galanya postponed T__T

Survey punya survey, jumpa lah satu tempat bercuti ni. Bercuti dalam hotel :P Agak best and syiookk jugak Tapi yang tak bestnya sebab terlalu dekat sangat.ahaxx. Ingatkan malam tu lepas dah survey, macam tak jadi nak pegi sebab bila call hotel tempat yang nak pegi tu diorang cakap bilik yang kitorang nak dah full. Yang ada cuma bilik besar yg ada dua katil king. Dah rasa macam pembaziran kat situ. Semakin banyak katil, semakin bertambahlah harga bilik (erk..macam hipotesis pulak)

Esoknya pulak, hari Jumaat. Setiap hari Jumaat ialah hari yang ditunggu-tunggu sebabnya kelas hari Jumaat memang takde sepanjang hari.hoho. Suami pegi solat Jumaat, on the way dia balik, tiba-tiba dapat mesej drpd husband suruh siap-siap cepat, balik kang terus pegi. . Terusss zaassss masukkan baju dalam bag :)




Tempat yang dituju.
 Grand Lexis, Port Dickson :)
Masa otw, terfikir jugak yang husband cakap semalam dia call hotel, hotel cakap bilik yg kitorang nak full. Tapi tah macam mana boleh ada pulak bilik tetibe. Husband cakap dia try call lagi sekali and orang tu cakap ada pulak biliknya. Kannnnn..gitulah ceritanya.


Walaupun Port Dickson memanglah teramat dekat, tak sampai beberapa jam dah sampai, dann walaupunnnn tak sempat feeling2 bercuti lagi, tapi takpe dimaafkan. Sebab Grand Lexis ni memang bestt sangatttt! Irine sure ramai yang dah pegi bercuti dekat sini kannn :) Hari tu upload gambar dalam istagram pun, dah ramai yang komen cakap dah penah datang sini and bestt.


Hotel atas laut. Salah satu keistimewaan dekat sini. Tapi ada certain bilik yang tak atas laut. Tapi, kalau korang rasa macam sedikit jakun dan seram dan tak berani, boleh pilih bilik yang atas darat punye :)


Our room 2080.
Bilik sebelum disepahkan..kuikui..


Haaaaaa..tadaaaaaaa! :)
Private pool in our room. Jangan pelik tau, sebab pool ni memang sedia ada dalam bilik kitorang :) Kata pun private pool. hehe. Automatic rasa macam heaven gilaaaaa ada pool dalam bilik sendiri! Sebenarnya, bilik yang kitorang nak ialah deluxe suite (above the sea). Duduk untuk dua orang je kan. Tapi masa kitorang datang and nak check in, receptionist cakap dia upgradekan bilik kitorang kepada "premium pool villa" secara FREE. hehe. Maybe sebab time kitorang datang takde ramai orang lagi, sebab tu dapat free2 je bilik di"upgrade"kan jadi 2x ganda besar. Ok lah tuh rezeki.hehe. Untuk premium pool villa satu malam dalam Rm700++ something macam tu. Kalau nak details lg, sila tanya En.Google.hehe


Inside the room.
Pool bersambung dengan bilik, bersambung jugak dengan toilet,kitchen, dengan tempat nak make-up2.
sangatttt luasssssssssssssss ! =)


Mandi puas-puas :)





Siap ada pelampung lagi tu. Pelampung sangat kerassss, macam bertahan atas batu. huhuhu. 


Shortcut nak pegi ke mini kitchen. hehe
Jalan tepi-tepi pool tu je dah cukup :P 


Yang ada dua pintu tu, ialah toilet. 


Riang ria Aidilfitri nya mukaku main air. huhuhu..


Pool ni dalam dia 4kaki. So jgn risau kalau anda x boleh berenang ke ape ke..sebab tak berapa dalam mana pun, tapi puasss lahhhh..hehe.


Takde motif langsung letak pic ni :P tapi rasa macam nak letak jugak.kikiki...




Ada shower jugakkk dekat hujung pool ni. Depends lah nak mandi sini or dalam toilet kat dalam tu :P 


Semua gambar ni bukanlah Irine yang snap. tapi husband yg snap time Irine tengah tido.. :)



Bilik kitorang kan atas laut. Masa baru-baru sampai, bila pijak lantai bilik nampak air laut cantikk sangat dekat bawah ni. Tapi bila esoknya, bangun-bangun pagi je dah nampak air pantai dah surut. Tinggal pasir je kat bawah lantai bila pijak. 


Me in Poplook's Maxi Dress :) 


Emm..untuk hotel Grand Lexis ni mmglahhh irine suggestkan sangat-sangat semua orang pegi dan rasa sendiri bcuti dkt sana :)

Ok bye..
Salam..







I want to let go my Coach Poppy Collection.Anyone intrested?


Assalamualaikum semua.
Short entry from me..hehe. Owh ok ok, before tu nak tanya, ada sesiapa peminat Handbag Coach? Irine nak let go one of my collection. Coach Poppy Handbag.

Details :-

  • 100% Original Coach
  • 100% NEW! Tak pernah guna, still ada tag lagi dekat tepi handbag kalau perasan dalam gambar ni.
  • Reason to let go : Dah ada handbag coach yang lebih kurang sama design macam Coach Poppy ni.hehe. Beli time sebulan sebelum nak kawen (padahal bag hantaran baru je beli  time tu..ggrrr)
  • Price : RM 650 
  • SOLD!



Coach Poppy (PINK)




Dalam handbag ni serba pink..
Cantikk kannn?









SALE !! Special Inner Neck Medina by Irine Sweethouse :)


Assalamualaikum . Hye semua.
Untuk hari ni, macam yang Irine janjikan di facebook dan instagram, Irine akan start buat jualan untuk inner "special" ni. Owh lupe, sebelum tu bagi yang tak tau lagi, sepanjang tiga-tiga majlis Irine (nikah,resepsi dan bertandang), Irine tak guna langsung tudung awning keras. Alasannya sebab susah nak carik awning tudung yang mengikut bentuk muka. Bagi bentuk muka yang bulat macam Irine, Irine lebih suka pakai inner tudung. Tapi bukan inner yang biasa. Inner yang Irine jual ni best dan special sikit sebab bila pakai tidak perlu nak tetas-tetas lagi di bahagian belakang inner. Dannnnnn, korang perlu tau jugak, inner yang Irine jual ni material lycra dan bukan inner pendek, tapi inner neck. 

Kenapa korang semua patut cuba inner yang Irine jual ni? 

  • Inner ni ada jahitan special tersendiri, berbeza dengan jahitan inner lain.
  • Inner ni sejenis inner neck yang boleh dipakai harian, especially bila pakaikan dengan shawl, (shawl kan jarang), boleh cover bahagian leher. Daripada pakai inner separuh, better pakai inner neck kan?
  • Inner ni bila pakai tak perlu nak risau kalau pakai akan jadi senget ke ataupun risau inner ni jadi tak selesa disebabkan selalu bergerak ke depan bila pakai or whut so ever..
  • Inner ni senang dibentuk mengikut gaya dan cita rasa kita. Macam Irine, Irine lebih suka bentukkan inner Irine nampak muka jadi bujur dan tarik inner tu ke tepi pipi. Ada sesetengah inner bila pakai, akan berada di atas daripada pipi. Itu yang akan menampak pipi kelihatan seakan-akan tembam .
  • Ada yang tanya, inner ni Irine pakai dan letak awning ke? Jawapannya, tidakkkkkkkkkk :) Inner ni memang dah nampak terletak dekat muka bila pakai. 
  • Inner ni sejuk dan tak panas. Jenis material lembut.
  • Bagi bride to be yang rasa-rasa macam nak cuba pakai inner ni time hari bahagia anda, highly recommended! Korang boleh beli inner kosong daripada Irine ni, dan create something different hanya dengan jahitkan beadings dekat atas dan tepi inner (macam inner cream yg Irine pakai time nikah).
  • Inner size : FREE SIZE :) Sesuai untuk semua yang ingin kelihatan muka bujur :p 

Contoh-contoh gambar inner yang Irine pakai semasa majlis Irine, boleh dilihat dalam link entry di bawah ni :- 




Inner Neck Medina

Price : RM 29
(not including postage)



Koleksi color inner neck Medina


Inner neck Medina 001

Inner neck Medina 002

Inner neck Medina 003

Inner neck Medina 004

Inner neck Medina 005

Inner neck Medina 006

Inner neck Medina 007

Inner neck Medina 008

Inner neck Medina 009

Inner neck Medina 010

Inner neck Medina 011

Inner neck Medina 012



Untuk 1st batch ni adalah stock permulaan. Jika stock habis, setiap minggu inner ini akan direstock.


Sila baca dan fahamkan berkenaan stock inner di bawah ni :-

  1. Inner neck Medina (1st batch) akan diambil order sehingga hari Jumaat ni, 14 September 2012. Procedure order dan bayaran boleh refer di website Irine Sweethouse
  2. After 14 September, order akan ditutup, dan proses jahit daripada tailor akan mengambil masa 3-4 hari (tidak termasuk hari sabtu dan ahad).
  3. Irine akan postkan inner pada customer selepas siap dalam masa 3-4 hari untuk setiap batch.
  4. Date untuk next batch akan diupdate dari semasa ke semasa.

Untuk order, boleh order di website IRINE SWEETHOUSE di bahagian
"Fashion - Inner Neck Medina"




Shopping for beauty, health & satisfaction





 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in