Wordless Wednesday - Please come to Mama ! pleaseeeee -,-


Salam.
Aku mula menjadi seorang manusia yang tidak tentu arah apabila melihat semua ni -,-


Kotak pink diaaa pon dah buat aku cairrr T_________T


Nikon 1 Pink Edition
Haihhhh..lemah betol tengok set nikon pink ni 


Kenapa cantikk sangatttttttttttt T______T


 Ini tidak boleh dibiarkan





Walaupon nampak macam mainan, tapi berjaya buat aku tak senang duduk


Harusssss aku dapatkan camera ni !
Please come to Mama!! Pleaseeeeeeeee

Ok bye









My fevretttt Maysaa Scarf


Assalamualaikum. 
Selamat berhujung minggu semua. Just entry untuk review ape yang baru dibeli aritu. haha. Aritu Irine ada lah jugak belek-belek banyak jugak blogshop. Biasalah perempuan, kalau bab menghabiskan duit dengan online blogshop memang tak sah. Irine adalah one of them. wuuuwuuuu~ Memang dah lama berkenan di hati nak try beli Maysaa Scarf. Nampak macam cantikkk bila orang pakai. Model pakai pon cantik. Selalunya kalau beli apa-apa barang di online blogshop, mesti macam cepat terpedaya and cepat terpengaruh. 

Al-kisahnya berbunyik begini, bila tengok model pakai apa2 jenis tudung or whuteva, cantik and nice. Bila parcel dah sampai di rumah dan empunya diri yang cuba untuk menjadi cantik seperti model tersebut, hampa sebab tak sesuai dengan muka sendiri. ngehhehe. Ok, itu adalah Irine sendiri :P  

Maysaa Scarf
Consist of a satin wrap band snood and a chiffon scarf snood.

 

Cantik kann? Nampak elegant and moden 


Kenapa Irine suka Maysaa Scarf ni mungkin sebab scarf ni ada zip dekat bahagian belakang dia tu :) Senang nak adjust muka nampak tak bulat * padahal kalau muka memang daripada azali memang bolat, tak leh watpe jugak sbb tetap nampak bolat.. hihihi






Best memang best sebab dia siap sekali gus dengan inner neck kan. Tak yah nak mengada-ngada buat-buat rajin kau nak pegi tetas dekat bahagian hujung inner ni kasi nampak muncung. huhu. Memang dah siap zip, ikut keselesaan korang lah nak adjust kemuncungan muka sendiri :'D 

Then, yang specialnya maysaa scarf ni sebab dia mempunyai jahitan tirus pada tengah-tengah dahi  untuk elakkan muka korang nampak bolat. Tak panas dan tak rimas. Tu yg penting. Boleh juga menutup dahi yang luas ataupun dikenali sebagai flower horn ye :p ahax




 I really like the black one a lot. Senang nak matchkan dengan banyak tudung dan baju. Muka model berkulit gelap hitam manis ni comel pulak bila dia pakai inner semata macam ni je. hehehe. Tapi baik2 tau masa pakai inner ni. Sebab inner ni kan ada zip dekat bahagian belakang dia tu, so bila pakai hanya tangan kita je yang menggapai zip tu dan terussss zapppp bawak naik atas. Rambut tu ikat elok-elok ye semua. Nanti takut zip tu stuck dengan rambut uollss. Like me! haha. Sakit ! huhuhu.x pasal2 membazir 2-3 helai rambut masa tersalah zipkan inner ni. Biasalah tu, kali pertama mencuba kan, gayat orang cakap. haha.




 Yang ni version diri sendiri bila pakai dan mencuba Maysaa Scarf ni. haha. 
Nampak cam kelakau pulak. Tapi so far, agak selesa jugak lah bila pakai. Feeling2 minah arab bila pakai inner macam ni. hoho :'D Nampak macam lain sikit kan, mungkin raut wajah dah bertukar ke bentuk lain. Tapi yang bestnya, tutup bahagian dagu tu. Automatic nampak dagu runcing semacam, x yah nak suntik-suntik vitamin C bagai. haha. Uuuppsss :P

Boleh beli dekat blogshop ni :) tempat irine beli.
http://demyrashop.blogspot.com/

Ok bye2.






Wordless Wednesday - Project The Book Of Love



sebenarnya dah ada tulisan dan ayat-ayat yang aku dah tulis kat bawah gambau tu. tapi, bila ambil gambar, jelas pulak satu-satu perkataan yang aku tulis. kantoi pulak kang boleh main zoom in zoom out.. ehehe

Bilaaaa nak siaappppp pun tak tauu.. hehe. yang penting kene siapkan satu-satu page dalam keadaan dan mood yang baik dan cukup rajin. Nak perah otak satu-satu ingatkan balik kisah silam awal perkenalan bukan senang. haha. Takut terpesong jadi cerita orang lain lak nnt :P


Gambar ni dekat Genting aritu aku suka sanad-sanad! ( owh ok, sanad2 tu sangat2 ok, aku mengejek cakap budak2 sekolah yang suka cakap camtu je :P )


Makin hari makin tebal dengan isi.





Ok bye~

Nak tak pakai ape-ape baju je mesti nampak SLIM ? SPANX adalah jawapannya


Salam dan selamat hari Selasa semua. hihi. Aku cakap awal-awal dulu k, entry ni sesuai untuk kaum-kaum yang sejenis dengan aku je lah, kaum perempuan :) Kaum perempuan mesti akan tertarik dengan entry yang aku nak suggestkan satu benda alah ni. Kalau aku sendiri pon dah tertarik, apetah lagi yang kat luar-luar sana tu kan? Pernah dengar tak SPANX ? Maybe ada yang tak pernah dengar SPANX ni? Irine sndiri tau pon daripada one of my friend yang tak lama lagi bakal menamatkan zaman anak dara dia. hehee. 

Irine ceritakan sedikit apa yang Irine tau about SPANX ni ok? Spanx ni created by Sara Blakely. Selain spanx, ada lagi 1 brand yang effect dia macam spanx but much more cheaper iaitu ASSETS by Sara Blakely. Assets ni dia lebih targetkan customer yang low budget sikit lah :) tapi ok je. Yang Spanx ni pulak, favourite by Hollywood Celebrities macam Tyra Bank. Kenal tak Tyra Bank? Kenal kan. hehe. Yang penting dan yang korang kena tau, FUNCTION sebenar Spanx ni BUKAN UNTUK MENGURUSKAN ok. tapi ia memberikan kita nampak lebih INSTANT SLIMMING EFFECT. Kira kalau kita pakai spanx ni, memang nampak slim sangat. Spanx ni takde teknology mcm PB tu tau, Irine cakap siap2. Lagi satu, yang patut korang tau, SPANX TAK SAMA DENGAN CORSET. Spanx ni more to hide spare tyre, taknak kasi nampak bahagian yang menggeleber2, hide muffin tops, so bila pakai spanx ni nampak smooth and firm je. Yang penting, ianya sangat selesa sebab material dia mmg strectable . Boleh nampak sendiri material spanx ni memang cormfortable.


Antara jenis-jenis SPANX.

SPANX ni dah lama ada. SPANX tersenarai as Oprah's Top Favourite Items. Kalau Oprah sendiri pon suke dengan barang SPANX ni, for sure la Spanx ni barang yang tersangat bagus kan? Hollywood celebrities pon mmg ramai yang suka SPANX.Kalau tak percaya, boleh lah tonton video youtube about spanx kat bawah ni :) Mesti korang teruja gile macam Irine sndiri. heheheh.





Favourite items! :) HOT SELLING !

Berminat tak nak jadi slim and nak hidekan ape yang patut ? Expecially kaum wanita yang nak kawen tak lama lagi, nak nampak cantikk jeee bentuk badan bila pakai baju nanti.Macam mana nak order? Haaaa..senang je. Korang boleh contact kawan Irine sorang ni, jgn risau, dia memang alam mesra. hoho.

Nama dia Kerry, boleh email dia untuk tanya dengan lebih lanjut.
Sila email dia untuk pertanyaan : kerryblogshop@yahoo.com
Nak tengok banyak lagi jenis SPANX boleh masuk dekat blogshop Kerry ni :
BLOGSHOP KERRY








Kami sayang kucing. Bagaimana anda menunjukkan rasa kasih sayang anda terhadap seekor binatang kesayangan Nabi ?


Assalamualaikum dan hye again.
Rasa macam dah lama tak membebel-bebel kat blog sendiri. Buruk perangai rasanya tinggalkan blog sendirian macam tu je. Tapi ape nak buat, masa memang takde untuk seminggu lepas. Bisness pon agak tergendala sedikit. Sekarang dah kembali normal sudah. Jadi, untuk minggu yang baru ni, minggu untuk aku update kan beberapa entry. Ok sudah, tinggalkan mukadimah di situ. Back to the topic, kami sayang kucing. As u all know, aku adalah antara salah seorang daripada berjuta dan berbillion manusia dalam dunia ni yang penggemar kucing :'D  And aku jugak adalah salah seorang yang membela kucing. hehe.



Bagaimana aku start untuk membela kucing? Ceritanya begini, ( dah start ni ). seingat aku, masa umur aku  sekolah rendah rasanya, ada laaaa seekor kucing ni ulang-alik dan merayau-rayau depan umah aku. Aku rasa dia macam nak usha-usha aku. Maklumlah, masa tu muka aku muka kanak-kanak lagi. Mana tak nya kucing tu terpikat dengan muka freshie aku tanpa tompok-tompok jerawat kann. haha. Ok aku tipu je. Pastu, pastu, pastu, lama jugak lah kucing tersebut survey2 rumah aku, aku pon jatuh hati tengok kucing tu. Serius aku cakap, kucing tu biasa-biasa je. Bukan kucing parsi yang terlepas, tapi ni jenis kucing terbiar dan kucing jalanan sahaja. Tapi bulu dia cantik lahh, walaupon bulu pendek dan kontot. Colour putih + kelabu tompok-tompok.

Mula-mula, aku saje je kasi dia cuba hidangan terhebat daripada aku iaitu nasi digaulkan dengan beberapa ekor anak ikan bilis. Mahal jugak tu hidangan tu. Mak aku dah bising-bising anak ikan bilis dah habis kat dapur. haha. Aku tengok kucing tu enak sungguh dia makan hidangan aku.  Aku pon ape lagi, rasa macam dihargai. Lantas, aku terus berkejar ke pasaraya termuka, mencari makanan kucing. Aku pilih makanan "friskies dan whiskas". Aku fikir jugak, kucing ni suka makan makanan jenis biskut ke atau jenis sardin. Aku cuba membayangkan aku sendiri yang makan, sedap ke tidak rasanya antara kedua-dua makanan ni. haha. Last-last, aku beli kedua-duanya skali.

Balik je rumah, terusss sediakan makanan yang baru sahaja dibeli tu dan tuangkannya ke dalam satu "mangkuk khas" kucing tu. Yang sedihnya, batang hidung dan kelibat kucing tu tak nampak pulak time tu. Aku dah sedih, sedih sebab habis duit aku beli makanan byk2. haha. eh xde lah, bukan camtu, sedih sebab kucing tu tak datang laaaa T___T . Aku cuba pelbagai taktik nak carik kucing tu supaya aku boleh tunjukkan dekat dia, yang aku dah belikan makanan mahal untuk die. hihihi. Kan aku cakap tadi, aku ada mangkuk khas isi makanan die tu kan, aku cuba lah hentak-hentak mangkuk plastik tersebut kat atas lantai, hentak sekuat mungkin, mane lahhh tau kalau kucing tu dengar. Hentak punye hentak, ketuk punye ketuk mangkuk tu, akhirnyaaaaa..kucing tu datanggggggg berlari-lari terkedek-kedek ke arah aku. So sweet!

Maknanya, dengan adanya mangkuk khas yg aku hentak2 tu, dia boleh kenal cara aku panggil dia nak makan. huahuahau. Baguslah kucing ni. Aku ambil keputusan, terussss melantik kucing tersebut menjadi kucing peliharaan aku :):) Eh lupa lak nak kasitau nama dia. Disebabkan time tuh, kucing tu dah rasmi jadi kucing aku, so, aku namakan dia "Dak Cheng". Since dia duduk Melaka, wajiblah ada nama panggilan "dak" di awal nama. hehehehhe.


Ni laaa diaa "Dak Cheng" yang aku dok bebel-bebel cerita pasal kisah silam dia tu. hehe. Macam yang aku cerita tadi, kucing ni kucing biasa saje. Takde bulu-bulu panjang mencecah ke bumi. Ni je yang tinggal kenangan aku dengan Dak Cheng. Sebab Dak Cheng sekarang dah takde =((

Kalau nak tau, aku jaga dan bela kucing ni daripada dia zaman anak dara, sampailahhh dia melahirkan zuriat. Banyak trip plak tu beranak! haha. Puas aku dok jaga dia time nak carik tempat beranak. Happy gile kot, sebab kucing yang kita sendiri jaga tanpa tahu asal usul dia, last-last bagi kita cucu yang banyak. haha. Gambar ni gambar yang aku snap dekat album Dak Cheng ni. Aku siap hasilkan album khas tauu untuk perkembangan kucing aku ni. Daripada awal, sampailah dia baru lepas beranak.  Dan yang paling sedihnya, akhirnya Dak Cheng menghembuskan nafasnya buat kali terakhir sebab ayah aku cakap dia sakit cherry berry ( cirit-birit ). Badan dia jadi lembik dan terus mati. Aku punya sedih time tuh, punyelahhhh tak hengat dunia. Sampaikan 2-3 hari aku tak boleh terima kenyataaan. Aku tidur bawak gambar dia howkayyhhh.. Nangis teresak-esak sebab dia tinggalkan aku macam tu.  Dengar dan baca entry ni macam lawak, tapi tu lah antara salah satu pengalaman pertama aku menjaga kucing yang tanpa tahu asal usul dia.

Bermula dari tu, aku start berjinak-jinak dengan kucing parsi pulak.haha. Tetibe kannn. haha.


Ni antara rumah untuk kucing-kucing aku dekat rumah. rumah banglo versi kucing jugak ni. haha.

Yang ni pulak, kucing kesayangan abang aku. Kira kalau tu abang aku, yang ni pulak, dikira kucing aku lah jugak kan? haha.


Name : Xaarel Aqasha  (grey colour)
Age : 2 tahun
Gender : Male

Name : Xaara Armani ( orange + black colour )
Age : 1.5 tahun
Gender : Female

Comel kann? hehehe. Nama nak kalah justin bibir.



Pasangan bahagia :) Baik je dua ekor ni. Memang kawenkan dua-dua ekor ni :)
Si betina tu nampak cam terpaksa lak. haha


Aksi menggoda kucing jantan terhebat . Masa ni dia kecik lagi rasanya. sekarang ni dah makin gemok, montel, tembam, dan gagah perkasa.


Otw nak pegi grooming class. hehe. Nak potong-potong ape yang patut, nak mandikan dia, nak wangikan dia.


Xaarel Aqasha diangkut ke mana-mana je oleh abang aku. haha. Termenung dia duduk dalam kereta. Nasib baik dia jenis kucing yang baik. dengar cakap tuan. hehee. Walaupon duduk dalam kereta and ada cage dia, takut die lemas, sebab tu kasi je dia duduk kat mana-mana dia nak. Asalkan jangan lari ikut tingkap kete sudah. uehuehuehue


Nampak tak tangan Xaara Armani tu berbalut ? Haaa..time ni si Xaara terjatuh daripada bilik abang aku. huhuhu. Ngeri aku dengar cerita dia jatuh time ni. Abang aku cepat-cepat bawak dia ke klinik nak selamatkan Xaara Armani. Muka dia sedih je kannn? Boleh nampak kannn?


Xaara Armani dalam keadaan yang sangat lemah time ni. Satu badan dia lembik. Tak boleh nak bergerak aktif.


Makan time :)
Haaaa..ko mampu suapkan kucing makan pakai sudu? hehehehhe. Masa ni Xaara Armani memang dimanjakan sangat sebab kondisi dia pon memang lemah. Jadi, semua benda abang aku yang uruskan. :) Sweet jugak abang aku ni. Kalau dengan kucing pon dah caring macam ni, belum lagi dengan manusia kan? HEHEHE.

Ok itu sajaaaa untuk pagi ni :)
Harap semua terhibur dengan entry panjang lebar aku ni. 
Chaw~





Sebelum kawen cantik, selepas kawen tetap dan lagi cantik


Salam and Hye ~ Selamat malam :) 

Siapa yang aku maksudkan sebelum kawen cantik, selepas kawen pon tetap dan lagi cantik niii ? hehe. Orang yang aku maksudkan tu ialah Elyana. Kenal lagi tak Elyana yang mana? Nih haaa, kalau tak ingat, aku ingatkan, Elyana yang suka nyanyi kat atas pentas dengan berkaki ayam tuuuuu.. Semua memang dah tau kan, Elyana dah pon kawen and after dia kawen macam senyappp je dia. huhu. Now, dia dah pon dapat cahaya mata. Anak dia pon comel sangat ok.


Jangan pelik kenapa aku buat entry pasal Elyana. Jangan tak tau, aku daripada dulu memang peminat Elyana. hoho. Since dia budak2 lagi kottt.. Siap jadi follower blog dia howkayyyh. Pernah la jugak terniat hati nak tulis and hantar surat kat dia. hoho. Tuh dululahhh~ duluuu ok :'D  Comel dan cantikk kann Elyana sekarang? 


Yang tu baby girl Elyana :) Comell kann. hehe. Sape tau nama anak dia ni? :P
Nama anak Elyana ni ialah "Cinta Sumayyah".

Pelik? Pelik sebab nama anak dia "Cinta". Haa..yg tuh aku x  tau lahh, ko tanyalah dia dan husband dia sendiri kenapa letak nama Cinta. hehe. Bila aku cerita dengan mak aku aritu, mak aku terus cakap, nanti kat skolah nanti, cikgu dia nak panggil ape lahhh kan. huehuehue


Gambar the latest Elyana, suami dia dan anak dia. 
Happy Family :) Walaupon Elyana bila dah kawen and dah ada anak, nampak berisi and tembam sikit, tapi aku rasa sebabkan tuh la muka dia lagi nampak berseri-seri dan cantik. Tapi suami dia daripada sebelum kawen sampailah sekarang, totap maintain kuwusss. heheh. Jom layan dan cuci-cuci mata tengok hidup baru Elyana sekarang.










:'D 
Suka sebab nampak macam bahagia yang teramat sangatt :)
All pic credit to blog Elyana :) 



Wordless Wednesday - cinta muka buku..eh cinta muka bulu..



Pertemuan muka buku~

Rasa macam tak boleh nak hilangkan perangai aku sendiri daripada dulu suka menulis diary. Walaupon dulu, diary aku suka main skip-skip hari dan tarikh. huehuehue. Asal ada mood, aku menulis. Asal ada mood jugak, aku meluahkan. Dulu stop menulis diary harian sebab ada dan terhasilnya blog ni. 

But now, aku rasa, kewujudan secret diary memang patut untuk aku..
Dalam diary daripada A-Z boleh kita ceritakan. Perasaan kita, emosi kita, suka ke, duka ke, and bla bla bla..

Tugas seorang Mashu....



~ Mashu ni lahh yang tidurkan mereka.
~ Mashu ni lahh yang mandikan mereka
~ Mashu ni lahh yang layan mereka.
~ Mashu ni lahh yang tolong meleraikan pergaduhan antara mereka adik dan abang
~ Mashu ni lahh yang tandatangan buku mengira & buku mewarna mereka
~ Mashu ni lahh yang bagi 2-3 bijik bintang bila mereka mewarna dengan cantik dan kemas
~ Mashu ni lahh yang kadang2 jadi guru disiplin mereka kat rumah. Ewahh..huhu
Mashu ni lahh, hermm..pape je lahhh. hoho

Senang cite, Mashu sayang korang :'D

( dah macam puisi pon ada..hoho)


10 Petanda Dia Jodoh Kita


Assalamualaikum. 
Aku cukup tertarik dengan satu artikel di iluvislam.com
Mungkin ianya ada berkenaan dengan kita semua. Terutamanya dalam mencari jodoh. Jadi, aku rasa tak salah kalau aku sharekan artikel ni pada anda semua terutamanya pembaca blog aku ni. 

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
-Artikel iluvislam.com

Jadi, antara sepuluh-sepuluh petanda ni, adakah semuanya ada kena mengena dengan anda? Katakan YA atau TIDAK. hehe

Selamat berbahagia semua :) 


PEMENANG GIVEAWAY daripada Irine Nadia :)


Assalamualaikum and Hye all.
Maaf sebab malam tadi Irine tak dapat nak announcekan pemenang Giveaway seperti yang dijanjikan. Entry untuk announcekan pemenang dah ada dalam draft, tapi tak sempat nak publish. Ok, seperti yang dijanjikan, pemenang GA daripada Irine ni akan memenangi Product Miracle Tab yang bernilai RM 150 ( Tab soap & Hd Glow). Seramai 250++ peserta yang join GA kali ni.Fuhhhh..bukan senang ok nak pilih. Ada tuh entry memang dah cukup bagus, tapi malangnya tak mengikut dan menepati syarat-syarat yang Irine berikan. Seperti yang Irine nak aritu, irine just mahukan entry yang simple, ringkas, kreatif tapi padat :) 

Now, pemenang yang bertuah ialah..
jeng jeng jeng....
...
....................
.................................................
.........................................................................
............................................................................................




hehehe..


SAYA SUKA MENAIP

Yeayyy! Tahniah pada Nisa yang suka menaip sorang ni. heheh. Boleh click link entry Giveaway di atas :)

Ok kenapa Irine pilih dia? Sebabkan entry nisa ni memang menepati syarat-syarat. Dan perkara yang paling irine suke ialah Nisa meletakkan gambar dia tanpa edit. Ayat2 dia pon memang cukup ok, simple dan ringkas. hehe.



Kepada pemenang, sila tuntut hadiah di atas pada Irine ye. hehe

Kepada peserta-peserta yang lain, tahniah jugak Irine ucapkan. InsyaAllah kalau ada masa lagi, Irine buat lagi GA ni ok? Tak sangka pulak GA kali ni dapat sambutan. Kalau tau daripada awal, dah lama siapkan banyak hadiah untuk korang. huhu..

Thanx guys!

REVIEW : FILEM OMBAK RINDU


Assalamualaikum dan Salam Jumaat. 
1st of all, aku nak cakap terima kasih yang teramat sangat pada yang dah join GIVEAWAY DARIPADA IRINE NADIA yang lepas. Mini Giveaway yang berlangsung secara seminggu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan kaki-kaki blogger semua. Dengan ini, secara rasminya GIVEAWAY tersebut ditutup.Haaa..cepat2 potong reben. hehe. Keputusannya aku akan umumkan pada hari Ahad ni :) Siapa yang bertuah? nantikan :)

Back to the topic, entry ni aku nak cerita dan buat review tentang Filem Ombak Rindu. Memang tipu lah kan, kalau orang lain pon semua dok sibuk-sibuk cerita dan kepoh-kepoh pasal ombak sana, ombak sini. Inikan pulak aku? For sure lah, aku adalah antara salah seorang yang excited jugak nak tengok filem ni :) 


Baru je tadi aku tengok Filem Ombak Rindu ni. Rasa macam ketinggalan sikit lah, sebab dapat tengok filem ni pada hari kedua. Tapi, aku rasa ramai lagi kot yang tak sempat nak tengok? hekhekhek ! Sebelum aku pergi nengok filem ni tadi, aku sibuk2 jugak usha-usha page facebook kawan2 aku yang mana dah tengok. Ada yang cakap filem ni biasa2 je dan ok2 je. Dan watak yang dibawa oleh Maya Karin x berapa best. Dan ada jugak yang mengatakan Maya Karin sesuai berlakon jadi pontianak je? haha. hampehs! Tuh ulasan dan komen daripada kawan2 aku lah. Aku pon assume macam cerita ni biasa2 je. 

Nak tau ape pulak comment daripada aku???
Ok sumpahhhh tak tipu memang BEST YANG TERAMAT SANGAT ok! Bagi kaum perempuan yang berhati sensitip memang akan menghayati lah filem ni. Yang kata x best tuh,mungkin orang tersebut x menghayati. haha. X pon, mungkin mereka terlepas scene-scene yang best sebab pergi toilet ke, or whutever. hoho.


So far, jalan cerita dalam filem ni memang bestttt giler. Dan bagi sape2 yang dah mengikuti cerita Ombak Rindu ni since novel, mesti lagi rasa best. Aku boleh bagi 20 bintang untuk filem ni. HAHA. sape suruh best sgt, kan dah terroverdose kasi bintang :'D 

Ok aku kasi sinopsis cerita ni dulu. Copy paste je pon. 

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Lakonan Aaron Aziz memang menjadi sangat-sangatlah. Romantic abis. Aku kadang2 fikir gak, isteri dia x jeless ke bila tengok babak2 manja Aaron dengan pelakon lain? huhu. Mula-mula dalam cerita ni, Aaron memang x suka pon dengan Izzah (Maya Karin). Alasannya, sebab si Izzah ni perempuan kampung. Last-last,  jatuh cinta jugak. Betollah orang cakap, mula2 je benci, lama2 jadi sayang. 

Dalam filem ni jugak, aku suka dengan watak Maya Karin :) Mungkin sebab dia bertudung. Cantikkk ok dan tak nampak macam janggal pon dia bawak watak wanita bertudung. Dia pakai tudung pon cantik. Sweet je :)

Nih haaa..watak jahat dalam cerita ni. haha. Bukan watak jahat sangat pon. Alahh, normal lah, bila dapat tau orang yang kita sayang, then kita rasa macam nak "eeee..nak kuti2 jeee". So far, Lisa Surihani ni pon mmg bessttt dan memang cantik sangat2. Lagi cantik daripada Maya Karin. hehe. Tapi Maya Karin lagi cantik. Eh, pening. Dua-dualah cantik senang cite.

Jadi kesimpulannya, bagi sesiapa yang tertanya-tanya, besttt ke Filem Ombak Rindu ni. Bagi aku, memang besttt yang teramat sangat and filem  ni memang berjaya cekik air mata aku kat panggung wayang tadi.haha. Basah tudung aku. huahua. Aku x nak cerita lebih-lebih kat entry ni, nanti korang dah tak suprise nak pegi tengok. Better pegi nengok sendiri :) 


 
Copyright © Irine Nadia Marcello | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in