Puisi Zahiril buat Shera


Rasa macam sweet sangat bila baca puisi Zahiril buat isteri dia, Shera :)
Meh baca puisi dia mehh..Zahiril ni penulis blog jugak :) 

Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.



Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.
 
Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala
Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.

Puisi ni dicipta khas untuk isteri dia, Shera :) 
Selamat Pengantin Baru ! :)



Wordless Wednesday - You and Me



Dulu kalau pergi mana-mana, mesti sorang-sorang atau pon lepak ramai-ramai dengan 
kawan. Now, pegi mana-mana dah ada peneman :'D  


Grab it ! Ladies Shoes Clearance Sale!!


CLEARANCE!! CLEARANCE!

Salam.
Hye semua.Seperti yang dijanjikan, malam ni nak buat sale. Owh lupa nak cakap, bagi sesiapa yang rasa kaki dia cinonet comel je cam kaki baby, korang dpt cuci2 mata je la kot. huhu. Sebab kasut2 ni semua size dia untuk kaki yang sihat like me. heheheheh. Size yg special for kaki ukuran size 7-8 camtu kot.

Owrite, since ayah aku daripada dulu sampai lahhhhh sekarang, dok bising about my shoes yang berlambak-lambak kat rumah ni, tiba-tiba terfikir nak buat clearance terus. huuuu. Before ni, sayang jugak dekat kasut-kasut ni semua, sebab baru beli, tapi ada yg sesetengah tuh x pakai langsung. Just rembatttt dan beli terus. Bila sampai rumah jee, terus x de hati nak pakai.Nak-nak bila dah balik kolej, kasut2 yg dah beli tu terusss sepokk kat rumah. huehuheu :'D That's why lah ayah aku marah dan bising2 sebab rumah dipenuhi dengan rak kasut yg penuh dengan kasut aku. 

So, this time nak buat shoes clearance sale !! Come on pretty ! :)
Boleh email di irine_nadia@hotmail.com
( yang ni x termasuk postage k )



Heels daripada Fabiano Ricco. X tinggi pon. just berapa inch je. Tak pernah pakai langsung ok ! huhu. Salah size mungkin sebab bila kat kedai pakai macam sedap. tapi bila kat rumah, longgar pulak rasa. 

SIZE : 40
RM 50
SOLD!







Ok yang ni pulak, kasut time Irine tunang aritu. Pakai sekali je time outdoor. And sekali masa dalam rumah. hehe. Memang nampak cantikk and baru lagi.

SIZE 39
RM 80
SOLD!





Picture kat bawah ni, masa raya aritu, saje pakai dalam rumah sebab nak nampak tinggi masa nak bergambar satu family :)



Yang heels hitam bawah ni pulak, sumpah Irine cakap, memang cantikk sangat. Heels ni beli dekat Carlo Rino. Mahal jugak lah nak beli heels ni dulu. Sanggup kumpul duit semata-mata nk dptkan. Tapi, bila dah beli, jarang pakai. hihii. 

SIZE : 38
RM 80
SOLD !




Brown Heels ( colour dia ala-ala air nescafe ;p )

Brand Vincci.Yang ni pon jarang guna, maybe sebab Irine x suka heels yang jenis ikat tu kot. Kalau suka pon, suka yang xde nak ikat2 bagai. 2-3x je pernah pakai.

SIZE : 7
RM 50
SOLD!


Nampak baru lagi kann? :)



Ribbon Shoes :)
Yang ni kira macam aku nak sale je terus. Aku tersalah beli size. hehe. yang ni jenis wedges tau. ada sikit2 kesan-kesan cela kat tepi wedges ni. tapi bila pakai memang dah x nampak dah :) 

SIZE : 42
RM 30
SOLD




Apa yang anda tahu about "corset" ?


Assalamualaikum.
Yeahhh..tajuk kali ni, apa yang anda tau about "corset". Ni special for kaum perempuan lah. Kaum perempuan yang selalunya dan arif about corset. Yes, now ramai dah yang try corset. Mereka guna before their big day. Untuk kelihatan lebih ramping dan ada "shape" apabila mengenakan baju wedding mereka. Alaaa..ruginya kalau time your big day, baju dah cantik, baju dah mahal, but dari jauh dan dari dekat nampak macam ada yang x kena je. Nampak macam x terletak. 

Before ni, irine sendiri pernah post about corset by PREMIUM BEAUTIFUL yang Irine dapatkan from Kak Xue. Owh before that, corser Premium Beautifu ni bukan tertumpu pada wanita yang ingin berkawen je, tapi untuk wanita yang ingin mengembalikan bentuk asal badan selepas berpantang :) Nak tengok tak contoh yang betol-betol ketara? Tapi yang ni modelnya bukan aku lahh, yang ni kawan dan testimoni daripada Kak Xue ni. hehe. jangan salah sangka lak :P 


IMMEDIATE EFFECT !

Boleh nampak tak perubahan di atas ? hehe. Kawan Sis Xue ni dia dalam proses berpantang. And mula-mula dia x nak pon beli corset PB ni. But dia saje-saje je try PB ni. See? Hanya dalam 5 minit je, dah transform jadi cam dalam gambar di atas. Yang tu baru pakai 5 minit, kalau hari-hari amalkan 8 jam jam sehari, cuba you all imaginekan apa hasilnya? hehe.Selalunya, yang baru lepas bersalin, yang nak shapekan semula bentuk badan,boleh lah try Premium Beautiful ni. You all try lahh dan dapatkan from Kak Xue ni. Irine sendiri masa awal-awal nak dapatkan PB ni, memang cari someone yg boleh yakinkan irine and bgtau dengan lebih details apa kebaikan PB ni. And Kak Xue adalah one of them yg betol2 menepati citarasa Irine. Banyak benda dan perkara baru yg Irine tau daripada kebaikan PB ni drpd dia. 

Perasan tak masa zaman mak-mak kita dulu, diorang bersusah payah pakai "bengkung".Dulu pon Irine sndiri pelik, ape lahhhh benda alah yang banyak tali-tali berlilit-lilit ( masa tu irine x tau benda alah tu bengkung.haha). Rupa-rupanya bengkung. haihhh..seksanya tengok dengan tali berlilit-lilit bagai. Dengan PB je, just sarungg jeee! X sampai beberapa minit dah selesa pakai. Complete dari atas ke bawah! 


p/s : Kepada sesiapa yang berminat, boleh lah contact my superb friend ni,Kak Xue. Make sure you all yang nak dapatkan PB ni daripada orang yg betol2 tau about PB ni ok? 


Ladies Shoes Clearance Sale



Salam.
Hye semua. Selamat Petang :)
Owrite, since ayah aku daripada dulu sampai lahhhhh sekarang, dok bising about my shoes yang berlambak-lambak kat rumah ni, tiba-tiba terfikir nak buat clearance terus. huuuu. Before ni, sayang jugak dekat kasut-kasut ni semua, sebab baru beli, tapi ada yg sesetengah tuh x pakai langsung. Just rembatttt dan beli terus. Bila sampai rumah jee, terus x de hati nak pakai.Nak-nak bila dah balik kolej, kasut2 yg dah beli tu terusss sepokk kat rumah. huehuheu :'D That's why lah ayah aku marah dan bising2 sebab rumah dipenuhi dengan rak kasut yg penuh dengan kasut aku. 

So, this time nak buat shoes clearance sale !! Come on pretty ! :)
Tapi, letak pic for teaser dulu je lahhh..heheh
Nanti aku announcekan bila nak buat sale. InsyaAllah esok atau lusa. Tungguuuuu..


cop.cop. Heels time aku tunang aritu pon ada sekali untuk sale kali ni. Jangan risau, aku x jual sampai beratus-ratus pon :'D


Apa perasaan anda bila mengetahui kucing dibunuh untuk dijadikan makanan Eksotik di China ?


Hello and Hye all ! 
Aku jamin dekat sini, mesti ramai peminat kucing kan? Ramai kan yang dah tahu kucing ialah binatang kesayangan Nabi. Tapi tak semua yang suka pada kucing. Bukanlah tak suka sebab ape, tapi disebakan mungkin faktor orang tu allergic dengan bulu kucing ke..or whuteva. Ada jenis orang, dia suka pada kucing, tapi tak berani nak sentuh. Mungkin disebabkan daripada kecil tak biasa nak bergaul dengan kucing. Ada jenis orang pulak, dia buat-buat "geli" pada kucing. Mulalah nak buat-buat macam menjerit bila nampak kucing, melatah bila nampak kucing datang untuk menarik perhatian orang . Bukan semua orang camtu, aku cakap ni berdasarkan aku sendiri melihat perangai kawan aku sendiri.

Now, aku nak tunjukkan beberapa gambar Kucing dibunuh untuk dijadikan makanan Eksotik di China. Pelik betol, asal benda-benda atau perkara-perkara pelik je, msti berkaitan dengan China. hoho. Aritu pasal orang accident, tapi sebabkan takut, x nak selamatkan orang yg dilanggar. Kesemua gambar dan info pasal entry ni aku share daripada blog Kami Sayang Kucing. Pergilah baca blog kami sayang kucing ni, bestt gile kot. Banyak benda dan info tentang kucing korang boleh tahu.


Di Beijing, kucing-kucing terbiar akan ditangkap dan dijual. Kemudian dibunuh dan akan dijadikan makanan exotik diorang. Kejadian ini betul-betul berlaku di sebuah pasar di china. Lebih 10,000 ekor kucing dijual dan dibunuh setiap hari. 

 
Lagi kesian bila kucing-kucing ini semuanya dikurung dengan padatnya di dalam sebuah sangkar kecil sebelum dibunuh. Mana sifat berperikemanusiaan diorang ni


Punyelah kejam. Ingat tin sardin ke nak letak and tempatkan kucing-kucing ni semua ?


Lebih menyedihkan apabila proses memasak kucing ini dilakukan dengan cara yang sangat kejam seperti memasak sup kucing dengan cara merebus kucing secara hidup-hidup. Ada pelbagai teknik lain lagi  untuk memasak  kucing ini. Ada yang memukul dulu kucing itu sehingga mati dan  ada pula yang direbus hidup-hidup. 


tak faham betol aku kenapa lah diorang sanggup buat kucing camni. Takde binatang lain nak makan ke? Lembu ada, ayam ada, katak ada (orang cina la), pegi je la makan. Kucing comel jugak jadi mangsa manusia :'(

Sources from blog : Kami Sayang Kucing

Adakah korang rasa adik cinonet umur 6 tahun ni comel ?




Salam and Hye
Adakah korang rasa budak perempuan cinonet yang berumur 6 tahun di atas comel? hehe.
Just to introduce, Aysha Layla Binti Yazid ni ialah adik one of my schoolmates masa kat sekolah menengah dulu. Aku tak tau pulakk dia ada adik super comel camni. X de rupe die pon. (hoho).Btw, adik ko memang comel weh. 1st time aku bukak link nak vote tu pon, aku cam cairr pandang muka adik ko senyum camni :'D i wish my baby nnti ala2 camni rupe die. * chooy!

Ok, senang cite camni, adik kecik cinonet Aysha ni dia join GAP punya model casting. Now, dia perlukan vote yangggg banyaaaaakkk sangat untuk melayakkan dia masuk semi final. Kira macam adik Aysha ni antara finalist Malaysia yang bakal mewakilkan negara kita. Kalau lepas yang ni, dia akan mewakili dan bertanding dengan budak-budak dari Indonesia dan Singapore. Jommmm kita support adik Aysha ni. Kita as warga Malaysia, kena support banyak2 dia untuk harumkan lagi nama negara kita ! :) 



p/s : I love Malaysia :'D

Simple Props but sangat comel dan kreatif


Asslamualaikum :)
Sory late untuk updatekan beberapa buah entry dekat blog ni. Sekarang ni, aku ada lebih sedikit masa untuk luangkan masa depan blog ni. hehe. Now, sedang menikmati cuti sem yang enak dan rangup. haha. 

Untuk kali ni, aku nak sharekan beberapa pictures yang aku rasa menarik jugak dan boleh menambah dan mendatangkan lagi idea untuk korang. Simple props but looking so gorgeous! Yeahhh..props yang sangat simple kita gunakan untuk apa-apa aktiviti kita. Macam before ni, ramai yang gunakan props "balloon" untuk apa-apa aktiviti. Props balloon tu aku rasa macam dah biasa sangat *even aku pon sampai sekarang x dapat2 lg nak bgmbr dengan segerombolan balloon yang soo banyakkks! Yang kali ni pulak, mungkin idea yang lain daripada yang lain yg boleh nampak macam sweet gilos.


 Tau benda alah kat atas ni ape?
Mesin Typewriter! Yeah, salah satu benda yang cukup creative untuk dijadikan sebagai props.


 Sekali-skale, cuba bermain dengan tema yang simple tapi boleh buat orang rasa macam "huwaaaaaarrrrggghhhhhh! i like i like this!! " hehe.
Macam yang atas ni, more to "vintage" theme. Nampak tak kat picture tu, ada bag coklat dekat atas meja tu. *rasanya macam bag. Kalau perasan, orang zaman-zaman dulu kan, banyak bag-bag isi baju yang nampak so old but zaman sekarang orang berduyun-duyun carik bag tu nak jadikan as decoration. Barang-barang lama tu lah sangat bernilai and bermakna :) 


Camera. Salah satu props yang aku rasa sampai sekarang orang x kan jemu-jemu nak gunakan :) 
Now, kalau you all rajin-rajin nak survey-survey dekat internet ni, kita boleh ambil service diorang untuk pinjam barang-barang vintage ni. Kira macam sewa lah kot. See? Banyak dah kemudahan sekarang you all boleh dapat. Tapi, kalau korang rasa korang lagi creative dari ni, tak salah pon buat sendiri dan jadikan idea-idea daripada mereka ni as inspirasi.


Cantikk bukan?

Yang ni lagi laaa sangat simplee! tapi kalau dalam gambar, for sure nampak cantikk. Benda yang sangat simple tu lahhh yang menjadi perhatian orang nnt :'D



 

Camera lagi. hehe


Mungkin boleh buat tema picnic.
Biskut crackers di situ.





Pink boot
comel plak, mana tah nak dapat ni. anyone yg tau?


tau tak ni ape?
Dapat teka?


 Ianya hanyalah sebuah basikal.
Nampak cool giler kottt jadikan basikal ni as props!

So, anyone yang rasa macam nak guna simple2 props ni, try lahh buat. Tak pon sewa je. hehe.
All pic credit to : Tie The Knot

Wordless Wednesday






Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan

So, apa yang anda boleh tafsirkan pada gambar di atas? Any comments ? :) Yang penting, nih bukan masa event aku aritu. jgn salah tafsir plak :'D
p/s : terlebih post gambar pulak kat wordless wednesday ni :'D
Cop..cop..dah hari Rabu kan, pukul 12am tepat aku post ni :P

Surpriseeeeee for him :)


Assalamualaikum.
Hye people! :) 
Selamat malam semua. Sorry sebab lately ni aku suka post dan publish entry tengah malam dalam pukul 10 lebih. Memang sekarang aku dah start cuti sem, tapi dalam waktu seminggu ni aku ada attachment :) So, daripada pagi sehinggalah ke petang, memang aku busy. Waktu malam je yang aku ada untuk luangkan masa untuk online. Itu pon, waktu malam aku sekarang, aku menghabiskan masa untuk meng-reply kesemua email-email yang masuk untuk order product terbaru yang aku baru perkenalkan kepada korang semua aritu, MIRACLE TAB.

Back to the point, 
"SURPRISE FOR HIM" 

Dengar title macam gempak je, macam romantic je. tapi...kesinambungan title entry ini ialah surprise for him yang tak menjadi. hoho. Yer, tak jadi. hehe. Nak dijadikan cerita, hari tu aku plan something untuk Cik Tunang. Aku tak tau lah kenapa kan, aku sukakan something yang suprise. Aku suka "disurprisekan" dan juga "meng-surprisekan". hehe. Sory ayat grammar BM terabur di situ :'D Kali ni, aku plan untuk bagi Cik Tunang cake. Bukan saja-saja nak kasi cake, tapi as celebration for anniversary bulanan and sebagai tanda tettttt..;p Ngade-ngade tak. hihi. 


Surprise for him. Aku tengok muka dia pon cam pelik jee, nape ada cake ni. Aku pon cam konfius nak jawab ape. Sebab time aku pick up cake ni, pegi skali same-same dengan dia. Sebab tu lah x menjadi kejutan ni. hehe. Aku plak jenis yang tak pandai nak menggoreng ayat and tipu olok-olok depan dia. huuuuuu~ :'D


Rainbow Cake :) 

Nampak je cam comot cake tu. Bagi pandangan depan dan pandangan atas serta pandangan tepi, mmg nampak setompok segi empat je cake ni.Tapi for me, bessttt sebab cake ni aku tempah cheese cream :) Tapi, x tau lah Cik Tunang kata sedap ke x. huhu. Nampak gaya cam sedap, sebab time nak balik aritu, dia suruh simpankan cake ni untuk dia :p  Yang sebatang candle terpacak atas cake ni, sengaja je letak. Kasi effect meriah :P


Rainbow Cake with Cream  Cheese


Comel tak ? hikhikhik 
( tetibe aku rasa aku ni romantic..ahax! ) 


Yang buatkan aku suka cake ni, sebab suka dengan printable item cartoons ni :)
Aku suka sebab comel and kita boleh tempah nak tulis word ape dekat cartoon yg kita nak ni. Sebenarnya, masa dia bagi cake, cartoon-cartoon ni semua dia tak letak. Cartoon ni ada dalam plastik and kita sendiri yang pacakkan dekat atas cake :'D Macam terabur sikit susunan cartoon kat atas cake ni. hehe.


I like thisss! King and Queen :) 
Bulan depan ada supriseee lagiii for him. Miyauuu :'D 


p/s : Woaahhhhh...nampak cake ni teruss rasa nak makan and bukak fridge laju-laju kat bawah!

Ok bye-bye. Tak mau kacau korang baca entry aku panjang-panjang sebab aku tau sekarang ni time MALAYSIA VS INDONESIA! 
Aummmmmmmmm!!


Fujifilm Instax Mini 7s


Assalamualaikum :)
Instax Mini 7s. Yeah lastly, i got it! hehehe ^______^
Masih ingat lagi tak dekat ENTRY aku yang sebelum ni dok cerita-cerita pasal mini camera ni. Ya Ampun, seriously aku cakap, memang dah lama sangat berkenan dengan camera polaroid ni. Camera ni makin hari makin popular, kalau you all perasan, benda-benda yang lama, makin hari makin popular. Perasan tak? Daripada dulu, memang pasang impian nak beli camera ni. Bukan masalah duit takde, tapi masalah berbaloi ke beli camera ni. Fikir masak-masak. Last2, aku dapaaattt jugakkk! hehe


 Ok, macam aritu aku cakap, ada banyak colour kan. Ada colour putih+biru, putih+pink, off white, coklat. Bentuk camera mini 7s ni sama je, tapi harga dia berbeza. Yang macam camera putih+biru and putih+pink, harga dia dalam RM260 something la. Tapi, macam colour white ni dalam RM290 something like that la. Dah banyak tempat aku usha-usha nak dapatkan harga yang the best and paling murah serta harga berpatutan. Selalunya, camera mini 7s ni dia akan jual sekali dengan fim dia.


Haaa..nih laa film dia yang mencekik darah aku tu. haha. Memang sumpah cepattt habiss! So, sebelum korang nak snap gambar tu, korang pikirlah 100x berbaloi ke korang amik gambar tu. Setakat gambar makanan ke ape ke, haaa toksah. Pakai je nset korang lagi bagus.haha. Yelaaah, satu pack film ni harga dia dalam RM 23. Kalau pandai carik kedai yg murah, dapatlah harga RM23 camtu. Kalau tak, mungkin dalam harga RM 25 ke, RM 28 ke, ataupon kalau kat kedai luar-luar sampai cecah RM 32 per pack. Dalam satu pack ada 10 sheets SAHAJA.. Nak tau berapa harga aku dpt?
1 FUJIFILM INSTAX MINI 7S include 1 pack film = RM 310

Pastu, owner online blogshop yang aku beli ni, dia kasi aku murah,sebabnyaaaa aritu secara tak langsung, aku saje2 promotekan and letak link fb dia kt entry camera tu. And dia kata aku punye blog memang sangat2 membantu and ramai orang carik dia nak beli. hehe :'D And then, dia bagi aku harga ni dan dapat harga yang paling best dalam duniaaa..hehe

1 FUJIFILM INSTAX MINI 7S include 1 pack film = RM 290

murahhhhhhhhhh seyyyhh! haha. Then, sebabkan aku nak COD je terus, dapat lah harga RM 285. Pastu, aku tetiba terfikir, macam sikit sangat jeee 1 pack film. Dah la aku nih buas kalau amik gambar. So, aku tanya dia, kalau aku beli 1 fujifilm mini 7s include 2 packs film boleh dpt berapa. Dia cakap, RM 310. Aku pon macam terfikir dan terdetik jugak, kalau dapat tawar sampai RM300 msti dia x kasi. huhu. So, aku pon ON jee! Terusss janji nak jumpa hari sabtu semalam dekat Carefour Sri Petaling. 

Nilahhh diaaa :) hehe. Nak tau tak, daripada RM310 tu, masa aku pegi pick up, aku try2 lah nak tawar lagi untuk dapatkan RM300. mula2 owner tu macam x kasi, last2 dia kata haaa boleh lah RM 300 sbb blog u mmg memberi kesan. Wooo!! RM 300 INCLUDE 2 PACKS FILM! Mana mau dapattt weyyy harga camtu.ngehngeh3!

Yang nih details camera yg aku beli ni,

RM 300 
1 fujifilm instax mini 7s camera ( include 2 packs film)
  •  1 camera strap
  • 4AA baterries
  • 2 box fujifilm instax mini film
  • warranty 1 year

Instax ni ada 4 setting untuk snap gambar. Ada indoor/dark,cloudy/shady, Fine & Clear. Yang ni manual sikit tau. Kalau beli mini camera yang jenis nipis skit tu, dia byk lg functionnya. Ok contoh lah, nak ambil gambar dalam rumah ke ataupon tempat yang gelap-gelap tu, korang settingkan pakai Indoor/dark. Bagi yang untuk cuaca yang petang-petang atau redup, pakai dan pilih setting Cloudy/shady, dan untuk cuaca yang cerah pakai Fine dan akhir sekali kalau nampak cuaca tengahari atau panas terikk tu pakai Clear.


Tuh je laaa aku nak share kan untuk entry kali ni. Aku hanya boleh sharekan cara-cara nak guna dan bagi yang berminat, aku suggestkan, beli lahhh mini camera ni. Sumpah excited seyhh bila gambar terus keluar on the spot. haha. 

Selamat Berinstax semuaaaa! 



 
Copyright © Irine Nadia Marcello | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in