Ada yang mencari cake and cupcake yang comel2 untuk hari bahagia anda ? Anda boleh dapatkan di sini.


Assalamualaikum. 
Aku rasa, kali ni aku create entry dalam keadaan yang agak kelam kabut dan agak serabut. Rasa macam satu badan lesu yang perlukan urutan. Aku sangat penat, tapi cara untuk aku lepaskan penat aku ialah meluangkan masa depan laptop dan curahkan segala-galanya dalam blog kerdil aku ni. Kadang-kadang aku macam terfikir dan hati aku berbisik bertanyakan, 
 "kalaulah kan, aku tak berkecimpung dalam dunia blog dan tidak bergelar seorang blogger, agak-agaknya dari sumber dan celah mana korang akan kenal aku .."

Mungkin orang akan kenal kita daripada sudut yang baik2 je, dan mungkin juga ada yang kenal kita daripada sudut yang tidak baik. Maksud aku di sini, tidak semua orang akan suka pada kita walaupon kita berkelakuan baik. Tapi, satu je prinsip yang korang kena pegang, "behave yourself and jadi diri sendiri". Itu sudah memadai.

Ok, aku harus betolkan niat aku untuk ceritakan entry buat malam ni.
Ingat tak, aku pernah update cerita tentang cupcake dan cake for my engagement day aritu? Byk jugak feedback yang baik aku baca. Tidak lupa juga, ramai yang bertanyakan kepada aku dari mana aku dapatkan cake dan cupcake yang comel macam tu. Mungkin aku tak sempat nak bagitau korang semua time tu.  Sebabkan tu, entry kali ni, aku share kan serba sedikit pengalaman aku sebelum menjadi tunangan orang :'D (comel tak bunyik bile aku tulis camtu.hihihi)


Dimulakan dengan Bismillah. hehe
Salah satu gambar time tunang hari tu. huhu. Tak banyak yang aku nak upload dalam facebook mahupon  blog aku. Aku rasa, perkara tu bila-bila pon boleh cerita. Yang penting, biar hati kami je yang rasa keistimewaan hari bahagia tu :'D

Owh ye, pasal cupcake. Lupe plak. hoho ! Aku rasa, cerita tentang membuat tempahan cake lah paling sesuai untuk ceritakan dekat korang semua.hihi. Herm, sejujurnya, kalau di tempat aku, area2 Melaka memang teramatlah susah nak mencari kedai-kedai cupcake yang menjual cupcake yang comel-comel. Ada tuh memang ada. Tapi susah nak carik. Aku tak taulah kalau aku sendiri yang tak jumpa ataupon malas untuk mencari. haha. Last-last, ape lagi, aku terus membuat status di page facebook, bertanyakan kepada semua orang, tau tak blogshop yang menjual cake dan cupcake yang best-best dan sedap-sedap. Time tu, pelbagai link blogshop yang membuka tempahan untuk cupcake/cake yang mereka suggestkan kepada aku.

"Irine..irine..cuba tengok blog ni, sedappp dia punye cupcake"
"Irine..Irine, saya dah cuba dan pernah beli cupcake dekat blog ni, best dan cute sangat cupcake die"

Last minute jugaklah aku survey2 cake/cupcake for hantaran and birthday En.Tunang :P  Akhirnya jumpa jugakkk yang sesuai. Kali ni, aku dah cukup risau dah, sebabnya cake dan cupcake yang aku tempah kena pick up di area Damansara atau IKEA. Puas aku fikir, siapalah yang nak tolong pick up kan sehari sebelum majlis. Aku? Hermm...dah sure-surelah sehari sebelum majlis tu aku berada dalam keadaan yang sangat sibuk membuat persiapan. Tak silap aku, sehari sebelum tu, aku keluar dengan kawan-kawan aku untuk cari hand bouquet.haha ( lari topik kejap).  Nasib baiklah, hero-heroku iaitu abang-abang aku sendiri tolong untuk pick up kan cupcake and cake kepunyaan adik bongsu dia ni :P hehe. Aku pulak? duduk di rumah sambil menunggu cake dan cupcake sampai depan mata aku. Dah lah time tu malam. Tengah malam ok. Aku still tak tido lagi, walaupon sepatotnya aku perlu tidur awal untuk hari keesokkannya.

Sepatutnya, cake dan cupcake tu sampai awal dekat rumah. Tapi, malang tak berbau, nasib tak menyebelahi aku, owner yang buat cake tu cakap, cake camera dslr yang aku tempah tu dah cair dan dah nampak rosak sikit sebab terdedah dengan panas. Aku dah macam...alamakkkk aiiii..cemane ni..cemane..cemane..cemane.Nasib baik akak tu pakar selesaikan masalah and pantas buat kerja, dia cakap, tunggu dalam setengah jam or sejam untuk dia repair balik cake camera tu =) Owhhh legaaaaa..Nak tau cake dan cupcake aku sampai pukul berapa kat tangan aku? Pukul 1 a.m ok! Ko bayangkan, pagi-pagi camtu baru sampai. huhu.Tapi takpe, nasib baik cantik :)


Camera Cake. Canon EOS 7D
Kat mana nak dapat dan tempah cake ni?
hanya di

COMELICIOUS

Kenapa aku tempah cake/cupcake dekat COMELICIOUS ? Sebabnya, aku nak something different. Aku nak jugak buat lain daripada yang lain. Tempah cake camera for my fiance,tambah2 dia pon main camera kan. So, camera cake tu untuk birthday dia aritu, sama date dengan majlis kami :)



Yang ni pulak, cupcake for hantaran. Entry yang lepas pon aku dah pernah cerita.
Perisa moist chocolate cake ;) Comel kan ? :)


p/s : dalam banyak-banyak cupcake ni, cupcake yang ada tulisan "irine", still ada dalam fridge En.Tunang. huhu.


Owh..kalau anda semua nak tahu, dalam banyak-banyak hari, aku paling suka hari Ahad. Disebabkan tu, aku akan make sure kan mood aku sentiasa happy dan muka aku sentiasa tersenyum pada hari tersebut.
Selalunya, aku akan cuba buat wish siap-siap macam ni, 
"hari ahad minggu ni, aku nak ape eh yang perlu dikabulkan" . heheh.
Hidup kita mesti ada perancangan bukan? :P

So, Ahad minggu ni wish aku nak beli dan makan cupcake tercapai. haha :P
CupcakeChic @ Sunway Pyramid. Best dan sedap ok!


Terlampau excited sangat beli cupcake. Tambah-tambah bila ada tulisan atas cupcake tu.  Kecewa giler ok bila kotak cupcake ni dah penyek gara-gara aku letak purse berat aku atas kotak cupcake tu.Wuuuu.. Purse je berat, duit nye tarak. Resit2 je lebih. Tengok lah hasilnya? tah jadi ape je rupa cupcake ni. Agak-agak anda, apa tulisan yang terdapat atas cupcake ni? Ceteka..ceteka..

Ok nak chaw dulu. Mengantok sudah. Bui Bui


Syurga Makanan


Assalamualaikum.
Yihuuuuu..terasa bertambah-tambah semangat zaman berzaman betol bila blog dah salin baju. (aku gune ayat sape tah ni terbaca kat facebook.huhu). Kali ni terasa macam nak share je ngan korang hobi terbaru aku sejak dua menjak ni. Apa yang aku boleh nampak sekarang kan, tiap kali aku pegi mana2 nak makan, mesti aku akan snap dulu gambar-gambar makanan tersebut lantas upload lelaju dalam facebook. hehe.Kalau sesiapa perasan, album "mobile upload" aku penuh dengan gambar2 makanan. huhu. Aku rasa macam comel kot sebabnya bila kumpul-kumpul gambar makanan dalam phone, bila-bila time boring-boring, kite godak-godak balik album dekat phone tu, mesti rasa macam OMG !! banyaakkkkkkkkkkk gilerrr kot gambar makanan. Macam syurga makanan je aku rasa. Nak-nak bila tengah-tengah kelaparan dan kebuluran, pandang balik gambar makanan tu mesti rasa terliur plus sakit hati.

Syurga Makanan.
Yer..entry Syurga Makanan di mana entry ni akan memaparkan segala-galanya tentang makanan yang berjaya hadam dalam perutku.hahaxx ! Boleh lah share-share pebret makanan aku skali dalam blog ni. Alaaa..kata blog ni macam diary, dalam diary kan semmmuaaaaaaa nak cerita. Yang tak penting pon nak cerita.haha. Btw, makanan-makanan ni semua kualiti gambarnye takdelah superb macam camera dslr tu. huhu. Hanya snap menggunakan iphone je. huhu.Check it out !


Leme-leme. 
Tau tak leme-leme tu ape? Nehi..nehi..leme-leme tu bukan sejenis nama menu makanan, bukan juga nama sebuah restoran. hahax. Leme-leme ni nama application yg ada dalam iPhone. Antara application yang aku rasa ramai jugak pengguna2 iPhone yg dunlod.hehe. best kannn? :P


 Vanilla Muffin

Dinasihatkan agar kepada pembaca-pembaca blog yang tak tahan imannye, jgn laa nengok entry ni. :)


Nando's Peri-Peri Chicken.
Kalau tak silap aku lahhh :P


Nasib baik time aku update blog ni, after waktu berbuka.Elakkan lah buka blog aku ni time waktu-waktu kemuncak tengah lapar dalam bulan puasa ni.


IKEA meatballs.
Banyak bukan? Sebelum korang cakap aku makan banyak, baik aku explain dulu.huhu.
Lately ni rajin gak makan kat sana. Yang ni, time aku makan2 dengan abang-abang aku. Haruslah makan byk2 sebab dah kena blanje. hoho. Nak tu ! Nak ni ! Nak tu ! Nak ni ! Sekali tak abiss. Membazir! Ikutkan sangat perangai syaitonnnirrajimm tu !


I likeee. :) tapi kalau dah datang IKEA, memang aku x kan pilih menu ni lah, sebab lebih prefer carikk meatballs.




Kenny Rogers Roasters.


Jangan tak tau yang ni ialah favourite makanan aku iaitu Beriani Kambing.
Sejujujurnya, aku dulu jarang makan kambing (haha). Ada orang yang telah berjaya mempengaruhi aku untuk makan kambing ni . Ada sesetengah orang tak makan kambing. Migrain katanyeeeeee kalau makan ! :P Rugi  tak makan !


Menu 2nd day puasa hari tu. :'D 


Haaa..tuh je lah yang aku sempat share sikit-sikit gambar-gambar makanan dalam folder kat phone aku ni. Aku balik-balik rasa syiookk and best bila banyak sgt gambar-gambar makanan. Bila fikir-fikir balik, semua makanan ni tah berapa banyak kolestrol.haha. Makan tu penting, jaga cara pemakanan pon penting. So, pandai-pandai lah jaga cara kehidupan korang supaya sentiasa sihat. Time bulan puasa nih lah nak start untuk kurangkan amalan membazir syaitonnirrajim. Dapatlah sikit-sikit menabung huhu. Aku pon nasihat jugak dekat diri aku sendiri, sebab aku pon tak terlepas daripada sifat-sifat tak elok camtu. huhu. Berpinarrrr je mata bila tengok banyak makanan depan mata. Panasssss jeeee hati tengok time puasa ni ! hoho. 

Ok, ape-ape pon, 
Selamat Berpuasa kepada semua pembaca-pembaca blog 
Irine Nadia :)

KESAL : Menggunakan nama orang lain demi keuntungan sendiri.


Assalamualaikum
Hye semua! bertemu lagi kita kan. hehe. Nampak tak semangat niihh nak update blog selalu. Nak berubah dan bertaubat sbb tinggalkan blog lama2.hahaxx! Hari ni dah masuk hari yang ke-11 kita berpuasa. Bermula fasa yang ke-2 dalam bulan Ramadhan. Macam yang lecturer Irine cakap, fasa ke-2 nih la kita kena berdoa byk2, sebab ianya masa yang sesuai untuk mintak ampun dan InsyaAllah diampunkan.

Hermm.
Guys, kali ni aku nak tanya korang beberapa soalan,
Ape perasaan anda semua jika situasi-situasi sebegini berlaku ke atas diri anda :-

Situasi 1

Ada sesetengah pihak yang tidak anda kenali menggunakan nama dan gambar anda untuk kepentingan bisness sendiri tanpa meminta kebenaran daripada tuan badannya ?Anda tak tauu langgggsunggggg yang gambar anda digunakan bagi mempromosikan sesuatu product. Last-last, anda yang dapat tau sendiri, itupon bila ramai yang mengadu. Sepandai-pandai tupat melompat, akhirnye jatuh ke tanah jugak. Mula-mula, rasa macam malas nak layan benda-benda macam ni, tapi lama-kelamaan, bila ramai sangat yang tegur dan bertanyakan soalan yang sama, terasa macam pelik. Bukan setakat sorang dua yang tanya kepada Irine, tetapi lebih daripada tu. Anda tau ape? Ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan gambar Irine untuk tujuan komersial dan iklan tanpa pengetahuan daripada Irine sendiri. Pihak terbabit bukan daripada calang-calang orang. Tapi, daripada salah sebuah company yang dikira agak besar juga dan nama company tersebut dikenali ramai.



salah satu daripada bukti gambar banner yang telah di sent oleh salah seorang kenalan Irine.
( banner product kesihatan ni telah digunakan sewaktu mereka yang terbabit mengadakan Ekspo PenBex 2011 di Dewan Mellenium, Kepala Batas )

Rasanya betul ke tindakan lepas pandang company tersebut untuk mengaut untung dengan mengambil kesempatan? Tindakan tidak menghiraukan hak peribadi orang lain macam ni langsung tak dapat diterima dan sebagai orang yg menjadi mangsa bagi orang yg suka mengambil kesempatan mcm ni, Irine sendiri tak akan menghalalkan penggunaan apa jua bentuk perkara yang berkaitan dgn Irine terutamanya gambar. Lagi2 pada mereka yang melakukan bisnes di bulan puasa ni. MasyaAllah, cubalahhhh berfikir dengan panjang, kalau terdesak sekalipon nak guna gambar orang untuk mempromosi dan melariskan sesuatu product, cuba buat dgn cara yg lebih berhemah dengan berbincang dgn pemiliknya, bukan dengan "mencuri". Anda rasa berkat ke perniagaan anda tu dalam jangka masa panjang? Bagi Irine, memang tak patut company yang ada cawangan seluruh negeri itu mengambil kesempatan untuk menjual product dengan sesuka hati print gambar orang besar-besar dan pamerkan kepada pengunjung mereka. Banyak bukti yang Irine dah dapat dan berada dalam tangan Irine sekarang. Dan ini juga melibatkan individu2 lain yang dilaporkan ada melakukan perkara yang sama. Setakat sekarang maklumat yg irine dapat semua berlaku di Kedah dan Pulau Pinang. Semua info yang diberikan oleh kawan2 Irine sangat membantu Irine. Terima Kasih atas prihatin kawan-kawan semua. =)

Irine harap, pihak yang bertanggungjawab akan tampil kehadapan sebelum tindakan selanjutnya diambil.
Irine tegaskan di sini, hal ini sangat serius, dan jika tiada sesiapa yang tampil ke hadapan dan berbincang untuk menarik balik semua iklan2 atau apa saja bentuk yang berkaitan dengan Irine, Irine akan membawa hal ni kepada pengadilan undang-undang. Keluarga Irine dan beberapa pihak dah menasihatkan Irine untuk mengambil tindakan saman dan ini tidak mustahil. Do not underestimate me.

Situasi 2

Anda dapat tau ramai yang cuba-cuba untuk menyamar sebagai diri anda dalam laman web sosial. Pihak terbabit yang sangat licik tu cuba untuk mengelirukan semua orang. Irine pasti, situasi macam ni, banyak yang berlaku sekarang. Ok, mungkin itu salah satu daripada salah diri sendiri. tapi, bila difikir-fikirkan semula apa yang diorang akan dapat hasil daripada penyamaran ni? Kepuasan? Bangga? Gembira sebab berjaya "menumpang" dalam karakter orang lain? Ya Allah..sebenarnya, Irine pon tak tau ape motif sebenar orang-orang macam ni. Sampaikan, sudah melebihi batasan apabila melibatkan kes penipuan duit ! Heyy! tau tak apa yang korang buat tu boleh merosakkan nama orang lain? Tak mustahil, kalau orang yang menyamar tu,boleh menipu, sakitkan hati orang lain, dan akhirnyeeeeee..nama sendiri yang tercemar. Padahal, empunya badan diri tak tau ape langsung? Macam kes yang terbaru kali ni, terjadi pada adik-beradik Irine sendiri. Menyamar sebagai akk irine sendiri dan yang teruk dan kejinya, sehinggakan melibatkan kes penipuan duit. Meminta duit dan memberi alasan kepada kepada kawan2 akk irine. Teruk sangat ok ! Macam mana lah orang tu boleh terfikir nak buat macam tu. Alhamdulillah, laporan polis sudah dibuat dan tindakan selanjutnya telah diambil.


2 situasi yang Irine ceritakan pada entry kali ni antara perkara yang Irine alami sendiri. Bukan direka-direka cerita mahupon omong kosong.

Siapa yang peminat PINK dekat sini ? Ada special entry untuk u all.


Assalamualaikum.
Hye semua ! 
Anda semua tau kan yang aku ni salah seorang daripada fanatik PINK ? Kalau nak tau, aku dulu masa zaman kecik-kecik dan sekolah rendah, memang aku langsung tak minat and elergic gatal-gatal satu badan bila tengok colour pink ni . Hiperbola nye ayat aku!  Buktinya, time kecik-kecik dulu, kalau ayah aku belikan skirt untuk aku, mesti colour2nya ala-ala cik salmah lenggang. Contohnya, macam colour hijauuu ke, biru gelap ke, kuning diraja kee, and colour-colour lain yang seangkatan dengan tu. Chooyyy! Akhirnya, aku minat colour jambu ni disebabkan akak aku yang berjaya mempengaruhi aku.hehe. Aku tengok, dia selalu beli2 barang pink, semuaaaaaanyaaaa pink ! Mula2 aku ego, tak nakk lahh..tak lawalahhh..ape lahh.. Last-last, aku lah peminat tegar pink. bahaha. 

Dalam bilik dekat tempat study aku ni pon, semuanyaaaa colour pink. Semuaaaa ok ! Sampaikan hari tu, masa 1st time masuk tempat study ni, roomate baru aku cakap dengan aku 

"ko nak tau tak, aku ingatkan roomate aku indian sebab banyak sgt pink".

Aku dah macammmmmmmmmmmm......hommaaaigod! haha. Sentap hati i uolssssss! bahaha. Aku rasa cam nak sorok je muka aku time tu. huhu. Tapi, ape-ape pon, aku tak kisah ! :P
Bagi aku, warna pink ni melambangkan kelembutan. Sesuailah dengan jiwa seorang perempuan. Walaupon, aku tau, ada jugak sesetengah perempuan yang cakap
" iieewwwww..gelinyeeee pinkkk. Yucccksss ! " haha. Whutever :P 
Siapa yang main "iewww iewww, yuccckkss yucckksss" tu siaplah. Aku tubuhkan fan page persatuan kami anti orang yang tak minat pink ni. huhuhu. 


 Sebenarnya, bagi orang yang meminati warna PINK ni, kalau apa-apa pon dalam dunia ni yang berwarna PINK, semuanya akan menyebabkan mereka menjadi obses dan taksub ! Bukan setakat  benda, pakaian, kenderaan, or whuteva je yang boleh mereka pilih colour PINK, tapi ! tapi ! tapi ! Barang-barang kecantikan dan penjagaan diri pon boleh menjadi salah satu daripada collection mereka. Contohnya, macam bag makeup ke, perfume ke, body wash ke, syampoo ke, and bla bla bla.

Jap..jap..korang tau tak, ape motif sebenarnya aku tujukan entry tentang PINK ni?
Tak tau kan? Sebabnya, kali ni, special buat siapa peminat tegar PINK, aku nak suggest dan promotekan dekat korang barang-barang kecantikan PINK yang WAJIB korang dapatkan ! Ianya sangat2 limited edition ok! Rugi korang lepaskan peluang ni ! 

Victoria's Secret SALE telah menerjah ke blogshop Irine untuk pertama kalinya :)
sila click untuk masuk ke blogshop Irine

Semua product2 adalah yang terbaru Irine dapat untuk sale kali ni dan 
yang pasti mostly adalah pink!
Irine sendiri tergoda dengan product dari Victoria's Secret ni, wangi okay!
Semua adalah ready stock which is ada di tangan irine sekarang tapi limited, jadi siapa cepat dia yang cantik dan wangi dulu. :p

Details boleh tengok di bawah, dan boleh membuat order dengan isi form di blogshop Irine ok. Bukan kat blog ni tau! Irine ingatkan lagi sekali, bukan di blog ni tauu untuk order! 


-Authentic exclusive by Irine Nadia-


VICTORIA'S SECRET (PINK) GIFT SET (3 IN 1)
-Body lotion 100ml/3.4 FL oz
-Eau de parfum 7.5ml/.25 FL oz
-Sheer Frangrance mist 125ml/4.2 FL oz

RM150

(Recommend this product !Irine suggestkan beli set ni sebabnya ianya sgt comel, best dan wangi ok! Korang akan dpt free gift skali makeup bag Zebra tu :) Comel bukan set pink ni? )

 
 


VICTORIA'S SECRET (BEAUTY RUSH) GIFT SET (3 IN 1)
Body 3-in-1 wash for shower, bubble bath & hair 100ml/3.4 FL oz
-Body drink lotion 100ml/3.4 FL oz
-Lip gloss 13g/.46 oz
-all Juiced berry - sangat wangi!

RM99
( item available : 4 )

 
 

VICTORIA'S SECRET WISH PINK EAU DE PARFUM
50 ml/1.7 FL oz

RM150
( item available : 2 )

Recommend this product ! 
Perfume ni limited ok ! ada 2 item je yang available. Lepas ni dah takde lagi. 
Bau dia macam mana pulak Irine? For me, bau perfume ni sangat2 best  !! Bau dia tak pekat and sedap je bau. Botol pink perfume ni pon cantik.Nampak unik  sgt :)


BODY LOTION





VICTORIA'S SECRET WISH PINK 
Body lotion 125 ml/4.2 FL oz

RM59
( item available : 4 )

Recommend this product ! 
Body lotion. Irine pon dah ambil satu ok! hehe. Owner dia pon terpengaruh dengan bau dia yg sangattt awesomeeeeeeeeee!! Pakai sikit je dah wangi and semerbak :) Warna pink ok botol dia! Susah nak dpt !
 
 
 
 
VICTORIA'S SECRET VERY SEXY HOT 
Body lotion 200 ml/6.7 FL oz

RM79
( item available : 2 )
Recommend this product ! 
Body lotion ni macam yang atas ni jugak, tapi lagi wangi dan best sangat !



 
 
VICTORIA'S SECRET COCONUT CRAZE 
Body Double Mist 250 ml/8.4 FL oz

RM69
( item available : 5 )


 VICTORIA'S SECRET (VERY SEXY) GIFT SET (3 IN 1)
-Body lotion 100ml/3.4 FL oz
-Sheer sexy mist 125ml/4.2 FL oz
-Body wash 100ml/3.4 FL oz

RM160
Bagi peminat RED macam REDMUMMY, bolehlah order item ni ! :) hehe
Free gift makeup bag yang comel ni :)


VICTORIA'S SECRET (LOVE SPELL) GIFT SET (3 IN 1)
Exhilarating body wash 125ml/4.2 FL oz
Refreshing body mist 125ml/4.2 FL oz
Hydrating body lotion 125ml/4.2 FL oz

RM99
( item available : 2 )
So bagi mereka yang nak dapatkan product2 ni boleh emailkan pada irine dan masukkan detail2 product seperti di atas di bahagian 'other product name' di dalam ORDER form blogshop

Sebarang order di blog ni, takkan dilayan. hehe.

Email now! ^^


p/s :  Kalau suka entry ni, boleh click button " LIKE "
Anda juga digalakkan untuk click button " Share this story" di wall facebook anda ! Boleh promote2 skali SALE irine kali ni :) 





Merasmikan blog baru Irine Nadia Marcello Official Blog


Assalamualaikum.
Ehem ehem.. adakah anda semua perasan yang blog Irine Nadia sudah bertukar wajah? sudah bertukar baju? sudah bersalin kulit? huehueheue. Mesti ada yang terkezut kan bila bukak-bukak blog Irine, tiba2 je terpampang header and template blog yang baru. huhu. Jangan risau, jangan gentar, anda tidak memasuki zon yang salah. Anda memang TEPAT MEMBUAT PILIHAN sebab click dan bukak blog http://irinenadia.blogspot.com
Tahniah kepada anda semua. :P Hari ni, kira aku merasmikanlah blog aku yang baru je "lahir" semula.haha. Meh meh meh, potong reben cepat untuk upacara perasmian !!  huehuehue

Untuk pengetahuan korang semua, aku memang dah lama nak tukar header and template yang sedia ada tu. Aku rasa, dah sampai masa dan serunya untuk aku buat pembaharuan dalam blog aku ni. Kasi nampak "fresh dan bermaya". Takdelah surammmm and bosan je bila bukak blog aku. Now ! Disebabkan aku sayangkan korang, blog ni dah pon bertukar wajah ! Ok tak? Ape pendapat korang semua?  Aku rasa, blog aku yang sekarang ni nampak lebih "confident" sikit kot berbanding dulu. Dulu kan, aku guna tagline 

" Saya bukan Marshmellow yang lembik-lembik tu, 
tapi saya MashuMarcello yang lembut-lembut tu "

Ok gelak jap.haha. Herm, tagline blog lama. Walaupon nampak cam kelakar gilers! tapi ! sebabkan tagline tu jugaklah kot, kalau ada orang tegor2 aku, mesti cakap " Ni Irine Nadia yang marshmellow lmbut2 tu kan?". Aku tersentak seketika, diam seribu bahasa apabila diajukan soalan camtu.haha. Dalam hati aku, kot ye pon, x yah la tanya camtu. blushing lah aku. heheh. Ape-apepon, aku bangga sbb ada tagline camtu.bahaha.  :P Say Gudbye kepada tagline yang lama dan Say Hye kepada tagline yang baru.hehe.

" Masa hadapan adalah milik meraka yang percayakan pada keindahan mimpinya "

p/s : adakah aku nampak lebih matured dengan tagline baru ni? hehe.Orang yang cakap ehh..bukan aku cakap.hahaxx !


Kalau tak silap aku, tepat setahun je, blog aku akan bertukar wajah. Aku bukanlah macam korang-korang dan blogers yang lain yg mana rajin gile tukar banyak2 kali template. Aku takde masa kot nak buat tu. Yang bestnye, blog aku sebelum2 ni pon tukar template time bulan puasa and nak dekat-dekat birthday aku. Kali ni pon same jugak. :) 

Ok, ramai yang bertanyakan kepada aku, 
"siapa yang edit blog Irine ni? "
Meh aku promote2 dan suggestkan dekat korang supaya mendapat nasihat daripada pakar designer blog ni ! hehe. Siapa orang tu? bagus ke dia? best ke dia? haaaa! HARUSLAHHHH BAGUS kannn! Kalau tak, aku tak suruh dia editkan :P Orangnye ialah comel2 je, cantik2 je, baik lak tu and apa yang aku request suruh edit tu, edit ni, tak pernah nak marah2 and bantah2 ( huhu, betol ke? :P ) 
U all boleh terjah masukkk blog akak ni  :-


Bolehlah menempah untuk designkan blog korang ok ! Sure korang akan puas hati macam apa yang aku rasa sekarang ni. hehe. To Kak Nisha, tq so much sebab edit dan ubah suai blog Irine. Thanx sebab SPONSOR and designkan secara free! haha ( sorry dah kantoikan kak.hehehhe). Terharu sgt2 and akk berjasa dalam blog irine ni.hehe. 

Korang janganlah hantar2 email dekat Kak Nisha ni, nak mintak free template cam aku. huhu. Kak Nisha ni berbisness.So, korang kene tempah dan bayar  :) Jgn ikut cam aku. huhu.

Ok, dah takde nak cakap ape-ape lagi. Blog aku ni, belum complete 100% lagi tau. Kalau korang perasan, dekat bahagian atas blog ni, ada banyak2 tab kan? yang tuh belum sepenuhnya siap. Dalam proses pembikinan sikit2. And bloglist di bahagian sidebar aku pon, aku belum masukkan link2 blog kawan2 yang baru :) 

Any comments tentang blog yang baru bertukar wajah ni ? :) 
Segala pendapat anda amat Irine hargai. Peace !


p/s : Kalau suka dengan pembaharuan blog Irine ni, boleh lah click button "LIKE" entry ni ! Tq !


Pre-wedding shoot @ Genting Theme Park



Assalamualaikum.
 Aku rasa cam aku dah mungkir janji sikit (sikit je,hehe),aritu after publish entry teaser Pre-wedding shoot, terus aku tak publish2 entry full kan? hehe. Salahkan internet! internet yg lembab and buatkan aku takde mood nak mengarang entry panjang2 and laju2. Ape-ape pon, dikesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Berpuasa bagi semua umat Islam. Rasa macam kejap je puasa kali ni. Pejam celik pejam tak celik2, dah 5 hari kita puasa. Syukur Alhamdulillah diberi kesempatan untuk merasa nikmat berpuasa.

Pre-wedding shoot. Macam yg aku cakap entry lepas, before tunang hari tu pon, aku ngan Encik Tunang shoot jugak. Yg tuh kalau nak tau, kitorang shoot sebab kitorang tak banyak gambar bdua. haha. Al maklumlah, masing2 busy. Sampaikan masing-masing pon cakap,
"kite takde pon kan gambar bdua, kalau ada pon, 2-3 keping je yg cantik."
Then terus usha-usha photographer untuk shoot. And orang yang bertuah tu ialahhhh..
jeng3....
Of course Abg Qayyum! Korang kenal tak sape Abg Qayyum ni? Kenal? Tak kenal?
Rugi sape yang tak kenal, mustahil lah tak kenal jejaka idaman malaya sorang ni. haha.
*Owhh hye Abg Qayyum, baca tak blog Irine ni ? :P * ahax! 

Last shoot at Putrajaya, and kali ni kat Genting Highland. Kalau tak, shoot kali ni pon kitorang nak shoot dekat area2 tasik putrajaya je pon, tapi dah alang2 and last minute, tukar plan nak shoot kat atas genting tu la plak. Boleh shoot and main skali kat theme park genting tu. Sambil menyelam minum air. Bijak tak aku? ngehehe.Kalau nak diikutkan, time tunang aritu, aku nak hire Abg Qayyum ni for my official photog. But, bila tanya dia, dia cakap date yg aku nak tu dah ada orang booked pulekkk..Adesss, agak frust di situ. Yela, frankly speaking, aku memang suka dengan service Abg Qayyum ni. Lagipon, Abg Qayyum ni memang sporting and pandai melayan kerenah customer dia.

Shoot kali ni sebenarnye tak plan pon. Sikit pon tak plan. Yelaa, sebab kitorang fikir baru pas tunang kan, masing2 punya tabung dah ringan. huehuehue. Tak tau macam mana, cik tunang bagitau aku yg Abg Qayyum ni tanya nak tak shoot dengan dia. Aku pon mcm terfikir jugak, kalau free best gak ni. hehee. Last2, memang free pon shoot untuk pre-wedding kali ni :P Hehe. Abg Qayyum sponsor kitorang shoot kali ni sebab aritu time tunang dia tak dapat nak shoot. Rezeki datang sape tak nak kan :) Alhamdulillah, after tunang ni, rezeki datang bergolek2 :) Shoot disponsor and makeup untuk shoot kali ni pon disponsor jugak oleh sorang MUA ni. Sape dia? Jeng3...! tungguu aku buat review pasal MUA yang sponsor makeup tu ok :)

Aku masukkan sikit dulu la eh pic yang baru diupload ngn Abg Qayyum ni. :)

Tema colour shoot kali ni Red & Black. Sebabnya, aku nak lari daripada colour pink. huhu. Kalau tak, black dress ni pon aku nak matchingkan dengan tudung pink. Tapi pikir2 balik, cam bosan je bila asik2 pink..asik2 pink.So, red and black lah jadi pilihan. Nampak smart sikit :)  


Jeng Jeng Jeng :'D 
Suka gambar ni, sebab aku rasa cam tangan baby dengan tangan bapak baby. hihihihi :P 
*tgn baby mewakili tgn aku.. :P



 

OFFICIAL PHOTOGRAPHER : QAYYUM STUDIO
Official Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/Qayyum-Stu​dio/129891170354515

Sila-sila "LIKE"  facebook page beliau. :)
Aku suggestkan dekat korang yang nak dapatkan service yang superb, boleh lah hire photographer ni . Puas hati dan berbaloi-baloi. ^^ 

Dah macam jejaka K-PoP dah aku tengok Encik Tunang sorang ni. haha.
*hye Encik Tunang :P 



 Jubah Dress labuh aku dicombinekan dengan Korean Blazer dia ni. hehe. Jauh betol lari temanye. 
tapi matching jeee sebab all in black kan, plus red colour bg nampak menyerlah sikit.





Baru 6 minggu. hehe. Nape 6 minggu? Sape boleh teka? ahax




Fine! Yang ni memang lawak, Tangan di dada mata ke atasssss! hahaha. Aku gelak ikhlasss kann dalam pic ni? Boleh nampak tak?




Next!
Tadi aku cakap kan, shoot kali ni, ada sorang MakeUp Artist yang sponsor.hehe. Dah lama jugak usha2 dia, and pernah jugaklaa kenal dia ni. hehe. SApe? SApe?

Korang boleh bukak blog Kak Amy ni and boleh hire dia as MUA untuk big day korang nanti. Aku suggestkan Kak Amy ni sebab dia pon antara MUA yang femesss amousss jugak dalam internet ni.Rugi tak amik diaaaa.. :) Makeup pon cantikkk! I likeeeeeeee! Yanggg pentingggg, time aku pegi makeup dekat rumah Kak Amy ni, kucing2 dia semuaaaa teman2 aku time makeup. haha. Comel2! Owh btw, lupa nak cakap, Kak Amy ni sporting and comel sgt ok! Best gak borak2 dengan dia aritu, tapi borak2 sekejap je, sebab aku pon tengah rushing. hehe. Tapi, ape2 pon, Thanx a lot Kak Amy sebab sponsorkan makeup Irine untuk shoot kali ni ^^
See? Nampak natural kan makeup time ni? hehehe
Hasil sentuhan
MUA : AMY AMEERA MAKEUP

 "LIKE" FACEBOOK PAGE AMY AMEERA MAKEUP
  
 Howyeayyyhh..aku bukan pegi berdua je ok.
Pergi berteman ramai2 and konvoi. Kawan2 kitorang ikut skali.



  Nampak aku? haha. cariklah yang tak sedar diri pakai heels time naik ni.
Untuk makluman, permainan ini telah "dikonker" sepenuhnya dengan kami. haha. Segala jeritan2 maut terbongkar time ni. Kelihatan kami masing2 sedang membahayakan diri  time ni. :P

Masing-masing muka tahan kesejukan. Aku rasa, Genting dah sejuk balik lahhh kat atas tu.haha. Dulu last datang, panasss kemarau je aku rasa. Maybe sebab baru pas hujan kot time ni. So, feeling2 macam cuaca sejuk2 salji kejap kat atas tu. Tak mandi pon takpe.haha. 



Orang-orang di sebalik tabir yang byk membantu and menggembirakan aku.hehehe :'D




Nih laaa Abg Qayyum yg dimaksudkan tuhhh ! :P 
Add lah and like page beliau ! :) Like skali page Kak Amy. Support mereka ! hehehe


Ok2.bye2! 


p/s : Kalau suka entry ni, boleh click button "LIKE"



"Hye Irine Nadia, boleh tak bagitau blogshop mana yang jual dress yang cantik-cantik? "


Assalamualaikum.
"Hye Irine Nadia, boleh tak bagitau blogshop mana yang jual dress yang cantik-cantik? "
Ye dik.. hari ni Kak Irine kau dengan bermurah hati nak share satu blogshop yang super duper awesome ni. hehe. Antara salah satu blogshop pebret aku jugak lah. Selalu jugak shopping2 dekat blog ni. 
Nak tau tak blogshop mana yang terpilih dan menjadi pilihan Irine Nadia kali ni? Jommmm check it out !


So, today nak buat review tentang blogshop favourite aku ni. 
Like Igloo ni blogshop yang mana menjual dress2 yang trend zaman sekarang. So far, setakat yang aku pernah beberapa kali shopping2 online ni, blogshop ni lah antara blog yang jual dress yang buat aku puas hati. 

Selalunya, kalau kita nak shopping2 online ni, mesti ada rasa perasaan was-was sikit, yelahh..dalam gambar je baju tu nampak cantik. bila dah sampai dekat rumah, hampa terus. Tapi ! Tapi ! Tapi! Honestly, aku betol-betol suggestkan dekat korang semua, try cuba test lah shopping dress2 dekat Like Igloo ni. Best dan material kain memang selesa.Confirm korang akan jadi regular customer diorang and tak pon, korang mesti selalu tertunggu new update daripada blog ni. :) Kenapa aku confident je cakap macam ni? Sebab mcm yg aku cakap atas2 ni, aku byk kali shopping dekat blog tersebut.  :)

Korang boleh click dekat blog Like Igloo tersebut.
Ada SALE okehhhhhh ! cepat rembat !

Cuci-cuci mata jom !





  More info : Like Igloo 
Facebook Page :  https://www.facebook.com/likeiglooshop


 
Copyright © Irine Nadia Marcello | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in