Masanya semakin hampir...


Assalamualaikum.
Pernah tengok dan baca kan entry aku yang Pejam celik Pejam Celik & Muncul balik tak? Sape yang always follow perkembangan blog aku ni, mesti tau cerita ni :) Cerita aku pegi tempah baju. Thanx sangat-sangat dekat u all jugak sbb bantu aku untuk beri pendapat design baju mana yang sesuai and cantekk. Ingat kan yang aku pernah mintak pendapat korang antara design 1,2,3, dan 4, mana satu yang menjadi pilihan. Sebanyak 272 comment dan pendapat aku terima dalam entry tersebut. Semua pendapat korang sangat2 membantu aku ^^ Tima tacih beb! Korang memang the best! Cheletttttt jari sikittt mehhhhhh!

Selepas 2 bln jgk aku tgu baju untuk disiapkan, akhirnyee..jeng jeng jeng.. hehe. Baju belum siap lagi sepenuhnya. But semalam, diorang dah start panggil untuk pegi fitting baju :) Nebbeeeessss weyyy nebbeeessss nak ngk baju sendiri nak siap.huhu. Just fitting je, Arma nak tgk ukuran baju yg dah siap tu ok ke x, ada yang perlu dikecikkan kee..ada yang perlu dibesarkan keee (haha), and whutsoeva..Beading2 dekat baju semua belum siap lagi, mgu depan baru siap abisss and smgu nk dekat nnt,dah boleh amik baju. yeayyy :"D

Jom layannn gambarrr Arma Boutique :) 


ALL PIC credit to Arma Boutique
U all boleh laa datang butik dia @ Sri Kembangan ni. ^^
Mungkin bagi yg 1st time nak ke sini, pening2 skit kot ngan jalan dia. Sebab byk simpang2 nk g sni. Nampak sangat tuh pengalaman sesat aku,haha. Tapi pengalaman aku bukan sekali, tapi semalam pon salah masuk simpang gak. ngeeee. Dengan jalan jem tak hengatttt nye lagi, aiyaarrrkk, rushing betol semenjak dua menjak ni. Ya Allah..permudahkanlah urusan kami..


Selesa sangat kat sini.Rasa cam nak tido krrrrooOohh krrOOhhh je terus kat boutique ni.


Cantek kannn deko2 dalam boutique ni ? =) Rugi u all tak dapatkan service diorang..Jangan risau, Arma akan beri korang harga terbaik dari ladang untuk customer2 dia.
( dah start nak pengaruh dan hasut2 korang.hikkkkkk)


Nampak kan yang ada yellow curtain tu? yang tu tempat for fitting baju ^^
i dapat feeling2 comel sangat bila dah keluar dr fitting room tu untuk tunjukkan baju dekat my love semalam.
tersenyyummmm terusss die nengokkkk i time keluar dr fitting room :p  ( huhuu..).


 ..........dan..........


Masanya...
    Semakin.......
              Hammmpiiirrr...............



Nebessssss weeyyy nebeeeesssss..tenangkan aku cepat. huhu.ngehhhh.



Nak tengok baju Irine n my partner?



Nantikannnnnnnnnnnn.......





TO BE CONTINUED..

:)


p/s : Alhmdulillah, result sem ni meningkat ^^ 



Habiskan sisa-sisa cuti sem

Assalamualaikum. 
Menghabiskan masa di negeri orang memang sangat seronok dan happy. Di situ kita dapat lihat cara dan budaya orang lain. Walaupon bukan pergi bercuti di negara2 mat salleh, tapi kalau dalam negara sendiri tak khatamkan lagi tak leh jadi jugak. huehueue. Aku mengaku, kalau negeri asal usul aku sendiri di Melaka, bukan semua tempat aku tau. Setakat tempat2 shopping, tempat2 nak melawat tuh tau lahhh. Yang tuh korang bolehlah panggil aku untuk jadi pemandu pelancong korang.kehkehkeh. (nnt kite kontek2 yeer.hihi). Kalau round-round keseluruhan Melaka ni, better carik orang yang betol2 tauu ;p Selalunya orang2 yang lebih tua daripda kita lah.Diorang dah menetap dekat negeri sndiri lama kot. Nanti-nanti kalau ada kelapangan dan ke'free'an, aku buat satu entry khas untuk perkenalkan ape "special"nye Melaka ni.

Last week, aku takdelah pergi cuti2 sangat. Actually tujuan sebenar nak pergi negeri belah-belah utara sana tuh sebab ikut mak dan ayah aku ada urusan kerja dekat sana. Kiranya, aku dan abang aku sebagai pengikut dan peneman setialah. Kalau nak diikutkan, kitorang nak gerak awal 4am drpd umah, tapi last2 pukul 6am jugak gerak dari umah (melaka). Mengantok nye jangan citelah, super serabai time pagi2 tu. Liat bebenau nak bangun. Ish..ish..berubahlah Irine oii. Sbrnye kalau nak diikutkan, kitorang nak terus g slesaikan urusan mak ayah dekat Kedah. Tapi sebabkan weekend, sume orang cuti, so, merayau2lah kami ke negeri lain dlu.hehe. Pegi Perlis dlu. Round-round sana dulu. Stay 1 day dekat sana di homestay. Macam yang aku cakap dekat entry sebelum ni, ayah aku lebih suka sewa homestay sebab homestay ni bebas dan korang boleh suka hati nak buat ape. Bilik pon banyak, ruang tamu pon ada, dapur memasak segala siap, kira complete lah semua.Aku pon senang nak buat sepah dalam rumah tu.HAHA. senang skit ruang besar dan ruang tak terhad macam hotel yg jenis family room tu.

Time kt Perlis,  memang kitorang kiranya dapat round2 satu Perlis lah. :) Malam2 dah rayau2 dekat sekitar Kuala Perlis sana tu. Ramai yang cakap, untung duduk dekat Perlis, sebab dekat Perlis semua makanan sedap2 dan best2. Sampaikan makcik jiran aku sendiri ckp, kalau datang sana, jgn lupe singgah kedai makan dekat sini, dekat sana,dekat sini , dekat sana.hehe. 


Haaa..teruslah i tak lepaskan peluang kannn bile orang bawak jalan2 makan.hehe. Ni kalau orang Perlis taulah kann kat mana. Makan dekat KomaLaut. Ikan bakar yg superb2 or whuteva boleh lah carik kat sini. (aku cakap cam akulahhh orang Perlis kan.hoho).


Kat dalam KomaLaut ni banyak kedai2 makan kat dalam tu. Bukan takat satu kedai je, korang boleh pilih mana yang berkenan kat hati korang. :) Bersih pon bersih, selesa pon selesa, udara sejuk pon sejuk gak (ayat cam tak betol je aku rasa.erkkk..) Kitorang makan dekat Lynn Ikar Bakar ni. Segala ikan fresh-fresh boleh laa pilih dan datang kat kedai ni.


Nampakya aku tersalah masa dan waktu untuk upload gambar makanan ni.Arrghhh..sumpah laparrr and rasa macam nak cubit-cubit je isi ikan dalam gambar ni. Lappauuuuuuuuu gilers!  Menu kitorang time ni, kira macam makan besar untuk family lah. Untuk 2 family makan dekat sini. Ikan bakar,sotong goreng tepung, tomyam, and dll. Tomyam dia mengancam bebbb!  terkelu dah lidah aku time type entry ni. Still dapat rasa "masam2" tomyam time ni ^^


2 family di sini ^^ Tingkiuu tinggkiuu so much atas layanan yg sgt baik time dekat Perlis :) Sempat jugaklahh pergi lepak2 hamik angin dekat laut area2 sana. Sebab malam kan, so tak dapatlah nak nengok dan kenal pasti betol2 air laut kat sana. Gelap jee. Tapi ramai family2 lain dekat sana dok lepak2 kat sana hirup udara. Sejukkkkkk ^^  Dah puas2 kat sana, thennn balikkkk homestay smula, carik katil, carik remote aircond, carik laptop, cucuk broadband dan terus upload pic ikan bakar td kat facebook. HAHA. pantas kan? ;p


Orang cakap, kalau pegi Perlis tak sah kalau tak pegi Padang Besar. Padang besar yang seingat aku lah, banyak kali jugak aku penah pegi. best pon mmg best. banyak barang kat sana kan and murah2. I likeee..jimat duit kalo g sana. kikiki.. Tapi, sebabkan mak ayah cakap padang besar dah selalu pegi, so, kitorang pegi tmpat lain pulak. Pegi dekat Wang Kelian plak. ^^ Aku pon 1st time je pegi sini, tak tau ada ape kat sini. Meh aku cite2kan apa yang ada dekat sini. Kat sini macam biasalah jual barang2 siam. Baju2 ke, toto narita kee ( mak2 memang suka pegi sini sbb mesti nak borong toto angkut balik rumah), bag2 ke, and lain2 la. Sepanjang nak otw kat Wang Kelian ni, jalan nak kesana macam jalan nak g Genting higlands jugak lah. Perrgghhhhhhh..kete ayah aku takleh nak naik kot.haha. Kene kejar laju2 kete depan yg bawak kitorang tu. Slow2 je naik bukit tinggi tu. Yang aku tgklah, kebanyakkannye orang siam lah kat sana. Orang kita pegi beli barang dekat orang siam, and orang siam pegi beli barang dekat orang kita. Kira macam betukar2 tempat lah kat sana. Pesanan aku, jangan lupe beli payung dekat Wang Kelian ye.hehe. Time 11 lebeyh pagi matahari dah naik and start panas.Dah puas dekat sana, terus makan and terus balik homestay kemas2 barang sebab nak pegi Kedah smula.


2nd day : Homestay Terap Inn.After dah spendkan masa dekat Perlis, kitorang pergi balik Kedah utk selesaikan tujuan sebenar cuti ni. Mak ayah nak selesaikan urusan dekat Kuala Nerang,Kedah tu. Herrmm..yg aku tgk K.nerang takde ape sgt, puas jugak aku carik2, google2 dalam internet dekat sini ada ape. Tapi x de ape pon. Orang kedah cakap kalau dtg sana, tmpat yg best dekat Sg.Petani . Nak tak nak, kene jugaklah duduk kat sni. Ayah sewa homestay dekat k.nerang ni sbb dekat dengan tempat nak uruskan kerja mereka. Kitorang sewa @ Terap Inn. Sewa pon boleh tahan murah. Tak kisah pon duduk mana, asalkan ada tempat nak mandi, tempat nak tidur, tempat nak rehat2 dan yg paling penting tempat nak solat. Nak cari hotel susah skit kat area ni. Homestay kat taman perumahan macam sblum2 ni kitorang penah dtg semua dah full. Last2,pegi laa sewa 2 hari kt sini. Agak kecewa jugaklah dekat sini, sebab kbrsihan tak berapa cun sgt dekat sni. Byk lipass..aku jugak jadi mangsa lipas2 ni semua.wuwuwu. Pengalaman paling menyeramkan, time aku tidur, lipas duduk depan hidung aku. Ergghhhhhhhhhhhhh! wuwu. Seb bek tak gigit hidung i.


Urusan Sebenar : Menguruskan tanah mak ayah dekat Kedah ni ^_^
Amik masa jugaklah nak tunggu mak ayah selesaikan kerja kat sini. Aku ngan abang aku dah mati kutu dah, tak tau nak buat ape. Nak g shopping ke,tak jumpe lak kedai best. Nak g jalan pon, takde tmpat yg menarik plak. haiihh..nak taknak kene harungi 2hari dekat sini. Dah setell semua keje mak ayah, terussssss pegi Alor Setaq. Yeayyyy..


Spnjg 2 hari menahan lapar (wuwuwu), hari last terus pegi Alor Setaq. Nak pegi sana pon, sebab nak abiskan cuti je kat sni. This time, tak pegi sewa homestay pon. Pegi hotel Sri Malaysia kat A.str.  Yang bestnye dekat sri mlysia, makanan die byk and sedap2. (terserlah tak aku kuat makan?). ;p
 Stay sana semalam je pon, sbb ayah pon x larat nak drive malam2 nak balik Melaka.


After breakfast, terussss larii ke sini. Pekan Rabu. Tak sah la kot kalau plncong dr negeri2 lain x g sini. Kat sini pon macam tmpat2 lain jgk yg jual benda yg sama.Bezanya, sebab tempat orang lain, lainlahh gayanya kan.


 Sejadah. Borong sejadah dengan Al-Quran dekat sini terus utk dibuat brg hantaran.. Senang tak yah beli bile balik Melaka.Dah alang2 jumpe, terus grab dekat sini. ^^ Ayah and abg dah jumpa dah baju melayu yg sesuai utk pakai time kenduri nanti. tapi, ada tu mmg ada, cuma takde sebab nak beli baju melayu yg dah siap sedia ada untuk borong sekali 4 pasang colour yg sama (silver colour).. kalau ye pon, kene tempah. nak tempah camne, kitorang pon dah nak balik Melaka kan. huhu.


Songkok gergasi. ngehngehngeh. tjumpe songkok tergantung kat kedai songkok dalam Pekan Rabu ni.. Lebiuuu lahhh ayah! Happy Birthday 20th May aritu :) Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki =)
balik-balik from Pekan rabu, terus bergegassss pulang smula ke rumah. Tapi aku skang dekat rumah akk aku laahhh, setelkan ape2 yg patot dan habiskan cuti lagi seminggu je lagi sebelum masuk UiTM mgu depan.

Ada sesiapa dalam kalangan pembaca blog aku asal drpd negeri2 yang aku sebutkan dalam entry ni? :) Meh suggestkan dekat Irine tempat mana lagi yang best dekat negeri korang. :)


p/s : Pasni nak pegi Sabah n Sarawak pulak. Teringin, tp tak tauu bile masa yg boleh pegi . Sabahan and Sarawakian sekalian, bawak irine jalan2 sana jom! ngehngeh.




Quick update


Babe, cuba teka aku update entry ni bila? Jangan nakkk buat2 shockk pulak tetibe eh bila aku cakap ni.. Aku update entry ni pukul 4.58 a.m. Tp publishnye lmbt la. Takde entry panjang lebau-lebau untuk kali ni. Just nak bagitau yg jappp lagi nak btolakk dahh pegi bcuti dekat somewhere. Bukan bcuti sgt laaa..lebih kepada family day office mak aku.

Yang aku tau,  1st activity ialah treasure hunt. Aku tak faham betol treasure hunt ni. Nama pon pencarian harta karun. Harta nye xde pulakk aku jumpe. huhu. Owhhh yerrww, btw, doa2kan laa family i ye moga2 menang treasure hunt ni :P 1st prize agak lumayan, dapat TV plasma. Boleh jualll balikk tu. (haha). Taktik untuk bawak broadband ke mana2 sahaja perlu diteruskan dalam misi mencari harta karun kali ni.

Tgu kepulangan aku yerrr kawan-kawan semua untuk update entry family kat sana tu nnt. Mintak-mintak laa ada cerita best sepanjang dekat sana.Ppppuuuhhh! Phhhuhhh! Pphhhuuhh!



Ohh..ni pic time kenduri kawen :'D
Sebelah kiri dan sebelah kanan aku tidak dikenal pasti sape.

Cuba teka kat mana aku nak pegi cuti kali ni?
Sila teka cepattt sebelum aku hasilkan entry lain.





Ajek Hassan? Sape tu? Sape? Sape?


Hye guys. 
Haaaaa..cantek takk cantekkk tak blog kita makin penuh dengan entry. hihi.
Awak, awak,dan awak2 semua, blog kita sekarang tengah dalam proses nak edit2 ok. Slow-slow edit tuh, edit ni. Tengah tunggu nak siap and then pasang lengkapkan macam biasa :) Segala link-link blog yg korang kasi tuh, irine sumbatkan satu-satu dalam masa yang terdekat ni ok. Bukan setakat doploh tigapoloh patpoloh link nak kene letak. Banyak link dahhh niii. huhu. Tapi irine cakap awal2 k..tak semua link yg akan masuk tau *kejam ke aku cakap camni?*

Sekarang ni kan, kalau korang perasan, senang kan kalau nak tonjol bakat kat dalam internet :) Aku rasa, tak payah masuk realiti show like Mentor ke, aF ke, bintang kecil ke,pencarian bakat lagu2 asli ke  or whuteva pon, just tunjukkan bakat dalam internet..tup tup dah jadi Artis. hehe. Tapi slow-slow dlu la..Mula-mula meletup dalam internet dlu, pastu semua blogger akan berpusu-pusu berebot untuk buat entry khas, pastu mulalahh photographer sana sini nak shoot,  pastu dah sampai tahap kemuncaknya, para media akan carikkk orang yg berbakat tersebut. Thumbs up babe! Korang memang membuktikan yang bermula dalam internet je, dah boleh memulakan segala-galanya. 

Tapi,sebenarnye ramai lagi yang kat luar sana yang tak tau ada sorang lagi mamat ni, nama dia Ajek Hassan. Siapa Ajek Hassan tuh eh? Adakah adik kepada pelakon Jalalludin Hassan ataupon abang kepada komposer Adnan Abu Hassan? Owhhh sama sekali tidak!~! Mungkin la ada antara korang yang memang dah kenal dia, and aku pon boleh jamin jugak ada ramai yang tak kenal Ajek Hassan tuh sape kan? Bahkan nama dia pon jarang kita dengar. (bahkan kau..skema gilers ayat).


Tuuuhhhh dddiaaaaa..Ajek Hassan :) 
Status : Married. soryy..haha

Ajek Hassan ni bukan macam Anwar Hadi or Mat Luthfi dalam Youtube tu.  Aku nak terangkan lebih-lebih about Ajek Hassan ni pon aku takde idea. Yang aku tau, Ajek Hassan ni ada suara yang best sgttt dan ada bakat yang besar dalam bidang muzik terutamanya Akustik. Talent dia memang berjaya buat aku and orang lain yg dah sedia ada kenal dia tangkap lelehhhhhh dengan suara and bunyik guitar dia tu.Ajek Hassan ni korang boleh search dekat Youtube. Semua lagu2 dia, lagu yang dia nyanyikan semula. Kira macam dia nyanyi balik laa lagu artis kita pakai guitar dia. Bukan setakat soploh lagu,doploh lagu je die nyanyi balik, but ada seratos lebih lagu kalau tak silap aku. (mungkin lebih).

 Korang boleh dengar Ajek Hassan dia nyanyi balik lagu2 jiwang @ Slow Rock Melayu versi Akustik ni ok. Aku pilihkan youtube dia yang best2 untuk korang dengar :)


Medley 14 Lagu Slow Rock versi Akustik
(korang kena dengar sampai abbisssss okk!)



Medley Balada ( Acoustic Cover Version)
Ada lagu Winter Sonata, Seribu Tahun-Imran Ajmain, Harapan-Fazli ZAinal and bla bla bla.



Yang ni korang kena dengar. :)
Bicara Manis Menghiris Kalbu lagu cT dia nyanyi balik.hehe.


Aku  ni pon start kenal Ajek Hassan ni bila abang aku downloadkan lagu dia dalam cd and nak dengar dalam kete. Mula-mula hanginnn jugak aku, bila abg aku sebokkk je die nak promote Ajek Hassan ni. Rimassss aku time tuh. Haaaaaiihhhhhh...! Tapi, sekali abang aku pasang cd yg baru download lagu Ajek Hassan ni, perrghhhhh...sumpah weyyy..aku tangkap leleh..  :') Sorryy rrr babe, aku memang jenis perempuan yang layan lagu-lagu jiwang :) Sape yang geng dengan aku, gimme me 5!~ Zaman sekarang ni, ada lagi ke perempuan yang layan lagu2 jiwang macam ni? Anyone? Boleh geng dengan aku.

Any comments about suara and lagu Ajek Hassan ni? :) 
Nanti mana tau Ajek Hassan baca blog ni and baca komen2 korang..tak ke terharu die.hehe 

Photoshoot with balloon gas!


Assalamualaikum.
(kali ni aku bagi salam buat kali kedua sempena kejayaan aku update 2 entry berturut2 arini, *macam bangga tak bertempat je aku rasa @_@

Memandangkan malam ni, memang aku sangat-sangat free, takde mendeeeeee nak buatt (untuk pengetahuan korang, tiap2 malam mmg macam ni jgk). Sekarang ni, dalam laptop memang penooohhh dengan gambar2 comel, cantik, cun melecun..haaa..ape lagi.ape lagi...bilang saja..bilang saja..! This time, aku nak share sedikit demi sedikit apa yang aku rasa sangat menarik perhatian mata aku. Aku rasa, korang pon expecially perempuan lah kan, memang suka benda-benda yang nampak macam "waaaaa..comelnyee" "so suweeeetttt".."alaa..kita nak macam tuh jugak lahhhh.." " eyh tak boleh jadi ni, jap lagi lepas baca blog irine ni, terus nak bagitau abg/syg/baby pasal ni laa.."
heiiii! rimas pulak bermonolog sorang2 macam ni. haha.

Actually, aku nak share dekat blog ni or bagi idea dekat korang yang nak photoshoot dengan balloons. Selalunye lah kan, shoot dengan ballons ni lebih kepada couple nak buat pre-wedding shoot. Yang aku nak share kan dekat sini, contoh2 pic and soalan yang kebiasaan orang tanya, manaaa ehhh nak dapattt belon2 gas yang banyak2 tuh? Memang ada yang dah tau, and ramai jugakkkkkk yang tak tau mana nak dapatkannye kan? Ok, kita share gambar2 yang aku nak tunjukkan dulu ni ok :) Pastu aku bagitau mana tempat kita boleh carik belon2 macam ni.


Comelll doe! huhu. (bahasa ape aku pakai ni doe2 segala)
Pic credit to blog Kisah Qaseh Azrin :) 

 Korang....korang...korang tengok je la dulu ok..cuci2 mata dulu. Aku mohon merayu kat korang, jangan nak verangann takkkk tentuuu fasal masa tgk pic2 ni :P huehuehuehuehue!

Yang ni konsep yang paling best and simple :) tak ramai lagi kan yang buat macam ni.



Atau, atau dan atau, korang boleh jugak try2 carik belon jenis macam ni. Yang mmg dah siap tulis huruf untuk nama korang and partner korang :) Yg nih pon tak ramai orang buat lagi kan? 


 

lain2 pic, credit to google.

 Ok cukup! hehe :) Back to the topic, 
"dekat mana ehhh nakkk carikk belon2 gas byk2 macam ni? "

Ok..korang boleh carik dekat sini.


 Kedai Balloon Buzz ni banyak cawangan die. Korang boleh refer dekat web yang aku kasi tuh, 
ada siap semua lengkap address kedai ni. Tak pon, aku ada jugak terbaca blog Kak Zila Zaman, dia pon pernah buat photoshoot dengan balloon dengan husband die :) 

siap bagi details lagi mana dia beli balloons tu.
Here the details! (credit to kak Zila Zaman)

Name: Hassan Mamat
Address: No. 31, Jalan Kosas 3/6, Taman Kosas, 68000, Ampang, Selangor.
hp: +6012-3514981 @ +6012-2177075
Price: RM 3 per balloon with string.
So, korang boleh budget2, nak berapa banyak balloons yang korang nak guna nanti. Bukan semata-mata untuk photoshoot pre-wedding je, but korang boleh guna untuk birthday party ke, ape2 ke..suka ati korang la party korang kan. hehe.  Yang penting, korang kena ingat, belon2 gas ni tak tahan panas tau. Seboleh-bolehnya, keep in cool place kalau shoot outdoor. ok?  :)
Harap info malam ni berguna untuk korang :)

Bui Bui! Cheers bebehhhh! 


 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in