Pejam celik pejam celik...


Salam and Hi semua. 
Alhamdulillah, semua benda dah nak settle dalam satu masa. Kerja-kerja yang perlu disiapkan dalam bulan ni, memang seksa sikit. Tak cukup tidur, tak cukup rehat, tak cukup tenaga, and memang terserlah muka menggambarkan memang tak bermaya. Nasib baik ada penyelamatku, VCO ( sempat promote) huekhuekhuek!

Bila dah nak final exam ni, macam-macam benda kena buat. Assignment belambak, untuk individu lagi..untuk group lagi. Takleh nak dinafikan, aku memang manusia terpilih untuk merasa perasaan tension nak siapkan semua tuh. haha. Normal la kan, students Uni, memang akan rasa benda yang sama macam aku rasa. Tapi, tuh semua dah settle dah. Aku gumbirraaaa skang. hehe. Tgl nak amik final exam je. Then bulan Mei dah start cuti.

WooOOo..dah nak masuk bulan 5 dah x lama lagi..pastu bulan 6..pastu bulan 7, pastu 8..pastu,pastu,pastu. Pejam celik, pejam celik,pejam celik..x lama je lagi.Dup dap dup dap. huhuhu. Aku memang suke berkias. huhuhu.  Masih pening dalam mencari design2 baju untuk ditempah. Minggu ni nak pergi shopping kain untuk tempah. Tak tau nak yang design macam mane, colour ape. Mula-mulanya memang dah plan dah nak yang macam ni,macam tuh. Tapi bila dah lama2, mesti plan akan bertukar. So, apa gunanya blog ni, kalau kawan-kawan dalam blog tak menolong untuk bg pendapat masing-masing.

Actually, aku nak mintak pendapat korang, dengan design baju2 ni semua. Mana yang cantek, and mana yang sesuai. Pendapat anda semua memang aku appreciate sgt2 ^^ Help me please :)
( bg pendapat terhadap design baju je tawww, untuk colour, aku x amik colour macam ni, colour baju aku akan amik soft colour )


(pic credit to ARMA COUTURE)

1st design 
Ok, aku still lagi terpikat dengan design macam ni, start from contest CST and LRKL tuh lagi aku nak dsign macam ni. Baju ni lebih kepada nampak macam ala-ala muslimah sikit. Hermm..hermm.. kalau acukan dengan aku, rasanya macam selesa je rasa (imagine tak tentu pasal )huhu. 


(pic credit to ARMA COUTURE)

2nd Design
1st time tengok Arma Couture update pic design baju ni dekat facebook, aku dah macam tak tentu arah da. terus lupakan 1st design yg aku suka tadi tuh. huhu. Owh lupe nak kenalkan, pengantin ni wife kepada Azizulhasni, athlet basikal negara kita.


 (pic credit to ARMA COUTURE)

3rd Design
Ni pon cantekkkk jugakkk!!! pengsan @_@


 (pic credit to ARMA COUTURE)

4th Design 
Design ni simple but nice! Colour die pon soft2 jeeee.. like! Tak tlalu sarat sgt dengan beadings.
Ala-ala gabungan baju kurung moden and dress. Suke gak.


So, antara keempat-empat design ni, mana yang korang rasa sesuai and cantekk?
Pendapat korang aku perlukan skang ni :) Still fening-fening lalat lagi nak bawak n tunjukkan reference dekat designer mgu ni.huuuuuu.

tq tq tq for reading this entry ^^

Chow! 




Mini Event : Corporate Sector Exhibition For Masscommers UiTM


Assalamualaikum and Hi ^_^
Rajin jugak aku update entry untuk arini. * ni semua hasil korang doakan aku la ni .ahax* Herm..lutut, kaki, peha, buku lali, badan, bahu and segala yang berkaitan dengan anggota badan aku skang memang letih yang teramat sangat. Semua dah longgar * untuk hari ni je la * Esok lusa i cargasssss semula!  Ok, sebenarnya hari ni aku and students masscomm yang lain ada tugas yg kena/wajib/harus laksanakan. Ni semua semato-mato untuk dapekkan markah for final marks. Haiiihh..penat memang penat..tapi sangat fun! Sumpah tak tipu!

Kitorang semua  dah dibahagikan dengan group masing-masing and our lecturers dah kasi setiap class wajib ada booth masing. Dalam satu class plak, ada la group kecik-kecik. Macam aku punya class, we all kena buat FOOD INDUSTRIAL Ada Ayamas, Nestle ( booth aku), Munchys, Gardenia. Class2 lain ada  yg kena buat FASHION (paddini,jakel/ariani/vior), BANK (cimb, maybank,affin bank), MEDIA ( hot fm, karangkraf, in-trend) and bla bla bla. So, memang start daripada hari semalam lagi, semua class dah start kecoh-kecoh, heboh-heboh, kepoh-kepoh mak jah, rushing-rushing nak hias and siapkan booth masing-masing.  


Nih laaa group aku. hehe. Orang kuat yang bertungkus-lumus  handle NESTLE BOOTH and prepare apa-apa yang patot. Semua 8 orang.* macam biasa lelaki makin pupus, so ada 2 orang je la lelaki dalam group kitorang ni..ahaxxx!*


Yang comel sebelah aku ni, Sara namanya. Ketua group kitorang.Memang stok buat bantal peluk untuk aku si Sara sorang ni (sarrr..aku memang suka peluk ko..empuk! ) Honestly, aku rasa memang ramai yg selesa kawan dengan Sara ni. Ko bagi laa apa2 situation dekat dia, susah ke, rumit ke, semua dia boleh handle. Mmg tabik aku ngn sara ni, semua lecturers pon mmg suka dengan dia  =) Sara..i love u...ngehngehngehhh.!


Pic malam tadi ( preparation).Sebelah aku ni, Nisha and Sara. Masing-masing pegang jawatan ttinggi dalam event ni. Macam-macam benda yang diorang kena buat. Kadang-kadang aku balik-balik rasa macam tak larat nak buat semua benda. Yelaaa..kena arah sana...kena arah sini..kena buat tuh la..kena buat ni laa. Kitorang bertiga ni la yang gegehhhh pegi beli barang2 Nestle. Macam Milo, Nescafe, Cokolat KiTKaT,Cornflakes,Honeystar, Coco Crunch (macam budak2 sangat tawww! hihihi).


Belon ni semua dah pecah tadi. Gara-gara budak-budak laki main cocok2 la ni. Cocok dengan pisaulahhhh...lidi lahhh..pin laahhh..Ish3x..ape nak jadi (padahal aku pon sama join jugak pecahkan belon.haha. Sara and Nisha sampaikan dah cakap ngn aku camni
" irine...dah! dah! cukup2 ok! ssshhhhhhhhhhh".ngehngehngeh
Seb baik x tempah belon yang gas tuh. Jimat duit beli belon sndiri, tiup sendiri.


Simple but nice. Takde pon letak kain-kain bagai macam booth lain. Jimat kan? 
( nampak sangat aku tipu! Aaahh aku tipu! actually kitorang dah beli kain 4 meter dahh, tapi tak cukup kain masa nak pasang kat booth ni.. Mubazir betol lah! Dah la mahal kain..semeter 10 hengget. Buat abis duit betol, last2 kain tuh ditempatkan jugak dalam plastik sampah masa dah abis event ni. Kuikuikuikkui.


Yang ni booth depan booth aku. Diorang semua kena buat about Fashion. 
Jeles betol tengok diorang deco2 booth diorang dengan kain2 bagai ni.huhu
*untuk makluman korang, kitorang bukak booth ni bukan untuk urusan jual beli..semuanya untuk promote our product of company.


Yang baju purple kurung ni, our lecturer, Miss Farah. Ajar subject Sociology. Masih single lagi. * rasa macam nak jadikan dia kakak hiparr aku jee..seriusss sporting gileeee! sgt ok! hehe


Korang masuk booth aku, segala rahsia akan terbongkar. haha. Booth aku boleh kira BMI orang tau. Sape-sape yang rasa dia overweight tuh, awal2 lagi dah tolak pelawaan booth aku untuk timbang berat n ukur ketinggian. Takut laa tuhhh pecah rahsia. Tau sangatttt .hehe.


Ni semua muka berlakon je ni smata2 nak hamik gambo. haha. Buat2 la muka sedap and muka enak makan benda alah dalam mangkuk tuh. ngehngehngeh. Kidding babe! Sebenonya, booth aku nih ada sediakan sape yang datang dapat free milo ais. Bukan milo kotak. Milo bancuh sendiri. Dah macam pasar malam aku rasa. Sedap memang sedap, tapi yang spoilnya, dapat buat sikit je, heater tak dapat nak gunakan sebab diorang kedekut letrik. (selamba je aku cakap) haha.Ok2..tak tak tak..aku tarik balik ayat aku.hoho. Seb bek sempat sediakan air panas beberapa tegok lah jugak. 


Tapi camne skalipon, aku totap sayangkan group aku :) Kalau x de korang, sure-sure apa yang kita buat takkan menjadi.
Meh aku kenalkan sorang2. 
From left : Sara, Nisha,Anis, Yuha, Aku,Annie
From back : Dua orang mamat rajin dalam group we all, Lahh and Aiman a.k.a Hans Issacc


2 orang kawan baek dalam group aku.. Mana2 pegi, mesti ada diorang dua orang ni.
* hello kitty tuh aku punya, jgn salah paham* hehe


Jangan main-main, pengarah kampus UiTM kitorang sempat bagi signature kat bunting Nestle ni. Sempat jugak Datuk Mizan calculate BMI dia. Gilerrr comel Datuk Mizan ni. Dia cakap dia tak kisah pon BMI dia overweight sebab dia cakap asalkan dia sihat. haha..comel2 :)


Asik-asik tayang group aku je. Meh aku kenalkan muka-muka group lain dalam klas aku.


Group Ayamas.
* tadi aku tegelak gile2 bila ada orang cakap group diorang macam petugas bas Mara Liner.huhu.
But..honestly, aku suka dengan group diorang. Sebab semua laki dalam class aku memang terbaekk punyaaa! 

Diorang selalu cakap ngn aku camni,
" Irine..Irine..gambar kitorang masuk blog ko tau.. masuk blog! masuk blog".

Ok babe, aku dah jalankan tanggungjawab aku. haha


Group Gardenia.
Sedap korang sediakan roti2 tadi. :)


Group Munchys.
Ok cukup 4 group dalam klas aku yang buat Food Industrial.
Yang bawah ni pulak semua budak class lain.


Group Hot Fm
Sempat gak photoshoot kat booth ni tadi. Aku lupe lak nak tuntut gambar aku tadi. hekhek!
Esok aku tuntuttt.  Dan2 jeee..huhu


Group ni paling gempak. Gempak abisss! 
Celcom. Aku rasa booth diorang paling lengkap kot. Siap pasang lampu kelip-kelip hari raya babe! haha.


Mati-mati aku ingat yang buat booth Jakel and Ariani ni takde laki. Rupa2nya group ni ramai laki kot. Huhuhu. kreatippp..kreatippp.


Group Berita Harian.
Girl yang depan aku ni kreatif. Sempat gak dia untung banyak arini aku rasa. Sebab dia buat service lukiskan inai kat tangan. Dengan aku2 skali terpengaruh. Kan dah melingkar-lingkar inai kat tangan aku ni. huhu
( balik2 je rumah, ayah aku cakap inai kat tgn cam keleng.. Bengang di situ yerr..hoho)




Group Digi. 
Group ni paling comel. Kalau anak2 buah aku masuk booth ni, sure2 diorang suke. hehe. Colourful..comel!

Tuh je la nak tunjuk pic2 kat entry ni. Tak larat nak tunjuk semua. huhu

Last but not least,
bila ada event2 yg melibatkan kerja group ni, mesti ada positive and negative.
Yang negativenya, bila dalam satu kumpulan blakunya salah paham sikit antara ahli masing2. normal laa tuh..sifat manusia kan. And yg positivenya bila ada kerja group macam ni, dapat rapatkan lagi hubungan korang dengan kawan2. Seriuss...tuh la yang aku rasa dalam group aku =)
Untuk korang...Tq babe! :)


 
Copyright © Irine Nadia Marcello | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in