Sila-sila datang booth Irine and kawan2 @ UiTM,Melaka 5 APRIL 2011


Assalamualaikum. Hi Guys! 
Hope u all sihat and happy!

Quickly Update from me, Irine Nadia
DOn't forget to come our Corporate Sector Event
Date : 5 APRIL 2011
Time : 8.30 a.m.- 6 p.m.
Venue : Dewan Bendahara, UiTM Alor Gajah, Melaka

Jemput datang ke booth Irine. Irine and group irine ada bukak booth untuk promote barang-barang Nestle untuk subject Masscomm irine.
(macam yang irine cakap kt previous entry)

p/s : Untuk pelajar-pelajar UiTM Alor Gajah,Melaka , jangan lupa serbu booth Irine and kawan2 ok. Untuk yang berminat nak beli VCO ( VIRGIN COCONUT OIL), sila2 datang bawak ramai-ramai kawan ok? Amik by hand jee nanti ! Grab peluang ni :) . Irine ada jual skali VCo dekat booth tu. See u there!



Virgin Coconut Oil ( VCO) by Catalyst

 To all my customers yang beli VCo dengan Irine, TQ so MUCh!



Tak rugi pegi Pameran Pengantin ! Macam2 korang boleh dapat :)


Salam and hai :) 

Owh yeahhh..sekarang nih, aku belek2 magazine, berderetttttttt betol pameran pengantin yang diorang dah aturkan. Fuhhhh....aku balik2 rasa excited *even pernah sekali je pegi aritu T_T . Boleh survey-survey apa yang patot. Selalunya, time-time dekat Pameran Pengantin lah korang boleh dapat harga murah. Kenapa eh? Sebabnya dekat situ, promotion and diskaun korang jangan ceritalah. Belambak hokeyyy. Kalau harga bukan waktu promosi, memang meleleh air mata lah bila dengar harga package tuh.huhu. So, dah halang2 ada peluang depan mata, grab je terus promosi2 hebat and murah bila pergi Pameran Pengantin. 

Last pameran pengantin yang aku tau arituh, masa dekat SACC MALL. Time tuh aku rasa antara yang best lah. Mana taknya, tema Pameran Pengantin time tuh colour PINK. huhu. Tapi yang tak best and malangnye, aku tak dapat nak g time tuh. Kuciwa betol..yang aku boleh buat untuk sedapkan hati sendiri ialah  kejap2 tengok gambar2 dekat facebook yang diorang tagged berkenaan dengan pameran time tuh. 


Carik benda yang tersembunyik 


Antara pic2 time dekat Pameran Pengantin Malaysia 2011.
 Theme : PINK.

Korang tak perlu risau, kalau time ni korang tak dapat nak pegi (yang senasib macam aku ni), korang boleh lagi pergi Pameran Pengantin Malaysia ni. Kali ni dekat Legar Putra PWTC. 1-3 ApriL. This time, tema pon boleh tahan jugak. Semua colour2 fevret aku ni. 
Theme : Mistique Purple
PAMERAN PENGANTIN BY URBAN VIBE



Aku suggestkan, mana-mana yang rasa nak cuba nasib dekat pameran pengantin time ni, datanglah. Sebabnya, banyak kot peluang2 nak menang hadiah2 yg best. :) Bagi sesiapa yang nak menang hadiah berupa Voucher untuk Baju sanding EKSKLUSIF tajaan 
DINA HALIM BRIDAL BOUTIQUE, datangla ramai-ramai time Kuiz PPM nanti ok? :) 

Dina Halim Bridal Boutique ni salah satu daripada favourite aku jugak. Selalu dok usha-usha dekat web ni. Memang menarik and moden! Boleh datang ke booth mereka 1-3 April ni sebabnya korang kena dan wajib rebut untuk dapatkan offer to 50% diskaun untuk pelamin nikah once amik pakej sanding RM6k and above. Then, bukan tuh je, kalau amik jugak pakej untuk resepsi lelaki boleh dapat 15%-20% diskaun. Tak ke untung tuh? Selalunya korang memang boleh banding harga pakej antara masa biasa dan masa waktu pameran pengantin ni. Kalau korang punya budget rendah ke ape ke, toksah risau punya! Bila pergi pameran pengantin ni, aku boleh jamin, diorang semua memang akan bagi special price dekat pakej mereka!  Semuanya murah, harga berpatutan, and berbaloi-baloi. Aku sendiri pon penah pegi pameran pengantin ni dua bulan lepas kalau tak silap aku. Memang rambang mata korang nak pilih mana satu yang berkenan di hati. Daripada ke baju,gubahan hantaran, pelamin ala-ala diva korang tu, catering and banyak lagi lah! Time-time macam ni lah, korang boleh survey-survey dengan gumbiranya! hekhekhek! :P


Atucara Majlis Pameran Pengantin Malaysia 2011 
1-3 April 2011
Nak lihat info lagi tentang pameran pengantin ni?

 
Banyak jugak aktiviti menarik macam fashion show by Atelia Amani dan Bellamar, Men's Collection by Rins Suzana, Fashion show by mnetari Kreatif, talkshow by Tajri Spa,Ice Carving, Demo akeup by Eyra Rizal dan Naza sentuhan Derina. Memang rugi la korang kalau tak pergi pameran kali ni sebab kali ni  akan di adakan sesi bergambar PERCUMA sponsor by Adan CameraWorks.Yang paling bestnye, korang boleh tengok perarakan ala2 "Beauty and The Beast". Eyhhh camne lak tuh kan? Nak tau, jommmm same2 kita pergi pameran ni :) 



p/s: this is a paid advertorial. tq

Muncul balik.macam chipsmore kan ? :P


Salam. 
Fuhhhh..mengeluh dan mengucap panjang aku bile tgk blog aku dalam list kawan-kawan punya blog, paling bawaaaahhhh sekali. That means, blog ni dah lama aku tinggalkan. Bagi teka-teki jap kat korang, agak-agak korang, berapa lama aku x update belog? ngaaa~

Actually macam-macam benda dan perkara yang aku nak cerita dekat dalam blog ni. Tapi niat aku tak kesampaian betol.hehe.Meh aku update sikit cerita  terbaru tentang aku. First, of course lah kan life aku as students. Cerita yang bestnya, now aku ulang alik je from uitm-rumah. Drive kete sendiri sudah. Mengambil masa yang agak singkat,kira-kira 10 minit nak ke uitm kalau bawak kete seperlahan 100km/s. Yang tuh kalau aku drive lah, kalau ayah aku yang anta, ambil masa hampir 25 minit jugaklah (yela, 40km/s-60km/s ) ;p Satu pencapaian yang agak baik jugaklah tahun ni, sebab mak ayah dah bagi kepercayaan kat aku untuk drive kete (even daripada tahun lepas dah pegang lesen sendiri T_T ) Dah pandai jugak, pegi car wash sorang2 anta kete untuk dimanjakan.hehe. Tapi malangnya, time pegi car wash tuh, Cd Maher Zain dah lesap sebab aku  tak perasan mamat2 bangla pakistan dah ambik senyap2.Ok x pe, yg tuh dah rezeki mamat bangla tuh dapat Cd Maher Zain ciplak secara free of charges dalam kete aku. huhu.Baru nak bagi CD original,tp dah amik dlu Cd ciplak.ngehngehngeh! Tau-tau je la kan, bila dah diberi kepercayaan drive sendiri, panjanglah kaki aku untuk bergerak sana-sini sorang2. huhu. Padahal dulu, bawak kete pon, kaki aku memang kekok habis, kaki kanan tekan minyak and kaki kiri tekan brek (ni kete auto ok..bukan manual.huhu). Sekarang ni, dah insapppp dahhhh :P Kaki kiri dok relax2 je kat tepi tuh.hehe

Ok, then awal bulan 4 ni, ada satu big event untuk course aku.Event Corporate Sector Exhibition.Kena bukak booth sendiri dan promote barang2 Nestle.Macam-macam benda kena pikirkan T_T Masih dalam perancangan nak deco-deco booth macam mana, kena buat presentation time tuh. Nasib baik, event ni secara group. Thanx dekat my classmates yg byk tolong-tolong aku time tengah buntu.
 

 One of my classmates, Nisha Nur Aziz. :P Antara yang kepala gile2 and sporting jugak la.:) . Banyak benda yang aku x tau pon, suka jugak tanya dia ni,tak segan pon nak tanya die :) Orang kuat untuk  event course aku ni jugak.


Membe-member baik.
dari kiri : Nad, Nawra, and Nad yang kedua (hehe.Irine Nadia la tuh.ahax!)

Ok next story.
Selain daripada life aku as students, sekarang aku jugak tengah dok pulun-pulun buat bissness untuk VCO yang aku jual secara online ni. Alhamdulilah, sambutan yang amat menggalakkan. Side income untuk aku kumpul-kumpul duit untuk future. Bukan tuh je, now dah nak bulan 4, tinggal berapa bulan je lagi untuk life aku bertukar sedikit demi sedikit ( actually, xde benda sgt pon bertukar :P hoho) Dalam mood untuk buat skit-skit preparation apa yang patot.  Minggu lepas, tercapai jugak niat nak pergi Arma Boutique. Kalau korang nak tau, Arma Boutique ni salah satu daripada favourite designer yang aku minat. Korang boleh nengok dekat entry sebelum ni title My DreamWedding tu, ada pic baju hasil daripada Arma Boutique.


Minggu lepas pegi Arma Boutique ni dekat Sri Kembangan. Seriusly aku cakap,service diorang memang tip top :) Tak rugi pegi sini..Mula-mula aku cakap dengan cik abg nak pegi survey2 je dekat sini. Padahal dalam hati dah confirmkan awal2 lagi, memang nak amik terus Arma untuk design baju untuk we all.huhu. Tema baju aku nanti, herm..herm..herm..ok rahsiakan dulu lah! huhu. Banyak jugak design baju2 yang best dekat sini. Bincang punya bincang, last-last, memang confirm pilih Arma untuk designkan baju. Ok settled satu keje! Dah confirmkan, tinggal untuk shopping kain dekat Jakel dengan Arma awal bulan depan. Dekat situ nnt, plan nak design baju yang macam mana,nak  colour apa, design tudung and veil macam mana, and ukuran baju sekali. Next meet plak, tinggal nak fitting baju je. Hope time tuh, aku n cik abg berpuas hati la dengan kerja Arma nnt :) And lastly, next meet untuk amik baju yg dah siap beberapa mgu before our event. Sekarang ni pon tengah dok pikir-pikir jugak nak tempah baju colour ape. Kejap nak colour ni, kejap nak colour tu. Kejap nak design macam ni, kejap nak design macam tuh. Arrghhhhh... serabut den! Sampai terbawak2 ke mimpi. Memang betol  orang cakap, bila dah nak dekat perkara2 penting n besar dalam hidup kita, kita tak abis-abis dok pikir benda tuh je...Buat ape2 keje pon, mesti terpikir benda tuh jugak. huhu.

Next story. Jangan lupa support our event ok :) Meh-meh pakat datang gamai-gamai dekat booth aku and my team. 5 April ni at Uitm. Pandai-pandai korang la idop carik booth aku, booth yang dok promote2 product-product Nestle tuh. Bukan tuh je ok, dekat booth kitorang ni jugak, aku amik peluang untuk jual product VCO ( Virgin Coconut Oil). Sape-sape budak2 uitm yang susah nak dapatkan VCO nih from aku, boleh datang untuk beli VCO ni secara by hand je ok? Sama-sama memeriahkan booth aku nnt. :)


 Our poster :)

Ok. aku nak chaw dulu. Banyak benda perlu disettlekan. Lagipon aku dah update sikit2 kan tntg aku :P
Sebenarnya banyak lagi benda yang aku nak tulis and share dekat sini tentang perkara-perkara bahagia. Tapi, kadang2 aku rasa macam nak buat je private blog. haha. Tak semua benda yang aku nak cerita boleh semua orang baca. Agak-agak korang, ok x? :)

Bui Bui korang :)


 
Copyright © Irine Nadia Marcello | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in