Friday, February 11, 2011

Persoalan Mengenai VCO ( VIRGIN COCONUT OIL)


Assalamualaikum. Banyak persoalan yang Irine terima about VCO yang Irine jual :)

VCO itu apa ??


Apa itu VCO? VCO adalah virgin coconut oil atau minyak kelapa dara dalam bentuk soft gel .Kelebihan VCO atau minyak kelapa dara keluaran Catalyst ialah ianya menggunakan 100% bahan semulajadi yang sangat bagus diambil sebagai supplement tambahan untuk terutamanya untuk kulit.Ianya dapat mengurangkan masalah jerawat, kulit kering, tona kulit tak sekata,strechmark bagi wanita hamil.

VCO ada 2 jenis. Ada yang liquid dan ada yang softgel. 
Yang saya utarakan ini ialah VCO soft gel.



VCO softgel paling laris sebab senang nak telan dan boleh apply ke whole face. Means if beli VCO ni memang tak rugi sebab boleh digunakan secara 2 in 1. Kalau VCO yang liquid tu memang tak ramai yang sanggup beli sebab tak tahan dengan bau dan rasa dia. Kalau soft gel ni memang takde bau ape2 pon :) Telan dan ngap ngap je terus! :)


KEBAIKAN VCO

  • Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
  • Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
  • Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin
  • Melindungi tubuh daripada kanser.
  • Jerawat cepat susut
  • Regular semula PMS anda
  • Sistem penghadaman lebih baik
  • Kesuburan
  • Mengurangkan up to 70%
  • Kurangkan rasa senggugut
  • Batuk dan Selsema cepat hilang
  • Mengurangkan tidur berdengkur

Pengambilan VCO bagi wanita yang hamil

Selain bagus untuk kulit.kesihatan dalaman dan luaran. VCO atau minyak kelapa dara juga bagus untuk mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita terutamanya yang telah berkahwin. Ada effect ke VCO ni? Jangan risau, Vco tiada side effect sbb dia  bukan ubat. it's simply a great supplement. Setakat ni based on testimoni2 pengamal VCO, ada 3 orang dah bjaya hamil. Alhamdulillah..rezeki itu semuanya datang daripada Allah, tetapi kita jugak kene berusaha untuk mendapatkan sesuatu perkara yang baek. Pengambilan VCO atau virgin coconut oil/minyak kelapa dara keluaran CATALYST semasa kehamilan adalah sangat bagus dan insyallah tidak mendatangkan sebarang kemudaratan dan kesan sampingan kerana produk kami adalah 100% asli tanpa sebarang bahan pengawet atau pewarna tiruan. CATALYST juga adalah syarikat bumiputera dan produk-produknya mendapat pengiktirafan sijil HALAL.Pengambilan vco bagi pasangan suami isteri yang mengalami masalah kesuburan dan sedang merancang untuk mendapatkan zuriat juga sangat-sangat digalakkan kerana vco juga berfungsi sebagai agen pelincir.


Persoalan-persoalan yang sering ditanya mengenai VCO

Lelaki boleh makan jugak ke?

Yup! Lelaki pon memang boleh makan. Lelaki dan Perempuan memang digalalakkan makan VCO ni as suppliment :)

Harga berapa dan dalam satu botol ada berapa soft gel? Boleh tahan berapa lama satu botol VCO ni? 

Harga VCO sebotol ialah RM 39.90 bagi semenanjung dan RM43.90 bagi Sabah dan Sarawak.
Dalam satu botol ada 60 kapsul soft gel dan boleh tahan selama sebulan :)

VCO nih sesuai dengan semua peringkat umur ke?

Of course semua peringkat umur digalakkan makan VCO ni. Daripada golongan muda sehinggalah golongan tua. Umur 8 tahun pon ada yang makan.


Bagaimana cara pengambilan/pemakanan VCO ni ?

Boleh digunakan dengan 2 cara. 2 in 1  :)
Makan dan Sapu di muka

- 2 kali (2 biji kapsul setiap hari) boleh dimakan sebelum/selepas makan.
- Juga boleh diambil 2 biji kapsul sekaligus
- Seelok2nya ambil bersama air suam/air kosong

-Lagi satu, boleh disapu kat muka. Lubangkan siket guna jarum dekat softgel tuh then apply kat muka. Kalau boleh wat before nk tido malam tuh.Kalau nk biarkan smpi pagi terpulang la..Tp 15 minit pon dh ok..kasi die serap kat kulit muka...tp utk kulit sihat n cntek,better mkn n sapu laa  :) Yang penting, pengambilan VCO untuk makan 2 biji kapsul setiap hari jangan pernah skip. Amalkan. 

Tak bertambah berminyak ke bila sapu soft gel nih dekat muka?

Tidak. Cuma ianya oily bila sapu dekat muka je. Then, boleh terus cuci dan dapat rasakan kelembutan kulit kita tuh :) 

Kalau dah memang sedia ada kurus, bila makan VCO nih, akan bertambah kurus lagi ke?

Tak :) If u da kurus, dun worry takkan lagi kurus after makan sebab metabolisme dah tggi. Cume yang utk metabolisme rendah je die akan naikkan. So dun worry ok! 

Berapa lama boleh nampak kesannya selepas makan VCO ni? 
Jika anda konsisten mengambil kapsul ini, insyallah, kesannya akan diperoleh dalam masa yang singkat tetapi ia juga bergantung kepada sistem/hormon individu tersebut. Kesan-kesan sampingan juga adalah berlainan bagi setiap individu mengikut masalah yang dihadapi. Depends :)

Halal ke VCO ni?

VCO from Catalyst Brand ni berasal daripada company Catalyst Nutraceutical (M) Sdn.Bhd di Malaysia & it based from nature. 100% bumiputera dan tak perlu ragu-ragu.

More info about VCO/ Catalyst boleh lihat di sini :

http://catalyst2u.net/
Macam mana nak order?
 sila emailkan kepada irine. 
irine_vco@yahoo.com

Sila hantarkan maklumat penuh anda ke email Irine ok untuk membuat pesanan.

Nama :
Alamat :
No Hp :
Jumlah Item :

Pembayaran Melalui? 

Pembayaran boleh dibuat melalui bank in/ trasfer duit ke Maybank/ Cimb Clicks ONLY.
Emailkan bukti pembayaran anda 

Untuk yang membayar menggunakan ONLINE BANKING (Maybank2u / Cimbclicks) :-
Please choose payment notification by email and insert
And your bank will send us email notification.

Untuk yang membayar menggunakan cash deposit/atm transfer :-
Please snap a picture of receipt / scan receipt and attach to email. Choose to reply our email, DO NOT compose new email
to avoid confusing.

PERINGATAN !!

PEMBAYARAN YANG TIADA BUKTI PEMBAYARAN,TIDAK AKAN DILAYAN 
 
VCO ni pre-order ok. Sapa cepat buat bayaran, barang dia akan dapat dulu dan akan dipost dulu
(mengikut hari delivery yang ditetapkan)

Setiap penghantaran akan diberi NUMBER TRACKING.
Irine akan update tracking number anda di Fan Page Irine. Sila LIKE fan page irine jika belum like bagi memudahkan anda semua alert dengan status fan page irine mengenai VCO.


Testimoni about VCO :) Terbukti keberkesanannya oleh pengamal2 dan pengguna2 setia VCO.







all pic credit to my sys,Cpm Honey Nurhaliza


Catalyst @ Harian Kosmo

 p/s : Irine agent yang berdaftar bagi product ni :) So, tidak perlu ragu-ragu.


Sebarang pertanyaan sila emailkan kepada irine. 
irine_vco@yahoo.com

Thursday, February 10, 2011

Ini betol-betol entry senyuman =)


Assalamualaikum blog readers Irine Nadia Marcello =)
Alhamdulillah, Setinggi-tinggi panjat kesyukuran sebabnya aku berada dalam mood yang sangat-sangat heppy. Ngeeee ;p

Babe, malam tadi  kan memang malam yang betol-betol buat aku and semua peserta yang join Contest What's Hot Is Getting Hotter by Cst Production and Datin Lynda Rahim rasa sangat-sangat cuak. Bukan setakat cuak, aku boleh jamin howkeyyhhh yang semua peserta mesti dapat symtom-symtop normal macam perut rasa tak sedap, kedua-dua tapak tangan secara automatic jadi sejuk yang tak tentu pasal dan tak terkawal mengalahkan orang yang menetap kat Kutub Utara (haha), dan dan dan dan bukan tuh jee, tapak kaki pon memang rasa sejok ok! ( ok itu aku, aku mengaku...huhu ). Yerlah kan, mana taknya, malam tadi CST & Datin Lynda announce kan siapa pemenang yang bertuah menang hadiah yang sangat-sangat hebat tuh! Tak ramai yang tau, apa hadiah yang best tuh kan,

Ok ni hadiahnya,

- 1 event full coverage by CST PRODUCTION photo & video (Majlis pernikahan / Persandingan / Pertunangan / Aqiqah / Birthday / etc… )
- 1 set wedding Dress Bride & Groom (worth RM4000++) by LYNDARAHIM KUALA LUMPUR.

Thanx Voters yang sudi undi Irine sampai undian melebihi 2k lebih =)



Dipendekkan cerita ( nampak sangat malas nak type..haha), Alhamdulillah sangat-sangat, aku menang..tapi tapi..tapi.. pemenang tempat ke-2 je.hihihi. Even aku tak menang hadiah utama tuh, aku still diberi peluang nak merasa hadiah daripda penganjur. hehee. Aku dapat  tempat ke-2 =) Alhamdulillah. Tak sia-sia usaha korang semua vote aku.hehe. Mesti korang tertanya-tanya kan, hadiah tempat kedua dapat ape? Ok, CST PRODUCTION menaja hadiah sebuah TRUE LOVE SHORT STORY dalam bentuk VIDEO. Yayyyyyyyyyyyyyyy! hehe. Means, diorang taja free untuk shoot video untuk kisah sebenar aku and my partner. Macam video true love story Elyana and suami nye dulu ( yer kot..hehe, main agak je).Sape nak bagi woOOo video mahal2 from CST ni.huhu. Aku ni dikategorikan The Most Voted/ Favourite blog :) *mood : tak sabar*

Aku sure mesti semua peserta2 gila punya tahap gaban nerbesssss nak tau sape menang contest ni semalam. Mula-mula CST PRODUCTION and LRKL update dekat status fan page diorang yang nak announce kan hari Selasa. Time tuh, aku dah dup dap dup dap daaaahh. Tipulah kalau aku cakap aku tak nak tau siapa menang..siapa yang bertuah..Kira macam aku silent fan jugaklah dekat page mereka ni. Kejap-kejap aku tengok...kejap-kejap aku bukak fan page diorang.hehe. Boleh dikatakan, asyik fikir pasal ni. hehekk..kantoi terusss! Yang aku tak tahannya, bila aku tidur je, sempat lagi aku mimpi pasal contest ni. Dengan Datin Lynda and Abg Rosli ( cst ) masuk sekali dalam mimpi aku (padahal tak penah jumpe pon).ngehngehngeh! Kalau tidur malam takpe jugak, nih tidur petang-petang. hoho.. Betol-betol penangan contest ni betol ! Haiiihhh!


Tak ke korang nerbessss bila tengok penganjur contest nih update status macam nih ? hehe


Last but not least, TERIMA KASIH YANG TERAMAT SANGAT kepada semua pengundi yang undi Irine di no.52 dalam contest ni. Tak lupa jugak, kepada Datin Lynda Rahim sebab pinjamkan bahu dia untuk aku hari tuh.kuikuikui. CST PRODUCTION skali :) Jasa korang semua Tuhan je yang boleh balas :) Doakan yang terbaik buat Irine dan pasangan Irine. Amin..

Tungguuuuu our true love story dalam bentuk video =)


p/s : Tadi pihak Nuffnang call aku, dia propose aku untuk join diorang and jemput aku pergi event2 Nuffnang. Diorang bagi ganjaran dan bayaran.But, aku kena tolakkk offer tuh atas sebab2 tertentu.

Sunday, February 6, 2011

Misi mencari cincin !


Assalamualaikum.
Ada masa sikit nih, nak jugaklah kemas kinikan blog ni. Cuti seminggu ni memang agak nikmat sedikit kot. Proposal for asgment dah submit before cuti, so takde lah rasa macam seram sejuk and perut rasa cuak bila ada kerja yang belum disettlekan. Tengok rr nanti after dah habis cuti nih esok, mesti tahap gaban punya rushing nak siapkan asgment. Cuti seminggu ni pon, parents ajak pergi Kelantan aku tak dapat nak ikut sebabnya diorang balik hari ahad malam ( hari ni ), dah sure-sure lah aku takut kalau aku rasa penat nak pegi klas pagi esok. Better aku selamatkan diri aku dulu. huhu. Elakkan penyakit mengantok datang bila tak cukup tidur. 

Cuti seminggu nih pon, aku tak nak laa lepaskan peluang nak cuci-cuci mata. hoho. Ada waktu terluang, cik sayang datang Melaka jumpa cik syg nya di sini. Dah alang-alang dia pon ada job wedding, datang turun Melaka jumpa aku. Awal-awal lagi cik syg dah cakap dengan aku,
"nanti listkan nak pergi mana dekat Melaka esok". 
Herrmm...nama je anak jati Melaka, tapi still lagi menggunakan service pencarian di internet.hehe. Google-google apa yang patot dekat ternet tuh. Tempat mana yang best and menarik.
Dan bila fikir-fikir balik, Melaka semua tempat dah pergi. Jemu nak pergi tempat yang sama. Cik abg sudah semustinya tempat yang 1st skali dia nak pergi ialah tempat makan. Dah lah keding tapi kuat makan. ngeehhh~

Pagi-pagi lagi dah datang nak jumpa. Gigih masing-masing bangun awal nak siap-siap. Dia pon sama jugak..drive dalam mood feeling-feeling mengantok. Dah la pagi-pagi sejuk kan. Sian die :P  Aku just tunggu and siap-siap je dari rumah. hihi. Sampai-sampai je muka masing-masing macam malu-malu je. Yelaaa..bukan selalu dapat jumpa, so perasaan dup dap dup dap tuh mesti ada sebelum nak jumpa dia. heeee. Inilah dinamakan....tettttt! hehehe. Cik syg siap cakap, hari ni nak amik gmbar puas-puas. Nanti boleh update blog, ramai dahh tuh komplen sbb blog dah lama x update. Tiba-tiba aku terasa macam mood insaf datang sbb ramai yg cakap blog lama sgt n jarang nak update. huhu. Ada eh yang tertunggu-tunggu setiap kali entry yang aku hasilkan? :) Lepas-lepas nih, semua entry aku pon bukan jenis yang macam-macam dulu lagi dahh. Semua entry akan ke arah jenis kehidupan future akan datang dalam hidup aku :) Jangan tanya kenapa ok.hehe. Kalau ada yang sudi baca, baca lah :)



Breakfast dekat area2 rumah aku je pagi2 ni sbb cik abg nak jalan-jalan dekat area rumah :)

Pagi-pagi lagi aku dah tipu cik abg. hehe. Dia tya dah breakfast belum, jawapan aku,

 Aku : "dahhhhh tadii.....makan kuey tiaw..sedapppppppppppp..nyum nyumm.."
 Dia : "eyhhhhh..mana aci dah breakfast dulu.."
Aku : "Camne nak buat..dah lapau sangat..makan rr dulu kat gumah"
(sbb slalunya we all kalau keluar pagi2, mesti masing2 puasa dulu jgn makan kat rumah, makan same2 kt luar)
Dia : Owhhhhhh x aci ni..
Aku : "Tipu je laaaaaa gemoookkk..x makan lagi ni. Mana boleh makan dulu kalau abg x makan lagi ". 
Sweet tak sweet tak. Geli tak geli tak ayat aku. hekhekhek :P

Sebenonya kalau nak tau, motif utama nak keluar time nih sebab nak pergi carik cincin untuk dia datanggggg.......tetttttttttt.huhuu. *jeng3*
Cik abang pandai ajak aku keluar time raya-raya cina taww.. Cam tau-tau je kedai-kedai cincin semua tutup. Baik Pak Habib Jewels, Poh Kong, and bla bla. Pergi menjelajah semua shopping mall, semua tutup sebab diorang cuti raya kan. Cik abang komain suka lagi bila tengok kedai cincin semua tutup. haha. Takpe,takpe, aku ok je. Mak cakap, kalau takde cincin masa datang nnt, x leh lahh nak masuk.......tettttttt! hihi. Padan muka die. :P


Tapi, last-last jumpa jugak kedai cincin yg bukak kat JJ. hehe. Aku tersenyum lebauuuuuuuu. Tersipu-sipu malu ok di situ. :') Aku dengan dia masing-masing takde pengalaman nak carik cincin untuk benda2 yang penting macam ni. Memang lah tak suprise nanti sebab aku dah tengok dulu cincin ni,tapi x pe lah, dah alang-alang nak keluar, kita same carik sekali gus! Boleh ikut taste cincin mana yang aku suka :) Kalau aku suka, mak ayah aku pon tumpang suka jugak la nnt :) Rambang mata pulak bila masuk kedai-kedai macam ni. Nak je aku tunjukkan dekat cik sayang aku nak tuhhhh..aku nakkk niii...aku nakkkk tuhhh..dan aku nakkk ni.... Tapi seb baik, aku baik. haha. Makin hari makin banyak duit nak guna. Aku dengan dia dah tak boleh nak membazir dan boros-boros macam dulu lagi daa..Ada duit je, kena simpan.

Sebelum nak pergi beli cincin, aku and cik syg dah kehulu-kehilir pergi carik benda-benda yang best. Aku and cik syg practice-practice carik barang dapur. hoho. Yelah, senang lah nnt takde rasa janggal nak cari barang2 dapur sama2 bila dah duk sama nnt. * direct gile aku cite skang nih* hehe. tapi betol la..kenyataan :)

Dia : Ape tuh eh..
Aku : Pizza laa..pizza segera.
Dia : Camne nak masak pizza ni ...
Aku : Alaaaa..senang je. Kena laa ada oven. Nanti masukkan terus je dalam oven. Nanti, make sure kat rumah ada oven ok :) * budget cakap cam feeling-feeling Chef Wan je*

Serious aku cakap, jalan memang jem gile. Niat hati nak pergi makan dekat Kapitan House pon tak tercapai. Kapitan House tuh cik abg yang search dekat ternet, Baba Nyonya punya style masak dia cakap. Sebabkan jalan jem, so tak dapatlah nak merasa makan kat Kapitan House tuh. Dengar nama restoran pun cam pelik, apetah lagi masakan diorang kan.huhu.Nyum nyum, mesti sedap dan pelik rasanya..kuikuikui. *jahat lak aku*

Betol kan orang cakap, time-time tengah dok bercinta yang busuk semua wangi. haha. Aku suka statement tuh! hehe. Bila ingat-ingat balik time mula-mula kenal dulu, 1st time dia jumpa aku pon, aku tak pandang dia langsung. Aku just tolehkan muka aku kat tempat lain,tapi dekat mulut bercakap dengan dia nih. huhu. Segan laaaa.huhu. Masa awal2 dulu nak makan depan dia pon, tercover sana, tercover sini. Mulut makan terkepit-kepit nak dok mengunyah makanan. hehe. Nak gelak pon, gelak ala-ala gadis kampung menutup mulut dengan tangan. hihihii.Tapi bila dah lama-lama kenal, benda-benda macam tuh takde lagi daaa..Dah biasa kan, so takde ape yang nak disembunyikan :)

Bila nak snap gambar pon, dah takde lagi dahhh nak cover-cover muka cun2 bagai ni.


No cover-cover lagi ok pic ni :P
Secara rasminya, pic nih telah menjadi pic profile cik abg aku. Aku tak tau kenapa dia suka sangat pic nih. huhuhu. Caption pic nih dia letak tak boleh blah,

" i like mulut itik "

hampehsss! huhu. Time ni cik abang tengah penat sebab drive kete lama sangat dari sana ke sini nak jumpa aku. Malas nak ganggu dia nak rest and tutup mata kejap. Aku dibiarkan sendirian. haha. Jahat tawww..kalau ada laptop x pe jugak...boleh bukak pesbook, main balas2 comment dekat group Sahabat Blogger ke kannnnnnnzzzz..hihi. Last-last tengok dekat tepi dia nih, bini kedua kesayangan dia ada (camera), terus aku sambar. hehe. Snap tap tapp tappp tapppp pics :) Byk gak memek muka terhasil. Lupa lak nak delete dalam camera dia tuh. huhu. Tak pasal-pasal, gmbr yg aku nak tapis sudah menjadi pic profile dia.huhu.


Btw, thanx  a lot voters2 yang dah mengundi irine dekat contest dream wedding tuh.
Serius cakap, tak sangka ada yang sudi vote we all sampai undian tuh dah mencecah 2k :'D
terharu sgt2! Thanx babe! 

nanti sambung lagi la, nak siap-siap g amik mak and ayah baru balik Kelate :)

Bui Bui !!


 
Designed by Whitey Mommy