Siapa yang menang CONTEST CST PRODUCTION & LRKL ??


Assalamualaikum semuaaa :)



Siapa eyhh yang menang Contest CST PRODUCTION & LRKL tuh? :) Mesti ramai yang tertanya-tanya kan siapa yang berjaya menang contest besar tuh. Hadiah pon bukan calang-calang dan senang-senang mereka yang terhebat beri dekat kita semua. Thanx kepada CST dan LRKL yang membuka peluang kepada kita semua untuk mencuba nasib. 

Ingat tak entry MY DREAM WEDDING yang aku hasilkan sebelum nih? Segala impian dan angan-angan aku, aku ceritakan. Walaupon aku tau tak semua dream wedding aku  akan menjadi kenyataan, tapi tak salah kan kalau kita nak pasang impian kita sendiri :) Sebabnya, yang macam aku cakap sebelum nih pon, kita bermula daripada angan-angan dan impian, lantas menjadi kenyataan.

CST PRODUCTION and LRKL sudah announcekan START VOTING  pukul 6 pm tadi kot kalau tak silap aku. 

VOTING sudah pon dibuka jap tadi sehinggalah  
11.59 malam 31 Januari

Jadi u guys, ape tunggu lagi, 
kalau korang rasa Irine and pasangan Irine layak untuk menang contest nih,
boleh UNDI IRINE  DI NO. 52 DENGAN MENEKAN  BUTTON "LIKE" di laman web rasmi CST.


UNTUK MENGUNDI IRINE DI NO.52 ! N0.52 ok! 
Dalam senarai entry tu ada banyak, sure2 korang pening. 
Korang carik NO.52, NO. 52, NO. 52 dalam senarai tuh untuk vote Irine dan pasangan Irine ok. Contest nih 50% daripada judges CST dan 50% lagi daripada undian korang semua. Irine harap korang boleh membantu Irine :)

Jasa kalian amatlah Irine hargai. Aku tak paksa. Kalau boleh, aku nak korang semua vote aku biar atas dasar jujur, ikhlas and telus. Kalau korang rasa dengan entry MY DREAM WEDDING yang aku hasilkan tuh betol-betol layak untung menang contest nih, korang vote lah ok! :) Sebaik-baiknya, aku tak nak ada unsur-unsur paksaan..sebab kita kalau nak buat sesuatu tu pon biar dengan kerelaan hati kita sendiri. Yang sebetol dan sejujurnya, aku pon teringin dengan apa yang orang lain inginkan. :'D

InsyaAllah, kalau ada rezeki aku dekat contest nih, salah satu daripada dream wedding aku untuk menjemput tetamu daripada kalangan para blogger ke kenduri aku nanti, mungkin boleh tercapai.. :) Janji aku untuk menyediakan meja santapan khas yang disediakan khas untuk para blogger dan rakan-rakan dunia alam maya di kenduri aku nanti pon, kalau ada rezeki mungkin akan dilaksanakan :)  Dekat situlah, aku nak membalas jasa-jasa korang kan :)

Jadi, jangan tunggu lagi untuk 
VOTE IRINE DI NO.52 ! :)

Yang baik datang daripada Allah, dan yang buruk datang daripada Irine sendiri :)



My Dreams Wedding,.. "What's Hot is Gettin' Hotter" by CST and LRKL



THIS IS STICKY POST.
 please scroll down for the next entry.tq

Assalamualaikum.

CONTEST " What's HOT is gettin' HOTTER" by CST PRODUCTION
&
LYNDA RAHIM KUALA LUMPUR.

CST PRODUCTION ? Siapa tak kenal? Kalau tak kenal tuh, tak taulah aku nak cakap ape.huhu. Memang makin hari makin hot kot CST PRODUCTION ni. Diorang terkenal dengan video-video yang sangat creative ala-ala fairy tale yang macam dalam mimpi korang tuh ok! Pernah tengok tak video LOVE STORY and WEDDING Elyana kat facebook ? Yang tuh salah satu daripada hasil titik peluh diorang la. CST PRODUCTION memang yang terbaik. Sape-sape yang nak buat video kawen amiklah CST ni..Tak rugi. Kalau nak cakap about DATIN LYNDA RAHIM pulak, memang terkenal kot kat KL tuh. Wedding planner kan. hehe. Actually, aku start kenal DATIN LYNDA RAHIM nih pon since aku tengok RANCANGAN GADIS MELAYU 3. Time tuh peserta-peserta Gadis Melayu kena uji dengan Datin Lynda Rahim. Garang wOOOoo die...huhu.aku balik2 takut.hehe. Tapi best, sebab  wedding dress by her nih sangat cantek ok!

Ok cukup la tuh mukadimahnya tentang
CST PRODUCTION 
&
LYNDA RAHIM KUALA LUMPUR ;)

Aku memberanikan diri untuk masuk "BIG" contest nih. Kenapa? Mengapa? hehe..Sebab benda nih benda yang menguntungkan :P .Kalau menang tuh, ini kira hadiah besar lah dalam hidup aku. Memandangkan contest yang dijalankan pon sangat menarik dan tertarik, so tak salah lah kalau aku try masuk. Benda baik tak salah pon kalau nak try. Lagipon, tajuk yang diberi oleh CST PRODUCTION and DATIN LYNDA RAHIM nih pon sangat cantek and kena kot dengan aku. hehe

- Pilih salah satu tajuk di bawah dan olahkan secara paling creative
1) My Dreams “Wedding”. (anda boleh ceritakan konsep wedding yang anda impikan)
2) My Dreams “Love Story”. (anda boleh ceritakan jalan cerita cinta yang anda impikan / kisah benar anda.

HADIAH? ( part nih yang best nak dengar nih)

- 1 event full coverage by CST PRODUCTION photo & video (Majlis pernikahan / Persandingan / Pertunangan / Aqiqah / Birthday / etc… )
- 1 set wedding Dress Bride & Groom (worth RM4000++) by LYNDARAHIM KUALA LUMPUR.
- Hadiah ini valid sehingga 1 Jan 2012 sahaja.
- Hadiah boleh di tukar milik.

 TARIKH TUTUP PENYERTAAN

- 6 Jan – 20 Jan 2011 (Penyertaan)
- 21 Jan – 31 Jan (Online Voting)

Dengan adanya pertandingan macam nih, sekurang-kurangnya boleh mencuba nasib dan siapa tahu kalau bernasib baik boleh mendapat majlis perkahwinan impian tanpa perlu mengeluarkan bajet. Betol tak? Angguk je lahh sebab memang betol dan tepat ;) Peraduan nih pon mmg membuka peluang bakal pengantin  or bakal bertunang dan bukan sahaja untuk mendapat perkahwinan yang diidamkan. So, aku harapkan, dengan entry nih, korang boleh vote untuk aku nanti ok? :)

Ok.Dengan secara rasminya, aku pilih tajuk " MY DREAM'S WEDDING. 
Nak ceritakan konsep wedding yang aku impikan. Nama pon "dream". Kalo dream tuh tak semestinya menjadi ye dak? Mimpi yang bermula daripada angan-angan dan impian. Sesuatu yang masih dalam khayalan atau imaginasi aku, tapi mungkin boleh menjadi realiti atau terus-terusan kekal menjadi fantasi aku semata-mata :)

THEME 

Theme yang aku impi-impikan time wedding nanti, kalau boleh aku nak yang konsep moden. Means tak nak nampak macam terlalu sarat dan formal sangat. Nak yang ala-ala santai dan buat tetamu yang datang nanti tuh, 1st impression diorang bila jejak jeeeee kaki dekat wedding aku tuh ialah perkataan "WOW!!".. Tak pon, " OMG ! "..haha. Bukan senang kita nak bagi orang lain rasa terpegun tengok wedding kita rite? Sebelum nih, memang ada jugak simpan impian nak wedding  macam semua orang boleh merasa dan menikmati keindahan kat Taman Bunga. Kira macam konsep ala-ala taman la nih. Setiap sudut dekat wedding aku nnt, nak dihiasi dengan bunga-bungaaan hasil ilham wedding planner menggunakan daya kreativitinya lah :) Dekat atas pelamin tuh nanti, aku nak ada banyak gabungan bunga-bunga ( fresh flower). Nak yang colour menyerlah dan menonjol macam gabungan colour Pink + Cream + Blue/ Turqoise. Pastu tambahkan lagi dengan hiasan permaidani berbulu tuh. Ala yang permaidani bulu-bulu colour putih tuh. Serious aku rasa time tuh, memang nampak rekaan tuh nampak exclusive sangat-sangat. Tapi tak nak lah membazir sgt.Sbb banyak lagi benda yang nak guna nnt after kawen. Biar  bajet sederhana, tapi apa yang dirancang dan diidamkan dapat dihasilkan asalkan bijak memaksimumkan kreativiti dan bajet yang ada.


Theme : Wedding Garden
pic from google




MEJA SANTAPAN UNTUK PARA TETAMU



Part nih yang aku paling suka. Tau tak kenapa? Disebabkan hidup aku nih dah sebahagian daripada dunia blog, so, aku memang dah siap-siap plan dah, nak sediakan meja makan khas untuk para blogger yang aku kenal dekat dunia alam maya nih. Bukan untuk blogger je,  kira macam orang-orang  yang aku kenal from internet, aku akan invite mereka dan sediakan meja yang KHAS buat kalian :) Comel kan? Yelaaa..dekat situlah aku nak balas jasa baik korang sebab selama nih banyak support aku dalam bidang blogging nih.Time tuh, dekat atas meja , dah siap tertulis dekat atas board keras " VIP BLOGGER" or whutever lah. So, dekat situ, korang-korang yang aku invite tuh takde la konfius nak duduk mana. And termasuklah aku, senang nak kenal dan cam korang nanti. Senang lah jugak aku nak salam-salam korang nanti. *hehe*. Dah tersusun dan nampak teratur dekat situ :) Aku nak semuanya berjalan dengan sistematik dan berjalan lancar je nnt tanpa masalah-masalah yang rumit :) Dah nama pon nak konsep ala-ala taman kan, so, dekat atas meja santapan tuh nak dihiasi dengan jambangan fresh flower bagi menceriakan lagi suasana wedding time tuh.

CAKE

Of course aku akan pilih "cup cake".hehe.


pic from google

Cup cake antara trend dan pilihan sekarang untuk konsep dalam taman nih. Pemilihan warna merah jambu sure-sure akan menampakkan lagi suasana "kelembutan" dan "romantic". Ditambahkan lagi dengan bunga-bunga fresh dekat wedding tuh..perrrgghhhhh..romanticccc nyeee laaaa aaaiii. Boleh berdarah hidung tauu! huhu. Cake yang jenis selalu kita tengok dekat wedding2 before nih dah biasa sangat. So, kita buat lain daripada yang lain sikit. Memang trend sekarang time wedding je, orang guna cupcake. Tak kisahlah berapa tingkat kau nak. Order je! But no money no talk r! hekhek! Majlis kahwen takkan lengkap kot kalau takde acara potong-potong cake nih. Sedangkan orang buat kenduri berkhatan pon ada main potong-potong cake, inikan plak BIG DAY korang kan? hehe.
Kalau korang nak tau, aku memang gilew dan pantang bila nampak cupcake yang comel-comel tuh! Serious geram! Rasa sayang nak makan, rasa macam nak simpan je sampai bile-bile. Biarlah basi ke ape ke cupcake tuh. Asalkan cupcake tuh still cantik jeeee. haha.
*baik tak yah sediakan cupcake kalo camtuh kan.hehe*


PELAMIN

pic from google
* gila kentang cantik pelamin nih *

Bila bukak bab-bab pelamin nih la yang aku suka. Last day pon, masa pegi pameran pengantin, survey-survey jugak pelamin-pelamin yang cun-cun.Nak pelamin yang boleh menampakkan kontemporari tanpa sarat dengan benda-benda yang menyebok.hehe. Pemilihan warna lembut macam putih dan krim serta merah jambu. Pemilihan kerusi pulak, aku nak jenis kerusi yang tinggi tuh. Taknak jenis kerusi yang rendah tuh..sebab nanti nampak macam tenggelam pulak.Aku lebih tekankan dekat penggunaan lampu hiasan sebab dekat situlah mampu memberikan impak yang lebih menarik. So, tetamu yang datang akan lebih tertumpu dekat kitorang je time tuh tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. hehe :) Penggunaan lilin pon aku nak titik beratkan jugak. Terserlah suasana "cool" je nanti. Bukan lilin yang time korang guna time rumah korang blackout tuh yek.hehe. Nehi..nehi ! Lilin hiasan macam kat IKEA tuh.Dekorasi ala-ala taman nih, kalau boleh aku nak semua tetamu aku yang datang nanti dapat menikmati keindahan bunga-bunga segar, secara tak langsung membuatkan tetamu-tetamu aku semua tak nak balik rumah.hahaha.


pic credit to http://blog.mukhrizlatif.net

Camni pon cantik jugak :) Pelamin time Elyana akad Nikah :D
p/s  : Aku perasan dari hari ke hari, aku macam minat blue colour plak.Musykil..musykil..

PENYERI MAJLIS

Penyeri majlis yang aku maksudkan ialah "flower girls". hehehe.


pic from google

Dengan adanya flower girls yang nak mengapit kitorang nanti, dah sure-sure lah dapat ceriakan lagi suasana wedding tuh:) Flower girls tuh mestilah nak budak-budak cinonet yang comel-comel pakai gaun kembang  labuci merah jambu (for girls) and suit hitam (for boys). Comel nyeeee! aku dah terbayang dah nih ok! hehe. Flower girls tuh pulak akan bawak bakul yang dah kena hias dengan reben. Dalam bakul tuh pulak, adalah cenderehati macam gula-gula ke, coklat ke,bunga telur ke, and whutever lah . Budak-budak je boleh jadi flower girls ni, mak-mak budak tak dilayan ok nak jadi flower girls.hekhek!


Comel kan? :):) Pic contoh je nih semuanya :)

PART NIH BEST :P

Tengok tajuk pon takleh blah.haha. Apatah lagi benda yang aku nak explainkan nih kan? hehe. Kenapa aku cakap part nih best? Sebab part nih aku betol-betol nak jadi kenyataan. Aku tak nak ianya just tinggal as angan-angan mat jenin je. Tau tak ape? :) Aku nak time aku and pasangan aku nanti, nak berarak naik kereta kuda.hehe :) Memang lah nampak macam telan kos banyak. Nampak je.. ;p Tapi memang betol laa..serius nak naik kereta kuda (unicorn :p ) time berarak nanti. Comel sangat-sangat kan? Time nih, konsep wedding nih lebih menampakkan konsep ala-ala kayangan sikit :) 


BUSANA PENGANTIN

Dekat hari bahagia aku tuh nanti, pakaian yang indah pasti dan sure-sure akan jadi saksi dekat kitorang. To be honest, as perempuan bertudung, aku impikan busana pengantin mengikut konsep muslimah trendy. Aku dah set dah dalam kepala nih, bila malam akad nikah tuh nanti, aku nak pakai busana pengantin berkonsep ala-ala jubah abaya dan nampak sopan. Orang selalu akad nikah, pakai kaler putih kan? This time, aku tak nak pakai putih. Kalau boleh, aku nak aku and pasangan aku pakai colour lembut, pastel colour. Sama ada, malam akad nikah tuh aku gayakan baju colour soft pink or whuteva selain daripada putih. Time nih, kalau boleh, aku nak berkonsepkan ala-ala arabic..nampak lebih ayu dengan penggayaan tudung yang dikenakan dengan aksesori. Kenapa aku pilih busana malam tuh ala-ala jubah? Sebab aku tak nak busana tuh nampak terlalu ketat..takut aku tak selesa nanti. Ewaaaahhhhhh! haha. Jenis fabrik mungkin aku nak gabungan daripada jenis lace dan satin lembut. Barulah selesa nak pakai nanti :)

* colour biru turqoise macam Elyana kawen tuh pon cantek lah, tapi biru bukan biasa sangat ke? hermm..maybe mengikut jenis rekaan lah kot :) *


Ok lebeyh kurang macam nih la rupanya jubah abaya tuh :) Aku rasa, time nih, kena pandai-pandai matching kan dengan penggayaan tudung yang sesuai. Tambahkan dengan aksesori macam kerawang-kerawang atas kepala tudung kita tuh :)


Ok. pernah tengok kan Elyana time bertunang? Baju dia cantik kan? Serious cantik.
Colour yang jarang orang buat time bertunang.


Cantik kan? :)


Biru nih la yang aku mention kat atas tadi tuh. huhu. Bila Elyana pakai, aku rasa paling cantik and sesuai sangat-sangat.


pic credit to http://blog.mukhrizlatif.net

Full pic wedding dress Elyana time kawen :) Jatuh hati terussssssssssssssssssllluurrrppppp.



 pic from Arma Abdul Rahman Couture

Baju Bienda time wedding dia pon cantek :) Jubah abaya. Memang mathcing sangat-sangat. AKu dah rambang mata ok..huhu.


 pic from Arma Abdul Rahman Couture

Like this!! Serious cantek! Baju for girls tuh rekaan dia memang glamarous betol.huhu. Baju untuk lelaki tuh plak memang aku berkenan abis lah. Belum cik abg pakai lagi nanti. Berdarah hidung aku nnt ngk dia :')

PENGAPIT

Pengapit sudah tentu dan tidak lain tidak bukan ialah aku akan pilih kawan baek aku sendiri,Anis. Kalau korang perasan, entry aku yang lepas-lepas tuh, ada satu entry yang aku hasilkan bersama Anis. Kenapa aku pilih Anis? Sebab dia sorang je satu-satunya kawan aku yang tau isi hati aku dan perangai aku.hehe. So, Anis, bersiap sedialah kau! hehe.


RUANGAN SESI BERGAMBAR



Yang nih jarang orang buat :) Memang ada orang yang buat time wedding, tapi tak ramai. Kalau boleh, aku nak sediakan satu ruangan sesi bergambar ala taman untuk tetamu-tetamu aku yang datang nanti. Menampakkan lagi serinya time tuh. Dekat ruangan tuh,aku impi sangat-sangat yang ruangan tuh dihiasi dengan fresh flower merah jambu yang merimbun-rimbun segar tak hengat dunia! hehe. Dekat tepi bahagian ruangan tuh, ditaburi dengan hiasan kelopak bunga-bunga. Comel kan? Teruja ok! Tau tak macam mana ruangan sesi bergambar aku harapkan? Ok macam nih, dekat ruangan tuh nnt, aku akan sediakan satu camera khas untuk tetamu amik gambar sendiri then lekatkan dekat board khas. Then, bila korang dah tampal dan lekat pic korang tuh, bawah tuh korang boleh tulis ucapan untuk aku n pasangan aku nanti. Tulis pendek-pendek je! jangan nak mengada-ngada create ayat panjang karangan SPM plak! huhu.

Ok..tuh je la kot yang aku boleh share serba sedikit tentang impian and angan-angan aku. :)
Aku hope dengan entry with point-point yang tak seberapa nih, boleh buat judges rasa terharu ke ape ke..nak nangis ke ape ke..haha :P Sebab 30%  from judges CST and LRKL and 70% voting from orang ramai  :) So, supportlah irine ok! nnt korang dapatlah merasa wedding irine nnt :)


Last but not least, thanx a lot to CST PRODUCTION and LRKL sebab bagi peluang nih untuk aku share serba sedikit " My Dreams Wedding".
Sila click @ logo CST PRODUCTION and LRKL untuk "LIKE" fan page mereka :)




Walopon CST and LRKL tak mintak letak pic kat entry nih, aku nak letak jugak! Yelaaa..nak kasi CST and LRKL nengok-nengok lah camna laaa rupa bakal2 or pasangan yang buat entry nih..hikhik :)



TO CST PRODUCTION and LRKL : To be honest, irine and pasangan irine hope sangat yang CST dapat merakam hari perkahwinan irine dan teringin sangat menggayakan busana from Datin Lynda Rahim. Mungkin dengan bantuan mereka, semua impian dan angan-angan irine mungkin akan menjadi kenyataan. Siapa tau? :)

Supportlah Irine ok to win dis contest! Nanti mana tau ada rezeki, korang dapat datang wedding Irine dan duduk di meja VIP BLOGGER  nnt. InsyaAllah. :)

p/s :
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

:)


 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in