Raya! Raya! Raya datang lagiii !! Selamat Datang Syawal 2011 =)


Assalamualaikum.
Rasanya, belum terlambat lagi nak wish selamat hari raya kepada semua pembaca blog ni. Rasa macam tak sah kalau tak tulis luahan hati serba sedikit di blog sendiri. Apa-apa pon, saya sendiri, Irine Nadia dengan penuh rasa rendah hatinya, menyusun sepuluh jari untuk mohon ampun kepada semua yang pernah mengenali diri saya. Semua manusia dalam dunia ni tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Mungkin saya tidak pernah mengenali anda tetapi anda mengenali saya dan keberangkalian juga saya pernah terguriskan hati atau menyakiti hati anda semua secara sengaja atau sebaliknya. Oleh itu, saya mohon ampun daripada hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Kita setkan semula dosa pahala menjadi nilai 0-0 okeh? :) Jangan disimpan lama-lama di dalam hati. Kalau ada apa-apa yang kurang menyenangkan, bolehlah contact saya secara personal di email :P  hihi. Jangan risau, saya sendiri pon manusia biasa ciptaan Tuhan, kalau saya boleh meminta anda semua memaafkan kesalahan saya, kenapa pula saya tidak boleh melakukan perkara yang sama bukan? Saya secara terbukanya, maafkan kalian yang pernah melakukan kesilapan terhadap saya.
(Tak kisahlah kalau korang pernah termengumpat aku ke,buat sakit hati aku ke, ape ke..whutever ^^ )

Tahun ni seperti korang alami dan korang rasa, aku pon turut mengalami suasana hari raya yang agak suram. Aku pon tak tau kenapa, mungkin disebabkan, tahun ni aku tak dapat nak abiskan sebulan berpuasa dengan family di Melaka. Hampir sebulan jugak aku abiskan puasa di kolej. Hermm, biasalah, kehidupan di kolej, mesti rasa sebak plus plus awan-awan yang terpilu di situ ye adik-adik sekalian. Makan berbuka dan makan bersahur pon tak menentu. Kalau dekat rumah, memang dah menjadi kebiasaan bagi semua orang, bangun sahur disajikan dengan makanan sahur yang enak-enak macam kenduri kahwen je aku rasa. Kalau dekat kolej, mesti ada feeling-feeling diva taknak bangun, malas katanyaaa, lagi nikmat tidur daripada makan sahur. Itu semua syaitonnnnnnnn adik-adik oiiii ! Tapi aku buat camtu jugak. huhu.

Dan mungkin jugaa tahun ni raya aku agak suram sebab 1st time dalam hidup aku 2 angpau je yang berjaya aku dapat..................................... ( tetibe lagu sedih keluar time ni ).

Ape-ape je lahh, yang penting aku dapat raya. Syukurlah sebab dapat merasa raya tahun ni, daripada NON-ADO !  Gambar raya kali ni aku hanya letakkan beberapa keping je. Cukuplah sekadar gambar aku kucup tangan ibu bapa aku khas untuk tontonan pembaca-pembaca blog ini. Ok lahhh tewww, daripada takde.Gambar yang sikit ni lah bukti aku beraya jugak tahun ni. huhu :P  Takdelah, gambar full tak siap lagi daripada official photographer iaitu abang aku sendiri si Aizul Marcello tu =) Dia busy merayap pegi beraya rumah kawan dia. huhu.


Macam biasa, tiap-tiap tahun aku mesti sediakan "skrip" minta maaf untuk parents aku. Tapi, entah kenapa tahun ni aku cakap spontan je tahun ni. hehe. Aku rasa, gambar aku cium tangan ayah aku ni nampak macam suweeet sangat. Sesuai diletak dan ditampal besar kat atas meja study ok. Senang nak kasi aku insaffff sikit bila malas nak study dekat kolej.


Yang ni pula, gambar aku meminta maaf dengan mak aku yang tersayang. Sory lah, gambar siku je yang nampak. kuikui. Rahsiakan sikit wajah mak i ni. ahax. Owh sebelum aku lupa, hari ni, 2 September, birthday mak Irine. Tq so much yang comment2 wish kan selamat hari lahir kepada mak aku semalam ok ? =) Really appreciate it !

Apa-apa pon, aku ucapakan
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
kepada semua pembaca-pembaca blog ni. Rumah aku sentiasa terbuka untuk korang semua beraya di rumah aku.  Duit raya je yang tak terbuka untuk korang. huehuehuehue!

Ok bui bui !





50 comments:

DoRaEmoN LuRvE said...

Selamat hari raya gak kak irine !! nkkk duit rayaaa... hehehe

misz molecule said...

baju irine mletup.comel giloss..

nak tengok yg full..plisss3.heheh


finally updated jugak:))

RARA aihara said...

SALAM AIDIL FITRI yer IRINE ! ! !
=)
SELAMAT HARI LAHIR buat BONDA tercinta...=)

pinqy taraturuu said...

Selamat hari raya Kak irine.. Biaselah duk hostel kan.. Huhu,, cube fikir yg duk obersea sane mesti lagi sebak awan terpilu kan,, btw Kak irine + Baju raye = cantik..
Kirin slm ibu ;)

pinqy taraturuu said...

Selamat hari raya Kak irine.. Biaselah duk hostel kan.. Huhu,, cube fikir yg duk obersea sane mesti lagi sebak awan terpilu kan,, btw Kak irine + Baju raye = cantik..
Kirin slm ibu ;)

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

cntiknya baju irine...

hira said...

selamat hari raya irine! :D comel je gambar dia. hehe. tolong wish birthday untuk mama irine ye bagi pihak saya :)

Apel D. Doragon said...

abang mintak mahaffff kekeke

mizzura said...

selamat hari raya irene & salam merdeka :-)

|MERDEKA-RAYA Kita!!|

CiMinniy said...

Selamat hari raya kak irine !! Cantik bju ghaye . ~

meaw said...

auwwww,baju ghaye diaaa hat tunang eh irine, comei ahhhh......irineeee! sebelum terlambar meaw nak wish bufday pada aunty dengan irine sendiri.... even irine 3.9 tapi meaw nak wish awal takut tak sempat :)

Shaiful Zaidi said...

Salam Aidilfitri. Moga ceria di hari lebaran.

AsyRaF is VeRy HumBLe said...

selamat hari raya kak irene. masih dpt duit raye ek? best nyeee

Yuyun Ahmad said...

selamat hari raya! :)

Aida Azryn said...

selamat hari raya irine! ;D

Atiqah Wadiah said...

slamat hari raya irine :)

IEQAH said...

selamat hari raya irine..
happy birthday tuk mak irine..
cantik bju raya irine..bju tunang yee..hehe

cik siti said...

beb, pakai bju tunang hri tu ehh? siyes lawa. :) happy eid irine. maaf zahir batin k. :)

sheeraYAAKOB said...

kak irene ,
selamat hari raya jugak =)


cantek nya baju kak irene

Syafiq_Elf said...

Selamat Hari Raya Kak Irine ^_^

Etong said...

sukanya tengok gmbrrrr :)

caHAYA said...

irine pakai baju tunang eh ? hihi ;p

hanabunga said...

aah gambar 1st tu sweet sangat :)
selamat hari raya kak irine!

CikHaniBhulat said...

cantik nya berbaju raya.org kalo dah cantik, pakai pe pon cantik kan..

salam aidilfitri maaf zahir dan batin =]

myravea said...

Selamat hari raya sygs ;)

Miss Nadya said...

selamat hari raya..maaf zahir dan batin irene...^^

new entry :: Merdeka Raya 2011 Part 1

Eyfa Zalifa said...

Selamat Hari Raya juga sis..Maaf zahir dan batin..Raya tahun nie mmg suram..semua kata..Tak best macam raya2 lepas..Tahun lps boring,tahun nie lgi boringg!
Semua blogger kata raya tak best..huhu..Biarlah..Asalkan dapat raya..Part sdiakan skrip tu mmg klako lah sis..Ye ke sis sediakan?Haha!So funny!Spontan pun ok apa..hehe:)

MissVanilla said...

cantik baju kak irine

nur syazwin said...

eh,kak irine pakai baju tunang ea ? lawo ! :D

Kuronofu91 said...

suka foto......

FizaFizz said...

SELAMAT HARI RAYA IRINE! dan SELAMAT HARI LAHIR utk mama Irine! ;)

iza ismail said...

selamat hari raya..cumel betul baju raya irine..nice...

@juera said...

selamat hari raya irine =) cantik irine..

cik siput said...

fuhhh...irene..blog u gempak giler..lawa siott... :D
like1000x..
anyway..slamt hri raye :)

RabiatuL AdawiaH said...

irene happy sungguh raya u.... happy syawal ye..anyway, nice yr offical blog..

Fyza Roosli said...

irine,upload le gmbr raye byk2..suke tgok..hehe

WEI LYN said...

Selamat Hari Raya jugak.. Maaf Zahir Batin.. mmg sweet pic2 tu :)

naf. said...

selamat hari raya :D

naf. said...

selamat hari raya irine :)

BLADE EDGE said...

salam irine...

selamat hari raya aidilfitri..

sharinaselena said...

selamat hari raya kak :)

LaLaLovy said...

irine, posing penuh sikit. nak tengok baju raya! nampak sangat elegant okay!!! cepat update!!

LaLaLovy said...

irine, posing penuh sikit. nak tengok baju raya! nampak sangat elegant okay!!! cepat update!!

AmeraAmir' said...

Huhoo. Rumah kita dekat je kak irineee :D

Sizzling Suzai said...

first of all CONGRATES irine on the engagement ^^ wish u hd a happy life..amin..n
SELMAT HARI RAYA yarrr...from me the SizzlingSuzai! hehe

♥ dak pink said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk Irine & Keluarga.

=)

Gadis Pantai Timur said...

eh..baju raye mcm baju tunang je...hehehe

0nenanina Vanilla said...

alaa nape letak gambar skit jerr..x puas tengok

Nurain How @ Nurain Mohd Arif said...

Cantiknyewwww baju ibu medina ... Selamat hari raya kak...

Nurain How @ Nurain Mohd Arif said...

Cantik baju ... Selamat hari raya kak ...

 
Copyright © Irine Nadia | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in