Isu : Pasang lagu dalam blog ni perlu @ sebaliknya?

Assalamualaikum =)
 Aritu dah terrrrjanji pulakk dengan korang semua yang Irine nak update lagi lagu-lagu yang best untuk didownload oleh korang, hehe. So far laaa kan, bila Irine pernah buat entry tentang mana nak carik lagu Indo yang best tu, dapat good feedback la jugak :) Thanx guys! Really appreciate!  Even silent reader blog ni pon download jugak kan? Hellehhh..macam laa irine tak tau, Irine boleh detect lahh sape yang baca blog ni. ekekeke! (ok tipu).

Pernah jugak, sebelum ni dekat blog-blog lain,  timbul isu letak lagu dalam blog membuatkan readers blog tak selesa dan senang cite lah kan dalam bahasa pasarnya, "memekik jeeeeee". Irine bagi contoh la kan, situation dia macam ni,

Situasi 1

Si A : Blog-blog yang letak lagu yang takde button "pause" ni ok tak ?

Si B : Hermm, tak ok laaa, sebab bisinggg gile kot blog yang ada letak lagu dlm blog ni. Lain lah, kalau ada button "pause", boleh la stop kan kalau tak nak dengar.

Situasi 2

Si A : Kenapa eh banyak sangat blog suka letak lagu yang automatic keluar tu? Ko tak rasa ke macam membuatkan lagi readers lagi cepat bosan dan belum sempat nak baca entry yang the latest dah pangkah siap-siap button kat tepi tu.Elok-elok ada selera and excited nak baca blog, terus hilang mood sebab blog bising sangat dengan lagu sampaikan nak baca entry pon susah.
(haaaa..mood marah betol Si A ni bercakap)

Si B : Aku tak rasa pon macam tu, sebab blog yang suka letak lagu ni mungkin taknak readers dia bila baca blog dalam keadaan yang suram and sunyi je. Kalau letak lagu, boleh lah feeling-feeling sikit bila baca entry. Senang cite kan, letak lagu dalam blog tu hak masing-masing. Kalau nak tau jugak, blog yang suka letak lagu best-best dalam blog ni, kira bijaklah jugak. Nak tau tak kenapa? Sebab tu adalah antara salah satu tips nak naikkan traffic dalam blog kita. Contohnya laa kan, kalau ada readers yang suka baca blog ko, then dia akan bukak jeeeee blog ko semata-mata nak dengar lagu dalam blog kita tu. See? Tuh kalau sorang yang suka, kalau 10 orang yang suka? Kalau 100 orang yang suka? Haaa..lu pikirlaah sendiri !

Si A : (terus diam membisu lalu memasukkan lagu yang best dalam blog dia selepas diceramah hebat oleh Si B).  

Btw, ni cerita betol ye. Tak reka-reka punya sebab ianya terjadi ke atas diri kawan Irine sendiri. hehe

Apa-apa pon, masing-masing ada hak untuk blog masing-masing :) Benda alah tu takde pape pon, tapi biasalah manusia ni suka besar-besarkan isu yang kecik menjadi besar. hehe.

Ok lah, ni haaaa habuan untuk korang semua. Lagu-lagu yang Irine nak share kali ni, lebih kepada lagu Indo yang jenis slow-slow je and ada sesetengah tu lagu yang jenis Ketuhanan sikit. Tak tau lah betol ke tak, sebab berdasarkan tajuk lagu ni semua pon, memang lain daripada yang sebelum ni. Kalau korang nak lagi lagu yang best versi2 Ketuhanan ni, Irine suggestkan download lahh semua lagu-lagu daripada OPICK ! Irine gerenti dan jamin 100% memang best! Selalu dimainkan dalam drama-drama Melayu sekarang :P


 Selamat Mendownload =)
(click sahaja tajuk lagu tu, then akan direct terus ke web 4shared untuk didownload dengan segera)


ISTIKHRAH CINTA - SIGMA
SATU CINTA - STARFIVE
PINTU TAUBAT - ZIVILIA
ABATASA - WALI BAND
FIRMAN - KEHILANGAN
DARI SUJUD KE SUJUD - MARSHANDA, OKI, ARSYIL, DUDE 
BUNGA-BUNGA CINTA - DUDE HERLENO feat ASMIRANDAH
SALAHKAH KITA - ROBINHOOD feat ASMIRANDAH
JODOH DI TANGAN TUHAN - RAFFI feat BELLA
SYAHADAT CINTA - TERRY
MUHASABAH CINTA - EDCOUSTIC
DI ATAS SATU CINTA - INTAN DEWI PERTIWI
RAPUH - OPICK
TAKDIR - OPICK feat MELLY GOESLOW
ANDAI WAKTU MEMANGGIL - OPICK feat FIRA FLO


ok tu je.. next time kita share together-gether lagi ok =)



Bui...bui..

50 comments:

delarocha said...

ok je pasang lagu..jgn pasang lagu rock sudah la, terkojot den

Mish Apple said...

klau blog ni lagu autoplay tapi ade button pause . okay la . . btw .suka lagu blog ni . . just kadang bercampur dengan laggu lain . .

DoRaEmoN LuRvE said...

thanks kak irine 4 sharing the lagu ~! best best :D

Cik Clara said...

waaaaahhhh! suke sgt3... thanks irine sbb dh share kan lagu2 tue! :)

nazirulhazwan~ said...

Mcm mengia kan kate2 je.hehe sure ramai yg ckp setuju ngn irine.sbb otai yg ckp kan.haha klu org biasr cko sure kene bangkang

Aida Azryn said...

whoa! semua lagu tu aida suka! hihi ;D

kasmadiana said...

hai kak irine!!
saya semakin 'jatuh cinta' dengan lagu2 indon nie...hehehe..dulu memang suka2 gitu2 ja..tapi sekarang nie..suka ketat2 lagu indon..hohoho..^^

Pn. Sheila said...

terpulang pd diri sendiri sma nk pasang ke tak. ada yang suka ada yang rasa tak sesuai... tak gitu... hehehe...

Ieka Luvika said...

Istikarah cinta lagu fav ieka ;)

myravea said...

Betul tu irine, ikut selera masing-masingla..Ada yang suka, ada yang tak suka..hehee..

Btw, lagu2 yang irine suggest memang best, cepat download!!hihikss ;)

naf. said...

apapapun,kita suka semua lagu dalam blog akak:)

sea_lavender said...

5 daripada senarai tu sume lagu2 yang pernah dkt blog~~ sume org ske dan puji...kata mereka lagu2 tu sgt besh =D

Red said...

thax 4 the songs erine :)

Umie Artoqiemie said...

satu je lagu yang aku tau.. PINTU TAUBAT.. keh3..

yuyu Zulaikha said...

belog irine, ada takde, orang tetap suka <3 ^^

IEQAH said...

ada yg suka ada yg tak..depends la kn..

DfyStrawbery said...

betul tu, kalau pasang lagu, syok je, tapi kalau lagu melampau tu, agak sakit hati jugak la kan :) DS ade jual template untuk felt :) visit me. tq

Zaiya said...

huk3.. rasanya, perlu kot letak lagu.. lagu yg mendamaikan.. aiseh..
UWAH!!! gatal hati dah nak download.

CikAtien said...

suka lagulagu irinee serius best best!

CikAtien said...

suka lagulagu irinee serius best best!

koala^bear said...

suka blog yg ada lagu jugak :)

biskut chipmore said...

best2 jer lagu dalam blog irine ni.. sambil baca post sambil layan~~

kadang kita tak tau lagu tu, so leh la sama2 share kan?

Noorul Amera Adnan said...

thanks adikku irine. hihi akak dah download smua lagu tuh. nnt share2 lagi ok :)

mjviewpic.. said...

btol!..anda xtipu..sy pon dh terpikat dgn lagu di blog ini..tq for sharing!..mmg mencari SATU CINTA! ..=)

-atiQah- said...

lagu2 opick semua best2 kan!

Yana Nanako said...

blog otai bila dah bagi ceramah, semua iyekan je la.. ade ke takde ke lagu kat blog irine ni tetap jugak akan ada pembaca yang singgah..tak gitu? cuba newbie bagi ceramah macam kat entry irine ni, sure ada negative feedback punye.. ini kenyataan, sebab terjadi kepada kawan saya :) (pembaca boleh siap cakap 'aku dah taknak singgah lagi blog ko sebab kau letak lagu yang takde pause')

BLADE EDGE said...

assalam irine..

actually ramai jugak yg kata xpayah letak. one reason is loading time utk tgk blog tu akan jadi lambat sikit. sesetgh lg kata rasa serabut sbb byk sgt bunyi. lg haru kalo xboleh nak stop or pause lagu tu..

-atiQah- said...

sekarang paling suka dengar lagu bunga-bunga cinta. hehe. :D

Un Phat Lee said...

blog gua skrang nak dengar lagu kena tekan butang play sndiri.kenapa? entahlah.hahaha.

Murni said...

Wah Irene, lama tak jenguk blog ni. dh tukar template sweet gle. Like100x...mcm dh kawen je, dh ke? heheh

0nenanina Vanilla said...

tq irine..pasni nak download. ramai gak komplain tak suke ade lagu dlm blog..na pon time pendapat tu n remove..but klu irine pakai na ok je sebab lagu irine memang baru2..jdi pas dengar memang cari la..ngeh2

Mona said...

kalau lagu tu bising... mmg terus tutup la... tp blog irene ni akak buka sbb nak dgr lagu... sbbnya masa tak update entry pun akak tetap buka

mysara said...

ok je..
tp lagu2 yg irene letak len dr yg len la..;)

Ayu Online Dairy said...

okey je ader lagu tapi kalau bleh biar yg ader pause, sebab kadang-kadang lagu tu tiba2 je terkuat, dah kuat mesti memekik msk telinga kan. so mesti org pun tak jadi nak baca.

just bg cadangan je :)

MizSizuka ^0^ said...

tq bub share link lagu2 yg best mcm nie .. hehe

qaseh said...

irine, sy buka blog saudari smata2 nk dgr lagu.. lagu ketuhanan kn bagus. tenang je nk bca blog saudari.. =)

zahidah seran said...

lagu slow2 okla.
kalo ganas2 tekejut den especially memalam buta time blogwalking separa tidur...=)

fathiahRAIHANA said...

ok aje kan blog pasang lagu pun. mcm irine ckp, pendapat msing2 la.
sy pom suka psang lgu :)
rasa sunyi kosong tak perfect aje blog tu takde lagu. thanks share :)

Atiqah Wadiah said...

suka lagu muhasabah cinta <3

farsyah said...

nak lagu blog kak irine ni ~ ^^

Rtp Farra Arisha said...

it's okay if we put any songs in our blog, but make sure la ianya lagu yg bergenre apa..mentaliti org kdg2 lain ;)
those songs are best!! lagu indonesia mmg top pop..;) all i've heard before!!
happy listening cantik!!

IkhMa -2606- said...

thanks kak sbb kongsi lagu2 tu .. dah lama nak download lagu2 tu.. hehe ;)

naziyatul fatihah said...

lagu yang irine letak sume best2..
kadang-kadang biarkan je die berputar banyak kali =)

Ain said...

awal2 penah psg playlist...tp tkut bingit pulak kan...pastu snyap skjap...hihi....last few weeks, baru letak lagu bunga2 cinta kat blog...ikut irine la ni...huhu...

FarHANa aZwA said...

suke n3 ni... :)

CikKaikazie said...

setuju jugak kalau tak letak lagu dalam blog sebab readers biasanya dah pasang lagu favorite kat pc masing2.

CikNuwairah said...

tapi lagu2 yg irine pasang kt blog nih sume best2..so xkisahlah..:D..
irine pernah dengar lagu cinta kita-shireen sungkar ft teuku wisnu??best jgak lagu tu..ehh!!lagu yg tgh main kt blog ni lagu apa eh??best...

Gadis said...

paling suke kalau irine share-share lagu...mmg best...=)

Miss uCu said...

salam...yup sya suke smua lagu dlm blog irine ni ..mmg best..keep it up dear:)

Nadia Rahman said...

hi irine

saya ni peminat tegar belog irine dari Indonesia.
dah lama i mengikuti perkembangan blog irine ni, tapi kebanyakannya jadi silent reader je hehehe

sekarang, tangan ni dah gatal pulak nak komen, apalagi entrynya pasal lagu-lagu jiwang.

so i nak share kan lagu2 je. boleh ya....

ni senarai lagu2nya

Winda : Kutemukan Penggantinya
Cappucino : Inginku
Second Civil : Dan Bila
Citra Idol : Everybody Knew
Five Minutes : Perih
Five Minutes : Aku Patut MemBenci Dia
Tere feat Valent : Mengapa Ini Yang Terjadi
Chrisye Feat Waljinah : Semusim
Ipang : Kasih
Mahadewi : Satu-satunya cinta

terakhir... dan yang terakhir selalu jadi yang terbessh hehehe....

Agnes Monica : Rindu


sikit informasi tentang lagunya agnes monica.

lagunya memang besh giler. merinding aku pas dengar nya.
kiteorang juga dapat menikmati suaranya agnes, dengan teknik vokal whistle register, dengan jangkauan nada hingga 4 oktaf.
teknik whistle register (mengikuti cara bercakap ponsel android), adalah... versi upgrade dari teknik suara falsetto.
so apalagi, dunlod je lah...hehehe

oke lah... tu je. mudah2an bermanfaat.

i pun sebenarnya peminat lagu2 malaysia, sekarang ni i tengah layan "kasih hati"nya Alyah, Annuar Zain "sesucinya Cintamu", Suhaimi mior "Kalau Berpacaran", siti Nurhaliza "Fallin in love", 3 suara, jacylin Viktor, kaer,sixth sense and many more.

 
Copyright © Irine Nadia Marcello | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in