Jatuh hati dengan Irfan dan Miya :)



pic credit to my bro, Aizul Marcello and my sys,CPM Honey Nurhaliza

Hye my dear readers :)
Uishhh..buat tebiat hagakkknyeeerr kannn nak ngedate entry malam-malam buta camni. Dah la malam jumaat. Eyh silap..malam jumaat dah lepas. Malam jumaat malam tadi.! ngaaaaaaa~ Owh yer.. lupa nak cakap, THANX  a LOT untuk yang sudi comment dekat entry Irine yang lepas. Sebenarnya, entry tuh takde mende pon yang irine kasi. Just 5 TIPS ASAS BERBLOG sahaja. Semua tips2 tuh pon hanya tips yg semua orang sudah tahu lebih awal. Btw, toceyhhh toceyhh toceyyhh.. Jasamu ku kenang :) 

Hermmm..nampaknya cuti sem aku tinggal lagi lebih kurang sebulan je lagi. Lepas nih, dah mula kembali ke pangkal jalan kesibukan sampaikan blog tah kemana...entry tah kemana..Time tuh, blog akan dianaktirikan. Ngehehehe. Sementara ada waktu yang panjang nih, eloklah kalo aku mengambil kesempatan nak update entry sebanyak yang mampu.  

Alaaaa..kalo dok tanya aku pon, sepanjang cuti ni, aku buat ape je...sure-sure aku malas nak menjawab soalan berulang kali tu. Takde mende yang aku buat pon spnjg cuti nih.
Bangun pagi > mandi > solat > breakfast > kemas2 rumah sampai takde habok dan kuman virus segala > bagi makan kucing > bg makan ayam (owhh tuh keje bapak aku.) > online > . Pastu ulang2 jeee..
Ya Ampunn..gemok, lemaklahhh aku camni!~ And rite now, anak buah aku pon ada dengan aku.Dapat tugas baru jadi babysitter yang bertauliah. Waahhh gituu kan..nampak je lembut ni, padahal garang ko tau x? huhu. Dats y aku pon ragu2 kalo aku jadi cikgu, apalah nasib anak-anak murid aku. Mau-mau aku tiap-tiap kali ulang alik masuk pejabat guru besar.haha. Mane deee..segarang2 aku pon, suka budak2 jugak :) Suka layan diorang semua..pantang nampak baby2 dan budak2 kecik yang comel loteyyy tuh. Sure-sure aku akan mengomel-ngomel meOOowww meOOowwww dekat diorang.hihi.

Stakat nih pon aku just ada 2 orang anak buah. Hasil daripada akk aku sndiri. ngohohoho! And tak lama lagi, aku bakal jadi Mashu untuk bakal anak buah aku yg ketiga plak. Waahh!! cepat! cepat! say Congratz kat aku! hehe. Say congratz kat akak aku skali.hehe. Kelebihannye kalo korang daripada awal dah ada anak buah, senang lah korang nanti bila dah ada anak sendiri. At least, hal2 nak menguruskan anak-anak macam buat susu ke, cebokkan ke,haha, mandikan ke, tukarkan pampers ke, layan2 budak2 ke, tuh semua korang akan lebih berpengalaman berbanding sesapa yang tak pernah ada anak buah sndiri lagi. Tak ke untung tuh? hihi. 


Hihi. Tadaaaa! Nih 2 orang anak buah irine yang cinonet dan kementot.
Sepasang anak buah terusss i dapat howkeyhh!! haha. Gaya cakap cam aku plak mama diorang kann..:P Yang 1st tuh, boy and yang 2nd baru girl..Girl ok..bukan GEGURL! Masing2 kecik lagi, 4 tahun and 3 tahun :)


Ipan and Mia :)
Mashu sayanggggg korang sangat2! :)
Jangan buli-buli Mashu lagi tawww! Piat tinge kang!! ngehehe.


My name is Abg Irfan :) Ensem kan abg ipan? :)
Nengok papa dia lahhhh! :)


My name is Adik Miya :)
heheh.comel kan..Nengok mama dia la pulak kan! Mana tak tumpahnya kuah, kalo tak ke lantai. 
Eyh silap,haha.Mane tak tumpahnye kuah, kalo tak ke nasi.

So, korang nanti, bila dah besar, jangan dok-dok lupa daratan dekat Mashu korang yang cebokkan korang nih. Kalo Mashu tak cebokkan, memang beratlah pampers korang tuh. hihi. Mashu nih la yang gajin ulang-alik g dapur buat susu korang kalo mama dan papa korang nak rehat-rehat.hehe.

Jadi, secara kesimpulannya, marilah kita beramai-ramai bersama-sama mendoakan agar suatu hari nanti, Mashu dia pulak mendapat anak,anak,anak,dan anak yang comel,ensem,cantik in future nnt! haha, 
Aminkan cepat!! Tadah tangan semuaaaaaaa! Aaaaminnnnn.... :) Aku nak tgk, dekat comment korang ada perkataan  " Amin". Kalo x...majok! hehe. kidding :)

Bui Bui!



Owh..jangan lupa vote blog for my siblings, Irine Nadia Marcello, Aizul Marcello,
and CPM Honey Nurhaliza  ( Every Minutes is my precious) at BLOG PILIHAN MALAYSIA! 


http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com/

Bui bui! 

Gud Nite semuaaaaa :) Sebelum tidur, pastikan korang semua Maafkan semua orang. Antara adab - adab tidur yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. ialah memaafkan semua orang sebelum tidur. Apabila kita maafkan semua orang, hati kita menjadi tenang dan apabila mata celik esok harinya, segala masalah sesama manusia telah pun terhapus.

5 Tips Asas Berblogging ikut cara Irine . Ewaaaaahhhhhh..


Salam and Hello !
Uhuk..uhukkk..tersodak-sodakkk dennn baca title tuh. WALAUUUPUUUNNNnnn aku yg create title tuh.hihihi. Dah alang-alang nak create entry baru, aku dengan murah hatinya nak share sedikit seciput cinonet ilmu blogging yg aku tau nih. Tapi takdelah ape sgt ppuunnn. Itupon, aku banyak membaca daripada blog-blog otai yang lain. Still menuntut jugak.Bak kata orang, saya budak baru belajar, amik galah tolonnnn laa jolok2kan. Sharing is caring rite?

Ramai yang dok tanya-tanya macam mane nak promote blog mereka sndiri. Hermm, apa yang aku tau, bila dah jadi seorang blogger nih, korang kena pandai-pandai bijak-bijak otak-otak geliga untuk mempromosikan diri korang. Means dekat sini, bukan mempromosi untuk mendapatkan publisiti MURAHAN. 
Ohh No! No! No! Nehi! Nehiii!! Nehhhiii!! Maksudnya, 

1- Rajin menempekkan diri korang di blog-blog orang lain.

-  Setahu aku lah kan, selalunya orang yang berblogging nih, ialah orang yang suka membaca dan suka mengekspretasikan pandangan, pendapat, atau luahan mereka. Jadi, dekat situ, memang tak menjadi masalah bagi korang untuk membaca setiap kali entry yang dihasilkan oleh para blogger yang lain. Kot yew pon laa kan, korang nih busy mengalahkan PM, xde masa nak baca sgt blog2 orang lain, at least, tanamkanlah sikit perasaan     
"bila rajin,kita akan dapat ganjarannya". Dalam sehari, korang baca dan komen sekurang-kurangnye 2-3 blog pon dah kira ok whut ( ini kalau korang mmg dikira golongan yg busy lah kan). Jangan plak jadi kera sumbang yang berpewatakan bodo sombong. Nehiii! Nehiii! Nehiiii!

2- Bina hubungan yang baik dengan blogger-blogger yang lain.

- Dis is da most important thing! Kalau boleh, selalu-selalulah berbalas2 comment kat blog ke..kat pesbook ke..kat twitter ke...kat nsett ke..(wahh gitcchuuu kann melampau2), tp kalo nak tau, tuh la dulu caranya aku ngn Si Dia  masing2 tengah dok usha perasaan masing2. Berbalas2 comment dan chat2 saje...dah timbul perasaan! haha. Haaa..kan dah lari topic! huahuahua. 

3- Jangan mempunyai perasaan hasad dengki syaitonnnnirrrajimm dengan blogger lain.

- Owwkeyyy..yang nih memang dah jadi suatu trend dalam kalangan kita semua. Bukan blogger je, tp yang bukan blogger pon sama. Aku x tau pe motif diorang..but plzz, ingat satu je, hidup nih KARMA! Karma ok..bukan Karam Sigh Walia. KARMA tuh wujud!  Karma tuh, perbuatan baik pasti balasannya baik, sementara perbuatan tak baik, balasannya pun tetap tak baik dan buruk. Takde faedahnya kalo korang nak dengki dengan sesetengah blogger yg lebih ke hadapan sedikit dengan korang. Dapat dosa je ada lah kan. Elakkan la daripada memberi comment nak menyakitkan hati, menghina, mencaci, mengutuk, memfitnah para blogger lain. DOSA tau tak! Nak kene hangus dekat akhirat nnt?

4- " I follow u, u follow me balik "

- Perkataan yang acap kali kita dengar kat merata2 tempat. Seriusly, for me, aku tak suka cara orang melakukan perbuatan camtuh. Selalunya, benda2 camni akan jadi dekat para blogger yang muda. Diorang akan seboleh2 tarik perhatian orang lain dengan cara camni. Kalau boleh, elakkan daripada cakap camtuh, sebabnya benda nih diibaratkan macam korang menarik perhatian orang dalam masa yg sama MEMAKSA orang nk follow blog korang. DAN! Dalam masa yang sama, korang akan buat, orang merasa MELUAT dengan ayat ko camtuh.Biarkan jee...kalau diorang x nak follow  xpe, kita  yah paksa. Biar diorang follow blog kita atas dasar kerelaan hati diorang sndiri. Barulah terasa nikmatnya blog kita dihargai kan?

5- Masuklah contest ke..ape ke..ataupon promote blog dekat magazine.

- Yang nih pon salah satu tips jugak nak naikkan nama blog korang. hehe. Ok aku bagi contoh. For example, masa awal2 dulu, the 1st contest yg aku join ialah contest Arnie's Style! Contest yang main2 fashion la nih kiranya. Tup tup tup..berbekalkan doa serta restu ibu bapa aku ( ewaahhhhhhh..huahuahua), ok abaikan yg tuh. Aku dpt no 1 dlm contest tuh..sekali gus naikkan nama aku sikit.. n nama blog aku.  And then, aku pernah try join masukkan blog aku dekat Magazine. Masa tuh magazine In-Trend...yang dalam ruangan2 blog tuh. Walopon secipot cinonet je keluar dekat ruangan magazine tuh, tapi kire ok la tuh. Bersyukurlahh! Jangan lah dok tamak-tamak bongkak-bongkak segala. Since drpd tuh, ada writer from Magazine Yezz, writer from Magazine Remaja offer aku untuk ruangan magazine diorang. And, kalo korang perasan, masa aku jadi Cover Girl Dara.com pon , cerita dan kisah aku berlatarkan  
" Irine, Blog Ibarat Diari Harian". Semua pasal blog...dan lepas2 tuh, dpt peluang masuk paper. Dekat situlah korang kena bijak2 and pandai2 dalam dunia blogging nih! Bukan bermaksud mengejar populariti ok, tapi ada peluang, kita GRAB! :) 

( bukan nak menunjuk2..x de niat pon.tapi nak kasi semangat membara dekat korang..plz think positive and be openminded dan jangan berfikiran kolot !  )

Ok tuhh je 5 TIPS yang aku boleh share-sharekan dengan korang.
Selamat Membaca dan Semoga Berjaya Menaikkan Traffic Di Blog Anda!
Renung-renungkan! Dan Selamat Beramal!

" Jangan hanya nak berangan-angan Mat Jenin dalam masa yang sama tidak melakukan apa-apa. 
Usah mengharapkan keajaiban akan berlaku pada masa depan.
Letak target secara berperingkat-peringkat. "

Tanpa NUFFNANG, siapalah blogger2 kita nih..hehe :P


Hammmboih..hambbbooihhh..hambboiiihhh...laga-laga jari sikit meh! 
Title entry nak buat orang rebut2 nak click kannnn..haha.

"Tanpa NUFFNANG, siapalah blogger2 kita nih.."

Betol laa kan..Sape sokong angkat keyboard!!! 
Aku rasa, bagi korang mungkin ada yang certain-certain x tau sangat about Nuffnang rite? Usah risau, usah gentar, aku pon takdelah expert sangat bab-bab Nuffnang nih.hoho Kadang-kadang, ada waktu senggang tuh, rajin jugak rajin-rajinkan diri pergi google dekat internet apekemende nuffnang nih. Nak tak nak, malas ke rajin ke..aku buat jugak research about nuffnang nih. Malu ke tak malu ke..muka tebal ke..tak tebal ke...kena jugak ringan-ringankan mulut untuk rajin bertanya dekat yang pakar about Nuffnang nih. Ko jangan lerr tanya dekat orang yang tak tau ape sangat tuh. Seboleh-bolehnya, korang tanya dekat pakar-pakar blogger kita like Eyriqazz, MelRomeo, BenAshaari.. tuh semua antara blogger2 tegar yang mmg pakar dalam bab-bab Nuffnang ni.

"Sambil menyelam minum air"

Yupp..sambil menyelam minum air. Minum air je..ko jangan minum benda lain plak.Bukan aku maksudkan dekat sini yang, bila berblog je, nak dapat duit..Sikit-sikit duit..sikit-sikit duit kan. But for me, dekat situlah akan timbulnye semangat korang untuk berblog. For example la kan, ape perasaan korang bila blog korang yang hasil titik peluh korang sendiri nih, hasil penulisan ko sendiri nih, dibaca oleh ramai pengunjung? Suke tak? Excited tak? Terkinja-kinja tak? Mestilahhhh kannnn.. Tipulah kalo ada antara korang yang tak suka bila blog dia dibaca, dikunjungi oleh ramai visitors. Dan lagi satu, blog nih as side income korang :) Korang kena pandai-pandai dan bijak lah kalo korang nak maju ke depan sedikit lebih daripda orang lain. Cam aku, as student yang sangat2 muda lagi, di samping berblog, hasil drpd berblog tuh, duit tuh dijadikan as my pocket money. Dengan blog, macam-macam kebaikan yang korang akan dapat. Keburukan tuh ketepikan..Think Positive ok! 

Buat pertama kalinya, aku showkan analystic nuffnang aku nih dekat blog aku. 
Thanx kepada pembaca2 dan pengunjung2 yang always datang blog aku yang tak seberapa nih.


woihh..jangan ingat aku edit2 lak analystic nih eh? Cepok kang! :)

 Kalau boleh, rajin-rajinkanlah diri tuh untuk ikut jejak langkah blogger2 kita yang dah berjaya tuh like Hanis Zalikha,  DarkBatman, and RedMummy. Banding-bandingkan blog kita yang tak seberapa nih dengan blog mereka yang berjaya tuh. Sure akan timbul perasaan jeles. Tapi..tapi! Jeles dalam lingkungan maksud yang membawa makna yang baik. Bila kita jeles, anggaplah tuh salah satu cara untuk menaikkan semangat korang untuk jadi blogger seperti mereka.

Be yourself. Don't be what others want you to be.


Be Yourself.
Don't be what others want you to be.

You can't be yourself if you don't know, understand, and accept yourself first.. 
Love and accept yourself as you are now..

Nobody is perfect.


Agar Menjadi Seorang Wanita Yang Cantik dan Berilmu, Berfikirlah yang Positif.
( La Tahzan, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia)


Entry yang sangat simple,
tapi memberi makna yang sangat mendalam..
Cheers! 
Salam..

Mana de kuat makan!!!


Salam and Hello uOOllssss!
Sihat? Curik2 skodeng la teww blog nih nak tgk entry baru. Cuba tengok berapa orang budak itam tengah skodeng blog nih skang. Refresh dari masa ke masa :) hehe.Mungkin anda salah sorang daripda budak itam yang bertuah kali nih.Howyeayyhh..Howyeayyyhhh! 

Quickly Update from me!~
Agak terliurrrr slurrppp..slurrrppp bila tengah2 lapo, tengah2 hari buta tgk makanan camni.
Lunch at Dome, Klcc last day.


Extra Sauce Please!
Kalo ada kicap cap kipas pon sodap nih! huahuahuahuahuahua ! hampeh je selera !
Kalau mau sedap lagi, perahkan sedikit asap limau .hek3x

Owhh btw, aku baru tau yang aku tak boleh nak makan seafood yang berlebihan. Nanti mulalah penyebaran virus yang dinamakan ruam-ruam merah-merah pink-pink blusher yg akan menghinggap. Sadis gilew rasa! Cam aku nih, dah la jenis kuat makan udang. Udang bukan sebarang udang. Udang juga bukan setakat makan udang yang kecik ala-ala size mini tuh. Bukan mini cokolat celup..celup-celup! Maksud aku, bukan udang mini yang size duit syiling lima sen tuh. Nih udang yang jenis size besar sikit. Mak aku la nih..suke sgt beli..sampaikan menggoda tahap kenafsuan makan anak dia. Jangan salahkan i kalo i jadi gemok berlebihan nnt yer. huekhuekhuek.

Aku pon  xtau, aku rasa selama nih, kalo aku dihidangkan dengan makanan ape-ape, boleh je aku bantai semua makanan tanpa rasa ragu-ragu dan was-was dan tanpa menoleh ke kiri mahupon ke kanan. But now, kene pikir 2x sikit..2x je..x kuasa aku nak pikir lebih 2x.haha.
Tapi arituh, masa g dating2, ( wahhh...gituu kan statement bocor rahsia) hoho, BF aku ataupon kalo nak senang faham, "Slang Kay Ell" orang panggil pakwe, (hoho), bawak aku g makan beriani kambeng. hoho. Yelaa kan..beriani kambeng je lah yang mampu skang kitorang makan, nak makan nasi minyak belum mampu lagi. *sengih-sengih gatal* .

1st time actually makan beriani kambeng..x tau ape rasa. Mati-mati ingat kambeng tuh rasa stowberry ke, tembikai laici ke..Mati-mati tawwwwww!!! Hah!! Sebelum makan tuh, buat2 macam muka nak x nak je makan, yelaa kan, depan orang yg tersayang mestilah pura-pura malu sikit. huahuahuahua. Pura-pura je..dalam hati mauuu jew bantai kambeng2 dalam pinggan dia skali. :P Tapi, ikutkan hati, nak bantai die skali pon ok gak. HAHA ! Dia pon banyak lemak gak... :P
Makan punyelah makan time tuh, nengok2 aku yg habis dulu makan drpd dia. Dalam hati pelik gak,
"asal aku gelojoh sgt nih..cover2 la sikit kot ye pon kannnn ! haha".
 Tepeganjat gak dia sbb aku mkn byk sgt kambeng lantas memalukan aku skali! haha. Wahh! lantas-lantas segala nih kannnnn..hihi. Aku hanya tersipu-sipu kemaluan jee..nak wat camanOOo..lapau! kang x habis makan, sian plak duit dia abis camtuh je belanja makan.  At least, dia kene bangga sbb aku x mubazirkan duit die.hihi :P Am i rite syg? ngeeeeee~


Nih time dekat Dome arituh, bukan time makan kambeng..ngahahaha.

Banyak nih aku nak cite pasal makanan, HAHA. nak tengok, sila tengok. Nak terliur, sila terliur. X nak tengok, pegi main jauh-jauh. Shohh! Shooh!

Imbas sikit aktiviti aku yang lepas-lepas, sempat gak pegi lunch @ The Curve. Dengan sape? Berteman laaa..x kan aku nak g sorang2..huhu. Mau tak pasal2 aku sesat. Aku pon dah lupa makan kat mana time tuh. Makan at Bumbu Desa Restaurant aku rasa. Hah..betol laa.. Makanan pon boleh tahan sodap, sajian ala2 Indonesia. Harga pon boleh tahan sodap..tapi yang sodapnya bukan i yang bayarrrr... :P Abang berkaca mata i yang bayarkan. Sejok perut ngandong....*tetibe* :p


Dah alang-alang masuk waktu lunch nih, molek bebenau kalo aku show-show kan sikit menu2 makanan yang akan membuatkan korang terliur sehingga menjilat ibu jari kaki.


Sutunnnn Cili.
Ataupon senang dikenali ramai sotong cili. Slurrpp..sodap! sodap sampai meleleh air hidong sbb pedas sgt.wuwuwu. Seb bek ada orang tolonnnnnn lapkannnnnn.ngehhhh3x!
Asal entry aku kali nih, berbaur kegatalan nih ? .hohoho.


Sayur kailan. One of my fevreto de amorrr! hihi.
Dsebabkan tuh, bf aku namakan menu nih " Kailan Irine Nadia Marceyylllo".
haha.hampehs je nama tuh.


Sluurrrrppppp!! Sambal Hudang!
Kemantapan udang tuh, perrghhhh..Kemachoan kulit udang tuh..Haiiyyohh..Kekenyalan isi udang tuh..HommmmaaaiiiGod!
Leleh lak air liur tyme create entry nih.


Macam-macam kaler ada sambal ni. Merah ada..hijau ada..Pink x de. Maaf lah yerk. Kalo nak pink, sila order cencalok. Cencalok orang Melaka cam aku nih gile tau makan..Sape x makan, pi main jauh2 pihhhhhhhhhhhh! Kalau nak kaler coklat2 kehitaman lak, sila lah order berudu..Eyh bukan, "BUDU".
Budu aku x makan. Was2 dengan rasanya.haha. X penah makan. Sedap ke weyh? cite sikit pengalaman pertama anda makan budu. Wahhh! tetibe je kannnnnnn..... :P

Dah laa..nak g makan jap...X bekfest lagi nih.Cam x de motif je aku create entry kali nih.huhuu.


Jangan pandang-pandang wahai makcik bertudung kuneng :P (cube carik)
Eyh lupe, budi bahasa budaya kita. Sopan2 sikit bile dengan orang tua.
Hye makcik! *tetibe*

Bui Bui....

Abis dah entry kali nih. Panjang kan? hehe. Suke tak suke tak .
Peace! 

Stylish Muslimah ~!


Salam and Hye :)
Ok jom sambung entry semalam ok :)
Owite..btw, semalam my brother,Benjoy and I kira macam terkejar-kejar jugak ekceli . Yela kan, umah aku jauh kot kat Melaka..Kalo nak turun naik KL pon, kena tengok gak time-time nye even ada cuti panjang camne skalipon. Thanx too Sys Ernie Khairina cuz bagi kepercayaan kat Irine untuk collection dia nih :) Kalau nak tau, pagi2 smalam Irine and abg Irine, bangun punyela awal kan..padahal hari sabtu nih.. Nak bangun awalnye satu hal, tp nak kejot abg irine tuh lagi satu hal..huahuaa

Jom cuci-cuci mata tengok collection from Sys Ernie Khairina :) Ada 14 baju kurung moden actually..But aku just show kan beberapa helai je dlm blog nih. More info, Korang boleh search at FB page
"ErnieKhairina Collection". Ok berehhhhh?
*abai2kan la kalo nampak kerusi tuh ye..sbbnye tuh semua pic from my bro,Benjoy yang duduk2 saje2 kat tepi shoot time ni. Kira saje2 je la :p

Stylish Muslimah : Hijab, Fashion and Inspiration!


1st time dalam hidup uOOolsss i pakai baju kurung kaler kunenggggggg ;p
Brani tak pakai colour-colour striking ? Actually, colour-colour striking camnilah yg akan buat korang lagi menyerlah dan menonjol berbanding yang lain-lain. Just kena berani je lah :)

Make Up by : Sys Farina Jamal ( 019.262.9622 ) 
*sila-sila contact beliau sbbnya aku jamin akk nih service yang baik untuk uOOllsss semua! 
Friendly jgn cakap rr..haha..Sporting abis! 


I love this!! Biru ala-ala turqoise baju kurung moden.


Dalam banyak2 pilihan baju, mestilah kaler Pink ala2 merah akan menjadi pilihan hati aku dulu.hihi. Colour merah nampak berani and bila pakai pon rasa macam "ergghhh"! haha. Apa tuh? huahua. Means, bila pakai kita lebih nampak more confident ! Am i rite?  Kalau salah tolonnn jolokkan ;p



If you have great hijab style and more trendy, 
 uOllss boleh main dalam bab-bab matching and combination ni.
Like me, Irine cam biasa gunakan shawl subang@ gypsy@ shawl anting-anting ting ting ting (hehe)
 from


Combination Colour : Orange + Yellow = WOOWWW! 


 My mom cakap time nih cam Scha Al-Yahya pakai tudung..hihihih ;p
Sory la..ada certain2 pic semua pic2 asal yg aku just resize je. Malas nak edit.

So, what is ur favourite colour ? :) Sharing is caring.

Muslimah Photoshoot with Ernie Khairina Collection !


Salam.
Today was fun. Sumpah fun! haha.ayat cam hape je.
Done a Muslimah Photoshoot session with Ernie Khairina Collection.


Kasi pic Pink Ribbon Clip lah dulu. jimat masa sikit. HAHA!~


Behind Da Scene.
Kelihatan Cik Kak Photographer and my P.A ;p
*  muka malu-malu nih..hiihih.*


Merah menyala mak ngah uOOlsssss! hehe

Belum ada roh dan semangat nak menulis blog skang ni.hehe. Penat sikit arinih :) 
So, waiting for my continue entry ok if ada antara korang yang berminat nak bergaya dan menggayakan 
 Baju Kurung Muslimah Moden oleh Ernie Khairina Collection. 

WAITING ...Kalau tak sabar, sila mogok2 dekat comment entry nih.Selagi tak mogok, korang tunggulah sampai bile2  xde entry sambungan ni. HAHA. kejam tak kejam tak kejam tak.

Tips Inner shawl kelihatan muncung2 :)

Hi Irine Nadia Marcello's readers
We come back with the tips!

Yes!
The tips on how to wear your inner shawl!
Let's have read!!!

Ok my dear, atas request ramai my readers tentang macam mana irine bentukkan inner shawl yang irine selalu pakai supaya tidak kelihatan BOLAT  tetapi kelihatan MUNCUNG sajee..hehe.
Benda nih memang dah lapuk dah, ramai dah yang tahu, tapi ada jugak certain2 orang tak tau. So, irine share2 dengan korang ok? :)


CANON
DELIGHTING YOU ALWAYS :P
hehe.

Irine lebih suka gunakan inner cotton berbanding inner jenis lain tuh.
Tapi kalo korang nak lagi sng, x nak nampak melekap kat dahi, boleh carik jugak inner yang mmg dah sedia ada awning yang keras tuh. 


1st : Macam biasa, sediakan inner cotton. INNER COTTON ok! sumpah x panas..tapi kalo korang pakai tetap panas jugak, sah-sah korang memang kuat berpeloh!
( hauhuahuahua *aku main gurau kasar nih* )


2nd- Macam korang dah penah dengar, hujung inner tuh, kita main tetas-tetas. Tetas ok, bukan menetas. Eyhh..lucah lah korang nih! huahauhau.Nak tetas guna ape? Ok tuh soklan budak-budak tadika binti darjah 1 punye. Tetas guna tempat tetas tuh la.Tempat tetas tuh korang boleh jumpa kalo korang selongkar bekas jahit mak u all. Mesti ada punye.x kan aku nak snap skali pic benda alah tuh.Nampak sangat aku gigih nak kasi tips kan.hoho. Tak pon, tetas je guna gunting.Sonang cite, toksah gadoh-gadoh masam muka. Jangan korang guna  gigi sudah.huhu. Gigi i x pe..hihi. Gigi rabbit tajam! Ngap! Ngap! 

 Tetas inner cotton tuh mengikut kesesuaian muncung yang korang nak ok. Semakin bulat muka anda, semakin besar tahap ketetasan perlu ditetas. Waahh hipotesis uolssss! :P Kalau macam aku, aku tetas banyak sikit. Yelaa kan, al maklumlah, kepala i besar la katakan..

3rd- Kalo boleh, bila nak tetas inner nih, buat-buat la kerja pembersih dan pengemas skit.haha. JAngan la dok tetas sampai terbahagi dua terus korang punye inner. Seram lak aku rasa kalo ada sape2 yang mengikut ajaran sesat nnt.

4th- Lepas dah tetas, jangan lupe jahit mati pada hujung inner yang korang dah stop tetas itu. Kenapa nak jahit mati lak? Ok nih soklan munasabah, yang nih aku x marah.HEHE. Sebabnya..yelaa..mane tau korang nak makan ke, nak menguap besar ke, takut inner tuh tergerak-gerak sampai senget inner tuh.huhu. Takut nnt, terbukak pulak jahitan inner tuh. 
* yang nih selalu terjadi kat aku, sbb aku malas nak jahit mati, biarkan je..Jadi, sila jangan ikut contoh macam aku..hehe*


Nampak? Nampak? Tajam kan? Xde la melekap kat dahi. Tapi untung gak sape pakai inner melekap kat dahi..boleh tutup cik jururawat yang tumbuh di atas dahi sanaaa. 
Selamat Mencuba! Harap hasil perkongsian ilmu yang tak seberapa nih boleh membantu korang menyelesaikan masalah. Kalau lah kan, kalau tau, kalau korang tetas inner tuh still bulat jugak, aku sarankan korang pakai tudung saji je lah. 



Love fashion but tired in ironing your shawl?
Here!!!  .  "Shawl Kedut "
It's up to you whether to iron the Shawl or wear it just like that.
It won't bother you anymore. 



Shoping-shoping shawl dan inner di BUTIK EDAST!
Sangat banyak ok pilihan dan shawl2 yang cantik2.!
Yummy! Yummy! Pengaruh korang jap supaya abiskan duit dan pecahkan tabong! haha

I'm Wearing Shawl Kedut! Kelakar lak nama shawl tuh.hahaha. Tapi best! X yah gosok,buang masa je tauuu nak rajin2 segala nih! hehe


Bui Bui!!! 
SAlam AidilAdha semuaaa..
Lemang ketupat haruslah post laju dekat rumah Irine.
Jangan tedekut-tedekut! 

Tamat sudah SEMESTER!


Heyy..Heyy..Heyy.. Lepas nih kalo ada junior-junior yang nak masuk uitm dan  terjumpe tersempak ternampak terjeling terrrrUsha aku dekat Uitm tuh, sila-silalah bg salam ke..cium tangan sambil salam ke..nak salam kaki pon boleh jugak kalau ada sape2 nak....hulurkan tangan ringankan beban ke.. At least, terasa sikit yang darjat aku makin naik dari sem ke sem. hihi. I dah jadi senior ok lepas nih! hohoho *gelak comel* ek eleh..baru abis sem cinonet nih dah heboh..kalah macam orang dah abis degree *suara-suara kecil berbisik* ngaaaa~

Well..biasalah tuh, ingat senang ke nak abiskan satu semester nih. Banyak pancaroba uOOollsss! Tak sangka dah abis sem ni. Rumah pon dokat, hati pon sonang! hehe. Bila fikir-fikir balik 1st time masuk uitm nih, rasa macam tak percaya je. Terlonjak-lonjak terkinja-kinja cam bewok pon ada gak. Yelaaa..mak apak mana yang tak bangga anak dapat sambung belajar. Yang aku tak boleh blah, masa 1st time orientasi dengan uitm. Minggu MDS namanya..minggu destini siswa. Fuhhhh...jangan citelah kan, muka golap macam kena bakar plus panggang dekat api. Terbakar! tersunburn! termenyampah sekali sng cite! haha. Tak cukup tido, tertido-tido, terhanggok-hanggok geleng-geleng kepala nih tahan mengantok. Nak-nak masa waktuh pagi dekat surau, kuliah subuh. Syokk gilew kuliah subuh sampaikan termimpi-mimpi ! Dengan tok-tok imam skali masuk mimpi aku. Tuh la buktinya, i khusyukk u oOOolss! Normal la tuh, adik-adik junior skalian, itulah yang korang akan rasa bila 1st time nak masuk U nnt. Padan muke korang!! Yesss aku dah lepas !!! HAHAHA *gelak bongkak*

Dah alang-alang tuh, nak bagilah sikit ucapan-ucapan hari raya aidiladha dekat semua warga Uitm Alor Gajah,Melaka nih. Btw, hari nih aku terlebih excited sikit sebab dah habis exam last paper kan. Lepas nih, cuti sebulan setengah! Yipiiii! yabedaaaabuduuuuuuuuu!! Aktiviti masa cuti ialah memprokan lagi diri nih  untuk belajar memasak untuk orang yang tersayang.hauhauhau. Accaahhh jee!


Yibbaaaa..meh aku kenalkan satu-satu kawan aku.
Yang satu-satunya janggal lelaki paling senyum tak senonoh atas kepala aku tuh, nama dia Aiman. Nama komersial dia AIMAN MELATI BLACK! Kenapa black? lu pikirlah sendiri! hehe. Dia suka ejek akuuuuu kat u..wuwuwuwu,Kadang-kadang rasa cam nak tegajang je dia..tapi apakan daya, aku kan perempuan.huhu.
Yang berbaju biru celcom prabayar X-pax tuh (haha), Atin namanya..dah nak tunang dia tuh.. Tahniah2 :)
Dari kiri, Kak Nis, Sara, Shida, and Aza. Nih la muka-muka keluar awal masa exam pagi tadi..huehuehuehuek :P 


Aku pon tak taulah antara ramai-ramai nih sapelah yang jadi Wartawan, sapelah yang jadi PR, sapelah yang jadi penulis, sapelah yang jadi selebriti..sapelah yang jadi manusia.haha.
Tapi aku rasa nnt aku jadi doctor *tetibe* HAHA




3 orang anak dara yang berselendang! 
Sara (yg kiri nih), dia suka pakai shawl jenis pashmina, senang dan selesa katanye! haha. Sara nih atau nama komersial dia " pillow ". Nape? Mestilah sebab beliau sangat sedap serta rangup untuk dipeluk dan dirangkul oleh aku..hekhekhek! 
Ok boleh nampak antara aku dan kawan aku yang kecik comel sebelah nih. 
Masing-masing pakai inner cotton. tapi yang bezanya, muka aku lebih sesuai pakai inner muncung..kawan aku muka dia memang dah bujur sireh, so die lebih cantik pakai inner melekap kat dahi :)

*Anda boleh shopping2 shawl dan inner di BUTIK EDAST*


Nak tinggi ? Makanlah sayur :P
aku rasa, dalam banyak2 gambar, gambar nih la macam muka kanak-kanak.
Eyh lupe, kawan aku yang belah kiri nih, dia nih cicit Sujad Khan.
Ntah..aku pon x kenal sape..tapi ada kene mengena dengan Khan-khan belah sana la..


Zoom sikit meh kad matrix tuh!  Kalo x pakai, nanti kene kejar dengan " GOTAM " adik bradik Goku.haha. Eyhh bukan2..Gotam je nama die..Tak tau ape jawatan dia kat Uitm tuh. Tapi tugas dia pagi2 meng-round satu uitm mencari mangsa seperti aku untuk meng-sound sape yang x pakai kad matrix.
* ada gak aku aku kene banned dengan budak2 uitm kang.hehehe.

Mana nak cari shawl2 yang cantik ? Ok,
Anda boleh shopping2 shawl dan inner di BUTIK EDAST


Selamat Tinggal Roomates, Selamat Tinggal Classmates, Selamat Tinggal Coursemates, 
Ada rezeki jumpelah lagi kita dekat next sem!
CUTI SEBULAN SETENGAH ?
Owhh memang mencabar keimanan ketaqwaan aku.
Dan dalam jangka masa tuh jugak bukanlah tempoh masa untuk bertunang, bernikah, mahupon bersanding. HAHA. tapi mane tau ? ngeh! ngeh! ngeh! Sambil menyelam minum air. Weeeeeee~~

SAy Hye hye! Hye Akk Seniorrr Irine ! :P
Siap ko! BULI! hahah :P

Nota sampingan : Ada orang cakap, muka i cam Anne Ngasri n Scha Al-Yahya bile senyum :P Ngeeee~262
hauhauhauha,..

Bercerita dengan mood black n white :)


Hi and Hello to all viewer out there!
Are you ready for the new entry of this month????
Taddd Taddaaaaaaa...


OOwitee..cantik tak cantik tak.hehe
Banner untuk blog aku nih. 
Pic pink girl dalam banner tuh, direferkan kepada pic aku dongak dagu masa shoot magazine dara.com tuh. Sila2 tengok dekat sidebar aku..ada picnya.hehe. Btw, thanx kepada Kak Acu :)

Dis time punye entry nak update paling cepat dalam dunia. Dalam masa 10 minit dah siap entry nih.
So, entrynya haruslah pendek,ringkas dan mutakhir. Just tekan-tekan klik upload pic, then siap.



Comel gilew kan baby tuh? hehe. Baby Azhad bermata bOlat namanya.
Credit to parents diorang Kak Cik And Abg Cik.ehehe
Aku hanya meminjam untuk mendukung sahaja =)
Fuh..fuhh..fuh! moga aku pon dapat anak yg secomel camtuh..huekhuekhuek!


AFdlin yang aktif!! hehe.
Owh..semalam mmg hari yg best :P


x leh cite lebey2.. :)
HAHA

Fly to China~


Salam.
Hai semua


Pre-Renovation SALE !!
Yibbaaa..yibbaaaa!  tengok pic pon dah tau kan?
So, stay tuned la ok wahai kaum-kaum wanita dan muslimah-muslimah di sana ;)


11 hari yang aku rasa agak best la kot..11 hari? Whut? Apekemendaminatang tuh? Offffooohhh...11 hari cuti sblum nak amik last paper final exam on 14th november nih. Abang aku, Benjoy pon balik. Tuh la motipppp sebenonya kan kalo dia balik, at least ada kawan2 sekepala yang gile sikit.Bukat stakat kawan sekepala, rakan sengigau time tido pon yew jugok laaa gamaknyeeee...nyiahaha.. Abang aku boleh lagi ajak aku masuk show Mari Menari. haha. Takleh banggg...murni memanglaa ex-penari kelab budaya, tapi bab2 nak liang lentok segala,masuk badan celah bawah kaki tuh, angkat-angkat badan,lambung-lambung, campak-campak, angguk-angguk geleng-geleng..Tuh semua Nauzubillah laa kan. huhu. 

Anyway, just another quickie of hang out photos with my bucuk-bucuk bacin hapak kulapok bro, Benjoy Marcello! 


Dia nih pemalu sikit. So, mampu tunjuk pinggul dia je..nyiahahaha!
Abang saya askar taw. Askar pelancong! haha.


mak cakap, sejak daripada mudalah kita kena jaga tulang-tulang dan otot-otot kita daripada terjadinya musibah seperti pic di sebelah aku nih.
Minumlah susu anlene! *tetibe*


Hari pertama cuti je, dah fly ke China. Sungguh menyeronokkan! ASyikkkkk!
* China Town je uOOollssss !
Lokasi : Jonker Walk




kita lawan sape paling comel!


Bulat cam pelampong.


Last but not least,
Inilah bukti cinta aku terhadap facebook. ngeehhh~
Keychain comel gile kot! Hadiah untuk benjoy sempena besday dia 5 tahun lepas lupa nak kasi.huahauhau
*jari kertu abg aku*



bye~ see u next time! 

Aku rasa bukan aku sorang jer yang dah jatuh cinta..


Aku rasa, bukan aku jer yang dah jatuh cinta.
Pasti korang pon dah jatuh cinta jugak.
Arrghhhh...tipulahh kalau aku sorang je dalam dunia nih yang dah jatuh cinta !
Mustahil sangat!!
Takkan laaa boleh sampai macam tuh sekali kannnnnn....

Aku rasa ramai yang dah jatuh cinta dengan...............
jatuh hati de.....ngaannnnn....
sudah jatuh ditimpa cinta dengan....

...
.......
...............
.............................
............................................
Aah..jatuh cinta dengan Sinetron Cinta Kirana ni. hehe
Ingat aku nak cakap aku jatuh hati dengan buah hati aku la tewww eh? Hahahahammpehss! :P
Makin hari aku rasa ramai yang dah boleh speaking bahasa Indonesia kan? Termasuk sekali dengan aku. Kadang-kadang terspeaking jugak bahasa indo dengan mak ayah aku dkt rumah. Nasib baik mak n ayah tak speaking indo skali.huhu. Sinetron Cinta Kirana makin hari makin popular yang sedang ditayangkan di Astro Ria saluran 104. Hero dan Heroin jangan ceritalah. Memang gantengg dan imut ( comel ). Heronya Randy Pangalila dan kalo ada yg x tau, dialah penyanyi yang nyanyikan lagu "Lewat Semesta". Senang cite, lagu yang berkumandang di hari raya dalam blog aku ni, dia la yang nyanyi.Heroin dia pulak Nia Ramadhani. Terus terang aku cakap, mula2 aku tengok heroin dia, aku dah mengeluh plus merungut dah sebabnya Nia Ramadhani ni bawak kesan yang mendalam pulak dalam watak jahat plus syaitonnnirrajimm dia dalam sinetron Bawang Putih Bawang Merah dekat TV3 dulu tu. Tapi bak kata orang, bukan kata aku ye, "Don't judge a book by its cover". Besh pulak dia berlakon.Lagi best kalo digandingkan berlakon dengan aku. ngaaaa~ Lagu tema sinetron nih : Yovie dan Nuno- Dia Milikku.

Pelakon
  • Nia Ramadhani sebagai Kirana
  • Randy Pangalila sebagai Galang
  • Tsania Marwa sebagai Riana
  • Kiki Farrel sebagai Baim
  • Arthur Tobing sebagai Rama
  • Yatti Surachman sebagai Sita
  • Erly Ashy sebagai Aida
  • Emma Waroka sebagai Sandra
  • Revand Narya sebagai Evandra
  • Mama Dahlia sebagai Dahlia
  • Unang sebagai Tejo
  • Indah Ayu Putri sebagai Joana


2nd- SINETRON CAHAYA



Haha.. kannnnnn.. Ada pulak sinetron no. 2. hehe. Sinetron Cahaya. Sapa je yang tak kenal dengan heroin cerita ni. Aku rasa, banyak2 sinetron yang ditayangkan dekat peti television (wahh klasiknya nama..haha) @ TV, banyak terpampang muka heroin dia nih je. Sebelum nih dia pernah belakon dalam cita Intan, Liontin , Sekar n bla bla bla.Popular jugak. Mungkin sebab dia pelakon air mata kot.Kejap-kejap berlakon nangis..kejap-kejap nangis berlakon. haha., nangis dan nangis lagi. Benye gile kot.haha. Pelik aku. Padahal takdelah sedih mana pon dalam sesetengah scene tuh. huahuahua..emosi lebih ni :P Aku rasa kalau dekat Malaysia, pelakon air mata kita Wan Maimunah, dekat Indonesia mungkin dia boleh dinobatkan. heee. Tapi kalo nak diikutkan, memang setiap cerita dia berlakon memang aku tengok pon (haha). Pandai bawak watak.Boleh tabik spring lah jugak. Sinetron Cahaya yang ditayangkan di Astro Prima dengan bertemakan lagu Letto- Sebelum Cahaya. Dengar lagu pon dah mendayu2.  

Sinetron Cahaya di astro Prima, peminat peminat Sinetron Cahaya, boleh tgk drama ni setiap Isnin - Jumaat jam 3.00 ptg. Pelakon dalam drama Cahaya ni ialah Nasyila Mirdad sbg Cahaya, Dude Harlino, Ririn Dwi Ariyanti, Glenn Alinskie sbg Raka, Dwi Yan sbg Teddy, Meriam Bellina sbg Elga.


3rd- SINETRON SAFA DAN MARWAH



Safa dan Marwah. Ditayangkan di Astro Prima jam 2 petang. Nak dijadikan cerita, mula2 cerita nih keluar, aku dah rasa bosan dah. Tengok tajuk pon tak best. Pelakon pon tak kenal sgt.Maybe sebab tak familiar kot bagi aku. Tapi disebabkan ada hero dia yang tuhhhh..yang tuhhh..yang belah kiri sekali tuhhh...(haha), terus aku paksakan diri tengok taw. Mula2 tengok memang la tak best sbb aku tgk cerita nih masa dah separuh jalan kot. Tapi aku gagah dan gigihkan diri tengok jugak.hoho. Cerita nih macam pusing-pusing sikit. So, kalau korang nak tengok, kena ada tahap kesabaran yang tinggi sebab kemungkinan besar dan sangat besar korang akan mengalami penyakit pening-pening lalat. haha. Tapi jangan risau, jalan cerita sinetron nih semua berlandaskan cintan cintun jiwang jiwang gatal gatal jugak. X de punye bercampur dengan jalan cerita perang-perang komunis bagai nih. ngeehhh~
Yang bestnya, lagu tema sinetron nih ST12- Biarkan Aku Jatuh Cinta.

Pelakon dalam drama Safa dan Marwah:
Risty Tagor sebagai Safa
Mieke Amalia sebagai Siti
Nikita Willy sebagai Marwah
Umar Lubis sebagai Zainal
Inggrid Kansil sebagai Ratih
Rionaldo Stockhorst sebagai Ilham
Riza Shahab sebagai Adil

Secara konklusinya (ayat karangan spm betol) , tiga-tiga jenis sinetron yang aku kupas ala2 limau mandarin ni, semuanya sinetron2 yang tengah hangat la jugak dekat Astro Ria dan Astro Prima sekarang. 
Tiap2 hari ada. 
Tiap2 hari korang boleh tengok. 
Tiap2 hari korang boleh menghadap cerita ni sambil memakan snek di depan tv.ngaaaahh~
Kalau weekend tu, aku sure, ko bukaklah astro time tengahari or petang2 ke, semua cerita indonesia je keluar.haha. Sampaikan dengan aku-aku sekali dilabel minah indonesia dengan mak ayah aku. huhu. Dah minat nak buat camanooOOo! 

So, antara tiga2 cerita nih, korang lebih prefer tengok yang mana satu?
Kalau aku, tiga2 aku suka! haha.
 
Copyright © Irine Nadia Marcello | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in