5 perkara yang perlu anda WAJIB amik tau wahai
pembaca2 blog saya sekalian
1st : Hari ini 3 September
2nd : Hari ini hari Jumaat
3rd : Hari ini, tarikh ini 3 Sept, mak aku tengah sarat mengendong aku dalam perut dia yang besar tuh.
Merayap ke sana dan ke sini...Menunggu saat-saat kelahiran aku.
4th : Hari ini, tarikh ni, tepat 3 tahun blog aku, Marshmellow lembik2 ni mula diwujudkan. Kira macam anniversary lah katanyeww kannn..Kononnyeee!~
5th : X paham2 lagi ke aku nak ape? haha
aku dah besar dah kan,kan,kan,kan. Dulu korang kenal aku cinonet je lagi. Sape yg kenal aku since Friendster mesti tau punye..hehe
Saya baru bangun nih. Serius!! tido kul 9pm tadi. Trsedar sebelum kul 12 am.Comel kan saya update entry time2 tengah mamai. Saya baru bangun tido, rambut still tercacak-cacak. Belum sempat nak tocangkan tinggi-tinggi macam ibu baru lepas pantang. Gigi pon tak gosok lagi, nafas bau macam ikan mati. Eleehhh..biasalah tuh..puasa kan.haha. Dan mata pon macam serupa tak bukak dan celik je. Cantik tak? cantik tak? <--nada gaya cam Eric Leeong. Memang, aku kalau nak cakap hati ke hati dalam blog nih, mesti pilih masa aku baru bangun tido. Masa tuh aku selalu mamai. Jadi, aku iyakan aje apa yang aku cakapkan walaupun ianya auta semata-mata.
Ok cukup! cukup! cukup ok! Kita masuk bab dan nada SERIUS pulak!~
Terasa macam baru semalam mak aku melahirkan aku. Terasa macam semalam kesemua kepala dan badan aku berlumuran dan diselaputi dengan darah-darah.Masih pejal..kemerah-merahan...campur
pink-pink sikit.. Penantian seorang ibu selama 9 bulan 10 hari untuk menyambut kelahiran anak bongsu dia.Terasa macam semalam badan aku diselimuti dengan kain yang tebal semata-mata tak nak aku kesejukan dan menggigil. Aku didodoikan, aku disusukan, aku dimanjakan, aku diacah-acahkan oleh ramai orang semata-mata mahu melihat ukiran senyuman yang indah..Walaupun time tuh,
gigi rabbit 2 ekor aku ni belum tumbuh lagi, diorang nak jugak tengok aku senyum.haha. Tup! Tup! Eyhh..dah
18 tahun dah anak mak dan ayah sorang nih<--sambil menggosok-gosok mata dengan tangan. Biar betik!
Bagaikan baru kelmarin aku belajar merangkak, belajar menaiki setiap batu-batu tangga, berlari2 anak,belajar bercakap..pelat pulak tuh, merengek untuk dibelai, disuap nasi ke mulut..hingga aku lupa dan alpa rupa-rupanya anak ibu sorang nih dah besar panjang pon. Bukan setakat besar panjang, dah cukup umur dah pon. Pejam celik pejam celik dah jadi
ANAK DARA dah pon kann?dan pejam celik pejam tak celik-celik, anak mak sorang nih dah boleh kawen dah. Eyh sowy2..tershashullll lak lidah nih... :P
Tiada kata agaknye yang dapat aku gambarkan kebahagiaan diri aku skang ni.Aku bahagia. Bahagia pada hari kelahiran aku sendiri
3 September. hehehehe. Amat-amat bahagia. Memang hari ini memberi banyak rahmat dan nikmat pada diri aku.Bertambah sayang rasanya aku pada Maha Pencipta.Segan......malu... memang toksah nak katalah kannn.Bila aku meminta, sering saja dikabulkan.Sedangkan aku nie agaknye ranking tertinggi dalam buat dosa.Wallahualam. Entah masih layak untuk diampunkan entah tidak. Tapi Allah terus-terusan mengabulkan doaku. Sedih dan gembira bercampur baur.. Banyaknya doaku yang dimakbulkan..tak terkira..
Memang betolla kata ulama, bila hubungan kita dengan Allah baik, sure Allah akan pulihkan hubungan kita dengan manusia.Tak caya..trylah!
Dalam hati aku, ada naluri untuk disayangi, ada rasa untuk diberi perhatian, ada juga rasa untuk didengari keluh kesahnya, dan ada waktu-waktu minta ditemani kesedihannya...Itulah aku. Aku tak mengharapkan apa-apa langsung daripada siapa-siapa untuk hari istimewa aku ni. Hanya aku mengharap dan menagihkan doa dan restu daripada ibu bapa aku sendiri. Mereka yang bersusah-payah melahir,menjaga, dan mendidik aku daripada aku lahir hingga kini dan selama-lamanya. Mungkin aku bukan anak yang terbaik tetapi aku cuba untuk menjadi yang terbaik. .Tiada apa yang aku mau daripada pembaca-pembaca blog aku ni, kecuali doa dan semoga
ALLAH permudahkan perjalanan dalam hidup aku ini. Doakan aku panjang umur ok pembaca2 blog aku sekalian :) hanya tuh je yang mampu aku mintak hadiah daripada korang.Kalo aku suruh korang post kan hadiah besar2 untuk aku, sampai bila-bila x dapat kan? hek! hek! hek!
Selamat Hari Lahir jugak buat mak tersayang aku. Semalam birthday mak aku.Phewwwiitss..Dekat2 ngn birthday aku kan. Hari ni besday mak aku, esok tuh plak, mak aku dah keluarkan aku daripada perut dia. Sweet betol.2 Sept dan 3 Sept. Tak lupa jugak,
kat blog aku nih. Dah besar dahh die..dah 3 taun dah umur dia. Cinonet betol umur 3 tahun.hehe. 3 tahun blog aku ni wujud. M
acam-macam kenangan ada. Manis, pahit, masam, tawar, xde rasa, xde bau, xde rasa dan juga xde pewarna.Cukup pakej semua. Tapi bg aku, blog aku nih segala2nya bg aku. Ewahh mak minahh..haha. Ayat baekk punyew! Kadang-kadang aku terpikir jugak, aku banyak memikirkan samaada blog aku ni relevan lagi ke tidak untuk peminat aku mengetahui apa yang berada di dalam minda dan akal comel aku aku nih.
*peminat la sangat*. Yelahh..mane taknya, aku asyik sibuk aje.. dan kalau nak update pun aku selalu mengupdate facebook dgn twitter aku . Apekemendeminatang tah yang aku selalu merepek merapu meraban dalam facebook dan twitter tuh. Iklan jap : aku x sangka ada gak yang follow twitter aku tuh. huhu. Tgk2..ramai gak followers.huhu.
Windu pulak header blog lama aku nih :'D
Blog lama banyak berjasa kot kat aku.
Para-para followers dekat blog aku nih, 3975 orang..Thanx a lot! Aku pon tak pernah nak mengharapkan korang follow blog aku nih. Ada ape je kan dengan blog aku nih. Dah la penulisan tunggang langgang. Macam budak2 x cukup umur je. Helloww..ehem2..aku dah cukup umur dah hari nih.ngaaaa~ Lastly,setelah pendahuluan dan 5 isi-isi penting aku reka kan, aku bersetuju untuk bagi penutup bagi karangan SPM aku nih ngaaaa~ Aku mintak maaf sangat2 kalau aku ada menyakiti korang semua dengan kata-kata pedas dan tingkah laku aku yang tak senohong tuh. Memang tak terlintas langsung kat hati nih nak memperkecilkan sape2.
Segala yang baik itu datang daripada ALLAh dan yang kurang baik itu datang daripada diri aku sendiri.Aku bukan Malaikat. Aku manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.
HAPPY BIRTHDAY UNTUK DIRI SENDIRI
IRINE NADIA MARCELLO
HAPPY ANNIVERSARY BLOG AKU NIH
Ke-3 tahun :)